by the name of ALLAH
Jika seorang penuntut ilmu sibuk dengan masalah yang belum terjadi atau tidak mungkin terjadi, bererti ia BODOH.
Jika ia sibuk dengan masalah-masalah yang tidak ada manfaatnya, bererti dia DUNGU.
Jika ia marah kerana masalah-masalah yang sebaiknya seorang muslim diam, bererti pengetahuannya DANGKAL.
Semoga Allah memberikan pertolongan dan menghindarkan kita dari semua itu!.
~~Dr. 'Aidh Al-Qarni, buku: Kaifa Tathlubu Al-'Ilma~~
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Friday, July 27, 2012
Sunday, June 19, 2011
Dulu dan kini..
by the name of ALLAH
Dulu..
Diri ini belajar erti tarbiyah,
Diri ini merangkak mencari sinar perbaikan,
Diri ini berperang melawan sikap jahiliyah,
Diri ini dibimbing supaya mampu membimbing yang lain..
Dulu..
Aku ke sana ke mari mencari yang mahu,
Aku ke hulu ke hilir mencari rentak,
Aku diperbetulkan di sana di sini,
Aku terumbang-ambing meredah segala,
Yang mahu dan tak mahu bercelaru..
Kini..
Diri ini yang perlu mengubah,
Diri ini yang perlu menyelesaikan,
Yang terumbang-ambing perlu dibetulkan,
Yang tersasar perlu diluruskan,
Yang mencari rentak perlu ditunjukkan,
Yang jatuh perlu dibangunkan,
Yang tertarik mesti terus didakap erat,
Yang mahu perlu terus dibimbing laju..
Ya..
Dulu.. mungkin aku dan dia..
Kini.. mungkin aku dan kamu..
Maka, melangkahlah..
Jangan pernah berhenti..
Kerana Rabb kita sama..
Tujuan kita SATU.. ALLAH.
Dulu..
Diri ini belajar erti tarbiyah,
Diri ini merangkak mencari sinar perbaikan,
Diri ini berperang melawan sikap jahiliyah,
Diri ini dibimbing supaya mampu membimbing yang lain..
Dulu..
Aku ke sana ke mari mencari yang mahu,
Aku ke hulu ke hilir mencari rentak,
Aku diperbetulkan di sana di sini,
Aku terumbang-ambing meredah segala,
Yang mahu dan tak mahu bercelaru..
Kini..
Diri ini yang perlu mengubah,
Diri ini yang perlu menyelesaikan,
Yang terumbang-ambing perlu dibetulkan,
Yang tersasar perlu diluruskan,
Yang mencari rentak perlu ditunjukkan,
Yang jatuh perlu dibangunkan,
Yang tertarik mesti terus didakap erat,
Yang mahu perlu terus dibimbing laju..
Ya..
Dulu.. mungkin aku dan dia..
Kini.. mungkin aku dan kamu..
Maka, melangkahlah..
Jangan pernah berhenti..
Kerana Rabb kita sama..
Tujuan kita SATU.. ALLAH.
Posted by
Unknown
at
Sunday, June 19, 2011
Sunday, May 16, 2010
STUDY!!
by the name of ALLAH
Kata-kata dari almarhum KH Rahmat Abdullah dan tambahan sendiri. Buat semua yang akan menduduki exam khususnya.. termasuk diri ini:
Posted by
Unknown
at
Sunday, May 16, 2010
Wednesday, April 14, 2010
Mistakes
by the name of ALLAH
"It is not the mistakes that matter, but how the mistakes can change you to be a knowledgeable person and doing greater than before "
Motivator of Neo-Synergy
Kesilapan bukan bererti kegagalan, tetapi kesilapan bererti kamu belum menemui cara terbaik. Mengambil pengajaran dan melakukan perbaikan dari kesilapan adalah sebuah kejayaan tak ternilai.
The doer of Neo-Synergy
Posted by
Unknown
at
Wednesday, April 14, 2010
Sunday, February 7, 2010
Usaha mencapainya!!
by the name of ALLAH
Kini, apa visi kita?
Menjadi generasi Khairu Ummah yang profesional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah Imaniyah dalam suasana ceria. ^_^
Posted by
Unknown
at
Sunday, February 07, 2010
Friday, February 5, 2010
Visi ?
by the name of ALLAH
"Visi = Where we are going (our aim)"
"Misi = Who we are, What we do, What will be the benefit / Why we are here, What we provide, What will be the benefits"
Ini antara perkara yang saya pelajari dalam subjek Strategic Management. Nampak simple dan remeh. Tapi, ianya memberi maksud yang mendalam dalam hidup kita sebagai seorang mukmin sebenarnya. Ianya, amat mudah jika dijadikan sebagai teori. Tapi, boleh jadi amat bermanfaat jika diaplikasikan.
Biar saya bertanya pada diri anda.. Apakah visi dan misi hidup anda?? ya.. hidup anda. Cuba fikirkan sejenak.
Apa ya visinya??.. sekadar mengajak untuk kita sama-sama berfikir dan meletakkan matlamat hidup. Bagi saya, penting bagi kita sebagai setiap hamba ALLAH yang beriman untuk ditanamkan visi dan misi dalam diri. Kerana, kita akan nampak perjalanan hidup kita dengan lebih jelas. Paling tidak, kita ada aim untuk dicapai.
Untuk semester ini, iaitu tahun akhir bagi saya di UTP ini, InsyaALLAH.. saya mahu sentiasa mengingatkan diri saya. Visi dan misi saya sendiri termasuk visi dan misi dakwah. Apakah ia?? Hmm.. Biar saya simpan sendiri. Yang penting, pastikan visi dan misi kita sentiasa selari dengan niat yang baik kerana ALLAH.
Biar saya letakkan subjek-subjek yang saya ambil semester ini, di sini. Untuk mengingatkan diri saya sendiri, lebih serius dan supaya saya lebih fokus.
1- Final Year Project 1 = Effect of compaction pressure on final properties of Carbon Nano Tube reinforced by Aluminium Composite
2- Management and Humanities = Strategic Management
3- Basic Arabic Communication
4- Major in Material = Corrosion and Degradation of Materials
5- Minor in Manufacturing = Advanced Manufacturing Technology
6- Malaysian Studies
Pastikan niat anda study, untuk menggapai redha ALLAH. Dengan ilmu yang kita sama-sama pelajari, kita gunakan ke arah kebaikan. Pasti diberi ganjaran pahala. Yang utama, gunakan untuk menegakkan kembali darjat dan ketinggian agama Islam. Tapi, jangan sibuk mengejar ilmu, sampai lupa kepada Pemberi Pinjaman Ilmu itu sendiri iaitu.. ALLAH.
Hadith ke-37 [Pahala Kebaikan Berlipat Ganda]
dari Hadith Arbain An-Nawawiyah
Dari Ibnu Abbas ra. dari Rasulullah saw, beliau bersabda menyampaikan apa yang diterimanya dari Tuhannya ALLAH swt. Dia berfirman; "sesungguhnya ALLAH mencatat semua amal kebaikan dan keburukan." Kemudian Dia menjelaskan; maka barangsiapa berniat melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, maka ALLAH mencatatnya sebagai satu amal kebaikan. Jika ia berniat baik lalu ia melakukannya, maka ALLAH mencatatnya berupa 10 kebaikan sampai 700 kali lipat, bahkan masih dilipatgandakan lagi. Dan barangsiapa berniat amal keburukan namun tidak melakukannya, ALLAH akan mencatatnya sebagai satu amal kebaikan yang utuh, dan bila ia berniat dan melakukannya, maka ALLAH mencatatnya sebagai satu amal keburukan. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Posted by
Unknown
at
Friday, February 05, 2010
Thursday, December 31, 2009
mahukan apa ya?
by the name of ALLAH
"Ok.. keluarkan kertas"
" Tulis 10 perkara yg betul2 antunna nak dlm hidup ni. Tulis secara detail."
Kertas sudah ada. Pen pun sudah tersedia di tangan kanan. Tapi, tiada apa yang dapat ditulis. Kosong.....
Ya ALLAH, baru saya tersedar, selama saya hidup.. apa yang saya mahukan? Ya, memang sudah banyak kali ditekankan tentang 'Qasdul hayah'(Tujuan hidup). Bahkan, saya sendiri sudah berulang kali berkongsi teori Qasdul Hayah ini. Tapi, mengapa terpaku apabila diminta menyenaraikan apa yang dimahukan dalam hidup ini? MasyaALLAH. Rugi sungguh.
Teori, jika tidak dipraktikkan, diamalkan atau digunakan, akan menjadi satu bahan yang tidak berguna. Ianya seperti sebuah kereta mewah tidak berenjin. Tiada guna. Hanya sesuai menjadi perhiasan dan pameran.
Jadi, memandangkan kita sudah tahu apa tujuan hidup dan tujuan ALLAH menciptakan kita, Jom lakukan sesuatu. Lakukan apa? ^_^ MERANCANG!!
Buat perancangan kehidupan ini. Pastikan kita tahu apa yang kita mahukan dalam hidup ini secara detail. Supaya, semua yg kita lakukan, menjadi satu ibadah dalam usaha mencari keredhaan ALLAH.
Contoh perancangan:
=Nak sambung master in Mechanical Engineering. So.. How? When? Why? Who? Where? etc.
Yah, mari merancang. Jgn tunggu2 lagi. ^_^
"Ok.. keluarkan kertas"
" Tulis 10 perkara yg betul2 antunna nak dlm hidup ni. Tulis secara detail."
Kertas sudah ada. Pen pun sudah tersedia di tangan kanan. Tapi, tiada apa yang dapat ditulis. Kosong.....
Ya ALLAH, baru saya tersedar, selama saya hidup.. apa yang saya mahukan? Ya, memang sudah banyak kali ditekankan tentang 'Qasdul hayah'(Tujuan hidup). Bahkan, saya sendiri sudah berulang kali berkongsi teori Qasdul Hayah ini. Tapi, mengapa terpaku apabila diminta menyenaraikan apa yang dimahukan dalam hidup ini? MasyaALLAH. Rugi sungguh.
Teori ringkas Qasdul Hayah:
hidup utk beribadah pada ALLAH [51:56], mencari keredhaan ALLAH [9:72]
Jadi, memandangkan kita sudah tahu apa tujuan hidup dan tujuan ALLAH menciptakan kita, Jom lakukan sesuatu. Lakukan apa? ^_^ MERANCANG!!
Buat perancangan kehidupan ini. Pastikan kita tahu apa yang kita mahukan dalam hidup ini secara detail. Supaya, semua yg kita lakukan, menjadi satu ibadah dalam usaha mencari keredhaan ALLAH.
Contoh perancangan:
=Nak sambung master in Mechanical Engineering. So.. How? When? Why? Who? Where? etc.
Yah, mari merancang. Jgn tunggu2 lagi. ^_^
Posted by
Unknown
at
Thursday, December 31, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)

