Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Monday, July 5, 2010

Murobiyah Sempurna? (1)

by the name of ALLAH

Sedang kami makan bersama di suatu hari yang indah.

“Kak, boleh ke kalau nak tukar murobiyah?”

Terkedu saya seketika. Walau dia bukanlah anak halaqah saya.. Dalam hati tertanya-tanya, apa yang murobiyahnya lakukan sehingga soalan ini meluncur keluar dari mulutnya? Namun, saya tenangkan diri dan bertanya kembali;

“Maksudnya.. anti nak tukar halaqah ke? atau nak halaqah yang sama, tapi murobiyah yang lain?”

“Eh, mana ada ahli halaqah lain pun.. saya nak masuk macam mana. Nak halaqah yang sama, tapi murobiyah yang lain.”

“Ooo.. Kenapa ya?  Kenapa anti tak nak murobiyah yang sekarang? If nak tukar murobiyah, anti nak siapa? Mana ada dah murobiyah lain.”

Suasana sepi sejenak.

“Ada... Akak kan ada. Kak Lana pun ada.”

Masih meluap rasa ingin tahu saya pada pernyataannya awal tadi. Saya terus bertanya lagi;

“Eh, akak tak boleh.. akak garang. Alaa.. Kenapa Dira? Beritahulah sebabnya..”

“Tak.. akak OK. Hm.. takpelah kak, nanti kita sambung. Kita habiskan makan ni dulu. Nanti lambat pulak kita solat.”

Saya terima alasannya. Tapi, tetap akan saya cungkil apa sebabnya..

 “Ok lah.. Nanti bagitahu ye..”


Keesokan harinya...



Bersambung...

Monday, June 28, 2010

tak sedar tak

by the name of ALLAH

9.46pm
Unknown number:
Message received;
"Assalamualaikum. Akak, ni adik ni. Dah selamat sampai kat sini. Cakap kat ibu ek."
Misscall..

12.15am
Pintu bilik diketuk. Tuk.. tuk.. 
"Assalamualaikum.."

Astaghfirullahal a'zim.. Ya Allah, tak sedar langsung tertidur entah dari pukul berapa tadi.

Beberapa detik ketika baru tersedar tadi, aku tak tahu.. di mana aku berada.
Jarang benar rasanya keadaan seperti ini berlaku. Bila mata dibuka, sepatutnya aku tahu di mana aku berada. Tapi, kali ini.. seperti pengsan. Sedar, terjaga kemudian bertanya dalam hati sendiri.. "Eh, aku kat mana ni?"

Bila melihat akhwat yang mengetuk pintu tadi masuk ke bilik, baru aku sedar di mana aku.

Mungkin kerana terlalu penat..
Dari semalam, drive ke hulu ke hilir. Dari kampung, KLIA.. kemudian ke Perak, matrik dan UTP.
Mujurlah tiada mana-mana urusan dakwah dalam tanggungjawab yang ketinggalan dalam ketidak sedaran ini. 

Tapi.. hasrat untuk ke surau ada terkubur..

Ya ALLAH, janganlah engkau hijabkan aku dari diriMU. Dekatkanlah diri ini, hati ini dan jiwa ini padaMU selalu. Luruskanlah dan murnikanlah niat hati kami selalu dalam berbuat hanya kerana MU. Tetapkanlah yang terbaik bagi kami di sisiMU dunia akhirat. Jadikanlah kami, hamba-hambaMU yang sentiasa mengingatiMU, menyintaiMU, menaatiMU, mengorbankan diri kerana MU, berharap padaMU, takut padaMU, dan redha dengan segala ketentuanMU. Dan jadikanlah kami, hamba-hambaMU yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberianMU. Ya ALLAH bukakanlah pintu hati kami untuk menerima hidayahMU dalam waktu yang dekat, dan janganlah engkau pesongkan hati kami setelah engkau berikan hidayahMU kepada kami. Ya ALLAH perkenankanlah..

Untuk adik.. Maaf ya adik. Waktu adik call akak, sikit pun akak tak dengar. Nak call semula, tak tahu pula pukul berapa kat AS tu.. Moga iman dan hati sentiasa terjaga di sana. Lagi-lagi di negara orang. Asif ya dik. Namun, alhamdulillah.. adik selamat sampai.

Adik, jadilah hamba ALLAH yang sentiasa dekat denganNYA. Moga peluang adik merantau ni digunakan sebaik mungkin. Akak sentiasa doakan yang terbaik untuk adik di sisi ALLAH. InsyaALLAH, Akak sayang adik kerana ALLAH.

Sunday, June 6, 2010

Apa peranan kita?

by the name of ALLAH