Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Monday, December 6, 2010

Tafsir ke tadabbur?

by the name of ALLAH

Seorang pelajar sekolah menengah menghantar message mengutarakan musykillah:
 
Mira: Salam. Kak, apa khabar?
Akak: Salam. Alhamdulillah. Sihat-sihat saja. Mira sihat?
Mira: Kak, nak tanya. Apa pendapat akak bila ada orang kata cara halaqah akak-akak yang menyampaikan ni salah. Maksud Mira, ada pendapat yang menyatakan bahawa tak boleh menafsirkan sendiri daripada tafisr Quran yang kita baca.
Akak: Owh, mungkin sebab orang tu tak baca betul-betul terjemahan Quran dalam surah Al-Imran tu. Cuba tengok surah ke-3, ayat 7. Al-Quran ni pokok ayat-ayatnya memang mudah difahami dan jelas. Akak-akak ni bukan tafsir sendiri, tapi bacakan apa yang ada dalam Quran je. Then, ambil pengajarannya.
Mira: Kak, Mira was-was. Ada sorang member ni. Dia kata cara akak-akak bagi halaqah salah. Sebab buat tafsiran sendiri. Maaflah kalau soalan ni buat akak terasa.
Akak: Owh, tak ada terasa pun. Sebab dia tak tahu kot. Sebelum mengisi, akak-akak pastilah dah belajar, dah rujuk dulu tafsir Fi Zilal ke, tafsir Al-Azhar, tafsir Al-Maghari dan sebagainya. Tapi, rasanya tak perlu la nak bawa semua tafsir besar-besar tu.Cuma, mungkin member Mira tu tak tahu. Tak yakin, sewajarnya dia bertanya.
Mira: Tapi dia ada rujuk ustaz. Ustaz ada cakap pasal mutasyabihat. Mira tak faham la apa yang betul.
Akak: Ha, betul la tu.. Mira dah tengok tak ayat yang akak bagitahu tadi? Surah 3 ayat 7 tu. Apa yang muhkamat dan apa yang mutasyabihat. Dah tengok tak?
Mira: Dah. Kiranya.. kita boleh buat tafisran sendiri tak daripada ayat Quran yang kita baca tu? Setiap orang ada tafsiran tersendiri. Macam mana?
Akak: Kita tak boleh nak tafsirkan ayat Allah sendiri. Tapi, kita boleh ambil pengajaran darinya. Kita ambil contoh, surah 42, ayat 20. Cuba Mira baca dulu ayat tu.
Mira: Ok. dah. So, relationnya apa?
Akak: Tak ada relation. Tu, akak nak bagi contoh je. Ok, dari 42:20 tu, apa yang Mira faham ye?
Mira: Kalau kita kejar akhirat kita akan dapat seluruhnya. Tapi kalau kita kejar dunia Allah akan bagi dunia je tapi tak dapat keuntungannya di akhirat nanti.
Akak: Ok. Ni, sekarang, Mira menafsirkan ayat tu ke ape?
Mira: Tak. Tapi faham dari ayat tu la.
Akak: Ha, betul. Itu bukan menafsirkan. Tapi, itu tadabbur namanya. Yang selama ni akak-akak kongsikan, seperti itulah. Tadabur ni, mengambil pengajaran dari ayat Quran yang dibaca. Bukan menafsirkan. Dan, if nak tahu contoh ayat mutasyabihat: Langit dan bumi dicipta dalam enam masa (surah 57 ayat 4). Ayat-ayat seperti inilah yang sukar difahami atau ditafsir. Akak-akak tak akan share ayat sebegini. Kerana semua pun tidak tahu, apakah yang dimaksudkan dengan enam masa itu. Yang dikongsikan adalah ayat-ayat muhkamat, yang mudah difahami dan ditadabbur.
Mira: Owh, ok. terima kasih kak. Kalau ada apa-apa lagi, nanti Mira tanya lagi ye.
Akak: InsyaAllah ok. Tak ada masalah.

InsyaAllah, sekadar berkongsi. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku lagi. Salah satu cara yang boleh kita aplikasikan adalah seperti cara Hassan Al-Banna menyampaikan. Beliau akan menyatakan hujah-hujah terlebih dahulu kemudiannya barulah disokong dengan sirah dan dalil dari Al-Quran atau Hadith. Seingatnya, saya baca mengenai perkara ini dari buku Ceramah Jumaat Hassan Al-Banna.

Secara logiknya, cara ini dapat mengelakkan kesalahfahaman yang berlaku. Jika kita mengemukakan dalil terlebih dahulu, kemudian baru menghurainya, mungkin yang mendengar boleh merasakan bahawa kita menafsirkan ayat tersebut kerana kita bercerita panjang lebar dan mengemukakan hujah-hujah berkaitan ayat tersebut. Jadi, apabila kita mengemukakan hujah terlebih dahulu, kemudiannya disokong dengan dalil, insyaAllah lebih efektif kerana dalil menjadi sokongan dan pelengkap hujah atau isi-isi yang ingin kita sampaikan.

Dan, sebaiknya. Terangkanlah kepada mad'u di awal-awal ta'lim, apa itu tadabbur, apa itu tafsir, dan apa itu menafsirkan mengikut kepala sendiri. Pastikan surah ke 3 ayat 7 ini dikongsikan terlebih dahulu supaya tiada sarang-sarang di dalam fikiran mereka.

Walau apa pun, yang paling utama dalam menyampaikan adalah: IKHLAS.
Wallahua'lam. Moga kita sama-sama mengaplikasikannya.



Friday, December 3, 2010

Mengertilah..

by the name of ALLAH

Kalau benar, katakan..
Kalau ragu, diamkan saja..
Kalau tak tahu, selidik..
Kalaupun tertindas, bersabarlah..

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang" [Al-Hujurat,49:12]

Hanya Allah yang Maha Tahu.


Wednesday, November 24, 2010

Walau aku jauh

by the name of ALLAH

Ya Allah..

Seringkali diri ini alpa dariMu,
Tapi,
Tetap saja Engkau di sisiku,
Tetap saja Engkau menyayangiku,
Tetap saja Engkau mengasihiku..
 

Ya Allah..
Malu aku berdepan denganMu..

Walau aku jauh dariMu,
Engkau tetap memudahkanku,
Engkau tetap menunjukkanku jalan,
Engkau tetap memberiku ruang..

Ya Allah..
Ampuni diri ini..

Aku mahu sentiasa terus dekat denganMu,
Supaya Engkau bertambah-tambah dekat denganku..
Aku mahu sentiasa terus mengingatiMu,
Supaya Engkau tetap mengingati diri yang lemah ini..
Aku tak mahu Engkau hilang dariku..
Malah, aku pasti, aku takkan mampu hidup tanpaMu..

Ya Allah..
Aku cintakanMu,
Jangan biarkan aku menjadi buih-buih,
Yang hilangnya begitu mudah,
Yang hidupnya tanpa amal yang sebaiknya di sisiMu..

Ya Allah..
Cintailah aku..
Redhailah aku..