Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Monday, February 1, 2010

CAGIVA

by the name of ALLAH

"Assalamualaikum.. ni siapa ye?"
"Waalaikum salam. Ni Nik. Encik Burhan ade?"
"Dia tak ada. Baru meninggal semalam. Ada apa-apa urusan ke dengan dia sebelum ni?"
"Eh ye ke? Ni siapa?"
"Saya anak dia."
"Saya baru je contact dengan dia sebelum pergi Bandung. Ish.. dia ade mintak saya hidupkan road tax motor singapura. CAGIVA."
"Oh ye? Dia dah bayar ke duitnya? Ada hutang apa-apa tak?"
"Baru bayar separuh. Sepatutnya RM1400. Baru bayar dalam RM700. Hmm.. macam mana ye? Takpelah. nanti saya datang rumah."
"OK.Nanti encik Nik datang, kami bayar ya."

Esoknya.. Nik datang ke rumah. Saya dan ibu berjumpa dengannya di luar. Setelah berbual tentang accident ayah saya dan sebagainya, kini kami berbicara tentang CAGIVA.

"Memang dia sayang dengan motor tu. Tapi haritu, ada pulak dia kata nak jual semua motor-motor ni termasuk CAGIVA tu. Pelik juga saya"
"Oh ye ke..CAGIVA ni, kalau jual, harga dia dalam berapa ya? Ye la.. kami ni mana la tahu sangat harga-harga motor ni"
"Dalam RM15 ribu. Tapi susah sikit nak jual ni. Sebab motor singapore. Road tax still kena buat di sana. Kalau saya, memang ada kenal orang kat sana. Senang nak buatnya. Sebab tu la abang Burhan mintak saya buatkan"
"Oo.."
"Macam ni la.. saya boleh beli motor tu. Tapi saya tak ada banyak duit cash. Lagi-lagi sebab saya nak pergi kerja ke Qatar hujung bulan ni. Kalau setuju nak jual, saya boleh bayar separuh, dalam RM8ribu. Dan lebihnya secara ansuran."


Saya dan ibu hanya mengangguk diam. Kami telah sepakat sebelum ini. Semua urusan jual beli motor, kami akan hold on dulu buat masa 1 atau dua bulan ini. Selesaikan semua perkara-perkara yang lebih penting dulu. Tambah lagi, abang saya hanya akan tiba dari Bintulu, petang itu.

"Buat masa ni, kami belum boleh jual atau buat apa-apa lagi. Kena bincang dulu sekeluarga. Kalau apa-apa nanti, kami contact encik Nik semula. Road taxnya ada pada encik Nik kan?"
"Aa ah. Ada. Takpelah. Saya pegang dulu road tax ni"
Ada juga bertanya dalam hati.. kenapa dia nak pegang road tax tu. Bukan kami tak nak bayar pun baki RM700 tu.. Tapi, tidak terkeluar pula pertanyaan ketika itu. Dan, dia pun pulang...

Malam itu.. seorang lagi kawan ayah telefon. Memang saya mengambil peranan menjawab dan mencatit urusan-urusan tentang bisnes sejak hari ayah saya meninggal dunia. Memandangkan abang saya masih belum pulang memegang peranan sebagai ketua keluarga. Jadi, sebagai anak ke-2 ini peranan saya.

Calling; Aslam..
"Assalamualaikum.. Encik Borhan ada?"
"Waalaikumussalam. Oh, Encik tak tahu ye? Dia baru meninggal dua hari lepas."
"Ya Allah.. kenapa tak bagitahu awal-awal? Ni siapa ni?"
"Oh, saya anak dia. Minta maaf. Saya belum sempat lagi nak message dan beritahu semua nombor yang ada dalam hp ayah saya ni. Encik ada apa-apa urusan ke dengan dia? Dia ada hutang apa-apa tak?"
"Oo.. takpelah. Dia tak ada hutang apa-apa. Mcm mana dia boleh meninggal?"
......................

Esoknya Aslam call kembali. Kali ini bercakap tentang CAGIVA.
"Assalamualaikum. Ni, saya baru teringat pasal Nik. Ada orang nama Nik datang ke rumah tak?"
"Ada. Kelmarin."
"Hah, kalau dia nak motor CAGIVA tu.. jangan bagi. Abang Borhan ada bagitahu pada saya, nak jual CAGIVA tu separuh harga. Jangan bagi pada Nik tu. Dia dah banyak tipu orang"
"Oh ye ke? Berapa ye ayah saya kata nak jual?"
"Dalam RM8ribu. Nik tu..dulu, dia pernah tipu saya RM14ribu. Dengan abang Borhan pun, banyak dah dia tipu. Ada nombor dia tak?"
"Ada."
"Nanti bagi pada saya ya. Ramai tengah cari Nik tu."
"Oh, ok. Nanti saya bagi by sms ye."

Fuh... Kami berbincang sekeluarga. Mana satu yang tipu pun kami tidak tahu. Kontroversi CAGIVA. Dan satu lagi masalah yang kami hadapai sekeluarga ialah Geran motor. Mana geran CAGIVA tu??
Saya dan abang sudah mencari-cari di dalam fail-fail Bisnes ayah saya. Terlalu banyak geran dan kunci motor. Kami sendiri pening. Geran motor lain ada. Tapi, Geran CAGIVA.. hingga kini, masih belum kami temui.

Teringat kembali. NIK!! Mungkin saja geran itu ada pada dia. Sebab dia yang buatkan road tax motor. Tapi, bila saya telefon, tiada jawapan. Dia dah ke Qatar ke? Persoalan masih berlegar. Apa yang saya pelik, tak adalah nampak hebat sangat motor tu. Kenapa mereka berdua berebut pula? Tambah lagi, kalau nak buat road tax, kena pergi singapore. Leceh. Bukankah fungsinya sama dengan motor lain?

Maaf, saya memang kurang arif dengan motor. Terpaksa ambil tahu sedikit tentang motor sejak ayah saya meninggal. "Balok Auto Enterprise". Setelah selesai penjualan aset-aset motor yang ada nanti, kami akan tutup enterprise ini kerana tiada antara kami, adik-beradik yang mampu untuk uruskannya.


Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. [Al-Hadid,57 ayat 20]


Tidak tahu apa tujuan mereka berdua merebut CAGIVA tersebut. Yang pasti.. kita yang masih diberi peluang dan nikmat hidup di dunia, menambahkan amal dan takwa pada ALLAH, jauhkanlah diri kita dari perlumbaan mengejar harta dunia. Kerana.. semuanya SEMENTARA. Takkan pernah kekal abadi kecuali akhirat kelak.

Mari.. berlumba-lumba dalam mendapatkan ampunan ALLAH!! [Rujuk Al-Hadih,57 ayat 21]

2 comments:

Ada benarnya: