Kadangkala suamiku..
Diri ini menangis asbabmu..
Walau tanpa dirimu tahu..
Kerana,
Kecilnya jiwaku,
Lembutnya fitrahku,
Lemahnya diriku,
Halusnya perasaanku..
Suamiku,
Kuharap Dirimu mengerti sayangku..
Kadangkala..
Aku menangis bila ditegah atas kedegilanku,
Aku menangis bila ditegur atas silapku,
Aku menangis atas bezanya diriku denganmu,
Aku menangis kerana..
Aku mahu berubah dan terus dibimbing olehmu.
Sayangku yang kuhormati..
Aku menangis bukan bermakna tidak mahu berubah,
Atau tak mampu menerima teguranmu,
Tetap jua akanku usaha perbaiki dan berubah atas teguranmu,
Kerana.. Kutahu aku tetap jauh dibanding bidadari yang menunggumu,
Jadi, takkan diri ini membiarkan bezanya terus-menerus menjauh..
Kadangkala pendampingku..
Aku juga menangis bila jarak memisahkan kita,
Aku juga menangis bila rasa rindu menjeratku,
Rindu dengan senyummu yang manis selalu,
Rindu dengan lembutnya kata-katamu,
Rindu menatap wajah redup penenangku,
Rindu dengan suaramu menjadi imamku,
Rindu dengan lunaknya alunan tilawahmu,
Rindu dengan taujih dan nasihat darimu.
Rindu dengan sinergi ruh keimanan bersamamu..
Kuharap selalu,
Rinduku ini, sentiasa bersemi indah kerana Allah..
Cinta dan kasih yang disemai kerana Allah ini tetap teguh selamanya..
Maafkan diriku suamiku.. Andai diri ini,
Selalu menyusahkan dirimu,
Sering menaikkan kemarahanmu,
Dan kerap terlalai menjadi isterimu yang solehah dan taat.
Maafkanku diriku suamiku..
walaupun ana belum bersuami isteri, tersentuh ana membacanya.
ReplyDeletebagaimana untuk menjadi seorang isteri solehah?apa kayu ukurnya.
buat suamiku - macam ada je.
moga bertemu.hehe.
best sgt~
ReplyDeletemaka carilah teman ke syurga.
ReplyDeletesebelum itu, siapkan diri menjadi peneman ke syurgaNya.
adeq: tak tahan....
ReplyDeletekayu ukurnya? ukur baju di badan sendiri.. heh