Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Wednesday, March 30, 2011

Akhlaqul Mu'min

by the name of ALLAH

Ihsan . Tawadhuk . Jujur . Amanah . Tepati Janji . Malu . Kasih Sayang

Adakah dalam diri kita mantap dengan akhlak-akhlak sebegini? Cuba kita renungi dan selidiki seketika. Sudah benarkah kita bersifat ihsan? Jujurkah kita dalam setiap perkara yang kita lakukan?

Tajuk asal: 
Akhlaqul Mu’min 
Tajuk terjemahan:
Semulia Akhlak Nabi
Penulis:
Amru Khalid
Terbitan:
Pustaka Aqwam


Buku tulisan Amru Khalid ini sangat sesuai menjadi benih, malah pemangkin buat menyemai tunas-tunas akhlak mulia dalam diri kita. Biar saya kongsikan salah satu sirah unik yang terdapat dalam buku ini
mengenai jujur.


 Selepas Perang Khaibar tamat, Rasulullah SAW membahagi-bahagikan harta rampasan perang kepada semua perwira-perwira perang. Kemudian, datanglah seorang lelaki dan bertanya,

“Apakah ini wahai Rasulullah?”

“Ini bahagianmu dari rampasan perang.”

“Wahai Rasulullah, demi Allah, bukan kerana harta ini aku mengikutimu, akan tetapi aku mengikutimu agar anak panah peperangan mengenaiku di sini (sambil menunjuk pada urat lehernya) sehingga aku syahid dan masuk syurga”.

Maka, Rasulullah SAW melihat ke arahnya dan bersabda, “Jika engkau bersikap jujur, maka Allah akan berlaku jujur kepadamu”.

Kemudian, dalam satu peperangan, lelaki ini syahid. Rasulullah membalikkan jasad lelaki tersebut. tetapi yang mengejutkan adalah, ada anak panah yang menancap tepat di bahagian yang pernah lelaki ini tunjukkan.
Baginda terkejut dan bersabda, “Allahuakbar! Dia berlaku jujur kepada Allah, maka Allah bersikap jujur
kepadanya”

******************************

Subhanallah, beginilah benarnya kejujuran yang dibuktikan kerana Allah. Memang benar, perjuangannya hanya mengharap syahid dan syurga. Bukan kerana harta atau asbab yang lain. Buat diri kita? Adakah benar selama ini tersemat akhlak jujur ini dalam kehidupan kita? Benar-benarkah mengharapkan keredhaan dan kecintaan dari Allah?

Sama-sama kita introspeksi diri dan perbaikinya. Jika selama ini hanya dituturkan di mulut, maka kini mari kita resapkan sepenuhnya ke dalam hati kita. Moga usaha kita menerapkan akhlak mulia ini mendapat tempat di sisi Allah. Marilah, kita sama-sama terus berusaha mencorakkan diri dengan akhlak seorang mukmin.

“Tiada suatu amalam seorang hamba yang paling berat timbangannya pada hari kiamat melebihi akhlak yang baik” [HR Abu Dawud]

Wednesday, March 9, 2011

InsyaAllah, masih di sini..

by the name of ALLAH

"Alaa.. baru je rasa kenal akak." kata iza yang masih muda.
"Nanti dah tak boleh nak main dengan ama rawaida.." kata si kecil zahidah.
"Nanti mesti dah tak rindu kat ana.." kata seorang akhwat.

Dan.. banyak lagi kata-kata yang tidak sempat ana rakamkan dalam memori.. Buat semua, insyaAllah.. ana masih di sini. Di jalan dakwah ini. InsyaAllah, kita masih boleh terus mengenali, main dan bergurau bersama dan rindu antara satu sama lain. InsyaAllah.

Walau ana akan meninggalkan zaman bujang dan menempuh zaman berbeza yang mungkin lebih mencabar, InsyaAllah.. ana masih rawaida yang dulu. Dan, kalau berubah pun.. pastilah mahu menjadi yang lebih baik dari dulu. Mohon doa semua, insyaAllah.

Di kesempatan ini, ana menjemput semua yang mengenali Nurul Rawaida Ain Bt. Burhani dan Ahmad Azahar B. Mohd untuk hadir ke walimah kami pada 13hb Mac 2011 ini. Jazakumullahu khair atas doa antum semua. Moga kita semua sentiasa mencintai dan dicintai Allah, redha dan diredhai Allah. InsyaAllah.




Wallahua'lam.

Saturday, March 5, 2011

Ikat hati

by the name of ALLAH

Seringkali.. seorang dai'e terlalai. Kadangkala sedikit, malah kadang-kadang juga boleh tersasar jauh. Bagaimana?

Bila niatnya berbuat bukan sepenuhnya, total murni semata-mata kerana Allah.

Biar saya ambil satu contoh yang paling simple. Kita mengajak mad'u (orang yang didakwahi) kepada Allah. Murobbi atau murobbiyah kita pula.. acapkali menekankan, pentingnya untuk ziarah dan ikat hati mad'u kita. Kita pun.. berusahalah sebaik mungkin mengikat hati mad'u-mad'u kita yang di keliling pinggang sebaik mungkin. Tapi, seringkali juga, mad'u-mad'u itu berasalan. Sangat sukar untuk berkomitmen dan seringkali lari apabila sudah penat kita membinanya. Kenapa?

Kerana kita tersilap mengikat hati.

Ikat hati.. Dua perkataan mudah tapi tinggi nilai maknanya. Bagaimana boleh kita ini dikatakan tersilap mengikat hati?

Bilamana kita berusaha mengikat hati mad'u itu pada kita, bukan ikat hatinya pada Allah. Ya, para dai'e dai'yah yang sentiasa dicintai Allah.. Ikatlah hati mad'u itu pada Allah. Inilah ikatan yang paling selamat dan paling kukuh. Ajaklah dan serulah mad'u-mad'u kita untuk mencintai dan sentiasa mengharapkan redha Allah.

Bagi menjamin ikatan hati ini bertaut, kitalah yang perlu paling utama menjaga iman dan mutabaah kita. Dulu, sewaktu kita masih belum mendapat sinar tarbiyah, hati kita mungkin terikat pada dunia, kesenangan dan jauh dari Allah. Jadi, bila kini Alhamdulillah sudah dekat diikat pada Allah, tugas kita pulalah memastikan mad'u-mad'u kita terikat hati mereka pada Allah.

Bila hati-hati mad'u kita terikat pada Allah, dan hati-hati kita juga terikat erat pada Allah.. insyaAllah, inilah yang akan menaut hati kita dengan mereka. Ukhuwah imaniyah akan bersemi mekar dan inilah ikatan hati sebenar yang dimaksudkan oleh murobbi dan murobbiyah kita.

Cukuplah sudah salah sangka kita dan kelalaian kita yang kadang-kala hanya ziarah dan mengikat hati mad'u kita untuk mengajaknya ke taklim atau supaya dia konsisten ke program. Perkara yang dilakukan.. ya, benar. Tapi, sebaiknya dimurnikan sepenuhnya total kerana Allah. Ikatlah hatinya pada Allah, bukan pada kita. InsyaAllah.. pasti kita akan sentiasa dekat denganNya.

Wallahua'lam.