Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^
Showing posts with label kisah sempadan. Show all posts
Showing posts with label kisah sempadan. Show all posts

Tuesday, July 6, 2010

Murobiyah Sempurna? (2)

by the name of ALLAH

Keesokan harinya..

"Ha.. Dira, kata nak bagitahu apa sebab nak tukar murobiyah.. buat-buat lupa ek."

"Takpelah kak.. Takde pape. Saya je yang banyak fikir kot."

"Bagitahu je la. Tak boleh la macam ni.. Bila dah bagitahu akak, kena habiskan bagitahu la. Akak ni jenis solusive. Tak boleh kalau dah tahu satu masalah, tak selesaikan.."

"Menyesal bagitahu akak semalam ni.."

"Hehe.. Takpelah.. dah terlepas. Tak baik menyesal macam tu.. Takpe.. akak tak kisah sebab apa pun. Masalah, patut diselesaikan. Bagitahu je.. Sebab tegas sangat ke?"

"Bukan.. tu saya tak kisah sangat. Tegas tu memang perlu dalam mendidik seorang anak halaqah. Kalau tak, susahlah. Komitmen pun sukar dibentuk. Hmm.. Takpelah kak. Saya tak jadi la.."

"Ala, bagitahu je.."

"Hmm..tak reti la nak terangkan macam mana kak.. Tapi, mungkin sebab saya risau kewibawaan murobiyah saya terjejas. Ye la.. bila dah duduk bersama sebilik, baru kenal perangai sebenar."

Saya menangkap apa yang cuba disampaikan..

"Jadi, sebab sikap?"

"Susahnya nak cakap.. Tapi, lebih kurang macam tu la. Ye la, sikap."

Saya cuba membuka ruang..

"Pagi tadi kan.. macam mana kalau kita sama-sama tak bangun tahajud ye? Siapa yang patut disalahkan agak-agaknya?"

"Diri sendiri la" Terus sahaja Dira menjawab.

"Ha, betul.. Takkan sebab akak lagi senior, nak salahkan akak pula kan. Maaana boleh macam tu. Dan, takkan nak salahkan anti sorang pulak, sebab mas'ul minggu ni. Jadi, yang patut disalahkan adalah diri sendiri, masing-masing. Macam tu juga dengan kondisi anti duduk bersama murobiyah. Sedarlah bahawa setiap manusia punya kekurangan. Walau dia senior, walau dia murobiyah atau apa-apa je. Pasti ada sisi-sisi kelemahan atau kelalaian yang akan kita nampak. Kita patut cuba sama-sama perbaiki."

Dira mengangguk.

"Cuba bayangkan, anti ada suami. Tapi, rupanya suami anti bukanlah sempurna seperti yang anti sangkakan. Kadang-kadang kepenatan, ada la bangun lambat. Ada la salah silap sana-sini. Jadi, takkanlah kita nak tukar suami pulak kan? Jadi, begitulah.. Masalah ni takkan selesai dengan menukar murobiyah. Bila dapat murobiyah baru, mungkin saja ada sisi kelemahan lain pula yang kita nampak. Jadi.. sampai bila pun kita akan selalu rasa nak tukar murobiyah sebab takut kewibawaan murobiyah tu terjejas."

"Hmm.. betul la. Saya ni je yang melankolik sangat kot."

"Hehe.. Jadi, solusinya; dua-dua pihak patut berubah kepada yang lebih baik. Sikap kita sebagai seorang individu muslim, contohi akhlak baginda. Sukakan kebersihan, jauhi malas, sungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu dan banyak lagilah. Bila nampak murobiyah kita tersilap, tegurlah dengan cara berhemah. Dalam masa yang sama, kita cuba jadi murobiyah yang success kepada anak halaqah kita. Ok?"

Dira tersenyum. "InsyaALLAH kak. Murobiyah sempurna sesuatu yang mustahil. Tapi, murobiyah success, insyaALLAH."

Monday, July 5, 2010

Murobiyah Sempurna? (1)

by the name of ALLAH

Sedang kami makan bersama di suatu hari yang indah.

“Kak, boleh ke kalau nak tukar murobiyah?”

Terkedu saya seketika. Walau dia bukanlah anak halaqah saya.. Dalam hati tertanya-tanya, apa yang murobiyahnya lakukan sehingga soalan ini meluncur keluar dari mulutnya? Namun, saya tenangkan diri dan bertanya kembali;

“Maksudnya.. anti nak tukar halaqah ke? atau nak halaqah yang sama, tapi murobiyah yang lain?”

“Eh, mana ada ahli halaqah lain pun.. saya nak masuk macam mana. Nak halaqah yang sama, tapi murobiyah yang lain.”

“Ooo.. Kenapa ya?  Kenapa anti tak nak murobiyah yang sekarang? If nak tukar murobiyah, anti nak siapa? Mana ada dah murobiyah lain.”

Suasana sepi sejenak.

“Ada... Akak kan ada. Kak Lana pun ada.”

Masih meluap rasa ingin tahu saya pada pernyataannya awal tadi. Saya terus bertanya lagi;

“Eh, akak tak boleh.. akak garang. Alaa.. Kenapa Dira? Beritahulah sebabnya..”

“Tak.. akak OK. Hm.. takpelah kak, nanti kita sambung. Kita habiskan makan ni dulu. Nanti lambat pulak kita solat.”

Saya terima alasannya. Tapi, tetap akan saya cungkil apa sebabnya..

 “Ok lah.. Nanti bagitahu ye..”


Keesokan harinya...



Bersambung...

Friday, January 8, 2010

2 JaLan

by the name of ALLAH


Memang menjadi kebiasaan, sblm saya meninggalkan kereta(jika sempat) utk pulang ke Pahang menaiki bas, saya akan hantar kereta ke car wash supaya eloklah sedikit keadaannya jika ada yg mahu mggunakannya. Sementara menunggu, saya habiskan masa dengan membaca. Berpuluh helaian juga buku ini sempat saya baca sementara menunggu.

Sedang asyik membaca, tiba2 terdengar suara kecil kanak2. Terus menoleh. Memang comel. Ya, kanak2 memang comel. ^_^ Bersama ibu dan ayahnya yg masih muda baru sahaja tiba di situ. Rambutnya kerinting, putih, agak chubby. Riangnya dia bermain-main bersama ayahnya. Alahai, ayahnya seperti tahu saya sedang memandang anaknya, jadi.. saya teruskan membaca.

Setelah beberapa ketika.. kini saya dengar kanak2 itu menangis. Semakin kuat tangisannya. Kenapa? Ya ALLAH... budak kecil ni, dasyat juga. Dia menangis sambil menunjuk ke arah kereta ayahnya yg mula dibawa pergi utk dicuci. La... keretanya bukan dicuri la dik, nak dicuci je la. Mahu je rasanya bercakap dgn si kecil itu.

Dia terus menangis. Ibunya cuba memujuk. Masih meraung, risau keretanya hilang. Sehinggalah ayahnya mendukungnya dan membawa dia melihat sendiri kereta yg sedang dicuci.

Innalillah.. baru berusia dlm lingkungan 2 tahun. Tapi, betapa harunya bile harta ayahnya dibawa pergi. Ada 2 kemungkinan yg akan berlaku bila dia besar nanti:
1---Jadi seorg yg amat mementingkan harta, mempertahankan dan menjaganya bagai nyawa sendiri
2---Jadi seorg yg amat memntingkan agama, mempertahankan dan menjaganya lebih dari nyawa sendiri

Seperti yg dinyatakan ALLAH dlm Al-Quran, kita ada 2 jalan je dalam hidup ini. Buruk Vs Baik. [plz refer 91:8, 90:10]. Saya doakan si kecil menjadi yg ke-2. Jgn sesekali jadi yg no 1 kerana golongan ini sudah banyak dan mudah didapati skrg. Malah, berlambak-lambak. Jadi, tambahkanlah pula golongan yg ke-2 ini. Dan, kita juga.. sama2 muhasabah diri supaya sentiasa tergolong di dlm golongan yg ke-2 ini. Sama-sama pulihkan iman kita dlm mengejar keuntungan dunia akhirat.


kata Imam Anas bin Malik RA "Umat di akhir zaman ini tidak dapat dipulihkan iman keislaman mereka melainkan dengan cara yg dibuat oleh Rasulullah saw pada permulaan Islam"


Hadith ini diambil dari buku yg saya baca tika itu.  'Belajar Dari Perang Uhud, Strategi Menghadapi Kekalahan'- oleh Hepi Andi Bastoni, Pandang sisi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buku indonesia, tapi telah diterjemah oleh Tuan Guru Nik Aziz ke bahasa Malaysia, bukan bahasa kelantan tau. Jadi, siapa yg susah nak membaca buku2 dgn alasan tidak faham bahasa Indonesia, anda tiada alasan kali ini.

Buku ni specific ttg perang Uhud. Subhanallah, memang AMAT best, detail dan SANGAT menarik. Lagi2 bagi peminat sirah. Sehinggakan nama2 sahabat yg syahid juga disenaraikan satu persatu. Strategi perang yg hebat dan diatur oleh Rasulullah saw juga digambarkan melalui figure yg mudah difahami. Jadi, bacalah buku ini atau bahan2 bacaan lain. Bagi yg kurang minat sirah, inilah masanya utk anda 'terminat' dgn sirah. Jadikan membaca amalan kita. Usaha utk menjadi seorg hamba ALLAH yg beriman, berilmu, beramal dan berkualiti.
  
Jom tambahkan ilmu utk diamalkan!!


Monday, December 14, 2009

DenDa!!

by the name of ALLAH

Hari ini..
Hari yang agak menarik. ^_^

Sabtu lepas:
"Aih, semua pakai cantik2 macam nak pergi kenduri jek!" OE menegur. "Haa.. memang kami tgah cari OE pun. Kami nak minta keluar awal, nak pergi kenduri kawan kat Shah Alam". "Boleh. Nak keluar pukul berapa?" "A, ah.. dalam pukul 10-11". "OK". Alhamdulillah, mudah sungguh SV kami OE(operation engineer) mengizinkan kami pulang awal.

Tapi, tiba giliran seorang lagi rakan untuk meminta kebenaran dari SVnya. Supervisornya memang agak garang, tapi baik hati sebenarnya. "Pak Long, boleh tak nak minta keluar awal? Nak pegi kenduri kawan". "Mana boleh. Semalam hangpa tak tolong buat job sapa suruh". Dan, dia terus keluar dari pantry itu.

Wah.. keadaan tegang sikit. Kami saling memandang satu sama lain. Takkan nak tinggalkan rakan kami seorang kot? Pernyataan dari Pak Long dibiarkan, dan minta izin dari admin di situ. Lebih kurang pukul 10 pagi, ketika itu Pak Long tiada. Kami pun punch out dan keluar menuju ke kereta. Ya, memang hari Sabtu ramai yang keluar masuk. Pakaian juga bebas. Kami pun bermusafir bersama ke Shah Alam.

Alhamdulillah, kami sempat sampai sebelum caterer mengemas dewan tersebut. Jika lewat je sedikit, pasti datang bersalaman sahajalah nampaknya dengan pengantin. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Moga ALLAH sentiasa melimpahkan RahmatNYA pada pengantin baru. Amin.

Hari ini.. Isnin.
Selepas morning meeting:
"1, 2, 3. Lepas ni jumpa saya di bilik meeting". Sambil tangan Pak Long menunjuk ke arah kami bertiga. Fuh!! memang sahlah kena basuh dengan Pak Long ni!

"Siapa bagi kamu keluar awal sabtu lepas? Saya angkat kad kamu bertiga, 10 lebih dah keluar." Saya menjawab, "kami minta dari OE". "O,oo kalau minta dari saya tak dapat, minta dari OE. Kalau minta dari OE tak dapat, minta dari bos. Kalau tak dapat dari bos, kamu minta pula dari CEO. Sama je la tu. Tipu namanya." "Kami minta maaf Pak Long." "Sebagai denda, lepas ni, makan dulu. Pastu salin coverall. Pegi tolong Azlan transfer scaffolding dari boiler ke CCTV area. Pastu, bersihkan dan basuh kawasan boiler. Dari tempat panel, sampai ke dinding. Faham?" Kami mengangguk sahaja. Dalam minda, terbayangkan kawasan boiler yang agak panas itu.

Sebelum keluar, saya memberanikan diri berkata, "Pak Long, sebenarnya kami memang dah minta kebenaran dari OE dahulu. Cuma Ati je yang minta dari Pak Long." Saya mahu Pak Long tahu bahawa kami bukan menipu dia. "Klw setia kawan sangat, tunggulah sampai pukul 12 baru keluar, pergi sama2." Itu jawapan Pak Long.

Kemudian, kami pun bekerja bersama-sama. Lucu pun ada. Technician yang lain turut membantu. Malah, OE sendiri turun membersihkan kawasan sekitar. Dan, mungkin kesian melihat kami kepenatan, OE belanja kami makan tengah hari.Ya, memang penat waktu itu. Terasa seperti sedang berlari 1500m waktu sekolah dahulu.

Satu pengajaran yang unik dan menarik! Walaupun kami didenda, kalau kita buat dengan rela.. kita akan rasa seronok. Betul, cubalah sendiri. Dan, sewaktu sedang kami mencuci kawasan boiler, Pak Long datang. Dia tanya, "Dah makan tak ni?" Risau juga dia ya.

Pengajaran: Buatlah sesuatu dengan rela. Jika kita rela dan redha, kerja yang berat akan terasa mudah dan ringan. Aplikasikan pula mathurat yang kita baca;
Aku rela dengan ALLAH sbg Rabb, Islam sbg agama dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul.
Sentiasa redha dan rela dengan setiap suruhan ALLAH. Pasti kerja seharian kita akan jadi lebih mudah. Kita juga kadang2 lupa, selalu kita mngharapkan keredhaan ALLAH, tapi diri kita sendiri yang sukar utk redha dengan ketentuan ALLAH. Jadi, sama2 berubah dari sekarang. Belajar untuk redha supaya diredhai ALLAH.

Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNYA. [Al-Fajr, 27-28]

Friday, December 11, 2009

GoDa

by the name of ALLAH

Satu ketika dulu..


Jangan gunakan kecantikan tu untuk menggoda kaum Adam.
Ya ALLAH, bila masa pula aku goda dia ni? Dia yang suka2 je bagi surat pada aku. Mula2 ingatkan biasa2 je, aku pun balas je la. Dalam 2 kali aku balas. Bila dia pos hadiah dan kad waktu hari lahir aku, aku rasa macam lain, rasa macam kurang best. Sebab pada awalnya, aku ingat dia bagi surat sebagai kawan lama, kawan 1 sekolah rendah dulu. Tapi, tanggapanku meleset. Ada udang di sebalik batu. Aku pun stop balas. Alasan yang aku bagi, tak sempat pos. Then, dia datang rumah aku time cuti, minta balasan surat tu.

Innalillah, terkedu juga bila dia datang semata-mata nak ambil surat tu. Mujur ibuku baik hati, menyuruh abangku meneman aku keluar ke pagar rumah memberi surat yang aku katakan tidak sempat pos itu. Dalam surat tu, aku beritahu pada dia yang aku sudah berpunya (note: sekadar alasan aku pada dia. Couple is haram), dan temanku tidak menggalakkan aku untuk membalas surat dia. Itu yang menyebabkan dia marah dan muncul ayat tentang 'menggoda' tu.

Ya ALLAH, tak pernah terlintas aku nak goda dia atau mana2 kaum adam lain. Dan, aku tak rasa keberjayaan dalam menggoda kaum adam mampu menjamin kebahagiaan dunia akhirat. Malah, pasti akan mendatangkan kemudaratan yang cukup besar.

"Perempuan2 yang keji untuk laki2 yang keji, dan laki2 yg keji untuk perempuan2 yang keji pula. Sedangkan perempuan yang baik untuk laki2 yang baik, dan laki2 yang baik untuk perempuan yang baik pula. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia iaitu syurga" [surah An-Nur: 26]
Ya ALLAH, jangan biarkan aku termasuk dalam golongan yang dituduh orang. Masukkan aku dalam golongan mereka yang bersih.

Mungkin ini ujian untuk aku. Seperti saidatina Aisyah, beliau difitnah dengan Safwan. Jauh lebih berat ujian yang dihadapinya. Dan aku, baru dituduh sedikit. Aku patut bersabar dan lebih tenang. Dan Alhamdulillah, selepas surat terakhir itu, tidak lagi aku menerima kiriman2 surat dari dia.

Alhamdulillah.

Monday, December 7, 2009

Handsome?

by the name of ALLAH


"Yang ni comel tak?" 
Adik Min menggelengkan kepala sambil bibirnya tersenyum-senyum.
"Yang ni pulak?"
Sekali lagi adik Min menggelengkan kepalanya.
"Aik, semua gmbar baby ni tak comel. Adik min sorg je ke yang comel?"
 Saya menduga adik Min yang memang comel dan bijak walau baru berusia hampir 4 tahun itu.
"Ha.. yang ni? handsome tak?"
 Saya menunjukkan gambar adik lelaki saya yang berbaju melayu hijau kepada adik Min. Kali ni, adik Min tersipu-sipu senyum dan menganggukkan kepalanya.

Astaghfirullahal a'zim.
Aduh.. kecil-kecil lagi dah pandai buat gaya macam tu. Baru test sikit je. Ish3.
Budak sekecil 4 tahun sahaja boleh tersipu-sipu seperti hendak mengiyakan rombongan datang meminang, apatah lagi respon remaja-remaja yang telah belasan dan awal 20 tahun dan seterusnya, tidak terkecuali. 


Patutlah remaja perempuan sekarang mudah cair dengan lelaki. Asal muka hensem sikit, pandai mengayat, pandai bergaya dan rambut stylo sudah cukup. Bila nampak 'macho' sikit, mulalah terpikat. Innnalillah.

Teringat kembali peristiwa pengisian di sebuah camp Gopeng.
Seorang ikhwah mengisi. Alhamdulillah, pengisiannya agak mantap. Tapi... lebih kurang 2 hari selepas program tamat, saya diberitahu, salah seorang anak buah saya menangis menyesal kerana katanya, dia tidak dapat fokus sewaktu pengisian ikhwah tersebut.


Alasan, ikhwah tersebut 'Handsome sangat'.



Wah.. memang terpana saya seketika. Anak buah sendiri yang mengadu begitu. Belum pernah kes seperti ini berlaku. Namun, alhamdulillah, dia sedar dengan kelalaiannya itu. Terasa serik juga saya untuk menjemput ikhwah tersebut mengisi lagi walau semua maklum, dia salah seorang yang mantap mengisi dan hebat dalam gerak kerja dakwahnya.


Setelah difikir-fikir, memang salah kedua-dua pihak. Bukan pihak si ikhwah. Tapi yang salah adalah anak buah saya, dan SAYA SENDIRI.


Kalau memang si ikhwah dijadikan memiliki rupa paras begitu, takkan lah kita nak minta dia pakai purdah pula kan? Jika waktu pengisian dipasang tirai, sukar pula para peserta hendak melihat tulisan yang ditulis di papan putih. Saya yang sepatutnya berpesan dan mengingatkan anak2 buah saya dari awal lagi. Jaga pandangan.

"Katakanlah kepada wanita yang beriman :"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya..." [An-Nur,24:31]


Moga kita sama-sama ambil ibrah dari kedua-dua kisah ini. Menjaga pandangan kita dari melihat perkara yang tidak halal, sebaik yang mungkin. Kerana dari matalah, hati akan tercalar dan dipanah syaitan, fikiran akan dibius dengan hasutan syaitan dan diri kita sendiri yang akan binasa.

Banyakkan berdoa dan mohon pada Allah agar kita tidak mudah tergoda dengan rupa paras kaum adam. Dan kaum adam juga, sebaliknya. InsyaAllah, kita mampu lakukannya.

Bersama, melihat dengan mata hati.