Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Tuesday, January 3, 2012

Berangkatlah..

by the name of ALLAH


Kita sekarang:

Ukhti A: Ana rasa down la.. Assignment tak buat pun lagi. Sibuk sangat rasanya.. Memang tak boleh la nak datang daurah Sabtu Ahad ni..
Ukhti B: Cuba anti susun semula masa. Buat jadual betul-betul. Hari ni baru hari Selasa. Sempat lagi anti nak siapkan semua assignment tu, malah boleh buat preparation untuk next week lagi.
Ukhti A: Entahlah.. kena tengok dulu lah macam mana nanti. Kalau tak mampu, tak datang la kot.
Ukhti B: Ukhti, "Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat. [9:41]"..
___________________________________________________________________

Dulu.. waktu Penaklukan Konstantinopel:

Abu Ayyub: Aku ingin ikut berperang bersama kalian.

Melihat keadaan Abu Ayyub Al-Anshari yang sudah berusia 80 tahun..

Sahabat lain: Engkau tidak akan mampu, engkau tidak lagi kuat..
Abu Ayyub: Sahabatku, "Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat. [9:41]"..
____________________________________________________________________

Lihatlah.. perbezaan yang besar ketara. Bagaimana 1 ayat yang sama, membawa pengertian berbeza bagi diri-diri yang hidup dalam mencari redha-Nya berbanding diri yang hidup tanpa-Nya. Mari kita terus berusaha mencontohi peribadi, semangat dan tingginya jiwa para sahabat terdahulu.

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" [At-Taubah, 9:41]

Wednesday, December 28, 2011

Lapangkan hati demi redha-Nya

by the name of ALLAH


Kisah singkat, tapi penuh makna.. Insya-Allah.


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah pernah dianggap kafir dan difatwakan halal darahnya oleh ulama pada zamannya. Beliau kemudian dimasukkan dari satu penjara ke satu penjara yang lain dan diseksa. namun, selepas keluar dari penjara, beberapa kaum dan orang-orang yang ingin membelanya datang untuk meminta maaf pada beliau.

Salah seorang yang menentang beliau adalah Ibnu Makhluf, seorang ulama dari Mazhab Maliki. Pada suatu hari, salah seorang murid Ibnu taimiyah iaitu Ibnu Qayyim mengetahui bahawa Ibnu Makhluf telah wafat. Maka, Ibnu Qayyim menyampaikan khabar itu kepada gurunya, Ibnu Taimiyah.

Ibnu Taimiyah memarahi Ibnu Qayyim kerana menyampaikan berita kematian Ibnu Makhluf dengan rasa gembira. Ibnu Taimiyah lalu segera mengucapkan kalimat "Innalillahi wa inna ilaihi raajiun." Setelah itu, Ibnu taimiyah lalu bertakziah ke rumah Ibnu Makhluf. Ibnu Taimiyah kemudian berkata kepada anak, isteri dan keluarga Ibnu Makhluf, "Sesungguhnya statusku sekarang ini adalah bapa kamu sendiri. Jika kamu memerlukan sesuatu, aku akan berusaha memenuhi keperluan kamu." Semua keperluan keluarga Ibnu Makhluf kemudiannya ditanggung oleh Ibnu Taimiyah sehingga mereka merasa sangat bahagia dan mendoakan Ibnu Taimiyah. 


Hanya orang-orang yang berjiwa besar mampu bersikap seperti Ibnu Taimiyah. Moga kita juga..
berhati besar dan diberi kelapangan hati dalam segala ujian, kelapangan mahupun kesempitan oleh Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Aminn..


[rujukan: Kisah Inspirasi Asmaul Husna]

Friday, November 25, 2011

Be the Bee

by the name of ALLAH

Rasulullah SAW bersabda, "Perumpamaan seorang Mukmin adalah seperti seekor lebah. Jika makan, ia makan sesuatu yang baik. Jika mengeluarkan, is mengeluarkan sesuatu yang baik. Jika hinggap di dahan yang kecil, ia tidak mematahkannya. Ia juga tidak rosak dan merosakkan" 
[HR Baihaqi dari Abdullah Bin Amr RA]


Rujukan: Syarah Hadith, Arbai'n Ruhiyah.