Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Sunday, January 17, 2010

kebesaran ALLAH

by the name of ALLAH

Masih belum berpeluang utk share pengalaman ke Bandung, jadi saya sharekan antara gambar2 yg diambil. Masih banyak gmbar yg belum ditransfer dari hp ayah saya. Dan maaf, gambar2 kurg cantik kerana yg ini, saya ambil hanya dengan hp saya. Kamera tiada-Rosak.


Dalam perjalanan ke atas bukit sekitar Chechaheum


Kawah Gunung berapi yg kurang aktif


Kawah Domas yang masih lagi aktif


Air panas kawah yg masih panas dan meluap-luap.


View diambil dari kawasan berhampiran kandang superkuban
 
Melawat kandang kambing superkurban.




Dan ini.. cantik tak view? Siapa dapat teka ini di mana?


Moga kita sentiasa memperhatikan kebesaran ALLAH dan menjadi hamba2 ALLAH yg sentiasa dekat denganNYA. Gambar last ini, jawapnnya: view di tasik UTP. Nak ajak ke Bandung, jauh sgt. Jadi, jemputlah dtg ke UTP ya. ^_^


Katakanlah, "Perhatikanlah apa yg ada di langit dan bumi!" Tidaklah bermanfaat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) dan rasul-rasul yg memberi peringatan bagi orang yg tidak beriman.  [Surah Yunus,10: 101]




Friday, January 8, 2010

2 JaLan

by the name of ALLAH


Memang menjadi kebiasaan, sblm saya meninggalkan kereta(jika sempat) utk pulang ke Pahang menaiki bas, saya akan hantar kereta ke car wash supaya eloklah sedikit keadaannya jika ada yg mahu mggunakannya. Sementara menunggu, saya habiskan masa dengan membaca. Berpuluh helaian juga buku ini sempat saya baca sementara menunggu.

Sedang asyik membaca, tiba2 terdengar suara kecil kanak2. Terus menoleh. Memang comel. Ya, kanak2 memang comel. ^_^ Bersama ibu dan ayahnya yg masih muda baru sahaja tiba di situ. Rambutnya kerinting, putih, agak chubby. Riangnya dia bermain-main bersama ayahnya. Alahai, ayahnya seperti tahu saya sedang memandang anaknya, jadi.. saya teruskan membaca.

Setelah beberapa ketika.. kini saya dengar kanak2 itu menangis. Semakin kuat tangisannya. Kenapa? Ya ALLAH... budak kecil ni, dasyat juga. Dia menangis sambil menunjuk ke arah kereta ayahnya yg mula dibawa pergi utk dicuci. La... keretanya bukan dicuri la dik, nak dicuci je la. Mahu je rasanya bercakap dgn si kecil itu.

Dia terus menangis. Ibunya cuba memujuk. Masih meraung, risau keretanya hilang. Sehinggalah ayahnya mendukungnya dan membawa dia melihat sendiri kereta yg sedang dicuci.

Innalillah.. baru berusia dlm lingkungan 2 tahun. Tapi, betapa harunya bile harta ayahnya dibawa pergi. Ada 2 kemungkinan yg akan berlaku bila dia besar nanti:
1---Jadi seorg yg amat mementingkan harta, mempertahankan dan menjaganya bagai nyawa sendiri
2---Jadi seorg yg amat memntingkan agama, mempertahankan dan menjaganya lebih dari nyawa sendiri

Seperti yg dinyatakan ALLAH dlm Al-Quran, kita ada 2 jalan je dalam hidup ini. Buruk Vs Baik. [plz refer 91:8, 90:10]. Saya doakan si kecil menjadi yg ke-2. Jgn sesekali jadi yg no 1 kerana golongan ini sudah banyak dan mudah didapati skrg. Malah, berlambak-lambak. Jadi, tambahkanlah pula golongan yg ke-2 ini. Dan, kita juga.. sama2 muhasabah diri supaya sentiasa tergolong di dlm golongan yg ke-2 ini. Sama-sama pulihkan iman kita dlm mengejar keuntungan dunia akhirat.


kata Imam Anas bin Malik RA "Umat di akhir zaman ini tidak dapat dipulihkan iman keislaman mereka melainkan dengan cara yg dibuat oleh Rasulullah saw pada permulaan Islam"


Hadith ini diambil dari buku yg saya baca tika itu.  'Belajar Dari Perang Uhud, Strategi Menghadapi Kekalahan'- oleh Hepi Andi Bastoni, Pandang sisi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buku indonesia, tapi telah diterjemah oleh Tuan Guru Nik Aziz ke bahasa Malaysia, bukan bahasa kelantan tau. Jadi, siapa yg susah nak membaca buku2 dgn alasan tidak faham bahasa Indonesia, anda tiada alasan kali ini.

Buku ni specific ttg perang Uhud. Subhanallah, memang AMAT best, detail dan SANGAT menarik. Lagi2 bagi peminat sirah. Sehinggakan nama2 sahabat yg syahid juga disenaraikan satu persatu. Strategi perang yg hebat dan diatur oleh Rasulullah saw juga digambarkan melalui figure yg mudah difahami. Jadi, bacalah buku ini atau bahan2 bacaan lain. Bagi yg kurang minat sirah, inilah masanya utk anda 'terminat' dgn sirah. Jadikan membaca amalan kita. Usaha utk menjadi seorg hamba ALLAH yg beriman, berilmu, beramal dan berkualiti.
  
Jom tambahkan ilmu utk diamalkan!!


Wednesday, January 6, 2010

Puji dan Syukur pd ALLAH

by the name of ALLAH

Indahnya 1: 
*****************************************************************************
"macam mana boleh break up?"
"rase x srasi...
even da 3 taun lbih...
hmm..tahlaa...
die wat idop jd trukk..."


Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat ALLAH, adik perempuan yg disayangi akhirnya break up. Bertahun saya berusaha, menunggu dan menanti saat ini. Kini, ALLAH makbulkan. Dan, lebih bermakna apabila ALLAH menetapkan seorg akhwat akan berpindah ke tempatnya belajar di Puncak Alam dalam waktu terdekat ini.

Lalu, terus saya ambil peluang ini, offer halaqah untuknya. Dan, alhamdulillah walaupun belum start halaqah first, dia sudah berjaya mengajak beberapa org rakannya utk turut bersama dlm 1 halaqah nanti. Subhanallah. Moga adik yg kusayangi ini akan terus istiqomah dan istimrar di jalan ALLAH.

Walau saya tahu, course 'nursing' memang membuatkan student2nya sibuk dengan praktikal di sana sini, saya amat berharap, at least, fikrah Islam sampai pada mereka. Menjadi seorang nurse yg dekat dengan pesakit, tetapi lebih dekat dengan ALLAH. Dan, boleh saja sentiasa mengingatkan patient utk selalu mengingati ALLAH. Aminn.. ^_^ Akak sayangkan kamu..

Indahnya 2: 
*****************************************************************************
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
"Hari ni presentation kan? Dah sedia semua?"
"Alhamdulillah, bole la"
"K, buat yg terbaik ye. All d best"

Subhanallah, sahabatku.. walaupun telah pulang ke kampung.. masih concern, dan masih tetap memberikan semangat pada saya menerusi telefon. Alhamdulillah, semangat kian pulih pada pagi sebelum presentation.

Ya, memang saya rasa sedikit down apabila 2 minggu lepas.. sewaktu presentation sahabat2 yg sama di tmpat praktikal dikatakan 'not meet expectation'. Jadi, oleh sebab saya sahaja yang akan lakukan presentation lewat krn lecturer saya masih bercuti ketika itu, maka kata2 ini keluar dari mulut plant manager di situ: "Ni, U belum present lagi.. jadi, tlg cover up balik kawan2. Klw u pun buat sama macam yg lain, mmg saya xnak ambil dah student utk praktikal kat sini".

Dan 3 hari sebelum saya present, kawan2 praktikal lain sudah dibenarkan pulang. Jadi, tinggal saya seorang. Tapi, semuanya terubat dgn panggilan sahabat di pagi itu. Dan, Alhamdulillah presentation berjalan baik. Walaupun tidak la berhasil sangat utk mencapai expectation plant manager, masih juga diberikan markah yg baik utk overall presntation. Maha Suci ALLAH, ALLAH Maha Penyayang.

Indahnya 3: 
*****************************************************************************
"Yg lain dah tau ke?"
Semua saling memandang. Dan secara automatic, saya menoleh ke sebelah sisi kiri dan bertanya perlahan pada akhwat yg sdg tersenyum itu; "Akak -----?"
"InsyaALLAH ukhti ----. Jadi, sama2 doakan supaya urusannya dipermudahkan"
Subhanallah, memang sudah diagak kerana 2 minggu sblm ini ada juga mendengar desas desus ini. Tapi, tidak disangka akhwat yg dekat ini yg dimaksudkan.

^_^ Moga ALLAH mempermudahkan urusannya dan moga sentiasa diberkati ALLAH. InsyaALLAH.

***************************************************************************** Subhanallah, banyak lagi perkara2 menarik dan indah berlaku pada minggu ini. Indahnya ukhuwah kerana ALLAH. Indahnya bila dekat dengan ALLAH.

Walau apa pun, moga kita semua sentiasa beroleh rahmat ALLAH. Dan, seperti yg ALLAH janjikan di dalam AL-Quran, ALLAH akan menguji kita dengan kesenangan mahupun kesukaran. [plz refer Al-Fajr,89 ayat 15 dan 16]. Tapi, kita sebagai hamba ALLAH yg amat lemah ini.. pastikan kita sentiasa ingat pada ALLAH, bersyukur dgn ketetapan ALLAH. Dan yakinlah, ketetapan ALLAH adalah yg terbaik. InsyaALLAH..
Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu. [Al-Baqarah, 2 ayat 152]
Perbanyakkan puji-pujian pd ALLAH.