Sintering of powder metal [a part of input from my Final Year Project]:
Apa yang saya nampak.. sintering ini boleh diibaratkan dengan ukhuwah.
Sintering = Powder boleh bergabung, berubah bentuk dan bersatu dengan beberapa sintering process seperti kesan pemanasan. Sintering dilakukan untuk meningkatkan strength, young's modulus, hardness etc.
Beginilah ukhuwah yang kita mahukan. Ukhuwah yg mantap dgn ukhuwah imaniyah. Walaupun kita hanyalah individu-individu, tapi.. jika niat kita satu--kerana ALLAH dan kita sanggup berkorban bersama demi menegakkan Islam, pasti ikatan ukhuwah imaniyah ini akan terbentuk.
Lihat sajalah process sintering ini. Untuk powder particles bergabung, 'mereka' terpaksa mengorbankan diri dalam kepanasan. Panas yang bukan sekadar bahang panas matahari yang kita rasakan hari ini. Tapi, boleh mencecah ke 630degree celcius. Haa.. itu pengorbanan mereka untuk bersatu.
Sekarang, kita pula fikirkan, apa pengorbanan kita dalam membentuk ukhuwah imaniyah yang kita impikan. Ya.. sila-sila fikirkan. Mungkin, selepas ini kita boleh sama-sama, paling kurang pun mengorbankan sedikit masa kita untuk menziarahi bilik akhwat lain, atau kawan-kawan kita. Niatlah untuk mengeratkan ikatan ukhwah kerana ALLAH. Dalam ziarah.. kalau selama ini kita datang ke biliknya hanya atas keperluan-keperluan tertentu, kini kita cuba pula datang untuk bertanya khabar iman, bertilawah bersama atau berjemaah menunaikan solat bersama. Jika kita semua sanggup untuk berkorban seperti 'mereka', insyaALLAH, ukhuwah imaniyah yang kita impikan akan terlaksana.
Yuk.. sama-sama!!
Dalam minggu lepas.. saya menerima 3 hadiah istimewa dari akhwat-akhwat yang dicintai kerana ALLAH. Ketiga-tiganya lagu. ^_^
1---Sebenarnya saya tidak tahu lagu apa
Ketika saya berada di bengkel kereta hari isnin yang lepas untuk menukar bateri kereta, tiba-tiba saya terima 1 message "Salam. Ukhti yang disayangi, ana hadiahkan lagu ini untuk anti. Bukalah radio IKIM ye". Alahai.. di bengkel itu, sudah pastilah tak dapat nak dengar radio. Tapi.. hadiah ini amat bermakna. Walaupun saya tak dapat dengar apa lagunya.. seusai selesai urusan di bengkel, saya ziarah ke rumahnya. Dapat bersama-sama minum petang dengan akhwat yang disayangi ini. Walau kami sudah bukan dalam management yang sama, tapi ukhuwah tetap terjalin. InsyaALLAH kerana ALLAH. Jazakillah ukhti..
2--Huhu.. ini bukanlah lagu specific. Tapi, lagu usikan.
Waktu tengahhari Jumaat lepas, seorang akhwat tiba-tiba PM saya. "Salam. Kak, jom lunch sama nak? kat cafe v4". Saya terima ajakan dengan hati riang. Iya la.. diajak makan bersama. Best. Dan sedang bersiap-siap untuk turun.. "Kak.. saya nak hadiahkan 1 lagu untuk akak." "Ha.. lagu apa?" Lagunya.."Jangan siap lama-lama, nanti dikebas orang". Huhuhu.. walaupun lagu ini tiada kaitan dengan mana-mana yang hidup atau mati hatinya, saya gembira kerana mendapat hadiah dari seorang akhwat, iaitu sebuah ukhuwah. Jazakillah ukhti..
3--Lagu 'Sebuah pertemuan', nyanyian UNIC
Lagu ini, hadiah dari seorang akhwat di malam hari Jumaat lepas. Sewaktu kami mengadakan MABIT bersama di masjid. Slot muhasabah ukhuwah ini, memang memberi erti yang mendalam dalam hati-hati kami. InsyaALLAH, kami sedar betapa pentingnya ukhuwah kerana ALLAH. ukhuwah imaniyah yang padu. Yang mampu membelah badai dan onak duri ujian-ujian yang pasti hadir dalam langkah yang kita pilih ini, iaitu.. jalan Dakwah. Jazakillah ukhti..
Dan.. di sini, saya pula mengambil kesempatan untuk menghadiahkan 10 'muwasafat tarbiyah'=wawasan dalam tarbiyah untuk semua akhwat dan pembaca blog ini. Moga ukhuwah yang terjalin antara kita sentiasa berteraskan yang Haq, sentiasa dalam rahmat, kasih sayang dan redha ALLAH. Sama-samalah saling mendoakan antara satu sama lain dalam setiap doa kita. Moga kita akan terus melangkah jauh tanpa ragu di jalan tarbiyah ini. InsyaALLAH.
Hadiah untuk antum semua:
Moga kita semua berusaha untuk mencapai wawasan-wawasan ini. insyaALLAH. ^_^