Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Monday, February 21, 2011

Majalah SINERGI edisi ke-4

by the name of ALLAH

Alhamdulillah, SINERGI Edisi-4 bakal muncul di pasaran. Moga kita bersama beroleh manfaatnya. Tempah segera sebelum terlambat.


Kenapa kami bawakan tema "Dirimu Aku sanjungi"? Kerana.. hanya diri Rasulullah satu-satunya yang wajar dan patut kita sanjungi dari dulu, kini dan akan datang. Jangan sekadar menyanjungi, berselawat kepada baginda di kala Maulidur Rasul, tapi.. berselawatlah setiap hari dan sanjungilah baginda selalu. Layari http://synergymedia.com.my/ atau hubungi pengedar utama dan tempahlah segera.

Tuesday, February 15, 2011

Jatuh Cinta

by the name of ALLAH

Sempena Maulidur Rasul yang mulia;

Sewaktu pengisian dari Dr Mohd pagi tadi, ada disebutkan tentang Risk Management. Kalau manusia tidak sanggup menghadapi risiko dan ujian, pasti dia takkan mampu untuk mengharungi perjalanan dunia ini.

Jika mahu naik kereta, pasti risikonya kemalangan, melanggar atau dilanggar. Menaiki motor juga sama. Menaiki kapal terbang, risikonya terhempas terjunam. Menaiki kapal, risiko karam. Malah, jika berjalan pun.. pasti lebih besar lagi risikonya. Mungkin saja diculik, dirompak atau risiko untuk 'jatuh cinta' pada longkang.

Ketika mendengar pengisian ini, ya.. saya tergelak kecil. Tapi, tertanya-tanya di dalam hati. Kenapa berjalan, contoh risikonya jatuh longkang? Jarang saya lihat orang jatuh longkang. Kemudian.. bisikan hati tersebut berlalu hilang apabila Dr Mohd terus menyampaikan isi-isi lain dalam pengisiannya.

Ketika berjalan pulang ke bilik bersama akhwat. Dari tolehan kanan melambai akhwat, saya memandang kembali ke depan. Dan, sekelip mata sedar-sedar sebelah kaki saya sudah berada lebih separuh di dalam longkang. Akhwat yang berada di belakang saya, terkejut dan terus membantu.

Sakit pun, sakit juga sikit.. tapi saya bangun, dan terus tergelak. Terus saja teringatkan pengisian Dr Mohd yang baru saja selesai tidak lebih dari sejam yang lepas dan persoalan yang muncul tadi. Subhanallah. Persoalan dalam hati saya terjawab terus. Inilah risiko yang wajar diterima kepada persoalan yang hadir bagai angin lalu tersebut.

Sepanjang perjalanan balik ke bilik dari kejatuhan cinta saya itu, saya tersenyum. Lucu rasanya bila teringat kembali peristiwa tersebut. Sangat singkat tempoh waktu Allah memberikan jawapan. Alhamdulillah..

Maka, pengajarannya.. Tegarlah. Setiap apa yang kita lakukan, memang pasti ada risikonya. Tiada satu perkara pun yang akan terlepas dengan risiko, baik kecil mahupun besar. Maka, mari kita terus saja berbuat terutamanya berdakwah. Teruskan menyintai Allah, Rasulullah SAW dan Jihad di jalanNya.

Tempuhi semuanya dengan berani dalam keikhlasan. Tempuhilah segalanya yang Allah tetapkan dengan tenang dan sabar. Berusaha dan teruslah memurnikan keikhlasan kita dalam berbuat. Moga InsyaAllah, kita semua sentiasa jatuh cinta pada perkara yang sama. Jatuh cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad di jalanNya.

Amin, InsyaAllah. ^_^

Salam sanjungan pada Rasulullah SAW contoh terbaik dan Salam Maulidur Rasul pada semua.

Sunday, January 30, 2011

Tak Terungkap

by the name of ALLAH


Kadangkala, mulut tak bisa berkata.
Meskipun lidah sudah lama mahu mengungkap.

Kadangkala, hati tak bisa meluahkan,
Meskipun diri sudah lama mahu  merungkai.

Bukan diri ini tidak endahkanmu,
Bukan diri ini tidak  mahu dekat denganmu,
Bukan diri ini tidak menghargaimu,
Tapi, diri ini khuatir dikau tersusahkan.

Wahai akhowatku..
Maafkan diri ini..
Walau sukar untuk dicurahkan, tapi..
Mengertilah wahai akhowatku..
Antunna semua tetap sentiasa di hati ini.
Uhibbukum fillah

~~~
Jazakumullah atas nasihat dan perbaikan yang sangat bermakna buat diri ini. InsyaAllah, diri ini akan berusaha memperbaiki. Moga ukhuwah kita semua terus bersemi atas dasar cinta Ilahi.
Ila Mardhatillah. ^_^