Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Saturday, January 30, 2010

Benih CINTA sebenar

by the name of ALLAH

CINTA.. pelbagai persoalan akan hadir di hati kita walaupun ianya lahir tanpa tanda tanya. Tidak perlu diulas panjang apa itu CINTA kerana setiap manusia ada persepsi sendiri tentang isu ini. Apa pun persepsi anda, mari menyemai benih-benih cinta berkualiti di hati kita. ^_^
3 cinta sebenar Vs 8 cinta sementara.

Cinta sementara. 
Cinta pada:
1- bapa-bapa
2- anak-anak
3- saudara-saudara
4- isteri-isteri
5- keluarga
6- harta kekayaan
7- perdagangan
8- rumah tempat tinggal

Jika kita menyintai perkara-perkara ini lebih dari 3 cinta sebenar, pastilah kita akan tergolong di dlm golongan orang-orang yg rugi seperti yang disebutkan dalam Al-Quran kalam ALLAH.

Cinta Sebenar yg berkualiti:
1 -- Cinta pd ALLAH
2 -- Cinta pd RASUL-Nya
3 -- Cinta akan JIHAD di jalanNya

Jadi, mari kita tanam, siram, baja dan pastikan CINTA sebenar ini membesar dan hidup subur di hati kita setiap saat, detik waktu kehidupan kita dunia dan akhirat.
'Katakanlah, "Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada ALLAH dan RASULNYA serta BERJIHAD di JALANNYA, maka tunggulah sampai ALLAH memberikan keputusanNya." Dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik' [At-Taubah, 9 : 24]
^_^ Theory >> perlukan pengaplikasian!

Thursday, January 28, 2010

Sumbanglah semampunya

by the name of ALLAH

Segala yang berlaku, bukan coincident. Semuanya telah ditetapkan ALLAH. Semalam, seorang akhwat yg disayangi, ukhti Madiah accident. Seorang sahabat yg periang dan baik hati. Seorang guru Matematik sekolah menengah di Tapah. Baru berusia 25 thn.

Pasti terkandung seribu hikmah. Hanya ALLAH Maha Mengetahui, Maha Penyayang.

Asbab, kerana agak mengantuk ditambah pula dgn selesema dan demam.. pagi sewaktu dlm perjalanan ke sekolah menaiki keretanya, dia hilang kawalan. Terlanggar tiang dan terus terbabas. Saya tidak pasti bagaimana situasi tersebut. Apa yg pasti, semalam sewaktu saya menziarahinya di hospital Ipoh, keadaanya menyedihkan. Namun, alhamdulillah, dia masih sedar.

Mujur pendarahan kurang. Jika tidak.. pasti saya tidak mampu untuk pergi dekat padanya apatah lagi membisikkan kata2 semangat padanya. Ya, memang sy agak gerun dgn darah dan perkara inilah menjadi faktor terbesar sy melupakan cita2 utk menjadi Doktor 1 ketika dulu.

ALLAH menetapkan, bahunya patah. Tulang belakangnya yg ke-5 dan ke-7 patah. Kemungkinan besar, kakinya akan lumpuh.

Subhanallah.. amat hebat ujian yang dihadapinya. Moga sentiasa tabah, fizikal dan mental kerana hanya hamba ALLAH yg terpilih, yg mampu menghadapi ujian seperti ini. Beruntungnya dia kerana dia yg dipilih ALLAH. Bayangkanlah.. betapa beratnya ujian jika kaki kita sendiri yg lumpuh. Innalillah.

Terbaru, untuk urusan pembedahan dan sebagainya, RM10,600 diperlukan. Jadi, sudilah kiranya kita sama2 membantu ukhti Madiah, salah seorg saudara sesama Islam kita ini. Moga dgn sumbangan kita, ianya mampu untuk mengurangkan bebanannya. Dalam masa yg sama, pasti ganjaran pahala akan kita peroleh. Jika tidak mampu untuk menyumbang dlm bentuk materi, marilah sumbangkan doa supaya ALLAH menetapkan yg terbaik untuknya.

Wlw orgnya tidak anda kenali, yakinlah.. pasti ada pahala di sisi ALLAH jika kita sama2 membantunya.
Jika mahu turut menyumbang, boleh bank in sumbangan pada saudaranya:

Ahmad Azahar Bin Mohd
[0195221503--Sila inform pd nombornya jika anda menyumbang]
CIMB: 03020068175525
BIMB: 07034020163413

Moga berat bebanan yg ditanggung, sama2 kita pikul. Kerana, mungkin2 sahaja.. esok lusa, hari kita pula. Tika itu, moga lebih ramai lagi rakan2 kita sesama Islam bersaudara tampil membantu kita. InsyaALLAH.

'Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara...' Al-Hujurat,49:10

Tuesday, January 26, 2010

AyaH kembaLi ke RAHMATULLAH

by the name of ALLAH

Hari ini, genap 10 hari ayah saya kembali ke rahmatullah. Ayah meninggalkan kehidupan dunia ini pada 1 Safar 1431H / 17 Januari 2010. Alhamdulillah, semua urusan berjalan baik.




Gambar allahyarham ayah, diambil ketika di Bandung

Pengalaman ke Bandung memang akan menjadi 1 memori yang amat sukar untuk dilupakan kerana genap 3 hari pulang dari Bandung, ayah kembali ke Rahmatullah. Mungkin ini antara hikmahnya saya dan kawan saya menukar objektif trip kami. Pada awalnya, trip kami ke Bandung adlh atas urusan bisnes. Tapi, memandangkan apabila diajak, ayah saya dan keluarga kawan saya setuju untuk mengikut kami, kami tukar objektif trip kepada: Dakwah family. Itulah peluang akhir saya mendakwahi ayah saya. Subhanallah. Walau terasa objektif kami tidak kesampaian, moga ALLAH menerimanya.

Memang hebat ketetapan ALLAH. Dengan sekelip mata sahaja ALLAH mengambil kembali pinjaman org yg disayangi. InsyaALLAH, saya redha dgn ketetapan ini.

Pada hari Ahad tersebut, seusai saya dan ibu solat maghrib. Seorg jiran kami dtg ke rumah. Ayah saya accident motor katanya. Motor yg ayah saya naiki, memang hampir sama jenis dan warna dengan motor dlm gambar di atas. Cuma, sewaktu accident, ayah saya lengkap dengan helmet, body protection dan semua kelengkapan keselamatan.

Saya dan ibu terus bersiap untuk ke hospital Kemaman. Dalam pukul 8 lebih, kami tiba di hospital. Tika itu, saya dan ibu terus ke wad kecemasan. Saya lihat, ayah seperti menahan sakit. Tapi, tiada sebarang kecederaan luar. Tangan dan kakinya masih bergerak-gerak. Tapi, tiada 1 suara pun yg keluar dari mulutnya.

Doktor memanggil saya dan ibu. "Tulang rusuk suami puan patah, mencucuk paru2. Terlalu banyak pendarahan berlaku. Dan ada juga pendarahan dalam perut serta di bahagian kepala. Kami sedang berusaha untuk stabilkan suami puan. Pembedahan tidak dapat dilakukan selagi keadaan patient tidak stabil. Buat masa ni, keadaan suami puan tidak stabil. Jadi, banyakkan bersabar dan doa ya".

Saya tidak dapat menggambarkan atau merasai sejauh mana kesakitan dalaman yg dialami ayah. Lagi2 apabila melihat badan dan luaran ayah yg memang tiada sedikit luka sekalipun.

Kira2 20minit selepas itu, saya dan ibu dipanggil untuk menandatangani 1 borang untuk radiologi. Jika saya tidak silap. Dan belum sempat Doktor tersebut menerangkan detail tentang borang itu, seorang lagi doktor dtg. Katanya, keadaan ayah saya semakin tidak stabil. Tekanan darah semakin menurun mendadak. Jadi, saya dan ibu dinasihatkan untuk mengajarkan ayah saya mengucap.

Selama hampir 15 minit, saya dan ibu tidak putus2 mengucapkan 'Laailaha illallah' di telinga kanan dan kiri ayah. Sesekali, saya bacakan yasin. Kadang2 ibu menangis. Jadi saya cuba menenangkan ibu, sambil tidak putus membisikkan syahadah pada ayah. Malam itu, tiada setitik pun air mata saya gugur. Apabila melihat ibu menangis, tinggal pula ayah yg sedang mengalami detik2 akhir kehidupan yg sebolehnya pergi bersama lindungan syahadah.. saya simpan dalam2 perasaan sedih saya. Saya tidak boleh menangis. Jika saya menangis malam itu, pasti ibu makin sedih dan saya tidakkan mampu untuk sentiasa membisikkan kalimah syahadah di sisi ayah. Moga ayah menanam kalimah ini di hati. Kekuatan ini sebenarnya lahir dari Rahmat ALLAH yg Maha Penyayang.

Jam 9.53pm, doktor mengesahkan ayah meninggal. Ibu terus keluar dari wad tersebut. Tidak dapat menahan sebak. Sebelum saya keluar, saya kucup dahi ayah. Moga ALLAH menempatkan ayah bersama orang2 yg soleh.

Al-Ankabut, 29:57
Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.

Moga pengalaman ini menjadi pedoman buat kita semua. Pada bila2 masa sahaja, mungkin giliran kita menyusul ke alam sana. Mari kita bersama-sama, menambah amal, berbuat semata-mata kerana ALLAH dan jangan pernah ragu.. ALLAH sentiasa dekat di sisi kita dalam setiap detik perbuatan. Mari mendekatkan diri pada ALLAH, gapai cintaNYA dan raih RedhaNYA. InsyaALLAH kita akan sentiasa selamat, dunia dan akhirat. Amin.

Note: Terima kasih atas semua yg memberikan kata2 semangat dan support pada saya dan family.