Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^
Showing posts with label hikmah. Show all posts
Showing posts with label hikmah. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Jatuh Cinta

by the name of ALLAH

Sempena Maulidur Rasul yang mulia;

Sewaktu pengisian dari Dr Mohd pagi tadi, ada disebutkan tentang Risk Management. Kalau manusia tidak sanggup menghadapi risiko dan ujian, pasti dia takkan mampu untuk mengharungi perjalanan dunia ini.

Jika mahu naik kereta, pasti risikonya kemalangan, melanggar atau dilanggar. Menaiki motor juga sama. Menaiki kapal terbang, risikonya terhempas terjunam. Menaiki kapal, risiko karam. Malah, jika berjalan pun.. pasti lebih besar lagi risikonya. Mungkin saja diculik, dirompak atau risiko untuk 'jatuh cinta' pada longkang.

Ketika mendengar pengisian ini, ya.. saya tergelak kecil. Tapi, tertanya-tanya di dalam hati. Kenapa berjalan, contoh risikonya jatuh longkang? Jarang saya lihat orang jatuh longkang. Kemudian.. bisikan hati tersebut berlalu hilang apabila Dr Mohd terus menyampaikan isi-isi lain dalam pengisiannya.

Ketika berjalan pulang ke bilik bersama akhwat. Dari tolehan kanan melambai akhwat, saya memandang kembali ke depan. Dan, sekelip mata sedar-sedar sebelah kaki saya sudah berada lebih separuh di dalam longkang. Akhwat yang berada di belakang saya, terkejut dan terus membantu.

Sakit pun, sakit juga sikit.. tapi saya bangun, dan terus tergelak. Terus saja teringatkan pengisian Dr Mohd yang baru saja selesai tidak lebih dari sejam yang lepas dan persoalan yang muncul tadi. Subhanallah. Persoalan dalam hati saya terjawab terus. Inilah risiko yang wajar diterima kepada persoalan yang hadir bagai angin lalu tersebut.

Sepanjang perjalanan balik ke bilik dari kejatuhan cinta saya itu, saya tersenyum. Lucu rasanya bila teringat kembali peristiwa tersebut. Sangat singkat tempoh waktu Allah memberikan jawapan. Alhamdulillah..

Maka, pengajarannya.. Tegarlah. Setiap apa yang kita lakukan, memang pasti ada risikonya. Tiada satu perkara pun yang akan terlepas dengan risiko, baik kecil mahupun besar. Maka, mari kita terus saja berbuat terutamanya berdakwah. Teruskan menyintai Allah, Rasulullah SAW dan Jihad di jalanNya.

Tempuhi semuanya dengan berani dalam keikhlasan. Tempuhilah segalanya yang Allah tetapkan dengan tenang dan sabar. Berusaha dan teruslah memurnikan keikhlasan kita dalam berbuat. Moga InsyaAllah, kita semua sentiasa jatuh cinta pada perkara yang sama. Jatuh cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad di jalanNya.

Amin, InsyaAllah. ^_^

Salam sanjungan pada Rasulullah SAW contoh terbaik dan Salam Maulidur Rasul pada semua.

Saturday, October 23, 2010

Master in ??

by the name of ALLAH

Tinggal lebih kurang seminggu saja lagi due untuk pendaftaran Master kemasukan January 2011.


Saya stress mengejar due. Setelah beberapa minggu berpenat lelah mencari tajuk yang sesuai, ditambah pula dengan assignment, projek, test dan lain-lain yang perlu diselesaikan, saya rasa lemas. Lebih buntu kerana masih belum berjaya mencari tajuk yang sesuai untuk proposal master saya. Inilah yang menyebabkan saya down beberapa ketika.

Alhamdulillah, selepas ibu menasihati saya untuk istikharah.. saya temui jawapannya. Memang benar selama ini kita berharap pada Allah, tapi.. tiada pun spesifik usaha untuk solat istikharah ini. Mujur ibu mengingatkan.

Segala puji dan syukur pada Allah, walau Khamis yang lepas saya jumpa lecturer saya yang sangat sibuk itu.. saya dapat satu tajuk yang sesuai. Terima kasih, Dr Faiz. Tapi, malangnya.. bila saya mula mahu mencari jurnal-jurnal berkaitan, saya rasa saya akan menempuh satau perjalanan yang jauh. Bukan seperti apa yang saya rancangkan.

Dan, dalam masa yang sama.. saya survey-survey untuk master by coursework. Inilah jawapan yang saya dapat. Hati saya lebih tenang. Lecturernya, Ir Shiraz, membuatkan saya lebih yakin melangkah. Jumaat lepas, saya bertemu dengannya. Walaupun dia sangat sibuk, berjalan pun.. sangat laju. Mengejar itu dan ini, dia masih sudi meluangkan masa memberi penjelasan dan penerangan yang sangat jelas pada saya.

Alhamdulillah, insyaAllah.. inilah jalannya. Doakan saya berjaya melaluinya dengan success nanti. Selepas dapat satu lagi lecturer sebagai referee, saya akan daftar untuk master by coursework ini.

Msc in Asset Management and Maintenance.


Berdasarkan penerangan dari Ir Shiraz, subject ini sebenarnya demand untuk industry, education masih kurang. But, ada kemungkinan, demandnya juga akan meningkat jika terus mendapat sambutan. Bagi kawan-kawan yang nak masuk kerja terus pangkat lagi tinggi dari graduate engineer biasa, silalah ambil course-course seperti ini. Sediakan duit je. Terus-terang, saya tak berminat nak masuk industry. Saya ada planning lain. "Lecturer on mission".

Di UTP, course ni ada 2 kemungkinan; terus bercambah dan membentuk satu department baru macam Geoscience, atau cut off. Jika course ini bercambah, insyaAllah, peluang untuk menjadi lecturer walau hanya by Msc sangat tinggi. Otherwise, nothing can be done. Tepaksalah saya cari peluang di universiti lain.

Ok. Doakan yang terbaik buat kita semua walau hala tuju berbeza. But, make sure.. hala tuju hidup kita sebenarnya adalah, membuat persiapan dan bersedia menghadapi kehidupan yang sebenar dan kekal abadi iaitu.. yang tak lain dan tak bukan, AKHIRAT.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah dipersiapkan untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan" [Al-Hasyr,59:18]

Doakan.
**Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dan memberi support kepada saya sebelum ini. ^_^ Jazakumullah.

Wednesday, September 29, 2010

My Turning Point

by the name of ALLAH

Alhamdulillah, kegagalan lalu banyak mengajar aku.
Dari kegagalan-kegagalan, kupintal kembali kekuatan.
Alhamdulillah, kini ku berdiri dalam pengharapan padaMu.

Bila ku kenang kembali, kisah dulu..
Di waktu aku baru belajar mengenal tarbiyah,
Di hari Engkau memberiku seribu satu pengertian yang sangat dalam,
Yang jarang sekali ku dengar kisah yang kau tetapkan sama seperti kisah ku,
Terimalah Ya Allah, aku berbuat hanya kerana Mu.


Dulu, ketika saya masih mentah dan tak pernah merasa tanggungjawab memuslehkan orang lain.

Seperti minggu-minggu sebelumnya, saya datang ke halaqah. Datang, duduk mendengar dan pulang. Saya terus hadir dan konsisten mendengar pengisian. Program-program juga, saya tidak ketinggalan. Banyak ayat-ayat dalam terjemahan Al-Quran saya yang berkulit hitam itu saya tandakan. Kuning di ayat ini, hijau di ayat sana, dan banyak lagi. Dalam masa yang sama, saya berusaha mengaplikasikan apa yang saya dapat dari halaqah ke dalam kehidupan seharian saya. Cuma satu yang masih belum, dan sukar untuk saya lakukan ketika itu.

MENYAMPAIKAN! Dengan kata lainnya, membuat taklim atau halaqah sendiri pula.

Perkara ini berlalu tanpa sedikit pun saya risau. Sedangkan, inilah amanah yang Allah berikan pada umat manusia. Malah junjungan besar Nabi Muhammad SAW juga bersabda, "Sampaikanlah dariku walau satu ayat".

Sampailah peristiwa yang Allah rencanakan itu saya lalui. Hari itu, seperti biasa saya datang membawa terjemahan kulit hitam itu, alat tulis dan buku catatan halaqah. Semuanya saya letakkan di atas katil akhwat. Sementara menunggu halaqah bermula, saya berbual-bual dengan akhwat di dapur, juga bermain bersama anak akhwat yang ada ketika itu.

Bila waktu halaqah mahu bermula, saya mengambil barang-barang yang saya letakkan di katil tadi. Tapi, tiada sesuatu. Saya bertanya pada yang hadir, "Ada tak nampak terjemahan saya kat atas katil ni tadi?". Semua menggeleng. Saya juga pasti, kerana tiada siapa di dalam bilik ini tadi selepas saya meletakkannya di situ. Saya mencari di celah katil, di atas meja, dan malah di bawah katil. Namun, masih tidak menjumpainya. Saya biarkan dahulu. Mungkin ada di dalam kereta.

Namun, ketetapan Allah mendahului. Di dalam kereta juga tiada. Di bilik sendiri juga, tidak saya temui. Saya bingung. Saya yakin, saya membawanya sebelum itu. Saya tambah bingung kerana hanya terjemahan itulah yang saya gunakan sejak dari awal tarbiyah. Saya terasa, nikmat Ilmu yang selama ini Allah berikan, ditarik dalam masa tidak sampai 5 minit. Saya terasa kosong dan hilang arah. Hilang semua ayat-ayat yang saya tandakan sebelum ini.

Inilah Turning Point saya.

Sejak dari peristiwa itu. Saya sedar, Allah sedang 'berbicara'. Berbicara terus pada saya kerana saya melupakan Al-Quran. Al-Quran dan isinya, bukanlah sekadar untuk dibaca dan difahami. Tapi, perlukan pengamalan dan disampaikan.

Alhamdulillah, sejak dari peristiwa ini, barulah saya mengorak langkah MENYAMPAIKAN. Walau sampai hari ini tidak saya temukan terjemahan Quran itu, syukur pada Allah kerana memberi saya pengajaran ini. Tanpa ketetapanMU itu, mungkin saja saya bukan seperti saya kini.

Dan sejak saya mula menyampaikan, membuat taklim, sudah lebih 10 kali saya gagal. Bukan 10 orang, tapi lebih10 taklim. Kegagalan-kegagalan inilah yang memberi seribu satu pengalaman buat saya sampai hari ini. Tanpa kegagalan-kegagalan ini, mana mungkin saya dapat membina seperti hari ini. Syukur hanya padaMu Ya Allah kerana memberiku peluang merasai peristiwa itu dan kegagalan-kegagalan sebelum ini.

Moga Allah sentiasa redha. Jadikanlah aku, hambaMU yang sentiasa ikhlas, berbuat semata-mata keranaMU.

Sunday, September 19, 2010

Ukhti Madiah..

by the name of ALLAH

Sementara berehat sebentar dari mencari Hardness and tensile strength for Aluminum untuk Final Year Project ni, biar saya update sedikit mengenai seorang akhwat yang saya ziarahi 3 hari lepas.

Ukhti Madiah. ^_^
Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya dan rakan satu batch, Asma yang meneman saya pulang dari Pahang ke Perak untuk menziarahi ukhti Madiah walau hanya sebentar. Perjalanan 6 jam bertambah 2 jam. Tapi tak apa.. moga ukhuwah kerana Allah ini terjalin indah.

Mungkin kerana sepanjang Ramadhan tidak berpeluang menziarahinya, tersasau-sasau saya mencari jalan ke rumahnya. Sampailah satu simpang, saya berhenti tiba-tiba kerana confius.. betul ke jalan yang ni. Tiba-tiba sebuah motor dari belakang berhenti di sebelah sisi kanan kereta. Saya pun membuka tingkap untuk bertanya. Eh, rupanya ayah ukhti Madiah. Alhamdulillah. Belum sempat saya berkata apa-apa.. Pak Ndak terus saja bertanya, "Nak ke rumah Normadiah ke? Meh ikut pakcik". Saya mengangguk dan terus tersenyum.

Di rumah ukhti Madiah, Alhamdulillah.. ukhti Madiah sihat-sihat saja. Tidak lagi demam-demam seperti dulu. Berita gembiranya.. Ukhti Madiah akan memulakan kembali khidmatnya sebagai guru pada hari Jumaat. Saya ziarahi beliau, hari Khamis lepas.. Jadi, esoknya barulah beliau akan ke sekolah kembali. Moga semuanya berjalan lancar. Walaupun kerusi roda yang baru masih belum tiba, semangatnya tidak pudar. Beliau sendiri optimis, mampu berjalan kembali. InsyaAllah. Sama-sama kita doakan.

Dan, berita gembira ke-2, yang baru saya tahu.. dan rasanya ramai yang masih belum tahu hal ini. Alhamdulillah, walau kaki kirinya agak mengecil dan bengkok sedikit, dengan rahmat Allah.. kedua-dua kaki kak Madiah sudah dapat rasa kembali kini. Bila disentuh, sudah dapat rasa. Nak test cubit, takut sakit pulak. Walau apa pun, seronok mendengar dan melihat perkara ini. Katanya sudah hampir sebulan kakinya sudah dapat rasa sejak berurut. Moga perkembangan ini terus positive dari hari ke hari.

Moga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama ukhti Madiah.. Sama-sama doakan ya.
Tidak lupa juga kepada semua akhwat wa ikhwah k.. ^_^

Tuesday, August 17, 2010

Siapa pilih siapa?

by the name of ALLAH

Khamis

"Nanti balik buat halaqah ye..Ibu nak ajak budak-budak kat sini."
"InsyaAllah, OK Bu."
................................................................................

Jumaat

Menyelesaikan urusan-urusan di Specialist dan sebagainya di Bandar Kuantan.
Ambil adik dari asrama.
Setup untuk halaqah UMP.


"Ain, jangan tidur lewat. Halaqah esok pukul 9 pagi tau."
"Hee.. Ok. ok.", saya hanya tersengih melihat ibu yang bersungguh-sungguh mahu Halaqah dibuat di rumah. ^_^
................................................................................

Sabtu

Selesai halaqah pagi itu..

"Ibu dah ajak dah semua budak-budak kat sini sebenarnya. Lina, Mira etc.. Tapi tu je yang nak datang."

"Oh, ye ke? Takpelah Bu.. Yang datang ni pun dah bagus. Memang tak semua orang nak bila diajak kepada kebaikan. Arina, bagus dia tu. Form 1, tapi dah bangun tahajud. Sampai ada orang dengki ibu tau..", saya menukar tajuk perbualan. Ya, memang saya tahu, agak sedih sebenarnya bila perkara kebaikan yang dirancang, kurang mendapat sambutan.

"Ha ah. Ye. Biasa la. Arina tu.. orang dengki macam mana pulak?"

"Tadi, waktu halaqah dia cerita.. Kat asrama dia. Dia bangunlah tahajud dalam pukul 5"


"Ha, betul la tu. Memang sesuailah tahajud waktu tu. Apa masalahnya?"

"Jap la Bu.. nak cerita ni.. Dia bangun tu.. solatlah tahajud 2 rakaat. Tapi, ada kawan dia nampak, pegi mengadu kat senior. Kawan dia cakap, entah dia solat ape. Subuh ke ape. Lepas tu, dia kena panggil. Senior tu tanya, dia solat ape? Dia pun jawab je lah Solat Tahajud. Tapi, senior tu jawab kan.. Mana boleh! Kalau nak tahajud, kena sekali dengan solat taubat, hajat dan lain-lain. Haha.. "

"Lah.. tak betul la tu budak yang tegur dia. Tak belajar. Lepas tu? kamu jawab apa kat Arina?"

"Owh, Ain jawab je lah.. Biasa la tu, setiap kita nak berbuat kebaikan, pasti ada orang akan dengki. Dan Ain share ayat, setiap yang beriman pasti akan diuji. Dalam surah al-Ankabut tu. Pastu, suruh dia teruskan je."


Beginilah situasi pagi itu.. Alhamdulillah, tak sangka ibu berbuat seperti ini.. Mengajak anak-anak jiran datang ke rumah untuk berhalaqah. Saya sangkakan, yang diajak memang seorang dua ni. Tapi, rupanya sudah diajak semua yang di sekeliling. Walau yang datang ke halaqah hanya 2 orang. Dan, kedua-duanya Form 1, tapi saya bersyukur kerana apa yang saya cuba sampaikan selama ini kepada ibu saya, berhasil: Pentingnya Tarbiyah dan Halaqah. Alhamdulillah.

Teringat saya pada beberapa pihak. Bagaimana boleh menyatakan, Halaqah ini memilih mereka yang baik-baik saja? Ibu saya sendiri boleh faham.. Kenapa yang sudah membawa dakwah bertahun-tahun tetapi masih sukar untuk faham? Pastilah tidak semua yang akan hadir walau diajak kepada kebaikan. Bukan masalah ibu saya yang memilih mana satu anak jiran yang baik, baru akan diajak. Tapi, diajak saja semua. Cuma hasilnya.. Allah lah yang menentukan. Kita berusaha, tapi Allah yang menetapkan.

Pastilah yang datang, yang mahukan kebaikan. Emak yang menghantar anaknya ke rumah saya, pastilah mahukan yang terbaik untuk anaknya. Tapi, tak semua orang begini bukan?

Jadi, fikir-fikirkanlah.. Halaqah kah yang memilih, atau manusia sendiri yang memilih untuk Halaqah??

Monday, May 3, 2010

Menelusuri minggu ini..

by the name of ALLAH

Hari ini, Isnin..
Minggu ini, perlu dihadapi: 3 Test, 2 final report due, 1 presentation, 1 oral test

Terasa agak berat untuk melalui semua ini dalam hanya 1 minggu. Dengan planning untuk sem depan, hal-hal lain, akademik pula..banyak perlu dibaca tambah dengan report dan presentation yang masih belum siap-siap. 

Namun, pada minggu lepas selepas tahu akan adanya satu program akhwat KL, tidak tahu kenapa.. mulut ini, ringan saja menyatakan mahu turut sertakan akhwat-akhwat UTP yang dikasihi. Pasti, diri inilah yang perlu bertanggungjawab mengiringi dan membawa mereka yang disayangi ini jika hasrat diusulkan.

Mengapa?? jawapan masih belum ditemui tika itu. Diri ini juga tidak tahu.. apakah perancangn yang telah ditetapkan ALLAH. Bebanan akademik di hujung semester tahun akhir semester pertama ini, memang parah. Tapi, tinggi juga hasrat hati mahu membawa akhwat ke program ini.

Jadi, kuteruskan juga usulku. Walau tanpa kehadiran jiwa dan rasa, tanpa tahu apa asasnya, tanpa tahu apa yang bakal terjadi minggu ini, kuteruskan langkah. Kubawa juga akhwat-akhwat dari sini ke program akhwat KL.

Ya.. setelah melaluinya.. Alhamdulillah, kini kutahu kenapa. ALLAH memberi peluang untuk kami sama-sama merasai sesuatu yang cukup istimewa, yang jarang benar dalam program integrasi 2 IPT capai dengan jaya, iaitu.. UKHUWAH.

Subhanallah, rata-rata menyatakan rasa yang sama...seperti tidak ada sebarang gap di antara kami. Walau ada yang pertama kali bertemu, walau pada awalnya tidak tahu nama, walau ada yang jarang benar bertemu, ukhuwah yang dirasakan kali ini sepertinya telah digenggam erat sekian lama. Sukar untuk menyatakan perasaan ini sekadar menerusi kata-kata. Indahnya sukar digambarkan.

Walau apa pun yang berlaku.. moga hati-hati dan ikatan yang telah terbina kali ini, menjadi kekuatan bagi jiwa-jiwa kita. InsyaALLAH, jika niat kita 1.. ALLAH akan sentiasa satukan hati-hati kita. Maka, sama-samalah kita supaya sentiasa berdoa buat ikhwah wa akhwat yang disayangi kerana ALLAH. Sama-sama juga doakan agar dakwah ini sentiasa diteruskan dengan iman dan takwa semata-mata menggapai redha dan cinta ALLAH.

Moga ukhuwah ilallah inilah yang menjadi bekal untukku menghadapi minggu ini. InsyaALLAH..

Monday, December 28, 2009

disebalik ketetapan ALLAH

by the name of ALLAH

Tut.. tut..
"Assalamualaikum, Fai. Nak minta tlg bole?"
"Waalaikumussalam kak. Ye, nak minta tlg ape?"
"Huhu.. laptop akak tertinggal la kat surau"
"O.. ye ke? akak tak bawak balik ye? nampak juga tadi."
"Ha ah.. tak bawa balik. Tertinggal, lupa plk. Tlg simpankan bole? takut hilang pulak nanti"
"Ok. Bole je"
"K. Jazakillah, nanti akak amik kat bilik Fai k."

Semalam, Alhamdulillah ALLAH izinkan Halaqah Iman berjalan lancar. Ramai juga yg dtg berbanding minggu2 sebelum ini. Moga adik2ku terus istiqomah dan istimrar dalam mengejar cinta Yg Maha Esa. Ditetapkan ALLAH, laptop yg dibawa tertinggal di surau.

Malam itu, berbincang dan berkongsi rasa bersama sahabat di bilik. Pada awalnya merancang untuk mengambil laptop BenQ itu seusai berbuka dan solat maghrib, tapi.. terasa berat pula. Dan akhirnya;

Message:
'Salam. Fai n Zek, Esok kelas pukul berapa ye?'
'Salam. Esok kelas pkl 9. Knape kak?'
'Oh, ok. nak dtg amik laptop esok pagi, before akak pegi tmpat kerja.'
'Ok'

Akhirnya, pagi ini laptop diambil dan dibawa ke tempat kerja. Hari ini terasa agak ceria. Dengan cerita2 yg agak menarik. Ditambah dengan lukisan terbaru FRESHIE, "Pencuri!!" dan perkara2 lain. ^_^

Sekitar waktu 4ptg, sdg asyik berbincang dengan sahabat di sebelah meja tempat kerja sambil menyiapkan final report, terasa gatal tangan ini untuk membuka yahoo messenger. Jarang rasanya tidak buka YM jika on laptop.

Fuh! Sejenak terlupa apa yg sedang dibicarakan bersama rakan sebelah. Tertera di screen, 1 nama yang memang cukup dikenali. belum diapprove. "Slm." Itu sahaja yg diutarakan di kotak pesanan. Waktunya, 8.24pm. Dialah yg saya ceritakan dlm post kerana ALLAH. Subhanallah. Hampir 3 tahun berlalu, kali ini menjelma lagi.

Baru disedari, mengapa ALLAH menetapkan perasaan 'malas' utk mengambil laptop ini malam tadi. Jika tika itu saya mengambil laptop ini, sudah pasti wireless akan sentiasa melekap dgn laptop ini. Dan mungkin2 saja saya akan menjawab salam dia di waktu itu. Saya tidak pasti dari mana dia memperolah YM saya. Tapi, saya pasti.. di sebalik perkara ini, pasti ada satu ketetapan ALLAH yg penuh hikmahnya.

Walau apa pun, saya doakan kita semua ditetapkan yg terbaik di sisi ALLAH. Moga hati2 kita sentiasa kuat dan tabah dengan segala ujianNYA. InsyaAllah, saya akan selesaikan kes ini. Tapi, tidak pasti bila dan bagaimana. Mungkin waktu sy nikah nanti? Wallahu 'alam. Mohon doakan ya. ^_^


"...ALLAH (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Dan ALLAH Maha Mengetahui isi hati" [Al-Imran,3 ayat 154]