Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Friday, December 25, 2009

PeNDdaKi LuaR BiaSa

by the name of ALLAH

Walau sedang sarat mengandung, kaki terus melangkah. Laju. Biarpun bukit yang didaki hampir saja menegak ke atas, tidak landai dan hanya batu mengelilingi, semangatnya takkan pernah surut. Tali pinggang yang diguna utk menahan kandungannya yg sarat ketika mendaki, diikat kemas. Satu tali lagi diikat rapi utk makanan yg disembunyikan. Kekuatan dalaman yg tersemat dan keikhlasan jiwa melahirkan usaha luar biasa seorang ibu. Yang pasti, Islam mesti ditegakkan. Yang benar mesti dipertahankan.

Itulah Asma' bt Abu Bakr atau juga dikenal sbg 'Yg memiliki 2 tali pinggang'. Walau sdg sarat mengandung 8-9 bulan, kerana keikhlasannya, dia mampu mendaki bukit Thur 2 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut. Tugasnya menghantar makanan pagi dan petang buat junjungan besar Rasulullah saw dan ayahandanya, Abu Bakr As-Siddiq dilakukan dengan penuh hati2.

Dalam waktu yg singkat, Asma' berjalan dan mendaki bukit Thur. Jika tidak, pasti kafir Quraisy akan curiga. Usaha mereka menangkap Rasulullah saw dan Abu Bakr pasti tercapai. Jadi, Asma' dibantu. Jejaknya dihilangkan oleh tapak kaki kambing2 gembalaan saudara kandungnya sendiri, Abdullah B Abu Bakr. Strategi yg hebat! Very brilliant! ^_^

Tetatpi, walau strategi hebat, jika tiada pengorbanan dan kesungguhan, pasti usaha ini tidak berhasil. Bayangkan ibu yg sarat mengandung, sanggup mendaki bukit. Bukit yg bukan calang2 org boleh mendakinya. Dikhabarkan, ramai jemaah haji yg cuba mendaki, berpatah balik sebelum sempat sampai ke gua. Yg berjaya sampai ke gua pula, tercungap-cungap. Yg mendaki, bukanlah seorang wanita, bahkan bukan yg mengandung. Tapi lelaki yg masih punya tenaga, punya kesihatan yg baik. Itu yg diberitakan. Subhanallah, hebatnya Asma', hamba ALLAH yg ikhlas ini.

Jadi, marilah kita sama2 mencontohi sikap dan kesungguhan yg ditunjukkan Asma'. Jangan duduk saja. Tapi sumbangkan tenaga dan berjihadlah menegakkan Islam. Sebarkan dakwah, teruskan perjuangan Rasulullah saw. Biarpun banyak usaha kita belum membuahkan hasil, ia sebenarnya satu motivasi bagi kita utk terus maju tanpa jemu. Jika di dunia, kita berebut mendapatkan tempat pertama dan darjat yg baik, mari kita sama2 pula mendapatkan darjat yg baik di sisi ALLAH. InsyaALLAH.

    'Tidaklah sama antara org beriman yg duduk (tidak ikut brperang) tanpa mempunyai uzur(halangan) dgn org yg berjihad di jalan ALLAH dgn harta dan jiwanya. ALLAH melebihkan darjat org2 yg berjihad dgn harta dan jiwanya atas org2 yg duduk (tidak ikut perang tanpa halangan)..'    [An-Nisa',4 ayat 95]
Apa tunggu lagi? Mari melangkah ke darjat yg lebih baik! Dunia dan akhirat. Yuk!

2 comments:

  1. Sikap dan pengorbanan Asma' wajar dicontohi oleh akhawat...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.
    Doakan para akhwat begitu.

    Walau tidak dpt setanding dgn Asma' pun, at least berusaha menujunya pun insyaAllah ok.

    Sama2 usaha dan doa. ^_^

    ReplyDelete

Ada benarnya: