Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Sunday, August 29, 2010

Majalah SINERGI edisi-2

by the name of ALLAH

Alhamdulillah, Indahnya Bersyukur, Edisi-2 Majalah SINERGI keluaran Synergy Media berjaya diterbitkan. Moga semua pembaca mendapat manfaatnya.

Bagi yang berminat untuk memiliki sebagai bahan bacaan tambahan atau nak cuba-cuba beli.. ye la, RM3 je senaskah, sila PM or message saya direct ya. Nak maklumat lanjut tentang Majalah ini pun boleh, insyaAllah.


Editor: Rawaida - 0195262761

Tuesday, August 24, 2010

Pernah main video GAME?

by the name of ALLAH

Pernah main video GAMES tak?
Tak kisahla.. Walupun dulu-dulu je sebelum ditarbiyah. Metal slug ke, FarmVille, lumba kereta, Mario, SimCity dan berlambak lagilah game-game yang ada di muka dekstop, Xbox dan internet sekarang ni.

Pernah??

Ade tak masuk level BONUS? Atau waktu-waktu dapat something EXTRA? Atau guna cheat engine tu.
Mesti ada kan? Mesti best bila time BONUS macam tu. Kalau boleh, nak lebih-lebih lagi.. Rugi kalau tak grab betul-betul time tu.

Betul tak??

Jadi.. Cubalah kita bayangkan pula, Ramadhan yang Allah beri sekarang ini.. sedar tak sedar, Ramadhan merupakan BONUS, EXTRA dan cheat engine buat kita meraih berlipat kali ganda pahala. Rahmat Allah melimpah-limpah! Rugilah jika kita bazirkan saja Ramadhan ini!

Ibarat kita main video game, tapi bila time BONUS, kita biar macam tu saja.  Dan, ibarat bos nak bagi kita gaji BONUS, kita kata, "Tak apalah..".
Begitulah kita dalam kehidupan ini. Kita termasuk dalam golongan orang-orang yang RUGI jika tidak memanfaatkan BONUS Ramadhan ini sebaiknya.

Hadith Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Iman Ahmad:
Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardukan ke atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan.

Maka, marilah kita sama-sama merebut kembali dan meningkatkan lagi keimanan dalam minggu-minggu terakhir Ramadhan ini. Jangan pudar semangat. Teruslah melangkah laju! Raihlah Redha Allah. Moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beruntung dan hasilnya nanti, menjadi hamba Allah yang berTakwa.

Aminn..



*Main video game = buang masa dan tidak meningkatkan iman. Video game hanyalah perumpamaan ya.

Tuesday, August 17, 2010

Siapa pilih siapa?

by the name of ALLAH

Khamis

"Nanti balik buat halaqah ye..Ibu nak ajak budak-budak kat sini."
"InsyaAllah, OK Bu."
................................................................................

Jumaat

Menyelesaikan urusan-urusan di Specialist dan sebagainya di Bandar Kuantan.
Ambil adik dari asrama.
Setup untuk halaqah UMP.


"Ain, jangan tidur lewat. Halaqah esok pukul 9 pagi tau."
"Hee.. Ok. ok.", saya hanya tersengih melihat ibu yang bersungguh-sungguh mahu Halaqah dibuat di rumah. ^_^
................................................................................

Sabtu

Selesai halaqah pagi itu..

"Ibu dah ajak dah semua budak-budak kat sini sebenarnya. Lina, Mira etc.. Tapi tu je yang nak datang."

"Oh, ye ke? Takpelah Bu.. Yang datang ni pun dah bagus. Memang tak semua orang nak bila diajak kepada kebaikan. Arina, bagus dia tu. Form 1, tapi dah bangun tahajud. Sampai ada orang dengki ibu tau..", saya menukar tajuk perbualan. Ya, memang saya tahu, agak sedih sebenarnya bila perkara kebaikan yang dirancang, kurang mendapat sambutan.

"Ha ah. Ye. Biasa la. Arina tu.. orang dengki macam mana pulak?"

"Tadi, waktu halaqah dia cerita.. Kat asrama dia. Dia bangunlah tahajud dalam pukul 5"


"Ha, betul la tu. Memang sesuailah tahajud waktu tu. Apa masalahnya?"

"Jap la Bu.. nak cerita ni.. Dia bangun tu.. solatlah tahajud 2 rakaat. Tapi, ada kawan dia nampak, pegi mengadu kat senior. Kawan dia cakap, entah dia solat ape. Subuh ke ape. Lepas tu, dia kena panggil. Senior tu tanya, dia solat ape? Dia pun jawab je lah Solat Tahajud. Tapi, senior tu jawab kan.. Mana boleh! Kalau nak tahajud, kena sekali dengan solat taubat, hajat dan lain-lain. Haha.. "

"Lah.. tak betul la tu budak yang tegur dia. Tak belajar. Lepas tu? kamu jawab apa kat Arina?"

"Owh, Ain jawab je lah.. Biasa la tu, setiap kita nak berbuat kebaikan, pasti ada orang akan dengki. Dan Ain share ayat, setiap yang beriman pasti akan diuji. Dalam surah al-Ankabut tu. Pastu, suruh dia teruskan je."


Beginilah situasi pagi itu.. Alhamdulillah, tak sangka ibu berbuat seperti ini.. Mengajak anak-anak jiran datang ke rumah untuk berhalaqah. Saya sangkakan, yang diajak memang seorang dua ni. Tapi, rupanya sudah diajak semua yang di sekeliling. Walau yang datang ke halaqah hanya 2 orang. Dan, kedua-duanya Form 1, tapi saya bersyukur kerana apa yang saya cuba sampaikan selama ini kepada ibu saya, berhasil: Pentingnya Tarbiyah dan Halaqah. Alhamdulillah.

Teringat saya pada beberapa pihak. Bagaimana boleh menyatakan, Halaqah ini memilih mereka yang baik-baik saja? Ibu saya sendiri boleh faham.. Kenapa yang sudah membawa dakwah bertahun-tahun tetapi masih sukar untuk faham? Pastilah tidak semua yang akan hadir walau diajak kepada kebaikan. Bukan masalah ibu saya yang memilih mana satu anak jiran yang baik, baru akan diajak. Tapi, diajak saja semua. Cuma hasilnya.. Allah lah yang menentukan. Kita berusaha, tapi Allah yang menetapkan.

Pastilah yang datang, yang mahukan kebaikan. Emak yang menghantar anaknya ke rumah saya, pastilah mahukan yang terbaik untuk anaknya. Tapi, tak semua orang begini bukan?

Jadi, fikir-fikirkanlah.. Halaqah kah yang memilih, atau manusia sendiri yang memilih untuk Halaqah??

Tuesday, August 3, 2010

Salah Kita Rupanya..

by the name of ALLAH

Nur:  Salam kak
Me:   Salam Nur..
Nur:  Ieqa vx dah keluar halaqah
Me:   Yup. Akak dah baca messagenya tadi dari Kak Fira
Nur:  Hurm.. Jadi?
Me:   Jadi.. Nur analyse macam mana?
Nur:  Nur rasa.. kalo kes macam ni.. mcm dia ni, rasanya dah cukup faham
kot la sebab dah nak dekat 1 sem ikut halaqah. Lagi 1, Kak Fira-senior pulak tu yang bawa. Rasanya mesti kak Fira dah clearkan. Selama ni nampak sangat terpaksa nya Ieqa tu.. tak pernah datang program pun. Bila dapat task kena ziarah, hari ni baru message nak keluar. Sama ada takut sebab dia ada jawatan lain, jadi bila kena ziarah ada problem di situ.. Clashing, atau takut. Dah lama ana perasan yang dia sangat baik dengan kakak2 management lain dan memang tak berminat dengn halaqah. Ana rasa, ini bukan sebab kefahaman kurang dari murobiyah. Ikatan hati mungkin kot. Ini secara general jer la..
Akak rasa?
Me:   Macam ni la ukht. Bila kes mcm ni brlaku.. 1st yg perlu dilihat adalah diri kita sendiri. Tak boleh menyalahkan mad'u yang rapat dengan management lain atau sebagainya. Ok... sekarang, cuba cek dulu 2 ciri ni:
1- Adakah kita sudah betul jaga ukhuwah dengan dia?
2- Adakah benar, cukup kefahaman yang kita berikan? Tambah pula.. walau dia dah 1 sem.. tapi pmbinaan kurang ok. Kak Fira baru bawa 2 kali je sem ni. Sem sebelum ni kan, akhwat lain yang bawa Ieqa tu.
Ok.. untuk 2 ni dulu... cuba anti jawab, lulus tak rasanya?
Nur:  Diri ana ke?
me:  Diri anti, dan trmasuk semua akhwat. Lulus tak 2 benda ni rasanya?

 Nur: Dari segi ukuwah, obviously no. Before this la, ana rasa jumpa dia time halaqah jer kot. Tapi ada sesetengah akhwat juga la yang ambil inisiatif sendiri pergi ziarah dia. Hm.. seolah-olah seperti guru dan anak murid (seperti cerita abbas as-sisi dalam buku Bagaimana Menyentuh Hati tu). Lagipun ini 1st time dia diajar bergerak, mungkin sem lepas dia masih kurang jelas tentang dakwah ni walapun ada daurah.
Me:   So ukht.. dapat tak jawapan? Salah siapa?
Nur: Takdek sapa2 yang salah. Ini tarbiyah dari Allah untuk kita.
Me:   Ukht.. itu memanglah. Jawapannya = salah kita. Apa-apa problem, kena cek 1st.. di pihak kita. Ya.. mungkin skali kerana kifarah dosa2 kita.. Dengan tak jaga mutabaahnya kita, dan kurangnya kebergantungan kita pada Allah
Nur: Ye la.. Ana sendiri hari ini tak bertadarus lagi
Me:   Kerana itulah Allah tak memilih kita untuk menjadi perantara hidayahNya kepada mad'u. Jadi, ana harap.. kita tak menuding ke mana2 pihak sebelum kita cek dahulu diri kita masing2. Sama-sama kita tingkatkan iman, ukhuwah dan kecintaan pada Allah. Ok ke Nur?
Nur: Ok Kak. Ana rasa ana dah sedikit tersimpang berdakwah sehingga terlupa tentang hubungan dengan Allah. Sepatutnya kita berdakwah utk meraih cinta Allah. Akhwat mungkin alpa sepanjang cuti sem tanpa halaqah. Insyaallah, selepas halaqah bermula.. semua dapat boost balik iman masing2.
Me:   Amin.. insyaAllah. Moga kita sntiasa memperbetulkan dan memperbaharui niat kita. Aminn..
Nur: Ameen ya rabb