Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Thursday, September 20, 2012

Hanya pada-Mu Ya Allah!

by the name of ALLAH

Semalam, suamiku mengejutkanku dan menyuruhku tidur dahulu di bilik memandangkan aku seperti sedar tak sedar tertidur di ruang tamu. Selesema dan beratnya kepalaku lebih membuatkan aku terus akur dan bangun berjalan ke katil di bilik.

Bila kepala sampai ke bantal, terus mata terpejam. Tapi, setelah beberapa ketika, terasa bagai ada sesuatu yang mengganggu..



Pada awalnya, terasa seperti ada seseorang datang dan pergi ke katilku. Tapi, kubiarkan saja. Mungkin perasaanku.

Tiba-tiba tanpa aku tahu dari mana asalnya, muncul 2 orang lelaki di muka pintu menghala ke katilku. Lagaknya seperti mahu menyamun. Terus aku menjerit memanggil suamiku yang kufikir masih di ruang tamu.

"Abang! Abang! Abang!"

Tetap saja tanpa sahutan. Mereka tergelak melihat gelagat aku.

Aku tetap saja terus memanggil suamiku meminta pertolongan.

"Ha.. ha.. suami kau tak datang pun nak selamatkan kau!"

Dengan keras, terus terpacul dari mulutku, "Aku bukan bergantung pada suami aku, tapi aku bergantung pada Allah!"

Dan.. tiba-tiba hilang sama sekali kelibat 2 lelaki itu..
Subhanallah..

Walau singkatnya mimpi itu, kurasa punya seribu makna.
Saatnya aku terjaga dari tidur, tersemat jitu di ingatan peristiwa ini.
Satu peringatan buat diriku..

Moga aku tidak meletakkan kebergantunganku pada manusia atau apa pun selain dariMu Ya Allah..
Hanya padaMu.. Ya Allah!

Ku mohon padaMu selalu, ingatkanlah diriku bila aku lalai, dan lindungilah kami dari segala mara bahaya dan bisikan-bisikan syaitan..

Aminn Ya Rabb!




Friday, July 27, 2012

Hindarilah~

by the name of ALLAH

Jika seorang penuntut ilmu sibuk dengan masalah yang belum terjadi atau tidak mungkin terjadi, bererti ia BODOH.

Jika ia sibuk dengan masalah-masalah yang tidak ada manfaatnya, bererti dia DUNGU.

Jika ia marah kerana masalah-masalah yang sebaiknya seorang muslim diam, bererti pengetahuannya DANGKAL.

Semoga Allah memberikan pertolongan dan menghindarkan kita dari semua itu!.

~~Dr. 'Aidh Al-Qarni, buku: Kaifa Tathlubu Al-'Ilma~~

Wednesday, June 20, 2012

Alhamdulillah.. tamat akhirnya!

by the name of ALLAH

Alhamdulillah..
Allah masih mengizinkan diri ini untuk mencoret sesuatu di laman sesawang ini yang sememangnya sudah teruk bersawang. Kali ini, sebagai ingatan.. saya catatkan antara perjalanan yang dilalui sepanjang saya menjadi student master.

@ March 2012:
-Alhamdulillah, Master in Asset Management & Maintenance by coursework & dissertation berjaya ditamatkan.

Banyak ibrah yang saya pelajari sepanjang setahun lebih ini. Tepatnya: Januari 2011-Mac 2012. Walau rutin yang kadangkala sesak, dan kadangkala lapang tidak menentu, perjalanan tetap diteruskan. Sepanjang saya bergelar student master ini, ada juga tikanya saya lolos dari tujuan asal lebih-lebih lagi bila ada agenda-agenda dakwah diketepikan kerana sibuk dengan master ni.

Pernah beberapa kali, siang.. habis kelas dalam pukul 5 petang, diberi assignment dan esok paginya perlu dihantar, dan ada juga yang perlu di-present dengan slide dan sebagainya. Jika student full-time biasa, malamnya memang senang-senang semuanya boleh disiapkan. Tapi, disebabkan malamnya saya ada halaqah, kadangkala liqo' dan sebagainya.. habis pun lewat, diri menjadi sesak. Sememangnya diri terpaksa tidak tidur seharian. Terus siapkan kerja-kerja sehingga keesokan paginya dan terus perlu present. Siang pula, bila tiada kelas, tidur. Suami yang terpaksa uruskan rumah. Basuh baju, vacuum dan sebagainya. Hidup jadi tunggang-langgang!



Pernah juga rasa berat ke kelas. Beri alasan macam-macam. Malas dan sebagainya. Tika itu.. Alhamdulillah suami mengingatkan tujuan. Saya bangun juga dan menuju ke UTP dengan berat. Dalam kereta, berfikir sejenak.. barulah saya bulatkan tekad semula; "Aku pergi ni kerana Allah!"

Mujur Allah sentiasa ingatkan saya. Allah tetap beri kekuatan. Saya sangat berterima kasih pada suami dan para akhwat wa ikhwah yang sentiasa memberi support pada saya. Alhamdulillah.. akhirnya semua berjaya diharungi. Dan syukurnya.. result saya juga tidak seperti kawan-kawan sekelas yang lain.


Ya.. result saya tidak seperti kawan-kawan sekelas yang lain. Alhamdulillah, dengan Rahmat Allah dan berkat doa semua, saya satu-satunya student yang dapat 1st class, dan CGPA tertinggi secara keseluruhannya. Dan project final sem saya turut terpilih sebagai proceeding paper dalam [ESTCON 2012 link]. Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah, benarlah janji Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" [47:7]

Maka.. ikhwah wa akhwat terutamanya.. teruskanlah langkah kita bersama-sama dalam menggapai redha Allah. Jangan pernah lelah, dan hadapilah semuanya dengan tenang dan sabar.. Sememangnya setiap apa yang kita lakukan, pasti akan ada rintangan yang mesti ditempuhi.

Yang penting adalah: (a) Tetapkan tujuan! Make sure we know clearly what we are heading for (b) Luruskan niat, ikhlaskan dan murnikan kerana Allah SWT semata-mata (c) Lakukan dengan sungguh-sungguh!. InsyaAllah, Allah akan bukakan jalan dan tetapkan yang terbaik buat kita.

Aminn Ya Rabb.

~Doakan pula saya untuk memulakan perjalanan menjadi student PhD. Jazakumullah atas doa semua~

Sunday, March 25, 2012

Tuesday, January 3, 2012

Berangkatlah..

by the name of ALLAH


Kita sekarang:

Ukhti A: Ana rasa down la.. Assignment tak buat pun lagi. Sibuk sangat rasanya.. Memang tak boleh la nak datang daurah Sabtu Ahad ni..
Ukhti B: Cuba anti susun semula masa. Buat jadual betul-betul. Hari ni baru hari Selasa. Sempat lagi anti nak siapkan semua assignment tu, malah boleh buat preparation untuk next week lagi.
Ukhti A: Entahlah.. kena tengok dulu lah macam mana nanti. Kalau tak mampu, tak datang la kot.
Ukhti B: Ukhti, "Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat. [9:41]"..
___________________________________________________________________

Dulu.. waktu Penaklukan Konstantinopel:

Abu Ayyub: Aku ingin ikut berperang bersama kalian.

Melihat keadaan Abu Ayyub Al-Anshari yang sudah berusia 80 tahun..

Sahabat lain: Engkau tidak akan mampu, engkau tidak lagi kuat..
Abu Ayyub: Sahabatku, "Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat. [9:41]"..
____________________________________________________________________

Lihatlah.. perbezaan yang besar ketara. Bagaimana 1 ayat yang sama, membawa pengertian berbeza bagi diri-diri yang hidup dalam mencari redha-Nya berbanding diri yang hidup tanpa-Nya. Mari kita terus berusaha mencontohi peribadi, semangat dan tingginya jiwa para sahabat terdahulu.

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" [At-Taubah, 9:41]