Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Tuesday, July 13, 2010

Dah Sya'ban ni..

by the name of ALLAH

Sya'ban.. kemudian Ramadhan.
Ramadhan = Satu bulan yang amat popular buat kita yang bergelar Muslim. Namun, sejauh mana persiapan kita dalam menempuh Ramadhan ini?

Rasulullah saw telah mempersiapkan dirinya sejak bulan Sya'ban. Tahu tak hari ni berapa haribulan dalam Islam??

Hari ini: 1 Sya'ban 1431 H

Ya.. sedar tak sedar, tinggal sebulan ni sahaja lagi sebelum kita berdepan dengan Ramadhan yang penuh Rahmat dan Keberkatan Allah. Jadi, mari kita siapkan diri kita secara praktikal mahupun mental untuk menempuh bulan Ramadhan nanti. Yuk gunakan Sya'ban ini sebaik mungkin!

Ana kongsikan di sini, antara isi-isi yang terdapat dalam bab 1 {Menyambut Ramadhan dengan Meriah} dari buku yang ana baca ya.


1) Melatih diri Berpuasa:

Usamah bin Zaid berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw, "Wahai Rasulullah, saya tidak melihat anda berpuasa di bulan-bulan lain seperti anda berpuasa di bulan Sya'ban." Rasulullah menjawab, "Sya'ban merupakan bulan di antara Rejab dan Ramadhan yang sering dilupakan manusia, padahal ia adalah bulan di mana amal-amal diangkat kepada Allah Rabbul 'Alamin. Kerana itu, aku ingin amalku diangkat kepada Allah dalam keadaan aku sedang berpuasa." (HR. Imam An-Nasa'i)

Tiga hal menyangkut puasa Sya'ban:

Pertama; Puasa nisfu Sya'ban (Pertengahan Sya'ban). Kita seharusnya tahu bahawa mengkhususkan puasa pada nisfu Sya'ban dengan anggapan lebih utama dari puasa-puasa sunnah lainnya tidak memiliki landasan dalil yang sahih. Namun, berpuasa pada hari-hari itu tetap dibolehkan seperti melaksanakan ayyamul bidh (puasa yang disunnahkan dilakukan tiga hari setiap pertengahan bulan Islam).

Kedua; Berpuasa setelah pertengahan Sya'ban. Hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah ra. yang menyebutkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda,"Apabila telah sampai pertengahan Sya'ban, tidak boleh melaksanakan puasa hingga bulan Ramadhan," dikomentarkan oleh Ibnu Rajab: "Kebanyakan ulama melemahkan hadith tersebut dan ijma para ulama menyuruh untuk tidak mengamalkan hadith itu, kerana bertentangan dengan hadith sahih yang tidak melarang banyak berpuasa di bulan Sya'ban". Wallahu a'lam.

Ketiga; Puasa pada hari syak (Ragu antara Sya'ban dan Ramadhan). Abu Hurairah meriwayatkan dari Nabi saw, "Janganlah salah seorang di antara kalian mendahului puasa Ramadhan dengan puasa satu atau dua hari sebelumnya kecuali jika telah biasa berpuasa; tidak apa-apa jika berpuasa pada hari itu." (HR. Imam Bukhari)


2) Membiasakan tilawah Al-Quran

Orang yang membiasakan diri membaca Al-Quran, insyaAllah akan dapat menjaga kebiasaanya membaca Al-Quran di bulan Ramadhan nanti. Pernah tak anda merasakan berat untuk membaca Al-Quran? Jika ya.. teruskanlah membacanya. Pasti, setelah beberapa muka anda membacanya, akan terasa mahu meneruskan tilawahnya. Kerana Al-Quran itu ubat bagi jiwa. Jika kita melawan perasaan tersebut, pada awal-awal pembacaan.. Al-Quran akan memainkan peranannya membersihkan titik-titik hitam yang kian lama melekat dan mencengkam kuat hati kita. Kemudian, barulah hati kita bersih untuk menerima cahaya petunjuk ayat-ayat Allah. InsyaAllah, jika kita sama-sama rutinkan tilawah Al-Quran mulai dari sekarang, karat-karat dan kekotoran dalam hati kita akan hilang. Jadi, di bulan Ramadhan nanti, hati kita sudah siap menerima petunjuk dan cahaya Al-Quran. Aminn..


3) Perbanyakkan Doa

"dan apabila hamba-hambaKu bertanya padamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" [Al-Baqarah,2:186]


4) Mengingat Keutamaan-keutamaan Ramadhan

5) Membuat Target Ramadhan

6) Mempelajari Fiqh Puasa dan meningkatkan Ilmu dengan Pembacaan dll


Moga kita sama-sama beroleh manfaat dengan mengaplikasikan apa yang telah dikongsikan ini. Sumber dari buku "Indahnya Ramadhan di Rumah Kita, tulisan Dr. Akram Ridha".

Yuk, bersedia dari sekarang bagi menjamin Kualiti Ramadhan yang akan kita lalui. InsyaALLAH..

Tuesday, July 6, 2010

Murobiyah Sempurna? (2)

by the name of ALLAH

Keesokan harinya..

"Ha.. Dira, kata nak bagitahu apa sebab nak tukar murobiyah.. buat-buat lupa ek."

"Takpelah kak.. Takde pape. Saya je yang banyak fikir kot."

"Bagitahu je la. Tak boleh la macam ni.. Bila dah bagitahu akak, kena habiskan bagitahu la. Akak ni jenis solusive. Tak boleh kalau dah tahu satu masalah, tak selesaikan.."

"Menyesal bagitahu akak semalam ni.."

"Hehe.. Takpelah.. dah terlepas. Tak baik menyesal macam tu.. Takpe.. akak tak kisah sebab apa pun. Masalah, patut diselesaikan. Bagitahu je.. Sebab tegas sangat ke?"

"Bukan.. tu saya tak kisah sangat. Tegas tu memang perlu dalam mendidik seorang anak halaqah. Kalau tak, susahlah. Komitmen pun sukar dibentuk. Hmm.. Takpelah kak. Saya tak jadi la.."

"Ala, bagitahu je.."

"Hmm..tak reti la nak terangkan macam mana kak.. Tapi, mungkin sebab saya risau kewibawaan murobiyah saya terjejas. Ye la.. bila dah duduk bersama sebilik, baru kenal perangai sebenar."

Saya menangkap apa yang cuba disampaikan..

"Jadi, sebab sikap?"

"Susahnya nak cakap.. Tapi, lebih kurang macam tu la. Ye la, sikap."

Saya cuba membuka ruang..

"Pagi tadi kan.. macam mana kalau kita sama-sama tak bangun tahajud ye? Siapa yang patut disalahkan agak-agaknya?"

"Diri sendiri la" Terus sahaja Dira menjawab.

"Ha, betul.. Takkan sebab akak lagi senior, nak salahkan akak pula kan. Maaana boleh macam tu. Dan, takkan nak salahkan anti sorang pulak, sebab mas'ul minggu ni. Jadi, yang patut disalahkan adalah diri sendiri, masing-masing. Macam tu juga dengan kondisi anti duduk bersama murobiyah. Sedarlah bahawa setiap manusia punya kekurangan. Walau dia senior, walau dia murobiyah atau apa-apa je. Pasti ada sisi-sisi kelemahan atau kelalaian yang akan kita nampak. Kita patut cuba sama-sama perbaiki."

Dira mengangguk.

"Cuba bayangkan, anti ada suami. Tapi, rupanya suami anti bukanlah sempurna seperti yang anti sangkakan. Kadang-kadang kepenatan, ada la bangun lambat. Ada la salah silap sana-sini. Jadi, takkanlah kita nak tukar suami pulak kan? Jadi, begitulah.. Masalah ni takkan selesai dengan menukar murobiyah. Bila dapat murobiyah baru, mungkin saja ada sisi kelemahan lain pula yang kita nampak. Jadi.. sampai bila pun kita akan selalu rasa nak tukar murobiyah sebab takut kewibawaan murobiyah tu terjejas."

"Hmm.. betul la. Saya ni je yang melankolik sangat kot."

"Hehe.. Jadi, solusinya; dua-dua pihak patut berubah kepada yang lebih baik. Sikap kita sebagai seorang individu muslim, contohi akhlak baginda. Sukakan kebersihan, jauhi malas, sungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu dan banyak lagilah. Bila nampak murobiyah kita tersilap, tegurlah dengan cara berhemah. Dalam masa yang sama, kita cuba jadi murobiyah yang success kepada anak halaqah kita. Ok?"

Dira tersenyum. "InsyaALLAH kak. Murobiyah sempurna sesuatu yang mustahil. Tapi, murobiyah success, insyaALLAH."

Monday, July 5, 2010

Murobiyah Sempurna? (1)

by the name of ALLAH

Sedang kami makan bersama di suatu hari yang indah.

“Kak, boleh ke kalau nak tukar murobiyah?”

Terkedu saya seketika. Walau dia bukanlah anak halaqah saya.. Dalam hati tertanya-tanya, apa yang murobiyahnya lakukan sehingga soalan ini meluncur keluar dari mulutnya? Namun, saya tenangkan diri dan bertanya kembali;

“Maksudnya.. anti nak tukar halaqah ke? atau nak halaqah yang sama, tapi murobiyah yang lain?”

“Eh, mana ada ahli halaqah lain pun.. saya nak masuk macam mana. Nak halaqah yang sama, tapi murobiyah yang lain.”

“Ooo.. Kenapa ya?  Kenapa anti tak nak murobiyah yang sekarang? If nak tukar murobiyah, anti nak siapa? Mana ada dah murobiyah lain.”

Suasana sepi sejenak.

“Ada... Akak kan ada. Kak Lana pun ada.”

Masih meluap rasa ingin tahu saya pada pernyataannya awal tadi. Saya terus bertanya lagi;

“Eh, akak tak boleh.. akak garang. Alaa.. Kenapa Dira? Beritahulah sebabnya..”

“Tak.. akak OK. Hm.. takpelah kak, nanti kita sambung. Kita habiskan makan ni dulu. Nanti lambat pulak kita solat.”

Saya terima alasannya. Tapi, tetap akan saya cungkil apa sebabnya..

 “Ok lah.. Nanti bagitahu ye..”


Keesokan harinya...



Bersambung...