Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Tuesday, March 23, 2010

Pengiraan Luar Biasa

by the name of ALLAH

Semalam.. dalam kelas Malaysian Studies, lecturer ada menyatakan tentang kes buang bayi.
Statistik agak menakutkan. Dikatakan; setiap hari.. 14 bayi luar nikah akan dihantar ke Hospital Bainun di Ipoh. Ini, 'per day', dan ini, 'per hospital'. 14 unlegitimate baby/day!!

Ok.. hari ni kita cuba congak pula. Asyik membaca je kan..Cuba kira-kira;

>> Berapakah bilangannya jika ditambah dengan bilangan bayi yang dihantar ke hospital-hospital lain sekitar ipoh pula? hmm.. agak-agak untuk sehari je dulu. Berapa??
>> Berapa pula yang dihantar ke Hospital sekitar Manjung, Lumut, Kampar, Bidor, Slim River dan kawasan-kawasan lain sekitar Perak?.
>> Berapa pula untuk hospital-hospital negeri lain? Pahang, Johor, Kedah etc
>> KL?

Wallahua'lam. Itupun, belum lagi kita tambah dengan bilangan yang digugurkan, yang dibakar, yang dicampak, yang dimakan anjing, dan sebagainya.

Ya..Ramai yang memang dah tak takut dengan azab ALLAH. Dah tak tahu, Zina ni HARAM. Zina merata-rata, anak dicampak di mana-mana. Kalau nak kira statistik ZINA pulak macam mana ya? Tadi, dikira mengikut bilangan bayi.. bagaimana pula nak kira, zina yang tak melahirkan bayi pula?? Pasti dasyat bilangnnya.Confirm bilangannya seperti bilangan statistik orang yang datang ke cafe membeli makanan, seperti statistik orang yang datang isi minyak kereta di petrol-petrol station kan??.

Dan, pagi yang sejuk dengan hujan yang agak lebat ni.. membolehkan saya merasai sedikit kesejukan bayi yang ditinggalkan menggigil dalam berita hari ini. Bayangkanlah.. kita berada dalam bilik, hujan pun tak kena. Tapi, still boleh rasa sejuk. Kipas pun kena slowkan. Bayi yang ditinggalkan ni.. ditinggalkan dekat semak kawasan pembuangan sampah, bumbung tak ada... busuk je ada. Dan, kasihan bayi ini.. termasuk la dalam statistik 14 unlegitimate baby per day tu.
Bayi menggigil
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
am@hmetro.com.my
2010/03/22

IPOH: Menyedihkan apabila seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan menggigil kesejukan ketika hujan lebat selepas ditinggalkan dekat kawasan pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh, di sini, petang kelmarin.

Bayi perempuan seberat 2.8 kilogram cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya masih bertali pusat ditinggalkan dalam semak di belakang sebuah pasar raya besar, di sini.

Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, bayi itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 5.30 petang.

“Bayi ini dipercayai baru dilahirkan dan ketika dijumpai berada dalam keadaan pucat dan menggigil kesejukan kerana ditinggalkan dalam hujan lebat.
 
“Bayi ini juga ditemui dalam keadaan lemah akibat ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama sehingga tidak mampu menangis,” katanya.

Katanya, bayi malang itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan untuk rawatan sebelum tindakan lanjut diambil.

Bayi itu dilihat mengalami luka dan calar di muka dan kepalanya mungkin akibat dihurung semut.

Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPB, Dr Rahimi Goon berkata, bayi itu dihantar ke hospital berkenaan kira-kira jam 8 malam.

“Pemeriksaan mendapati bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan dan kini ditempatkan di wad,” katanya selepas melawat bayi berkenaan bersama Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad.
So... apa tindakan kita ya?? Cuba cari-cari dan alert, mungkin ada lagi bayi-bayi yang ditinggalkan tepi tong sampah, kat tandas, bawa ke hospital berdekatan. Haha.. kalau inilah yang kita lakukan... Ya, bagus.. bolehlah meningkatkan lagi statistik bayi yang dihantar ke hospital di Ipoh ini, dari 14 per day kepada 140 per day. Naud'zubillah. Semuanya kerana AKIDAH yang lemah.

Sebenarnya.. apa yang perlu kita lakukan sebelum keadaan menjadi maximum parah adalah, perbaiki diri kita dan rakan-rakan di sekeliling kita termasuklah family kita. Cuba perbanyakkan bahan bacaan, sedarkan diri sendiri tentang masalah umat yang semakin menjadi-jadi ini dengan iman dan takwa. Dan sebar-sebarkanlah.

Paling minimum, hadirkanlah diri di dalam majlis-majlis ilmu supaya kita tahu, mana sisi-sisi jahiliyah dalam diri kita yang perlu kita perbaiki sebelum kita sendiri terjebak dalam suasana masyarakat yang kian hancur ini. Jangan kedekut dengan masa 24 jam yang ALLAH berikan pada kita. Masa adalah salah satu harta yang kita miliki. Spend it wisely.

"Barang siapa kikir, maka sesungguhnya dia kikir terhadap diri sendiri.
Dan ALLAH lah Yang Maha Kaya, dan kamulah yang memerlukan (kurniaanNYA).."
[Surah Muhammad,47 ayat 38]

Moga kita sama-sama refleks diri, perbaiki diri dan akidah agar generasi yang lahir akan datang.. hidup dalam iman dan takwa pada ALLAH. InsyaALLAH.

Melangkahlah ke arah yang lebih baik!

Friday, March 19, 2010

BaLas Jasa

by the name of ALLAH

Berada di rumah..
Lebih sibuk dari berada di UTP pula. Dengan kerenah anak-anak kecil berempat itu. Fuh.. letih sungguh melayan. Sekejap yang ini nak air la. Sekejap yang ini pula menangis. Yang tadi merengek kembali.. nak air lain pula. Isk3.. Macam-macam. Memang melatih kesabaran.

Min dan Uzair

Tapi, bila difikir-fikirkan.. amat besar pengorbanan ibu ayah kita sewaktu kita kecil dulu kan. Bersengkang mata membesarkan kita, melayan kerenah kita, melayan dan mendidik kita sehingga kita tumbuh besar dewasa seperti hari ini. Terima kasih, ibu.. terima kasih ayah.

Jadi, kini tanggungjawab kita pula sebagai anak, membalas kembali jasa mak ayah kita. Tapi, perlu jelas.. bagaimana membalas jasa ya?

Berikan kesenangan pada mereka..
Belikan rumah besar..
Tiap-tiap bulan, bagi gaji kita pada mereka...
Selalu balik rumah..

Oh.. bukan-bukan. Kalau setakat ini yang anda katakan membalas jasa mak ayah, kita hanya baru membalas 10-15% jasa-jasa mak ayah kita. Kita takkan mampu membayar nilai yang lebih mahupun menyamai jasa-jasa mak ayah kita hanya dengan melakukan perkara-perkara seperti ini.

Cara sebenar untuk membalas kembali jasa mak ayah kita ialah.. memastikan kita sentiasa berusaha membawa mereka ke dalam syurga. Bila berjaya, barulah boleh dikatakan kita berjaya membalas jasa ibu ayah kita. Tapi, of course.. kita sendiri pun mestilah berusaha untuk menggapai redha ALLAH dan mencapai syurga ALLAH.

"Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu...."
[At-Tahrim,66 ayat 6]
.
Jadi, sama-samalah kita istiqomahkan diri, berubah kepada yang lebih baik. Dari hari ke hari.. solatlah di awal waktu, lakukan ibdah-ibadah sunat dalam keikhlasan berbuat kerana ALLAH. Dan, ajaklah ibu ayah kita lakukannya bersama-sama. Jika tidak mampu mengajak melalui lisan, tunjukkanlah akhlak yang baik. Yang terbaik. Banyakkan doa, supaya ALLAH membukakan hati kita, dan mak ayah kita supaya semakin dekat dengan ALLAH. InsyaALLAH, walau usaha ini memakan masa bertahun-tahun.. jika kita benar-benar berusaha dan istiqomah, insyaALLAH diizinkan ALLAH.

Jangan.. Jangan biarkan ibu ayah kita terseret ke neraka kelak kerana perbuatan dan dosa kita. Yuk.. sama-sama berubah dari sekarang. Kita boleh, jika kita tahu dan mahu!!

Wednesday, March 10, 2010

Penawar Kelelahan

by the name of ALLAH

Subhanallah.. berada dalam kesibukan.
Dengan tests, assignments, projects, program dan lain-lain.

Semoga dengan kesibukan ini, ALLAH masih melembutkan hati-hati kita untuk bertilawah walau seketika. InsyaALLAH, hati akan lebih tenang dan dekat dengan ALLAH.


Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya.
( Riwayat Muslim )
Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran
( Riwayat Muslim )

 

Thursday, March 4, 2010

Tertarik, Menarik.

by the name of ALLAH

Subhanallah.. sedar tak sedar, kini kita sudah berada dalam bulan ke-3 tahun ini. March, 2010. Rabiu'l Awal 1431H. Masa yang berlalu terasa amat pantas. Hanya lebih kurang 3 bulan sahaja lagi untuk kita berada di semester ini. Seperti kata Hassan al-Banna dalam buku "Ceramah Jumaat Hassan Al-Banna", MASA adalah KEHIDUPAN.

Kenapa? Kerana..time is priceless. Masa jauh lebih bernilai dari wang ringgit atau emas. Emas boleh-boleh saja dijual beli. Tapi, kehidupan.. kita tidakkan mampu untuk membelinya. Bukan kerana terlalu mahal, kerana ianya tidak dijual. Kita takkan mampu untuk kembali kepada masa yang telah lepas. Walaupun seminit yang lalu, mampukah anda untuk kembali kepada kehidupan seminit yang lepas itu? Sudah pasti tidak kan? Mesin masa? Oh.. cubalah jika anda mampu.

Moga masa yang masih berbaki semester ini, kita gunakan sebaik mungkin dalam membina dan berusaha membersihkan sisi-sisi jahiliyah dalam diri kita, keluarga dan para sahabat sekeliling kita khususnya.

Saya tertarik untuk berkongsi apa yang saya baca di dalam buku "Menjadi Murabbiyah Sukses" karya Cahyadi Takariawan dan Ida Nur Laila. Dalam kita cuba menimbulkan ketertarikan dalam tarbiyah ini, mungkin kadangkala ada perkara-perkara yang kita terlepas pandang atau masih belum mencapai mutu 'terbaik'. Jadi, saya kongsikan point-point penting dari bab "Bagaimana menimbulkan ketertarikan".

Eh, bukan nak 'menarik' apa tau.. Hendak menarik kawan dan sahabat kita, jiran kita, dan mungkin adik-adik kita ke arah kebaikan yang lebih baik. Ke dalam tarbiyah dan mendekatkan diri pada ALLAH. InsyaALLAH.

Antara cara-cara bagaimana menimbulkan ketertarikan ialah:

1--Keihklasan anda
Saya teringat, bagaimana saya boleh memakai tudung labuh. Jarang benar rasanya saya berkongsi kisah ini. Pernah, suatu hari.. ketika saya berjalan pulang dari kelas, saya terlihat sesusuk tubuh dengan berbaju kurung dan bertudung labuh berjalan ke arah village 2. Tika itu, saya menuju ke village 4. Dan, di saat dan detik itu.. mungkin kerana keikhlasannya berpakaian kerana ALLAH.. Alhamdulillah, terdetik dalam diri saya untuk merubah pemakaian. Dari bertudung dengan tudung yang biasa, tetapi agak jarang, kepada sekarang ini. Dan, syukur, saya rasa lebih selesa. Memang pelik.. hanya dengan 'terlihat', mampu merubah seseorang. Ya.. itulah kehebatan KEIKHLASAN.

2--Penampilan anda
Pelajaran dari Hadith ke-2 imam Nawawi, tentang Iman, Islam dan Ihsan. Profil murobiyah ideal juga ada dinyatakan. Lihatlah contoh dari malaikat Jibril yang datang; Pakaiannya sangat putih bersih, rambutnya sangat hitam, tidak nampak tanda-tanda bermusafir. Ya.. ini yang patut kita contohi. Paling minima, kemas dan bersih.

3--Bahasa komunikasi anda
Kurang OK: Wah.. sibuk betul adik ni. Baru semester satu pun dah sibuk macam ni. Apa lah yang nak dicari?
Yang OK: Subhanallah, adik nampak sibuk ya, hari ni. Semoga hari adik dilimpahi keberhasilan dan rahmat ALLAH.

4--Perhatian anda
Tambahkan perhatian anda pada yang lain. Banyak caranya.. Message, YM, Gtalk, ziarah ke bilik, dan sebagainya. Dan prihatin terhadap masalah dan kemusykilan yang lain. Moga ukhuwah yang bertaut tetap bersemi dengan cemerlang.

5--Keramahan dan kehangatan anda
Kita yang seharusnya memulakan sapaan terlebih dahulu. Tika berjabat tangan, hulurlah dengan penuh ramah dan perasaan sayang. Tonjolkan keramahan dan kehangatan anda, dengan cara anda sendiri. Apa macam? boleh kah?

6--Keilmuan anda
Ya.. sudah pasti.. banyakkan menuntut ilmu dan membaca.

7--Posisi anda
Bukan hanya pangkat, tapi.. tunjukkanlah posisi baik anda dengan jujur. Dan, perlu sentiasa ingat.. jaga posisi anda sebagai seorang dai'e. Jangan biarkan orang sekeliling memfitnah dai'e kerana salah dan silap kita seorang. Kena jaga posisi tau..

8--Senyum anda
Mudah aja. ^_^ Senyum Sokmo!!

Ok.. itu sahaja buat kali ini. Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama-sama.
Yuk.. perbaharui langkah-langkah kita ke arah yang lebih baik dan Terbaik!!