Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Thursday, December 31, 2009

mahukan apa ya?

by the name of ALLAH

 "Ok.. keluarkan kertas"
" Tulis 10 perkara yg betul2 antunna nak dlm hidup ni. Tulis secara detail."

Kertas sudah ada. Pen pun sudah tersedia di tangan kanan. Tapi, tiada apa yang dapat ditulis. Kosong.....

Ya ALLAH, baru saya tersedar, selama saya hidup.. apa yang saya mahukan? Ya, memang sudah banyak kali ditekankan tentang 'Qasdul hayah'(Tujuan hidup). Bahkan, saya sendiri sudah berulang kali berkongsi teori Qasdul Hayah ini. Tapi, mengapa terpaku apabila diminta menyenaraikan apa yang dimahukan dalam hidup ini? MasyaALLAH. Rugi sungguh.
Teori ringkas Qasdul Hayah:
hidup utk beribadah pada ALLAH [51:56], mencari keredhaan ALLAH [9:72]
Teori, jika tidak dipraktikkan, diamalkan atau digunakan, akan menjadi satu bahan yang tidak berguna. Ianya seperti sebuah kereta mewah tidak berenjin. Tiada guna. Hanya sesuai menjadi perhiasan dan pameran.

Jadi, memandangkan kita sudah tahu apa tujuan hidup dan tujuan ALLAH menciptakan kita, Jom lakukan sesuatu. Lakukan apa? ^_^ MERANCANG!!

Buat perancangan kehidupan ini. Pastikan kita tahu apa yang kita mahukan dalam hidup ini secara detail. Supaya, semua yg kita lakukan, menjadi satu ibadah dalam usaha mencari keredhaan ALLAH.

Contoh perancangan:
=Nak sambung master in Mechanical Engineering. So.. How? When? Why? Who? Where? etc.

Yah, mari merancang. Jgn tunggu2 lagi. ^_^

Monday, December 28, 2009

disebalik ketetapan ALLAH

by the name of ALLAH

Tut.. tut..
"Assalamualaikum, Fai. Nak minta tlg bole?"
"Waalaikumussalam kak. Ye, nak minta tlg ape?"
"Huhu.. laptop akak tertinggal la kat surau"
"O.. ye ke? akak tak bawak balik ye? nampak juga tadi."
"Ha ah.. tak bawa balik. Tertinggal, lupa plk. Tlg simpankan bole? takut hilang pulak nanti"
"Ok. Bole je"
"K. Jazakillah, nanti akak amik kat bilik Fai k."

Semalam, Alhamdulillah ALLAH izinkan Halaqah Iman berjalan lancar. Ramai juga yg dtg berbanding minggu2 sebelum ini. Moga adik2ku terus istiqomah dan istimrar dalam mengejar cinta Yg Maha Esa. Ditetapkan ALLAH, laptop yg dibawa tertinggal di surau.

Malam itu, berbincang dan berkongsi rasa bersama sahabat di bilik. Pada awalnya merancang untuk mengambil laptop BenQ itu seusai berbuka dan solat maghrib, tapi.. terasa berat pula. Dan akhirnya;

Message:
'Salam. Fai n Zek, Esok kelas pukul berapa ye?'
'Salam. Esok kelas pkl 9. Knape kak?'
'Oh, ok. nak dtg amik laptop esok pagi, before akak pegi tmpat kerja.'
'Ok'

Akhirnya, pagi ini laptop diambil dan dibawa ke tempat kerja. Hari ini terasa agak ceria. Dengan cerita2 yg agak menarik. Ditambah dengan lukisan terbaru FRESHIE, "Pencuri!!" dan perkara2 lain. ^_^

Sekitar waktu 4ptg, sdg asyik berbincang dengan sahabat di sebelah meja tempat kerja sambil menyiapkan final report, terasa gatal tangan ini untuk membuka yahoo messenger. Jarang rasanya tidak buka YM jika on laptop.

Fuh! Sejenak terlupa apa yg sedang dibicarakan bersama rakan sebelah. Tertera di screen, 1 nama yang memang cukup dikenali. belum diapprove. "Slm." Itu sahaja yg diutarakan di kotak pesanan. Waktunya, 8.24pm. Dialah yg saya ceritakan dlm post kerana ALLAH. Subhanallah. Hampir 3 tahun berlalu, kali ini menjelma lagi.

Baru disedari, mengapa ALLAH menetapkan perasaan 'malas' utk mengambil laptop ini malam tadi. Jika tika itu saya mengambil laptop ini, sudah pasti wireless akan sentiasa melekap dgn laptop ini. Dan mungkin2 saja saya akan menjawab salam dia di waktu itu. Saya tidak pasti dari mana dia memperolah YM saya. Tapi, saya pasti.. di sebalik perkara ini, pasti ada satu ketetapan ALLAH yg penuh hikmahnya.

Walau apa pun, saya doakan kita semua ditetapkan yg terbaik di sisi ALLAH. Moga hati2 kita sentiasa kuat dan tabah dengan segala ujianNYA. InsyaAllah, saya akan selesaikan kes ini. Tapi, tidak pasti bila dan bagaimana. Mungkin waktu sy nikah nanti? Wallahu 'alam. Mohon doakan ya. ^_^


"...ALLAH (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Dan ALLAH Maha Mengetahui isi hati" [Al-Imran,3 ayat 154]

Sunday, December 27, 2009

Mendambamu

by the name of ALLAH

Berlalu sang waktu
berabad sudah jauh aku darimu
dalam hitam legam jaman di wajahku

mendambamu merindumu
hadir kembali dalam setiap langkah hidupku
Muhammad ya Rasullullah

ya Nabi ya Habibi
semoga Allah selalu merahmatiMu
dengan cinta dengan kasih selamat umatmu

di wajahmu di langkahmu
di setiap hela nafas yang terpancar cahaya
teranglah gelapnya jiwa

Allahumma shali wassalim 'ala Muhammad
ya Rasullullah
Allahumma shali wassalim wabarik allaihi

Muhammad karenamu
tersingkaplah jalan cinta hamba kepadaNYA
terang hati dengan cahaya di jalanmu

mendambamu merindumu
hadir kembali dalam setiap langkah hidupku
hadirlah gelap kan sirna


Opick [mendambamu] = very nice song, nice meaning. Rasulullah, cintaku. ^_^

Friday, December 25, 2009

PeNDdaKi LuaR BiaSa

by the name of ALLAH

Walau sedang sarat mengandung, kaki terus melangkah. Laju. Biarpun bukit yang didaki hampir saja menegak ke atas, tidak landai dan hanya batu mengelilingi, semangatnya takkan pernah surut. Tali pinggang yang diguna utk menahan kandungannya yg sarat ketika mendaki, diikat kemas. Satu tali lagi diikat rapi utk makanan yg disembunyikan. Kekuatan dalaman yg tersemat dan keikhlasan jiwa melahirkan usaha luar biasa seorang ibu. Yang pasti, Islam mesti ditegakkan. Yang benar mesti dipertahankan.

Itulah Asma' bt Abu Bakr atau juga dikenal sbg 'Yg memiliki 2 tali pinggang'. Walau sdg sarat mengandung 8-9 bulan, kerana keikhlasannya, dia mampu mendaki bukit Thur 2 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut. Tugasnya menghantar makanan pagi dan petang buat junjungan besar Rasulullah saw dan ayahandanya, Abu Bakr As-Siddiq dilakukan dengan penuh hati2.

Dalam waktu yg singkat, Asma' berjalan dan mendaki bukit Thur. Jika tidak, pasti kafir Quraisy akan curiga. Usaha mereka menangkap Rasulullah saw dan Abu Bakr pasti tercapai. Jadi, Asma' dibantu. Jejaknya dihilangkan oleh tapak kaki kambing2 gembalaan saudara kandungnya sendiri, Abdullah B Abu Bakr. Strategi yg hebat! Very brilliant! ^_^

Tetatpi, walau strategi hebat, jika tiada pengorbanan dan kesungguhan, pasti usaha ini tidak berhasil. Bayangkan ibu yg sarat mengandung, sanggup mendaki bukit. Bukit yg bukan calang2 org boleh mendakinya. Dikhabarkan, ramai jemaah haji yg cuba mendaki, berpatah balik sebelum sempat sampai ke gua. Yg berjaya sampai ke gua pula, tercungap-cungap. Yg mendaki, bukanlah seorang wanita, bahkan bukan yg mengandung. Tapi lelaki yg masih punya tenaga, punya kesihatan yg baik. Itu yg diberitakan. Subhanallah, hebatnya Asma', hamba ALLAH yg ikhlas ini.

Jadi, marilah kita sama2 mencontohi sikap dan kesungguhan yg ditunjukkan Asma'. Jangan duduk saja. Tapi sumbangkan tenaga dan berjihadlah menegakkan Islam. Sebarkan dakwah, teruskan perjuangan Rasulullah saw. Biarpun banyak usaha kita belum membuahkan hasil, ia sebenarnya satu motivasi bagi kita utk terus maju tanpa jemu. Jika di dunia, kita berebut mendapatkan tempat pertama dan darjat yg baik, mari kita sama2 pula mendapatkan darjat yg baik di sisi ALLAH. InsyaALLAH.

    'Tidaklah sama antara org beriman yg duduk (tidak ikut brperang) tanpa mempunyai uzur(halangan) dgn org yg berjihad di jalan ALLAH dgn harta dan jiwanya. ALLAH melebihkan darjat org2 yg berjihad dgn harta dan jiwanya atas org2 yg duduk (tidak ikut perang tanpa halangan)..'    [An-Nisa',4 ayat 95]
Apa tunggu lagi? Mari melangkah ke darjat yg lebih baik! Dunia dan akhirat. Yuk!

Thursday, December 24, 2009

Menyelam VS Tenggelam

by the name of ALLAH

"Cepat2, cari klu yang ni pulak!"
"Korang pergi ambil yg ni, kitorang pergi sini tau. Jgn salah."
"Eh, xyah pergi sana. Ni, dah dapat dah jawapan die."


Ini antara dialog2 sewaktu treasure hunt HSE days di Putrajaya kira-kira sebulan yang lepas. Walaupun kami hanya student praktikal, kami diberi peluang untuk turut serta dalam program yg dianjurkan company. Memang menarik. Banyak pengajaran yang diperolehi.

Banyak tempat2 menarik kami pergi sekitar putrajaya sepanjang treasure hunt tersebut. Namun, kurang terasa impak keindahan alam ciptaan Allah dan keunikan bangunan2 di situ.


Sewaktu mencari klu di Alamanda, saya tersedar perkara ini dan teringat kembali kisah seorang penyelam bersama seorang yg sedang lemas tenggelam dalam buku 'JALAN CINTA PARA PEJUANG', tulisan Salim A.Fillah. Ya, ketika itu, kami sedang tenggelam. Bukan menyelam. Rugi.

Sedangkan, ada kumpulan yang masih sempat membeli-belah sewaktu treasure hunt tersebut. Bukan menyesal kerana tidak dapat membeli-beli, tapi sedih kerana terlalu sibuk mencari klu, keadaan sekitar yg menarik diketepikan. Sempat juga melihat pemandangan2 yg cantik nan indah. Tapi, tiada satu pun gambar yg diambil sebagai kenangan. Kerana, kami tenggelam.

Begitulah, betapa ruginya kehidupan kita sekiranya kita tenggelam dan hanyut dalam arus dunia ini. Jika kita menyelam, kita akan 'nikmati' kehidupan ini. Menyelam di sini, bermaksud kita sedar dengan apa yang kita lakukan. Kita tahu apa tujuan hidup kita dan kita laluinya dengan hati yang tenang di dalam rahmat dan redha ALLAH. Ini namanya menyelam.

Jika kita tenggelam, pasti kita akan rugi.
1-kita sedang lemas, dada terasa sesak
2-kita tidak dpt menikmati keindahan lautan dan ikan2 ciptaan ALLAH
3-kita mungkin mati 'kembung' menelan bergelen-gelen air jika tidak diselamatkan

Jadi, untuk mengelakkan perkara2 ini berlaku dalam kehidupan kita, belajarlah berenang dan menyelamlah. Iaitu, cuba pelajari dan tuntutlah ilmu ALLAH dan amalkan, tidak kiralah ilmu dunia atau akhirat. Pastikan kedua-duanya seimbang dan dengan ilmu2 itu, kita dapat memahami serta mengamalkannya. Malah, kita mampu membimbing orang lain bersama, sama seperti si penyelam yang mengajar org lain menyelam. Itulah peranan kita sebagai seorang pemuda. Belajardan mengajar org lain. Menjadi golongan Robbani.. Supaya kita selamat sampai ke dasar yang cantik iaitu syurga dan keredhaan ALLAH.
"..Jadilah kamu pengabdi2 ALLAH, kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajrinya! [Al-Imran,3 ayat 79]"
Jadi, sama2 kita bangkit kembali dari kelemasan ini. Cuba kembali ke permukaan air dan tariklah nafas. Cuba berenang dan berpautlah pada apa jua yg boleh. Naik ke atas dan muhasabah diri. Cuba perbetulkan kesilapan dan buang kejahiliyahan.

Untuk pandai berenang, 1st step adalah: set pemikiran, jgn takut air, jgn takut lemas. Dan 1st step utk berubah; set pemikiran, jgn hirau apa org lain kata, jgn takut kritikan jika kita melakukan sesuatu yg benar. Seperti yg kita tahu, klw perkara ini tidak settle, kita takkan mampu berenang apatah lagi mengajar org lain berenang dan menyelam. Japi, buang semua pemikiran ini! Kita mampu berubah sebenarnya. Yang perlu dilakukan skrg ialah, LAKUKAN PERUBAHAN.

Jika kita TAHU, maka, MAHUkan diri untuk lakukannya! 

Friday, December 18, 2009

blogpot = Licik!

by the name of ALLAH 

Jika anda mempunyai blog blogspot, cuba buang 's' pada blogspot dan menjadi blogpot.

Contoh blog> http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/
buang 's' pd blogspot> http://lenggangkangkung-my.blogpot.com/
Atau cuba : apa-apa.blogpot.com. Ia akan pergi ke blog dakyah kristian bible studies.org. Sungguh licik...
Ana sendiri dah cuba, ya memang betul ke blog kristian. Anda cubalah pula.
Taken from: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/

"Katakanlah (Muhammad) kpd org2 kafir, 'Kamu pasti akan dikalahkan dan digiring ke dalam neraka jahanam. Dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal'" [Al-Imran; 12]

Monday, December 14, 2009

DenDa!!

by the name of ALLAH

Hari ini..
Hari yang agak menarik. ^_^

Sabtu lepas:
"Aih, semua pakai cantik2 macam nak pergi kenduri jek!" OE menegur. "Haa.. memang kami tgah cari OE pun. Kami nak minta keluar awal, nak pergi kenduri kawan kat Shah Alam". "Boleh. Nak keluar pukul berapa?" "A, ah.. dalam pukul 10-11". "OK". Alhamdulillah, mudah sungguh SV kami OE(operation engineer) mengizinkan kami pulang awal.

Tapi, tiba giliran seorang lagi rakan untuk meminta kebenaran dari SVnya. Supervisornya memang agak garang, tapi baik hati sebenarnya. "Pak Long, boleh tak nak minta keluar awal? Nak pegi kenduri kawan". "Mana boleh. Semalam hangpa tak tolong buat job sapa suruh". Dan, dia terus keluar dari pantry itu.

Wah.. keadaan tegang sikit. Kami saling memandang satu sama lain. Takkan nak tinggalkan rakan kami seorang kot? Pernyataan dari Pak Long dibiarkan, dan minta izin dari admin di situ. Lebih kurang pukul 10 pagi, ketika itu Pak Long tiada. Kami pun punch out dan keluar menuju ke kereta. Ya, memang hari Sabtu ramai yang keluar masuk. Pakaian juga bebas. Kami pun bermusafir bersama ke Shah Alam.

Alhamdulillah, kami sempat sampai sebelum caterer mengemas dewan tersebut. Jika lewat je sedikit, pasti datang bersalaman sahajalah nampaknya dengan pengantin. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Moga ALLAH sentiasa melimpahkan RahmatNYA pada pengantin baru. Amin.

Hari ini.. Isnin.
Selepas morning meeting:
"1, 2, 3. Lepas ni jumpa saya di bilik meeting". Sambil tangan Pak Long menunjuk ke arah kami bertiga. Fuh!! memang sahlah kena basuh dengan Pak Long ni!

"Siapa bagi kamu keluar awal sabtu lepas? Saya angkat kad kamu bertiga, 10 lebih dah keluar." Saya menjawab, "kami minta dari OE". "O,oo kalau minta dari saya tak dapat, minta dari OE. Kalau minta dari OE tak dapat, minta dari bos. Kalau tak dapat dari bos, kamu minta pula dari CEO. Sama je la tu. Tipu namanya." "Kami minta maaf Pak Long." "Sebagai denda, lepas ni, makan dulu. Pastu salin coverall. Pegi tolong Azlan transfer scaffolding dari boiler ke CCTV area. Pastu, bersihkan dan basuh kawasan boiler. Dari tempat panel, sampai ke dinding. Faham?" Kami mengangguk sahaja. Dalam minda, terbayangkan kawasan boiler yang agak panas itu.

Sebelum keluar, saya memberanikan diri berkata, "Pak Long, sebenarnya kami memang dah minta kebenaran dari OE dahulu. Cuma Ati je yang minta dari Pak Long." Saya mahu Pak Long tahu bahawa kami bukan menipu dia. "Klw setia kawan sangat, tunggulah sampai pukul 12 baru keluar, pergi sama2." Itu jawapan Pak Long.

Kemudian, kami pun bekerja bersama-sama. Lucu pun ada. Technician yang lain turut membantu. Malah, OE sendiri turun membersihkan kawasan sekitar. Dan, mungkin kesian melihat kami kepenatan, OE belanja kami makan tengah hari.Ya, memang penat waktu itu. Terasa seperti sedang berlari 1500m waktu sekolah dahulu.

Satu pengajaran yang unik dan menarik! Walaupun kami didenda, kalau kita buat dengan rela.. kita akan rasa seronok. Betul, cubalah sendiri. Dan, sewaktu sedang kami mencuci kawasan boiler, Pak Long datang. Dia tanya, "Dah makan tak ni?" Risau juga dia ya.

Pengajaran: Buatlah sesuatu dengan rela. Jika kita rela dan redha, kerja yang berat akan terasa mudah dan ringan. Aplikasikan pula mathurat yang kita baca;
Aku rela dengan ALLAH sbg Rabb, Islam sbg agama dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul.
Sentiasa redha dan rela dengan setiap suruhan ALLAH. Pasti kerja seharian kita akan jadi lebih mudah. Kita juga kadang2 lupa, selalu kita mngharapkan keredhaan ALLAH, tapi diri kita sendiri yang sukar utk redha dengan ketentuan ALLAH. Jadi, sama2 berubah dari sekarang. Belajar untuk redha supaya diredhai ALLAH.

Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNYA. [Al-Fajr, 27-28]

Friday, December 11, 2009

GoDa

by the name of ALLAH

Satu ketika dulu..


Jangan gunakan kecantikan tu untuk menggoda kaum Adam.
Ya ALLAH, bila masa pula aku goda dia ni? Dia yang suka2 je bagi surat pada aku. Mula2 ingatkan biasa2 je, aku pun balas je la. Dalam 2 kali aku balas. Bila dia pos hadiah dan kad waktu hari lahir aku, aku rasa macam lain, rasa macam kurang best. Sebab pada awalnya, aku ingat dia bagi surat sebagai kawan lama, kawan 1 sekolah rendah dulu. Tapi, tanggapanku meleset. Ada udang di sebalik batu. Aku pun stop balas. Alasan yang aku bagi, tak sempat pos. Then, dia datang rumah aku time cuti, minta balasan surat tu.

Innalillah, terkedu juga bila dia datang semata-mata nak ambil surat tu. Mujur ibuku baik hati, menyuruh abangku meneman aku keluar ke pagar rumah memberi surat yang aku katakan tidak sempat pos itu. Dalam surat tu, aku beritahu pada dia yang aku sudah berpunya (note: sekadar alasan aku pada dia. Couple is haram), dan temanku tidak menggalakkan aku untuk membalas surat dia. Itu yang menyebabkan dia marah dan muncul ayat tentang 'menggoda' tu.

Ya ALLAH, tak pernah terlintas aku nak goda dia atau mana2 kaum adam lain. Dan, aku tak rasa keberjayaan dalam menggoda kaum adam mampu menjamin kebahagiaan dunia akhirat. Malah, pasti akan mendatangkan kemudaratan yang cukup besar.

"Perempuan2 yang keji untuk laki2 yang keji, dan laki2 yg keji untuk perempuan2 yang keji pula. Sedangkan perempuan yang baik untuk laki2 yang baik, dan laki2 yang baik untuk perempuan yang baik pula. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia iaitu syurga" [surah An-Nur: 26]
Ya ALLAH, jangan biarkan aku termasuk dalam golongan yang dituduh orang. Masukkan aku dalam golongan mereka yang bersih.

Mungkin ini ujian untuk aku. Seperti saidatina Aisyah, beliau difitnah dengan Safwan. Jauh lebih berat ujian yang dihadapinya. Dan aku, baru dituduh sedikit. Aku patut bersabar dan lebih tenang. Dan Alhamdulillah, selepas surat terakhir itu, tidak lagi aku menerima kiriman2 surat dari dia.

Alhamdulillah.

Thursday, December 10, 2009

Pilihan dari ALLAH

by the name of ALLAH

Alhamdulillah, lebih kurang 4 minggu sahaja lagi industrial internship ini akan berakhir. Banyak perkara yang telah saya pelajari. Lebih-lebih lagi erti kehidupan, persahabatan, perasaan dan kekeluargaan. Di sini, kebanyakannya masih bujang. Yang sudah berkeluarga cuma lebih kurang 4 orang dari jumlah pekerjanya, 20org. Memang, pekerjanya sedikit memandangkan 'plant' ini pun kecil. Tapi, kecil2 cili padi tau. ^_^

Semalam Head of Mechanical Department UTP call saya, bertanya nombor dan alamat company ini. Mungkin ada urusan, UTP dan Plantnya sendiri. Kemudian, dilemparkan soalan; "I wonder, kenapa u tak keluar ye? pariktikal kat UTP je?"  dengan senang, jawapan saya "Oh, plant ni kecil, jadi boleh belajar semua, operation dan maintenance sekali. Kalau plant besar, dapat belajar sebahagian je". "Owh, Ok la klw macam tu".

Tapi, itu memang kenyataannya. Saya dapat belajar overall plant ni. Menarik! dapat belajar bagaimana tempat pembelajaran sendiri dapat power supply dan sentiasa sejuk macam duduk dalam peti ais. Chilled water system bukan seperti air-conditioner biasa. Klw nak tahu bagaimana, bolehlah jumpa saya ya. Dan lebih beruntung, ramai (Final Year Project) FYP student yang merujuk project mereka di sini. Dan, saya berpeluang membantu mereka. Kadang2, lebih advance dari mereka. Manakan tidak, saya belajar full plant ini manakala yang buat FYP tu, belajar dalam salah satu subjek sahaja.


Alhamdulillah, ALLAH menetapkan saya di sini. Dari 4 company yang sudi menawarkan tempat untuk saya praktikal, setelah istikharah, saya memilih 'plant' di UTP sendirti. Bukan 3 company lagi tidak ok. Malah sebenarnya nak dicomparekan; Petronas KLCC, BP Chemical, Malay-Sino Industry dan GDC UTP, sudah pastilah yang lain lebih hebat. Paling tidak, 3 company terawal sudi memberikan allowance bulanan yang jika dikumpulkan, seperti di BP, rm600sebulan senang2 boleh dapat RM4K dalam waktu belajar ni. Tapi, ketetapan ALLAH lebih bermakna. Walau GDC UTP ini tidak memberikan apa2 allowance bulanan, saya merasakan ia memberi lebih dari nilai matawang ini sendiri. Benarlah, ketetapan ALLAh memang yang terbaik. Tiada siapa yang dapat menyangkal.


Saya pasti ketetapan ALLAH adalah yang terbaik. Dan, kepastian ini dibuktikan lagi dengan strategi2 yang dapat kami jalankan dalam meningkatkan lagi dakwah dan sisi tarbiyah di UTP ini. Walau sedang praktikal, tarbiyah masih dapat berjalan terus. Tak dapat dibayangkan jika saya praktikal di tempat lain. Dakwah entah ke mana, tarbiyah entah lesap ke mana.



Alhamdulillah, saya dan rakan2 yang sedang praktikal di sini dapat memanfaatkan kelebihan waktu yang kami ada. Memang pada waktu siang, kami berada di tempat kerja, tapi malam.. kami FREE. Jika waktu study dulu, siang malam busy. Siang dengan kelas dan malam pula dengan project dan assignment. Sekarang, malam kami boleh gunakan sepenuhnya untuk fokus pada tanggungjawab kami dan sebagai bekalan di akhirat kelak, akhirat yang kekal abadi.


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada ALLAH dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat), dan bertakwalah kepada ALLAH. Sungguh ALLAH Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan"


Jadi, jangan sesekali merasakan ALLAH menzalimi diri kita. Pasti pada sesuatu ketetapan, ada hikmah besar yang telah ALLAH sediakan. Jangan pernah rasa rugi mengorbankan diri, perasaan, harta dan jiwa kita dalam menegakkan agama ALLAH.


Jangan sesekali membuat keputusan sendiri atau membiarkan orang lain membuat keputusan untuk kita. Tapi, biarkan ALLAH yang membuat keputusan terbaik untuk kita kerana manusia biasa takkan pernah tahu dan mampu menafsir ketetapan ALLAH yang Maha Tahu.


Jika berdepan dengan pilihan, istikharahlah dan berserah pada ALLAH sepenuhnya. Jangan biarkan hidup kita ditentukan oleh diri kita sendiri walau sesaat atau dalam jangka waktu yang lebih singkat dari itu. Dekatkanlah diri kita pada ALLAH sedekat-dekatnya dengan tilawah, tahajud, istighfar dan macam-macam lagi cara lain. Kerana, dengan dekatnya kita dengan ALLAH, kehidupan kita pasti lebih mudah.


Ya, LIFE IS EASY with ALLAH



Tips utk mudah dapatkan tmpat praktikal atau tmpat kerja;

1>> Yakin sepenuhnya ketetapan hanya dari ALLAH. Jangan merasakan jawatan2 atau sijil2 yang kita perolehi itu yang membuatkan company2 akan terima kita, jangan risau jika kita kurg aktif. Silap sama sekali jika berfikiran begitu kerana ALLAH yang menetapkan rezeki. Saya hanya meletakkan jawatan2 dan event2 sekolah menengah dahulu. Tapi, hasilnya 4 company. Kawan2 saya yang aktif di UTP tidak pula mendapat tawaran sampai begini.

2>> Baru2 ini, terdapat kekosongan jawatan di tmpat praktikal saya. Waktu morning meeting, operation engineer(OE) dan maintenance specialist menyatakan perkara ini. Dan, dengan jelas maintenance specialist berkata-kata "OE, nak interview tu.. jangan pilih based on kelayakan. Klw nak kira layak, semua pun layak. Klw banyak tak tahu pun, boleh belajar nanti. Yang penting tengok pada ATTITUDE. Klw attitude baik, semua xde masalah la". Kita ambil ibrah, sentiasa jaga ATTITUDE kita. Yang paling penting, ATTITUDE kita pada ALLAH. Jika baik hubungan kita dengan ALLAH, pasti semua jadi mudah.


YAKINLAH dengan ALLAH!

Monday, December 7, 2009

Handsome?

by the name of ALLAH


"Yang ni comel tak?" 
Adik Min menggelengkan kepala sambil bibirnya tersenyum-senyum.
"Yang ni pulak?"
Sekali lagi adik Min menggelengkan kepalanya.
"Aik, semua gmbar baby ni tak comel. Adik min sorg je ke yang comel?"
 Saya menduga adik Min yang memang comel dan bijak walau baru berusia hampir 4 tahun itu.
"Ha.. yang ni? handsome tak?"
 Saya menunjukkan gambar adik lelaki saya yang berbaju melayu hijau kepada adik Min. Kali ni, adik Min tersipu-sipu senyum dan menganggukkan kepalanya.

Astaghfirullahal a'zim.
Aduh.. kecil-kecil lagi dah pandai buat gaya macam tu. Baru test sikit je. Ish3.
Budak sekecil 4 tahun sahaja boleh tersipu-sipu seperti hendak mengiyakan rombongan datang meminang, apatah lagi respon remaja-remaja yang telah belasan dan awal 20 tahun dan seterusnya, tidak terkecuali. 


Patutlah remaja perempuan sekarang mudah cair dengan lelaki. Asal muka hensem sikit, pandai mengayat, pandai bergaya dan rambut stylo sudah cukup. Bila nampak 'macho' sikit, mulalah terpikat. Innnalillah.

Teringat kembali peristiwa pengisian di sebuah camp Gopeng.
Seorang ikhwah mengisi. Alhamdulillah, pengisiannya agak mantap. Tapi... lebih kurang 2 hari selepas program tamat, saya diberitahu, salah seorang anak buah saya menangis menyesal kerana katanya, dia tidak dapat fokus sewaktu pengisian ikhwah tersebut.


Alasan, ikhwah tersebut 'Handsome sangat'.



Wah.. memang terpana saya seketika. Anak buah sendiri yang mengadu begitu. Belum pernah kes seperti ini berlaku. Namun, alhamdulillah, dia sedar dengan kelalaiannya itu. Terasa serik juga saya untuk menjemput ikhwah tersebut mengisi lagi walau semua maklum, dia salah seorang yang mantap mengisi dan hebat dalam gerak kerja dakwahnya.


Setelah difikir-fikir, memang salah kedua-dua pihak. Bukan pihak si ikhwah. Tapi yang salah adalah anak buah saya, dan SAYA SENDIRI.


Kalau memang si ikhwah dijadikan memiliki rupa paras begitu, takkan lah kita nak minta dia pakai purdah pula kan? Jika waktu pengisian dipasang tirai, sukar pula para peserta hendak melihat tulisan yang ditulis di papan putih. Saya yang sepatutnya berpesan dan mengingatkan anak2 buah saya dari awal lagi. Jaga pandangan.

"Katakanlah kepada wanita yang beriman :"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya..." [An-Nur,24:31]


Moga kita sama-sama ambil ibrah dari kedua-dua kisah ini. Menjaga pandangan kita dari melihat perkara yang tidak halal, sebaik yang mungkin. Kerana dari matalah, hati akan tercalar dan dipanah syaitan, fikiran akan dibius dengan hasutan syaitan dan diri kita sendiri yang akan binasa.

Banyakkan berdoa dan mohon pada Allah agar kita tidak mudah tergoda dengan rupa paras kaum adam. Dan kaum adam juga, sebaliknya. InsyaAllah, kita mampu lakukannya.

Bersama, melihat dengan mata hati.

Thursday, December 3, 2009

Pak Cik Tua

by the name of ALLAH

Teringat kembali ketika malam waktu menunggu bas di terminal Medan Gopeng baru2 ini. Kira-kira jam 9 malam. Menunggu bas untuk pulang ke Kuantan sempena Hari Raya Aidiladha.

Terlihat seorang pakcik tua meninjau-ninjau, mencari-cari sesuatu dari dalam tong sampah. Selepas satu, dia beralih ke satu lagi tong sampah. Plastik putih di tangan kanannya yang baru suku dipenuhi tin-tin kosong dipegang erat.

Terasa, betapa tingginya kesungguhan pakcik itu mencari rezeki. Walaupun jalannya agak pincang, tapi dia terus menerus melangkahkan kakinya menuju dari satu ke satu tong sampah.

Dan, amat menakjubkan dalam waktu hampir satu jam saya menunggu bas tiba di situ, pakcik tua itu saya lihat minimum empat kali mengelilingi terminal bas itu.

Kira-kira lebih dari 400m (ukuran padang sekolah dulu) lingkaran mengelilingi terminal itu. Tapi, pakcik ini tidak berehat. Dia terus sahaja berpindah dari satu tong sampah ke satu tong sampah secara berulang-ulang. Mungkin tidak mahu tertinggal walau sebuah tin yang baru dibuang ke dalam salah satu tong sampah di situ.

Ya Allah, hebatnya usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan pakcik itu. Dibandingkan diri kita, yang masih muda belia, adakah kita sanggup melakukan sesuatu yang tidak nampak hasilnya di depan mata. Seperti pakcik itu yang terus mencari walau tidak pasti ada tin yang baru dibuang.

Moga kita sama-sama jadikan kesungguhan pakcik ini sebagai teladan kita dalam dakwah ini. Terus-menerus mencari mad'u, tidak pernah jemu dan usaha yang sungguh-sungguh.

Jangan pernah berehat kerana mungkin saja jika kita tidak 'grab' mad'u itu, bila2 saja mad'u itu akan diambil orang lain atau lebih malang lagi, diambil olah event2 merosakkan, jawatan2 yang melalaikannya dan movie2 mengasyikkan.

Yuk, sama2 berbuat ikhlas kerana ALLAH. Ganjarannya, PASTI!

Wednesday, December 2, 2009

First post

by the name of ALLAH

Moga blog ke-4 ini, menjadi satu blog yang dapat memberi manfaat kepada anda semua.
InsyaAllah.