Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Sunday, May 9, 2010

InsyaALLAH nanti..

by the name of ALLAH

Sekali.. 2 kali.. 3, 4 kali..

Dalam beberapa hari ini, banyak pula disebutkan pasal NIKAH.
Fuhh.. final exam pun belum sudah lagi. Tapi, soalan ini jugalah yang kerap kali dilontarkan bila berbicara dengan akhwat mahupun sahabat-sahabat lama sejak akhir-akhir ni. Diusik pun, sentuh pasal nikah. Baca status kawan-kawan pun, baca blog pun, keluar tentang nikah.

"Bila nak nikah?", "Bila nak kawin?"
Tak susah nak menjawab sebenarnya. Jawapan lazim saya, "InsyaALLAH, bila ada jodoh, nikahlah."

Tapi, hakikatnya tak semudah yang disangka. Nikah bukanlah satu solusi atas segalanya. Malah, nikah adalah salah satu langkah menghadapi permasalahan baru dalam kehidupan di Bumi ALLAH ini.

Teringat sewaktu buat taklim bersama keluarga di rumah, April lalu.. sewaktu pulang sebentar mengubat rindu pada keluarga yang disayangi. Dalam taklim, ini.. saya kongsikan tentang tujuan hidup dan pentingnya untuk sama-sama saling ingat-mengingatkan. Saya kongsikan juga, ayat yang penting ini:


"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;.." [surah at-Tahrim, 66 ayat 6]


Kerana inilah, salah satu tanggungjawab saya mengingati ahli keluarga saya sendiri selain menjalankan amanah di UTP ini, dakwah dan study. Waktu taklim ini.. ada juga saya sentuh tentang pergaulan lelaki perempuan dan couple memandangkan isu anak luar nikah yang semakin membanjiri media saban hari.

Jadi, saya pun sarankan supaya abang saya cepat-cepatlah nikah, memandangkan sudah lama ikatannya terjalin dengan seseorang. Abang saya senyap sahaja. Tapi, adik lelaki yang bongsu ini pula yang mencelah. "Alah, dia tu pun sama". Aduhh... saya pula yang dipersoalkan kerana masih juga belum nikah.

Dan belum sempat saya jawab apa-apa, ibu pula menyambung "Ha, ibu ada kenal sorang ustazah ni. Anak dia belum kawin lagi. Selalu bawa orang pergi haji dan umrah. Kalau kamu nak, Bolehlah ibu tanyekan pada ustazah tu".

Aduh.. aduh.. lain pula jadi ni. Tergamam seketika. Tak tahu apa pula nak jawab tika itu. "Eh, takpa-takpa, ain minta ustaz tolong carikan. Nanti redundant pulak. Kan susah", itu sahaja yang mampu saya dalihkan. Taklim ini pun berakhir dengan perasaan haru-biru kerana, saya pula yang dipersoalkan seperti itu.

Hmm.. ya, memang susah. Maaf ya ibu.. bukan tak mahu, tapi mungkin belum mampu. InsyaALLAH, sedang juga diusahakan. Kadang terasa macam dalam drama pula bila ibu sendiri minta nikah awal, dan kalau boleh, hujung tahun ni. Mana la nak cari jodoh macam dalam lagu Wali Band tu.

Tapi, tak apalah.. walau acap kali persoalan ini dilontarkan, tetap saya akan menjawab, "insyaALLAH, bila ada jodoh, nikahlah". Saya yakin dengan ketentuan ALLAH. Biarlah ALLAH yang menetapkan segalanya buat diri ini dan buat kita semua. Pasal jodoh, biar lambat atau cepat, jika itu yang telah ditetapkan ALLAH, saya terima.

Eh, tapi ni bukan promote diri ya. Sekadar berkongsi rasa.. Memandangkan, anak-anak halaqah saya juga memusykilkan, murobbinya berahsia, tak tsiqoh nak bercerita dengan mereka. ^_^
Bukan tak tsiqoh atau apa-apa.. cuma rasanya jika dikongsikan, masih ianya tetap tidak dapat diselesaikan. Semuanya bergantung kepada ketentuan ALLAH.

Wallahua'lam..

Friday, May 7, 2010

Indah perjalanan..

by the name of ALLAH

Alhamdulillah..
Minggu ini dilalui dengan lancar. ^_^
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan pada Rabb yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Dalam menelusuri minggu ini..
3 tests dapat dilalui dengan lancar. InsyaALLAH, target A bagi setiap test. Rasanya, soalan-soalan jauh lebih mudah dari test 1 dahulu. Mungkin tajuk-tajuk separuh sem kedua ini lebih mudah, dan lebih bersedia. Walau apa pun, semuanya adalah kerana rahmat dari ALLAH Subhanahu wa Taa'la.

Presentation juga berjalan baik. Tak banyak halangan. Dan, ahli-ahli group juga amat supportive walau tak pernah sekali pun saya hadiri perjumpaan kerana tiap kali perjumpaan, ada saja hal yang tidak dapat saya elakkan. (Tapi.. kerja saya siapkan tau. dan saya hantar on time..= kalau kerja grouping, insyaALLAH saya akan concern lebih) Lain-lain juga.. Alhamdulillah.

Terasa minggu ini indah, tak seperti apa yang dibayangkan sebelum ini. Maha Suci ALLAH yang mengizinkan hal ini berlaku.


Tiada kata dapat saya gambarkan. Pengasihnya ALLAH, Pemurahnya ALLAH, Penyayangnya ALLAH.

Ya ALLAH.. jadikanlah kami, hamba-hambaMU yang sentiasa mengingatiMU, menyintaiMU, menaatiMU dan mensyukuri nikmat-nikmat pemberianMU dunia wa akhirat. Berkatilah rezeki dan rahmat yang telah Engkau berikan kepada kami, yang sedang Engkau berikan kepada kami, dan yang akan Engkau berikan kepada kami. Ya ALLAH. Hanya kepadaMUlah tempat kami memohon dan bergantung harap. Tetapkanlah yang terbaik bagi kami di sisiMU Ya ALLAH, Ya Rabbal A'lamin.

** Berbuat yang terbaik, dan sungguh-sungguh (jahada) semata-mata kerana ALLAH. InsyaALLAH, semuanya pasti akan mudah. ^_^.

Monday, May 3, 2010

Menelusuri minggu ini..

by the name of ALLAH

Hari ini, Isnin..
Minggu ini, perlu dihadapi: 3 Test, 2 final report due, 1 presentation, 1 oral test

Terasa agak berat untuk melalui semua ini dalam hanya 1 minggu. Dengan planning untuk sem depan, hal-hal lain, akademik pula..banyak perlu dibaca tambah dengan report dan presentation yang masih belum siap-siap. 

Namun, pada minggu lepas selepas tahu akan adanya satu program akhwat KL, tidak tahu kenapa.. mulut ini, ringan saja menyatakan mahu turut sertakan akhwat-akhwat UTP yang dikasihi. Pasti, diri inilah yang perlu bertanggungjawab mengiringi dan membawa mereka yang disayangi ini jika hasrat diusulkan.

Mengapa?? jawapan masih belum ditemui tika itu. Diri ini juga tidak tahu.. apakah perancangn yang telah ditetapkan ALLAH. Bebanan akademik di hujung semester tahun akhir semester pertama ini, memang parah. Tapi, tinggi juga hasrat hati mahu membawa akhwat ke program ini.

Jadi, kuteruskan juga usulku. Walau tanpa kehadiran jiwa dan rasa, tanpa tahu apa asasnya, tanpa tahu apa yang bakal terjadi minggu ini, kuteruskan langkah. Kubawa juga akhwat-akhwat dari sini ke program akhwat KL.

Ya.. setelah melaluinya.. Alhamdulillah, kini kutahu kenapa. ALLAH memberi peluang untuk kami sama-sama merasai sesuatu yang cukup istimewa, yang jarang benar dalam program integrasi 2 IPT capai dengan jaya, iaitu.. UKHUWAH.

Subhanallah, rata-rata menyatakan rasa yang sama...seperti tidak ada sebarang gap di antara kami. Walau ada yang pertama kali bertemu, walau pada awalnya tidak tahu nama, walau ada yang jarang benar bertemu, ukhuwah yang dirasakan kali ini sepertinya telah digenggam erat sekian lama. Sukar untuk menyatakan perasaan ini sekadar menerusi kata-kata. Indahnya sukar digambarkan.

Walau apa pun yang berlaku.. moga hati-hati dan ikatan yang telah terbina kali ini, menjadi kekuatan bagi jiwa-jiwa kita. InsyaALLAH, jika niat kita 1.. ALLAH akan sentiasa satukan hati-hati kita. Maka, sama-samalah kita supaya sentiasa berdoa buat ikhwah wa akhwat yang disayangi kerana ALLAH. Sama-sama juga doakan agar dakwah ini sentiasa diteruskan dengan iman dan takwa semata-mata menggapai redha dan cinta ALLAH.

Moga ukhuwah ilallah inilah yang menjadi bekal untukku menghadapi minggu ini. InsyaALLAH..