Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Friday, November 13, 2015

Roda 2: The quality among the rights

in the name of ALLAH

Chapter: Be a leader

Roda 2: The quality among the rights

~~Bagaimana memilih yang berkualiti dari yang terbaik~~

Roda berkualiti, punyai kadar ketahanan yang tinggi, namun ringan. Pembuatan dan bahan pula. Oppss. Sekejap. Silap. Yang saya ingin kongsikan sebenarnya adalah mengenai bagaimana memilih “roda” yang tepat, iaitu memilih pimpinan dan pemimpin yang tepat.

Roda yang tepat, dari kaca mata kita sebagai pemimpin adalah mereka yang punyai niat dan tujuan yang jelas, tahu arah dan matlamat hidup. Bukan sekadar tahu matlamat persatuan, organisasi mahupun jabatan kita!

Kenapa? Kan dah cukup bagus kalau dia jelas matlamat persatuan?

Ya, mungkin cukup, tapi ianya tak memadai!

Sebagai seorang mukmin, pilihan yang tepat adalah mereka yang berbuat hanya semata kerana Allah. Bukan atas tujuan mahukan nama, jawatan yang lebih tinggi mahupun ganjaran lain termasuklah dari sudut material. Perkara ini sangat penting sebab keyakinan dan kekuatan dalaman inilah perkara penentu sesuatu organisasi dan persatuan tersebut.

Sama seperti kes roda; setinggi mana kualiti dan ketahanan roda tersebut, tetap tidak mampu menjalankan amanah sebaiknya jika tiada enjinnya tiada support penggunaan dari power steering, steering tak stabil, chasis lari atau yang berkaitan dengan roda ini.

Steering ini temasuklah pemanduan. Pemandu dan steering bagi seorang mukmin adalah keimanannya. Yang menjaga hubungan dengan Allah, dan baik akhlaknya dengan sesama manusia. Jadi, jika steering atau pemandu utama bagi seorang pemimpin adalah keimanan dan ketakwaan pada Allah, dan pimpinannya pula sama jelas tujuan dan matlamat hidup adalah kerana Allah, insyaAllah organisasi dan persatuan tersebut dapat terhindar dari hasutan atau kekangan hawa nafsu sendiri. Dan insyaAllah, keputusan yang dibuat juga jelas, semata untuk kebaikan persatuan dan organisasi.

Bagaimana nak tahu steering dan pemanduan orang tu pula berkualiti? Ye la.. iman bukan senang nak diukur!

Ya. Pasti. Iman sukar untuk diukur. Jadi, kitalah yang perlu letak kayu ukuran. Minima, pilih mereka yang menjaga ibadahnya dengan baik. Yang menjaga solatnya, solat di awal waktu, rutinkan bacaan Al-Quran, rajin bersedekah, baik akhlaknya sesama makhluk Allah dan rutin pula melakukan ibadah sunat lain seperti dhuha, dan sebagainya. Kalau tak jumpa, carilah. Kalau tak tahu dia buat ke tak, bermusafirlah bersama pimpinan kita. InsyaAllah kita akan ketemu bakal pengganti kita yang berkualiti.

Erm.. tapi, tapi.. sebenarnya kita pun tak ada buat ibadah macam tu walau kita memang pemimpin sekarang.


Owh, maka.. lakukanlah! Dare to change! Now! And later you will change the others! Anda akan menjadi roda berkualiti yang menggerakkan yang lain. Ya, memang itu peranan anda! 

Dan jangan lupa, Keep rolling guys!!


Saturday, September 19, 2015

Roda 1: Be the wheels that turn the wheel

by the name of ALLAH

Chapter: Be a leader

Roda 1: Be the wheels that turn the wheel

~~Jadi roda yang memutarkan roda lain~~

Jalan sana, jalan sini, tetap kita jumpa jalan buntu. Pusing sana, pusing sini, tetap tak dapat selesaikan masalah yang berlambak di benak pemikiran. Banyak kerja terbengkalai dan apa yang dirancang tak Nampak sinar keberjayaan.

Kadangkala perkara seperti ini bakal menerjah hidup kita walau kita mampu berfikir, ada ramai ahli jawatankuasa, punya rakan sekeliling yang supportive dan keluarga yang prihatin pada kita. Kenapa?
Sebab mungkin kita belum menjadi roda yang mampu memutarkan roda yang lain.

Ramai yang merasakan kita mampu buat sesuatu tanpa campur tangan atau bantuan orang lain dengan lebih baik. Terutama bagi mereka yang sifatnya kolarik kuat. Namun, bagi mereka yang phlegmatic pula mungkin memang terpaksa buat sendirian dan siapkan kerja yang diberi tanpa banyak alasan walau kadangkala hasil adalah ala kadar, asal siap.

Dalam satu badan, organisasi atau persatuan, perkara seperti ini sangatlah perlu dielakkan dalam soal pemimpin mahupun sebagai pimpinan. Dan kita perlu menjadi roda yang mampu memutar roda yang lain. Kita perlu menjadi seorang pemimpin yang mampu membimbing orang lain.

Sebagai ketua, perlu diingat, sebagai roda utama kita perlu tancapkan skill kepimpinan. Membimbing, bukan sekadar mengarah. Walau kita tiada nanti, kerja tetap mampu berjalan dengan baik, perancangan yang telah dibuat pasti akan diusahakan mereka walau kita tiada. Masalah yang menerjah dan ujian yang  bakal ditempuh juga dapat ditangani dengan rasional dan bijak oleh mereka walaupun tanpa kehadiran kita.

Di sisi kita sebagai pimpinan pula, kita perlu siap untuk sama berputar. Masakan roda utama tadi dapat memutarkan roda lain jika roda ini tidak mencapai aspek, kualiti atau ciri yang diperlukan? Sebagai pimpinan, kita perlu sedar! Kita perlu menjadi pimpinan yang tetap berputar walau roda utama punyai masalah luar kawal. Dan pimpinan ini pulalah yang seharusnya menjadi roda utama. Menggantikan! Kita adalah satu tubuh! Kita adalah satu bangunan yang kukuh!

الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا
"Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya seperti satu bangunan, sebagiannya menguatkan yang lainnya."[HR Bukhari dan Muslim]

Jadikan pengajaran.. Kita hidup perlukan bantuan dan kerjasama antara satu sama lain. Kita takkan mampu berdiri sendiri dalam satu organisasi. Bahkan organ dalam badan kita sekalipun, takkan mampu berfungi tanpa bantuan salur darah, otot, sistem otak, bendalir dalam badan dan sebagainya yang saling tak tumpah seperti satu organisasi terbaik menggerakkan seorang manusia sebagai tujuan.

Nasihat ikhlas terutama bagi mereka yang kolerik kuat.  (Siapa terasa, betullah tu) >_<. Walau apapun, teruskanlah usaha menjadi roda yang memutarkan roda yang lain. Baik kita sebagai pemimpin, mahupun pimpinan!


Dan jangan lupa, Keep rolling guys!!

Saturday, June 29, 2013

Dia Tak Nak Tanya, Kita Tanya Dia!

by the name of ALLAH

"Kak, macam mana nak buat kalau taklim, mad'u tak ada musykillah pun."

"Anti bagi soalan kat diorang. Diorang tak ada musykillah, anti musykilkan kat diorang dalam masa yang sama, untuk uji kefahaman"

"Nak tanya macam mana?"

"Ok, minggu lepas anti isi taklim tentang apa?"

"Tentang event, jawatan bukan matlamat utama kita sebagai student"

"So, boleh bagi contoh case study kat diorang. Suruh diorang jawab. Contohnya; 'Kalau kita dah termasuk event yang banyak laghonya dari baik, macam mana kita nak mengeluarkan diri?'"

"Owh, tak direct sangat ke kak?"

"Iyup. Salah satu skill murobiyah nak suruh mad'u berfikir. Memang kena direct. Bagi soalan macam tu boleh develop mereka untuk berfikir. Instead of kita cakap 'Anti masuk event lagho tu, baik keluar. Tambah dosa je.'"

"Hurmm"

"Atau soalan lain, anti buat study case >kawan<. Contohnya; 'Kalau kawan kita ajak kita join event, apa kita nak jawab?' Bila dia jawab, kita boleh tengok dia faham sampai mana pengisian kita tu."

"Okeh."