Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Wednesday, November 24, 2010

Walau aku jauh

by the name of ALLAH

Ya Allah..

Seringkali diri ini alpa dariMu,
Tapi,
Tetap saja Engkau di sisiku,
Tetap saja Engkau menyayangiku,
Tetap saja Engkau mengasihiku..
 

Ya Allah..
Malu aku berdepan denganMu..

Walau aku jauh dariMu,
Engkau tetap memudahkanku,
Engkau tetap menunjukkanku jalan,
Engkau tetap memberiku ruang..

Ya Allah..
Ampuni diri ini..

Aku mahu sentiasa terus dekat denganMu,
Supaya Engkau bertambah-tambah dekat denganku..
Aku mahu sentiasa terus mengingatiMu,
Supaya Engkau tetap mengingati diri yang lemah ini..
Aku tak mahu Engkau hilang dariku..
Malah, aku pasti, aku takkan mampu hidup tanpaMu..

Ya Allah..
Aku cintakanMu,
Jangan biarkan aku menjadi buih-buih,
Yang hilangnya begitu mudah,
Yang hidupnya tanpa amal yang sebaiknya di sisiMu..

Ya Allah..
Cintailah aku..
Redhailah aku..





Monday, November 22, 2010

Sabar je la..

by the name of ALLAH


Kelmarin:

Ibu: Nanti balik, tengoklah.. rumah dah berwajah baru..
Ana: Oh ye ke? Apa yang barunya?
Ibu: Haha.. tak adalah apa yang baru sangat. Dah tebang pokok je kat laman rumah tu.
Ana: Oo.. ingatkan ape tadi.
Ibu: Ye la. Kena bersih-bersihkan rumah. Kot-kotlah ada orang yang nak datang hujung-hujung tahun ni.
Ana: Aaa.. siapa pula yang nak datang?
Ibu: Datang meminang kamu la.
Ana: Haa.. mana ada la. Takda pun.. Takda-takda.
Ibu: Doalah ada, kamu ni.. Takda ke khabar-khabar lagi?
Ana: Tak ada la, ibu ni.. Takda-takda-takda.
Ibu: Doa lah. Hishh.. kamu ni.

Semalam:

Ibu: Adik Mak Usu ada datang rumah. Dia lecturer UMP.
Ana: Oh ye ke? Ajar apa?
Ibu: Tak ingatlah pulak. Sekarang ni dah nak sambung PHD.
Ana: Oo.. bagus. bagus. bagus.
Ibu: Ha, dia pesan suruh kamu jangan sambung belajar dulu. Duduk dulu kat rumah. Kawin dulu, lepas tu.. nak sambung, sambung la.
Ana: Eh, kenapa pulak? Macam lah tak boleh nak nikah waktu sambung master.
Ibu: Adik Mak Usu tu cerita.. ramai yang ambil master bawah dia sekarang masih tak kawin-kawin.
Ana: Ala, boleh je kan kawin time belajar pun. Tu diorang je.. Kenapa diorang yang sambung tu tak kawin lagi pulaknya?
Ibu: Sebabnya.. lelaki takut nak meminang, dah belajar tinggi-tinggi

Dalam hati** Aik, ingatkan dulu-dulu je kes macam ni. Sekarang pun banyak lagi rupanya?? Kenapa lelaki nak takut pulak? Isk.

Ana: Alaa.. boleh je la sebenarnya. Tu, sebab diorang tak ikut halaqah ni. Takda siapa nak carikan kot. Adik Mak Usu tu dah kawin tak?
Ibu: Dia kata, ada jugak halaqah kat UMP ni. Dia dah kawin dah. Dia dengan isteri dia sama-sama belajar dan sambung master. Sebab tu, kena kawin dulu. Nanti dah tua tak kawin-kawin lagi pulak.

Nasib baik dia dah nikah. Wargh.. fatwa apakah yang diberi ni? Masih ada statement-statement sebegini yang berjaya mempengaruhi pemikiran ibuku yang dicintai kerana Allah. Aduhai.. Risau benar ibu ni..

Bukankah sebenarnya.. semuanya telah ditetapkan dalam Lauh Mahfuz?

“Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau kering, yang tidak tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)” [Al-Ana'm, 6:59]

~Kalau dah jodoh, tak ke mana.. Lambat atau cepat, tunggu je la. Kalau memang dah tak ada pulak.. nak buat macam mana Bu.. ~
 
Wallahua’lam.

Sunday, November 21, 2010

Menyunting Hati

by the name of ALLAH

Dulu..
Situasi: Di dalam kereta.

Ana: Jom. Tak nak turun lagi?
.....
Dia: Ana rasa kan.. lebih baik sebenarnya kalau kita pergi time tu.
Ana: Oo.. betul juga. Tapi, ok je rasanya sebab kita melatih mereka.
Dia: Betul. Latih tu betul. Cuma.. bla..bla..bla
Ana: Tu satu kes. Betul juga la kot. Kita mungkin boleh bla..bla..bla..

Dia: Kalau tentang bla..bla..bla..
Ana: Ya. Sama la macam waktu kita dulu.
Dia: A ah.. Waktu dulu tu.. bla..bla..

Ana: Kejap-kejap. Cuba buka dashboard tu.
Dia: Buat apa?
Ana: Takpe. Buka je. Ha, tolong ambilkan pen dengan kertas tu.
Dia: Eh, nak buat apa?
Ana: Nak catitlah.. apa yang kita bincang ni.
Dia: La.. anti, ana cuma nak meluahkan je..
Ana: Erk.. huhu.. ye ke?

Ya.. kadangkala, perempuan pasti akan meluahkan apa yang tersirat. Untuk merasa lebih tenang dan sekadar mahu didengar. Aku kah yang kurang memahami naluri wanita itu sendiri? Oh~

Hm.. mungkin ya dan mungkin tidak. Mungkin kerana memang saya jenis berfikiran direct-to-the-point. Tapi, tidak mengapa. ^_^ Kadang-kadang kita boleh belajar dari pengalaman. Dan, pastilah setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.

Saya akan terus belajar untuk lebih memahami perasaan orang lain. Walaupun ada yang mengatakan saya melankolik (mungkin kerana lebih banyak diam dan memerhati), hakikatnya.. saya selalu berhadapan dengan masalah dan konflik dengan mereka yang sebenarnya melankolik dari sudut perasaan. Sukar benar saya memahami perasaan mereka. Bila saya tegur, sedikit pun saya tidak rasa bahwa teguran itu akan melukakan hati mahupun boleh mengguris hati. Semuanya direct saja. Yang saya tahu, yang silap perlu dibetulkan. Kadang-kadang, gurau saja, tapi orang yang mendengar jadi terguris pula. Aduh..

Bila saya tahu ada yang terasa dengan saya.. puas saya fikir, kenapa dan bagaimanakah cara lembut yang boleh saya sampaikan supaya perkara yang ingin disampaikan itu tersampai. Aduhai.. kurang pekanya hati ini terhadap perasaan orang lain. Moga Allah mempermudahkan untuk saya lebih peka.

Saya seringkali mencuba. Tapi, malangnya.. menyunting hati mereka rupanya seperti.. Erk.Cop! Tak apalah. Tak jadi..


Tapi sebenarnya.. sejak dari dulu, saya akan lebih firm dengan mereka yang rapat dengan saya di alam maya. Kerana, di sini mungkin saya dapat mengenali mereka dari dalam. Dan, mereka juga boleh mengenal saya dari dalam. Malah, ada juga akhwat yang melankolik, memang saya baik dengannya di alam maya. Bila kami bertemu di luar, jarang kami duduk bersama walau jumpa pun sekali-sekala kerana medan berbeza. Dia juga menyatakan keselesaan yang sama sebenarnya. Mungkin kerana di alam maya.. heart to heart. Lebih soft dan lebih menyentuh walaupun saya ni kolarik.


Walau apa pun, kepada mereka yang pernah terasa atau masih terasa dengan saya.. Maafkan saya. InsyaAllah saya akan berusaha memperbaiki diri ini.

**Saya berharap, agar ukhuwah imaniyah kita sentiasa terjaga.. Dalam saya memperbaiki kepekaan perasaan, saya harap agar kita semua tidak mudah terasa dan mudah untuk memaafkan. Jazakumullah.

Monday, November 15, 2010

Hanya kerana Allah

by the name of ALLAH

Khas buat akhwat-akhwatku yang dicintai kerana Allah:

"Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang diajak untuk menginfakkan hartamu di jalan Allah. Lalu di antara kamu ada yang kikir, dan barangsiapa yang kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri..." [47:38]

Sungguh, kesungguhan yang antunna tunjukkan membawa seribu erti dalam diri ini. Walau antunna juga masing-masing punya amanah dan tanggungjawab sendiri. Tapi, usaha yang antunna buat, amat mengagumkan. Antunna buat sungguh-sungguh, tanpa alasan, tanpa jemu dan tanpa putus asa. Moga antunna terus-menerus berbuat hanya kerana Allah.

Walau dalam hujan,
Walau dalam penat,
Walau dalam susah,
Walau dalam sukar,
antunna tetap saja berbuat.
Alhamdulillah..
Teruslah berbuat hanya kerana Allah.


Moga melimpahnya Rahmat, kasih sayang dan ganjaran dari Allah buat antunna. Moga Allah sentiasa terus Mempermudahkan urusan kita, dunia dan akhirat.

Ingatlah, walau kita rasa amanah yang kita pegang sekarang sepertinya loading 3-4 orang yang perlu kita laksanakan.. sedarlah bahawa, sebenarnya itulah kemampuan kita. Ini barulah kualiti namanya, kerana kita mengoptimumkan tenaga dan kebolehan serta kelebihan yang kita miliki, hanya kerana Allah.

Moga kita terus istiqomah dan istimrar di jalanNya.
"Kerana itu, serulah mereka beriman dan tetaplah (beriman dan berdakwah) sebagaimana diperintahkan kepadamu (Muhammad).." [42:15]

"Maka tetaplah engkau (Muhammad) di jalan yang benar, sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan juga orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas" [11:112]

Salam Aidiladha.. ^_^

Wednesday, November 3, 2010

Ku damba cintaMU

by the name of ALLAH

Ya Allah,
Peliharaku dalam damai dan lembutnya kasihMu,
Peliharaku dalam tenang dan luasnya rahmatMu,
Peliharaku dalam tulus dan syahdunya cintaMu,
Dan jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa dekat di sisiMu.

DiredhaiMu selalu.. Ya Rabb ku.



Tuesday, November 2, 2010

Pixel Rendah

by the name of ALLAH


Minggu lepas, minggu yang agak pack kerana menyiapkan kerja-kerja yang memerlukan masa lama di depan laptop. Sampaikan, makan pun.. jadi sehari sekali.

Pagi.. minum air, buat kerja. Kelas pula banyak yang sudah tidak ada. Jadi, bila fokus dengan kerja, tak terfikir untuk membeli makanan. Bila tengok-tengok jam. Oh, dah dekat zohor. After zohor, sambung-sambung kerja. Dan sekali lagi, oh! dah dekat asar. Dan selepas itu, rasalah kelaparan yang sangat. Barulah turun ke bawah membeli makanan. Begitulah yang berlaku untuk beberapa hari. Ada juga akhwat yang menasihati supaya jaga pemakanan. Jazakumullah. Rasanya, seperti lebih baik puasa. Malangnya, setiap malam hanya angan-angan yang tinggal kerana tidak ada bekalan untuk sahur.

Dan, tibalah ke hari Quiz subjek failure analysis. Malam sebelumnya, ada hal. Jadi, tidak sempat untuk review. Hari-hari sebelumnya juga tidak berkesempatan. Paginya, saya ada temujanji dengan Dr Othman untuk siapkan application master. Kemudian, saya breakfast kerana memang alang-alang sudah keluar, teruslah beli makanan walaupun sudah lama rasanya tidak breakfast. Selepas itu, saya pun buat revision untuk quiz.

Malangnya, saya hanya sempat review 1 latihan dan jawapannya. Kepala terasa berat dan badan tidak selesa. Bila saya lihat jam pula, hampir sudah waktu kelas. Saya pun segera siap walau waktunya masih berbaki setengah jam. Saya mungkin memerlukan masa yang agak lama untuk berjalan bila dalam keadaan kurang stabil ini.

PERJALANAN YANG SANGAT JAUH

Saya keluar bilik. Baru berjalan, dari village 4 ke village 3.. saya mula rasa pandangan mata berpinau, berbintik-bintik. Pixel semakin rendah. Dalam hati, berdoa supaya tidak jatuh di tengah jalan. Sudah tidak tahan, saya berhenti di bangku tepi café. Duduk sebentar. Tarik nafas.  Kali ini terasa mual, seperti hendak muntah. Saya terus kuatkan diri untuk bangun dan ke kedai yang paling hampir. Saya beli asam supaya mengurangkan rasa mual.

Saya lihat jam. Masih berbaki 20 minit. Saya teruskan perjalanan ke kelas. Belum lagi sampai di poket D, kali ini lebih teruk rasanya. Pandangan jauh lagi teruk pixelnya. Bintik-bintik semakin besar. Jalan pun, saya nampak tak nampak saja. Tapi, saya usaha juga melangkahkan kaki.

Saya tetap tahan dan berdoa seperti tadi. Jika saya jatuh pun, moga Allah pelihara aurat saya seperti kisah seorang sahabiyah yang disihir. Beliau memohon kepada Rasulullah supaya didoakan penyakitnya disembuhkan Allah. Lalu, Rasulullah bertanya, “Kamu mahu didoakan sembuh, ataupun terus bersabar dalam keadaan ini dan dijanjikan syurga?’ Maka, pastilah sahabiyah ini memilih untuk bersabar kerana ganjaran syurga itu jauh lagi tinggi berbanding hidup senang di dunia. Lalu, sahabiyah ini hanya meminta Rasulullah mendoakan supaya auratnya terjaga sewaktu dia tidak sedarkan diri atau penyakitnya menyerang. Maka, Rasulullah mendoakannya.

Kali ini saya terasa sangat sejuk. Tetapi muka saya berpeluh-peluh. Pandangan semakin sangat kabur. Tapi, saya terus juga kuatkan kaki untuk melangkah. Saya pernah mengalami keadaan seperti ini sewaktu sekolah menengah dulu. Selepas penat bersukan. Kerana kurang darah - anemia. Tapi, bila duduk, keadaan akan jadi lebih baik. Itu kisah lama.

Kemudian, saya ternampak sebuah kerusi di depan. Terus saya pergi ke kerusi dan duduk sebentar. Saya tarik nafas. Kali ini memang saya termuntah terus di rumput. Mujur kerusi tersebut dekat dengan rumput di situ.

Saya masih rasa sejuk. Tapi, saya tak punya banyak masa. Quiz tersebut tetap mahu saya buat. Saya tak mahu tunda-tunda. Mungkin ada keperluan lain lagi nanti perlu saya selesaikan. Saya kuatkan juga semangat. Saya teruskan juga perjalanan ke building 18.

Sampai di kelas, saya tak sabar untuk duduk. Tak tahan berjalan dan sudah sangat kabur penglihatan. Kawan-kawan saya terkejut melihat keadaan saya. Pucat lesi, seperti tiada darah di muka, berpeluh-peluh. Saya terharu melihat kawan saya yang risau melihat keadaan saya. Thank you my friends. ^_^ Siap tolong kipaskan. Tapi, saya minta berhenti sebab saya rasa sangat sejuk walaupun berpeluh-peluh.

Lecturer masih belum sampai. Selepas beberapa ketika saya duduk, saya ke toilet. Rasa sangat tidak selesa. Alhamdulillah, sempat saya sampai ke toilet. 2 kali saya muntah. Selepas itu, rasa lebih selesa. Tapi, kepala masih berat. Ini semua mungkin kerana pemakanan saya yang tidak terjaga dan rehat pun kurang.

Saya kembali ke kelas, lihat semua sedang menjawab soalan quiz. Saya pun, terus duduk di kerusi. Alhamdulillah, soalannya memang sama seperti 1 soalan yang sempat saya review pagi tadi. Walau kepala masih berat, Alhamdulillah.. yang paling beruntungnya, lecturer mengizinkan kami melihat nota. Maka, kami bersama-sama saling bantu-membantu memberi jawapan. Berganding bahu dan berganding jawapan. ^_^

******************************

Dari apa yang berlaku, apa yang saya dapat? Saya dapat tahu.. rupanya kawan baik saya, Nana sayangkan saya ^_^ Anyway, thank you very much atas keprihatinan antunna semua. Saya sayang Nana dan kawan-kawan saya. InsyaAllah saya selalu doakan antunna semua.

Pengajaran lain; yakinlah, Allah pasti akan memberi bantuan pada hamba-hambaNya. Yang penting, usaha dan tawakal. Usahalah semampu yang mungkin, pasti Allah akan memberi ganjaranNya. Jika tidak di dunia, di akhirat nanti.. pasti.

Jadi, di kesempatan ini.. memandangkan exam semakin tiba, saya mengucapkan selamat bermujahadah kepada semua kawan-kawan saya, terutamanya para ikhwah wa akhwat yang dicintai kerana Allah. Buatlah yang terbaik dan jadilah yang terbaik di sisi Allah.

Oh, sebelum terlupa.. pesanan penaja. Jagalah pemakanan anda dan cuba dapatkan rehat secukupnya supaya tidak jadi seperti kisah di atas ini. Tapi, jangan berlebihan pula ya. ^_^

Doakan kita sama-sama semuanya Berjaya dunia dan akhirat nanti. Aminn.