Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Friday, March 19, 2010

BaLas Jasa

by the name of ALLAH

Berada di rumah..
Lebih sibuk dari berada di UTP pula. Dengan kerenah anak-anak kecil berempat itu. Fuh.. letih sungguh melayan. Sekejap yang ini nak air la. Sekejap yang ini pula menangis. Yang tadi merengek kembali.. nak air lain pula. Isk3.. Macam-macam. Memang melatih kesabaran.

Min dan Uzair

Tapi, bila difikir-fikirkan.. amat besar pengorbanan ibu ayah kita sewaktu kita kecil dulu kan. Bersengkang mata membesarkan kita, melayan kerenah kita, melayan dan mendidik kita sehingga kita tumbuh besar dewasa seperti hari ini. Terima kasih, ibu.. terima kasih ayah.

Jadi, kini tanggungjawab kita pula sebagai anak, membalas kembali jasa mak ayah kita. Tapi, perlu jelas.. bagaimana membalas jasa ya?

Berikan kesenangan pada mereka..
Belikan rumah besar..
Tiap-tiap bulan, bagi gaji kita pada mereka...
Selalu balik rumah..

Oh.. bukan-bukan. Kalau setakat ini yang anda katakan membalas jasa mak ayah, kita hanya baru membalas 10-15% jasa-jasa mak ayah kita. Kita takkan mampu membayar nilai yang lebih mahupun menyamai jasa-jasa mak ayah kita hanya dengan melakukan perkara-perkara seperti ini.

Cara sebenar untuk membalas kembali jasa mak ayah kita ialah.. memastikan kita sentiasa berusaha membawa mereka ke dalam syurga. Bila berjaya, barulah boleh dikatakan kita berjaya membalas jasa ibu ayah kita. Tapi, of course.. kita sendiri pun mestilah berusaha untuk menggapai redha ALLAH dan mencapai syurga ALLAH.

"Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu...."
[At-Tahrim,66 ayat 6]
.
Jadi, sama-samalah kita istiqomahkan diri, berubah kepada yang lebih baik. Dari hari ke hari.. solatlah di awal waktu, lakukan ibdah-ibadah sunat dalam keikhlasan berbuat kerana ALLAH. Dan, ajaklah ibu ayah kita lakukannya bersama-sama. Jika tidak mampu mengajak melalui lisan, tunjukkanlah akhlak yang baik. Yang terbaik. Banyakkan doa, supaya ALLAH membukakan hati kita, dan mak ayah kita supaya semakin dekat dengan ALLAH. InsyaALLAH, walau usaha ini memakan masa bertahun-tahun.. jika kita benar-benar berusaha dan istiqomah, insyaALLAH diizinkan ALLAH.

Jangan.. Jangan biarkan ibu ayah kita terseret ke neraka kelak kerana perbuatan dan dosa kita. Yuk.. sama-sama berubah dari sekarang. Kita boleh, jika kita tahu dan mahu!!

Wednesday, March 10, 2010

Penawar Kelelahan

by the name of ALLAH

Subhanallah.. berada dalam kesibukan.
Dengan tests, assignments, projects, program dan lain-lain.

Semoga dengan kesibukan ini, ALLAH masih melembutkan hati-hati kita untuk bertilawah walau seketika. InsyaALLAH, hati akan lebih tenang dan dekat dengan ALLAH.


Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya.
( Riwayat Muslim )
Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran
( Riwayat Muslim )

 

Thursday, March 4, 2010

Tertarik, Menarik.

by the name of ALLAH

Subhanallah.. sedar tak sedar, kini kita sudah berada dalam bulan ke-3 tahun ini. March, 2010. Rabiu'l Awal 1431H. Masa yang berlalu terasa amat pantas. Hanya lebih kurang 3 bulan sahaja lagi untuk kita berada di semester ini. Seperti kata Hassan al-Banna dalam buku "Ceramah Jumaat Hassan Al-Banna", MASA adalah KEHIDUPAN.

Kenapa? Kerana..time is priceless. Masa jauh lebih bernilai dari wang ringgit atau emas. Emas boleh-boleh saja dijual beli. Tapi, kehidupan.. kita tidakkan mampu untuk membelinya. Bukan kerana terlalu mahal, kerana ianya tidak dijual. Kita takkan mampu untuk kembali kepada masa yang telah lepas. Walaupun seminit yang lalu, mampukah anda untuk kembali kepada kehidupan seminit yang lepas itu? Sudah pasti tidak kan? Mesin masa? Oh.. cubalah jika anda mampu.

Moga masa yang masih berbaki semester ini, kita gunakan sebaik mungkin dalam membina dan berusaha membersihkan sisi-sisi jahiliyah dalam diri kita, keluarga dan para sahabat sekeliling kita khususnya.

Saya tertarik untuk berkongsi apa yang saya baca di dalam buku "Menjadi Murabbiyah Sukses" karya Cahyadi Takariawan dan Ida Nur Laila. Dalam kita cuba menimbulkan ketertarikan dalam tarbiyah ini, mungkin kadangkala ada perkara-perkara yang kita terlepas pandang atau masih belum mencapai mutu 'terbaik'. Jadi, saya kongsikan point-point penting dari bab "Bagaimana menimbulkan ketertarikan".

Eh, bukan nak 'menarik' apa tau.. Hendak menarik kawan dan sahabat kita, jiran kita, dan mungkin adik-adik kita ke arah kebaikan yang lebih baik. Ke dalam tarbiyah dan mendekatkan diri pada ALLAH. InsyaALLAH.

Antara cara-cara bagaimana menimbulkan ketertarikan ialah:

1--Keihklasan anda
Saya teringat, bagaimana saya boleh memakai tudung labuh. Jarang benar rasanya saya berkongsi kisah ini. Pernah, suatu hari.. ketika saya berjalan pulang dari kelas, saya terlihat sesusuk tubuh dengan berbaju kurung dan bertudung labuh berjalan ke arah village 2. Tika itu, saya menuju ke village 4. Dan, di saat dan detik itu.. mungkin kerana keikhlasannya berpakaian kerana ALLAH.. Alhamdulillah, terdetik dalam diri saya untuk merubah pemakaian. Dari bertudung dengan tudung yang biasa, tetapi agak jarang, kepada sekarang ini. Dan, syukur, saya rasa lebih selesa. Memang pelik.. hanya dengan 'terlihat', mampu merubah seseorang. Ya.. itulah kehebatan KEIKHLASAN.

2--Penampilan anda
Pelajaran dari Hadith ke-2 imam Nawawi, tentang Iman, Islam dan Ihsan. Profil murobiyah ideal juga ada dinyatakan. Lihatlah contoh dari malaikat Jibril yang datang; Pakaiannya sangat putih bersih, rambutnya sangat hitam, tidak nampak tanda-tanda bermusafir. Ya.. ini yang patut kita contohi. Paling minima, kemas dan bersih.

3--Bahasa komunikasi anda
Kurang OK: Wah.. sibuk betul adik ni. Baru semester satu pun dah sibuk macam ni. Apa lah yang nak dicari?
Yang OK: Subhanallah, adik nampak sibuk ya, hari ni. Semoga hari adik dilimpahi keberhasilan dan rahmat ALLAH.

4--Perhatian anda
Tambahkan perhatian anda pada yang lain. Banyak caranya.. Message, YM, Gtalk, ziarah ke bilik, dan sebagainya. Dan prihatin terhadap masalah dan kemusykilan yang lain. Moga ukhuwah yang bertaut tetap bersemi dengan cemerlang.

5--Keramahan dan kehangatan anda
Kita yang seharusnya memulakan sapaan terlebih dahulu. Tika berjabat tangan, hulurlah dengan penuh ramah dan perasaan sayang. Tonjolkan keramahan dan kehangatan anda, dengan cara anda sendiri. Apa macam? boleh kah?

6--Keilmuan anda
Ya.. sudah pasti.. banyakkan menuntut ilmu dan membaca.

7--Posisi anda
Bukan hanya pangkat, tapi.. tunjukkanlah posisi baik anda dengan jujur. Dan, perlu sentiasa ingat.. jaga posisi anda sebagai seorang dai'e. Jangan biarkan orang sekeliling memfitnah dai'e kerana salah dan silap kita seorang. Kena jaga posisi tau..

8--Senyum anda
Mudah aja. ^_^ Senyum Sokmo!!

Ok.. itu sahaja buat kali ini. Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama-sama.
Yuk.. perbaharui langkah-langkah kita ke arah yang lebih baik dan Terbaik!!