Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Sunday, January 30, 2011

Tak Terungkap

by the name of ALLAH


Kadangkala, mulut tak bisa berkata.
Meskipun lidah sudah lama mahu mengungkap.

Kadangkala, hati tak bisa meluahkan,
Meskipun diri sudah lama mahu  merungkai.

Bukan diri ini tidak endahkanmu,
Bukan diri ini tidak  mahu dekat denganmu,
Bukan diri ini tidak menghargaimu,
Tapi, diri ini khuatir dikau tersusahkan.

Wahai akhowatku..
Maafkan diri ini..
Walau sukar untuk dicurahkan, tapi..
Mengertilah wahai akhowatku..
Antunna semua tetap sentiasa di hati ini.
Uhibbukum fillah

~~~
Jazakumullah atas nasihat dan perbaikan yang sangat bermakna buat diri ini. InsyaAllah, diri ini akan berusaha memperbaiki. Moga ukhuwah kita semua terus bersemi atas dasar cinta Ilahi.
Ila Mardhatillah. ^_^


Wednesday, January 5, 2011

Bila Jiran Pecah Masuk Rumah

by the name of ALLAH

PECAH MASUK RUMAH

Hampir setahun arwah ayah meninggalkan kami sekeluarga. Moga ayah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Aminn..

Waktu hari ayah meninggal.. Saya dan ibu masih di hospital. Adik-beradik lain pula tiada. Adik di asrama Al-Maarif, Pika di Uitm Puncak Alam dan Abang, kapalnya baru saja berlabuh di Sabah. Bila saja ayah disahkan meninggalkan dunia fana ini, ibu risau.. bagaimana nanti keadaan di rumah.

Garaj rumah, penuh dengan motor. Dalam rumah pula, tak berkemas. Jadi, ibu meminta saya pulang ke rumah dahulu dari Hospital Kemaman menumpang kereta jiran yang datang. Uruskan dahulu apa-apa yang patut sementara menunggu arwah ayah dibenarkan untuk dibawa pulang.

Bila saya tiba saja di rumah, Subhanallah..

Saya lihat garaj rumah telah pun bersih dan siap dibasuh. Motor-motor telah dialihkan ke garaj yang tepi. Dengar dari cerita: Jiran-jiran sekeliling, yang lelaki.. Bila saja dapat berita arwah ayah meninggal, ada yang memanjat pagar kemudian mereka pecahkan mangga pagar supaya lebih senang untuk masuk. Dan, supaya beramai-ramai dapat tolong bersihkan rumah. Mereka ambil mop, penyapu dan sabun dari rumah sendiri. Bila saya buka kunci rumah pula.. terus saja yang perempuan masuk dan tolong mengemas. Subhanallah.. Inilah natijahnya bila jiran yang baik, dengan tujuan yang baik.. pecah masuk rumah. Subhanallah. Alhamdulillah kerana Allah mengurniakan jiran-jiran ini.



PERJALANAN JAUH TAK KU RASA

Waktu saya mahu ke Kem Remaja Sinergi 2010 (KRS 2010) baru-baru ini, terkesan juga dengan kebaikan jiran saya.

Memang bercadang membawa D-Max dari Pahang ke Perak. Supaya mudah untuk membawa barang-barang program. Tapi, side mirror kiri D-Max pecah. Sudah sekian lama tidak diganti.

Dua hari sebelum ke KRS, paginya saya bercadang ke bandar mengganti side mirror tersebut. Malang sekali lagi, enjin tak boleh dihidupkan. Sejak ayah meninggal, jarang D-Max tu digunakan. Jadi, baterinya problem. Sewaktu saya dan ibu membuka bonet depan untuk caj bateri, jiran saya menegur. Alhamdulillah.. dia kemudiannya menwarkan diri untuk membantu. Ya.. memang selama ini pun telah banyak dia bantu. Selepas jumper dengan kancil, dia sendiri yang bawa ke bandar, tolong gantikan side mirror dan gantikan bateri yang baru.

Itu.. masih belum cukup. Malam sebelum saya berangkat ke Perak, jiran saya yang kampungnya di Perak menyatakan hasrat untuk 'tumpang' ke kampungnya memandangkan isterinya ada urusan di tempat kerja. jadi, tidak dapat pulang bersama ke kampung di Perak. Jadi.. yang ikut ke Perak, Pakcik Meor dan anak perempuannya. Kami bertiga bermusafir bersama. Bila ditanya, "Bila Cik Meor nak balik?" "Ain nak balik bila?" "Lambat lagi.. dalam 10 hari kemudian." "Ok, boleh. Pakcik nak bersihkan kebun. Nanti kita balik sekali la."

Subhanallah.. pergi dan balik, memang jiran saya yang drive. Saya duduk di belakang saja. Sebenarnya, jiran saya risau membiarkan saya memandu sendiri. Lagi-lagi perempuan. Memang dia mahu meneman. Jika tak, pastilah awal-awal dia akan pulang. Sampai 10 hari. Lebih baik cutinya dihabiskan bersama keluarga di Pahang, berbanding membersihkan kebun di Perak tu. Alhamdulillah, Allah memberi jiran sebaik ini.


SEMUA TURUT SERTA

Sewaktu abang tunang juga, baru-baru ini.. 1 Jan 2011. Sangat banyak yang jiran-jiran tolong. Dari menyediakan dulang-dulang dan hiasan sebagai pengiring sampailah ikut mengiring ke rumah tunang Abang di Selancar. Sampai 5 kereta kami ke Selancar tu.

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kami keluarga yang besar ini. Jiran-jiran di sini ibarat keluarga kami yang besar walau sebenarnya kami hanya orang asing di Pahang ini. ^_^



'..dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki'. [An-Nisaa’ : 36]