by the name of ALLAH
Memang menjadi kebiasaan, sblm saya meninggalkan kereta(jika sempat) utk pulang ke Pahang menaiki bas, saya akan hantar kereta ke car wash supaya eloklah sedikit keadaannya jika ada yg mahu mggunakannya. Sementara menunggu, saya habiskan masa dengan membaca. Berpuluh helaian juga buku ini sempat saya baca sementara menunggu.
Sedang asyik membaca, tiba2 terdengar suara kecil kanak2. Terus menoleh. Memang comel. Ya, kanak2 memang comel. ^_^ Bersama ibu dan ayahnya yg masih muda baru sahaja tiba di situ. Rambutnya kerinting, putih, agak chubby. Riangnya dia bermain-main bersama ayahnya. Alahai, ayahnya seperti tahu saya sedang memandang anaknya, jadi.. saya teruskan membaca.
Setelah beberapa ketika.. kini saya dengar kanak2 itu menangis. Semakin kuat tangisannya. Kenapa? Ya ALLAH... budak kecil ni, dasyat juga. Dia menangis sambil menunjuk ke arah kereta ayahnya yg mula dibawa pergi utk dicuci. La... keretanya bukan dicuri la dik, nak dicuci je la. Mahu je rasanya bercakap dgn si kecil itu.
Dia terus menangis. Ibunya cuba memujuk. Masih meraung, risau keretanya hilang. Sehinggalah ayahnya mendukungnya dan membawa dia melihat sendiri kereta yg sedang dicuci.
Innalillah.. baru berusia dlm lingkungan 2 tahun. Tapi, betapa harunya bile harta ayahnya dibawa pergi. Ada 2 kemungkinan yg akan berlaku bila dia besar nanti:
1---Jadi seorg yg amat mementingkan harta, mempertahankan dan menjaganya bagai nyawa sendiri
2---Jadi seorg yg amat memntingkan agama, mempertahankan dan menjaganya lebih dari nyawa sendiri
Seperti yg dinyatakan ALLAH dlm Al-Quran, kita ada 2 jalan je dalam hidup ini. Buruk Vs Baik. [plz refer 91:8, 90:10]. Saya doakan si kecil menjadi yg ke-2. Jgn sesekali jadi yg no 1 kerana golongan ini sudah banyak dan mudah didapati skrg. Malah, berlambak-lambak. Jadi, tambahkanlah pula golongan yg ke-2 ini. Dan, kita juga.. sama2 muhasabah diri supaya sentiasa tergolong di dlm golongan yg ke-2 ini. Sama-sama pulihkan iman kita dlm mengejar keuntungan dunia akhirat.
kata Imam Anas bin Malik RA "Umat di akhir zaman ini tidak dapat dipulihkan iman keislaman mereka melainkan dengan cara yg dibuat oleh Rasulullah saw pada permulaan Islam"
Hadith ini diambil dari buku yg saya baca tika itu. 'Belajar Dari Perang Uhud, Strategi Menghadapi Kekalahan'- oleh Hepi Andi Bastoni, Pandang sisi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buku indonesia, tapi telah diterjemah oleh Tuan Guru Nik Aziz ke bahasa Malaysia, bukan bahasa kelantan tau. Jadi, siapa yg susah nak membaca buku2 dgn alasan tidak faham bahasa Indonesia, anda tiada alasan kali ini.
Buku ni specific ttg perang Uhud. Subhanallah, memang AMAT best, detail dan SANGAT menarik. Lagi2 bagi peminat sirah. Sehinggakan nama2 sahabat yg syahid juga disenaraikan satu persatu. Strategi perang yg hebat dan diatur oleh Rasulullah saw juga digambarkan melalui figure yg mudah difahami. Jadi, bacalah buku ini atau bahan2 bacaan lain. Bagi yg kurang minat sirah, inilah masanya utk anda 'terminat' dgn sirah. Jadikan membaca amalan kita. Usaha utk menjadi seorg hamba ALLAH yg beriman, berilmu, beramal dan berkualiti.
Jom tambahkan ilmu utk diamalkan!!
No comments:
Post a Comment
Ada benarnya: