Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Monday, October 24, 2011

Degil bertempat

by the name of ALLAH


3 bulan lepas, saya menerima e-mel dari kawan saya yang berada di Jepun. Selepas berbalas e-mel mengenai walimah dan gambar perkahwinan saya kirimkan, pertanyaan terakhirnya dalam e-mel masih belum saya jawab:


By the way, tak nak kongsikan ke pengalaman berwalimah? Dari prosesnya ke....hehe..
Alhamdulillah, tahniah nak ucapkan kerana rasanya anti macam berjaya untuk elakkan permintaan family yang biasanya nak tengok pengantin bersolek pada hari gemilangnya. Ke family tak kisah? Sebab susah rasanya nk handle benda-benda yang macam tu...


Insya-Allah, sebaiknya saya kongsikan pengalamannya di sini supaya sama-sama mendapat manfaat. Minima, buat ukhti yang berada di Jepun, yang juga bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi atas nama Allah, insya-Allah. ^_^

Keluarga saya, keluarga yang biasa-biasa saja. Jiran-jiran juga, jiran yang biasa-biasa saja. Bukanlah berfikrah, tapi insya-Allah minimanya berakhlak baik dan berislam.

Seperti mak ayah lain, pastilah mahukan sesuatu yang terbaik buat anaknya. Ibu saya juga begitu. Sewaktu walimah saya, semunya siap ditempah oleh ibu. Ditempah sendiri dengan biayanya sendiri. Sedikit pun duit saya tidak keluarkan. Saya hanya pulang ke rumah 2 hari sebelum walimah saya kerana masih ada kelas di UTP.

Malam sebelum walimah, barang-barang yang ditempah sampai dan siap dipasang. Pada awalnya, gerun juga saya lihat. Ada pelamin dan sebagainya. Bila saya bertanya, terus ibu katakan; "Pelamin tu untuk ambil gambar saja. Tak ada tepung tawar dan sebagainya". Sedikit lega saya mendengarnya kerana memang dari awal sudah saya nyatakan pada ibu tidak mahu bersanding.

Keesokan harinya, seorang kakak datang membawa baju dan alatan solek. Agak terkedu saya. Baju yang dibawanya agak ketat, alatan solek yang dibawanya pula lengkap semua aksesori. Ketika itu, 1 ayat terus terngiang-ngiang dalam benak pemikiran saya.

 "La tabarrajna tabarrujal jaahiliyyah" [Al-Ahzab,33:33]
Janganlah kamu berhias dan bertingkah-laku seperti orang-orang jahiliyyah. 

Memang terus-terusan ayat itu hadir dalam pemikiran saya. Ke sana sini saya berjalan membantu mebuat kerja, tetap saja ayat itu berada dalam benak pemikiran. Risau, adakah saya akan mengikut apa yang diperbuat oleh orang-orang yang jahil, seterusnya melanggar apa yang dilarang Allah? Ya.. bukan ustaz, ustazah, alim ulama yang melarang untuk bersolek dan berhias di khalayak ramai. Tapi, ini adalah larangan nyata dari Allah melalui Al-Quran yang suci.

Kakak andam tersebut memanggil untuk mencuba baju. Terus terdetik dalam hati, "Alasan apa aku nak bagi ni, nak elak pakai baju ketat ni??". Alhamdulillah, sewaktu melihat dengan teliti depan belakang baju tersebut, saya terjumpa sedikit koyak. "Yes! satu alasan yang sangat logik." Alhamdulillah, baju ketat tersebut dapat saya elakkan. Jadi, kakak tersebut terpaksa memberi saya baju yang lain. Alhamdulillah, kali ini besar sedikit bajunya. Longgar saja saya pakai. Cuma, agak kasihan kepada zauj (suami) saya kerana bajunya juga sedikit besar. Tapi, tak mengapalahkan, suami.. asal isteri tak pakai baju yang ketat. ^_^


SKETSA SI DEGIL dengan KAKAK ANDAM

Tiba pula saat disolekkan. Macam-macam saya kata; "Tak nak. Nanti, kulit saya menggelupas. Alergic. Tak tahan dengan alat kimia. Bedak pun saya memang tak boleh pakai kak."

Kakak tersebut membidas balik. "InsyaAllah, selama akak make upkan orang, takda lagi yang jadi macam tu. Alat make-up akak ni bagus. Takda kesan radang pada kulit. lagipun, mak adik dah bayar akak dah."

Sambil teringat lagi ayat 33:33 tadi, nak tak nak, saya pesan awal-awal pada kakak tersebut, solekkan saya nipis-nipis kalau nak solekkan. "Ok". 

Beberapa ketika kakak tersebut mula menyolekkan, saya dapat message dari suami saya, "Nak make up tu.. berpada-pada ya." Terus saya kata pada kakak tu.. "Kak, suami saya pesan ni tau, jangan make-up sangat". "OK"

Baru beberapa minit selepas itu, saya terasa seperti foundation yang dipakaikan tebal. Saya bertegas mahu melihat di cermin. Kakak tu pula bertegas, "Tengok cermin bila dah habis make-up nanti la". Saya tetap degil. Tetap mahu lihat ke cermin. Kakak tersebut terpakasa berhenti sebentar.

Astaghfirullahala'zim. Terus terpacul dari mulut saya, "Kak, tebalnya ni. Tak nak macam ni"
"Tu baru foundation dik."

Dalam hati saya,"Foundation pun dah tebal macam ni.. make-up nanti tebal mana pulak? Aku tak nak jadi macam orang jahiliyah!

Saya tak tahan.. "Kak, tak boleh ni.. suami saya tak bagi ni." 

"Dik, nanti orang berkata tentang tukang make-up ni dik.. Akak tak buat kerja betul-betul".

"Tak nak la kak macam ni.. takpelah kak. Takpe. Saya cakap je saya memang tak make-up"

Dengan muka kecil hati, akak tersebut berkata; "Sukati adik la, pegi lah basuh muka."

Walaubagaimanapun, saya kemudiannya meminta maaf dari kakak tersebut kerana terpaksa mengecilkan hatinya untuk menjaga apa yang Allah tetapkan. Insya-Allah, moga kakak tersebut dipermudahkan urusan oleh Allah. 

Kemudiannya, tetap.. apabila saya keluar bilik, jiran-jiran, mak saya tetap menyoalkan, "Aik, tak make up ke?" Jawapan yang paling simple boleh dijawab; "^_^" Senyum je..

Biarpun di belakang mereka nak kata apa-apa, biarkan saja. Insya-Allah, takkan murkanya Allah sekiranya kita menjaga Allah.

"Ihfazillaha, Yahfazka, Ihfazillaha, Tajidhu tujahaka " [HR Tirmidzi, hasan sahih]
Jagalah Allah, Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, Allah akan bersamamu. 

Sekali lagi, "Maaf ye kak"


:--> Kadang-kadang kita terpaksa mengetepikan sesuatu untuk menjaga sesuatu yang lebih utama. Kalau kita mahu, sungguh-sungguhlah.

10 comments:

  1. tegar pd kebenaran....

    ReplyDelete
  2. salam haha.kalau perkahwinan sulung lagi lah.make-up?yang nipis sahaja, sbg penghargaan kepada para tetamu yang datang, kepada ibu bapa yang ingin melihat kecantikan anaknya.pamerkan kecantikan yang terzahir itu tidak salah, cuma jangan tabarruj = berlebihan.kalau x lebih x apa kan?hehe.

    kalau ana pakai bedak nipis mesti mak kata "x pakai bedak ke long, cuba la cantik sikit" hoho.mak kulit anak mak nhe CANTEK dah.cun lg..hehe.

    ReplyDelete
  3. sukelah (xda button nk klik 'like')..lg macho klu pakai tdung y slalu dpakai bila jmpe tu.

    ReplyDelete
  4. Atikah Zaid:
    Ya.. memang perlu tegar dengan yang haq.

    adeq:
    Ni memang perkahwinan first dalam adik-beradik. Time nak akad pun lagi lah. Jiran-jiran ana siap bawakan alat solek dari rumah suruh make up. Ana pun, buat dok tolong sana-sini. Sampai tinggal berapa minit je untuk bersiap. Sengaja siap lambat. Dah siap, terus cabut lari nak pergi ke masjid. Mak sempat membebel sebab lambat je. Tak sempat nak tegur tak make up. Huhu.. Strategi tu penting. Anti nanti pun sama tau.. kena fikir strategi terbaik!

    sahabatmu:
    tu la.. ingat nak pakai tudung labuh biasa je. Tapi terpaksa juga. Syukur berjaya beli yang besar. Dan bila di push suruh masukkan tudung dalam baju pun.. buat dek je. He.. Kena degil juga.

    ReplyDelete
  5. bagus2. sama2 kita ush utk berdegil nanti.. insyaAllah

    ReplyDelete
  6. DOAKAN ANA SEMOGA ANA JUGA KUAT DAN DEGIL SEPERTI AKAK! HEHEHE..

    rindu anti dan seluruh UTPians!!~~

    teringat dulu selalu pergi utp mse d kmpk... :)

    ReplyDelete
  7. masa kakak ana nikah dulu pun lebih kurang kes enti. tahniah atas ke'degilan'nya..^^

    ReplyDelete
  8. wah. menarik..insyaAllah ana pun nak berdegil jugak la!

    ReplyDelete
  9. ana da gtau mom dah, tinggal ad pengantin lelaki je la.hehehehehehehehe.

    ReplyDelete

Ada benarnya: