Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Wednesday, December 29, 2010

Special Ukhuwah

by the name of ALLAH

For the special You,

Bila buka blog-blog dan baca tulisan anti.. terasa indah dan rindu pada anti. ^_^
Rasa seperti mahu terus bertemu dengan anti dan meluahkan seribu rasa.
Tapi, ana pasti.. walau kita bersua muka,
Pasti kita tidak pun akan meluahkan kata.
Kita akan lebih mesra mendiamkan diri tatkala bertemu.
Kita berkongsi rasa dan luahan hanya dalam Gtalk, YM, emel atau SMS.
Mungkin mulut menyepi, tapi hati kita berkomunikasi.
Kelakar, tapi inilah hakikatnya.

Apakah nama ukhwah ini?

Walau apa pun ukhti, moga ukhuwah ini terus bersemi kerana Allah.
Uhibbukifillah ukhti. Moga terus success untuk dakwah dan akademik.
All the best and always be the best ya ukhti.

Buat yang terbaik ya untuk exam.
Banyakkan doa, tawakal dan usaha kerana Allah.
Ana sentiasa mendoakan kebaikan buat ukhti dan semua, dunia wa akhirat.
InsyaAllah ukhti, teruskan kesungguhanmu.. Pertolongan Allah sangat dekat.

Love from the ordinary Me.

Monday, December 13, 2010

Kek Batik

by the name of ALLAH

Seorang akhwat yang nun di Johor memberi resepi ini pada saya. ^_^ Jazakillah ukhti shinju. Selama ni saya sekadar makan. Bila dapat saja emel resepi ini, terus saya buat. Memang mudah dan sedap. Selamat mencuba!

KEK BATIK (gambar contoh, dapat dr google):


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Marjerin setengah buttercup (tapi guna marjerin pelangi la sebab buttercup boikot)
  • Susu pekat manis (beli jenama biasa-biasa, pastikan BUKAN F&N atau yang diboikot)
  • Serbuk coklat seperti vico, radix koko, serbuk koko Vanhouten etc (note: Milo boikot )
  • Biskut marie
  • Air

Cara-cara buat:
  1. Cairkan majerin dalam kuali yang api sederhana
  2. Lepas dah cair, masukkan serbuk coklat lebih kurang 5 sudu besar
  3. Kacau rata serbuk koko dengan larutan marjerin tu
  4. Masukkan susu secukup rasa, lebih kurang 5-10 sudu.
  5. Masukkan air sikit lebih kurang 100ml 
  6. Kacau adunan sampai rata dan pekat sikit.
  7. Masukkan biskut marie yg dah di patah-patah kan
  8. Gaul hingga rata.
  9. Bila dah rata keluarkan, masukkan dalam mangkuk dan tekan sampai mendak
  10. Tunggu sejuk dan kemudian potong
  11. Makan. ^_^
Rugi kalau tak cuba. Simple dan sedap. Tak sempat simpan atau snap gambar, dah habis.. Lagi-lagi bila ada budak-budak ramai di rumah. Bagus untuk mendiamkan mereka seketika.

Anda.. Cubalah pula!

Wallahua'lam





Monday, December 6, 2010

Tafsir ke tadabbur?

by the name of ALLAH

Seorang pelajar sekolah menengah menghantar message mengutarakan musykillah:
 
Mira: Salam. Kak, apa khabar?
Akak: Salam. Alhamdulillah. Sihat-sihat saja. Mira sihat?
Mira: Kak, nak tanya. Apa pendapat akak bila ada orang kata cara halaqah akak-akak yang menyampaikan ni salah. Maksud Mira, ada pendapat yang menyatakan bahawa tak boleh menafsirkan sendiri daripada tafisr Quran yang kita baca.
Akak: Owh, mungkin sebab orang tu tak baca betul-betul terjemahan Quran dalam surah Al-Imran tu. Cuba tengok surah ke-3, ayat 7. Al-Quran ni pokok ayat-ayatnya memang mudah difahami dan jelas. Akak-akak ni bukan tafsir sendiri, tapi bacakan apa yang ada dalam Quran je. Then, ambil pengajarannya.
Mira: Kak, Mira was-was. Ada sorang member ni. Dia kata cara akak-akak bagi halaqah salah. Sebab buat tafsiran sendiri. Maaflah kalau soalan ni buat akak terasa.
Akak: Owh, tak ada terasa pun. Sebab dia tak tahu kot. Sebelum mengisi, akak-akak pastilah dah belajar, dah rujuk dulu tafsir Fi Zilal ke, tafsir Al-Azhar, tafsir Al-Maghari dan sebagainya. Tapi, rasanya tak perlu la nak bawa semua tafsir besar-besar tu.Cuma, mungkin member Mira tu tak tahu. Tak yakin, sewajarnya dia bertanya.
Mira: Tapi dia ada rujuk ustaz. Ustaz ada cakap pasal mutasyabihat. Mira tak faham la apa yang betul.
Akak: Ha, betul la tu.. Mira dah tengok tak ayat yang akak bagitahu tadi? Surah 3 ayat 7 tu. Apa yang muhkamat dan apa yang mutasyabihat. Dah tengok tak?
Mira: Dah. Kiranya.. kita boleh buat tafisran sendiri tak daripada ayat Quran yang kita baca tu? Setiap orang ada tafsiran tersendiri. Macam mana?
Akak: Kita tak boleh nak tafsirkan ayat Allah sendiri. Tapi, kita boleh ambil pengajaran darinya. Kita ambil contoh, surah 42, ayat 20. Cuba Mira baca dulu ayat tu.
Mira: Ok. dah. So, relationnya apa?
Akak: Tak ada relation. Tu, akak nak bagi contoh je. Ok, dari 42:20 tu, apa yang Mira faham ye?
Mira: Kalau kita kejar akhirat kita akan dapat seluruhnya. Tapi kalau kita kejar dunia Allah akan bagi dunia je tapi tak dapat keuntungannya di akhirat nanti.
Akak: Ok. Ni, sekarang, Mira menafsirkan ayat tu ke ape?
Mira: Tak. Tapi faham dari ayat tu la.
Akak: Ha, betul. Itu bukan menafsirkan. Tapi, itu tadabbur namanya. Yang selama ni akak-akak kongsikan, seperti itulah. Tadabur ni, mengambil pengajaran dari ayat Quran yang dibaca. Bukan menafsirkan. Dan, if nak tahu contoh ayat mutasyabihat: Langit dan bumi dicipta dalam enam masa (surah 57 ayat 4). Ayat-ayat seperti inilah yang sukar difahami atau ditafsir. Akak-akak tak akan share ayat sebegini. Kerana semua pun tidak tahu, apakah yang dimaksudkan dengan enam masa itu. Yang dikongsikan adalah ayat-ayat muhkamat, yang mudah difahami dan ditadabbur.
Mira: Owh, ok. terima kasih kak. Kalau ada apa-apa lagi, nanti Mira tanya lagi ye.
Akak: InsyaAllah ok. Tak ada masalah.

InsyaAllah, sekadar berkongsi. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku lagi. Salah satu cara yang boleh kita aplikasikan adalah seperti cara Hassan Al-Banna menyampaikan. Beliau akan menyatakan hujah-hujah terlebih dahulu kemudiannya barulah disokong dengan sirah dan dalil dari Al-Quran atau Hadith. Seingatnya, saya baca mengenai perkara ini dari buku Ceramah Jumaat Hassan Al-Banna.

Secara logiknya, cara ini dapat mengelakkan kesalahfahaman yang berlaku. Jika kita mengemukakan dalil terlebih dahulu, kemudian baru menghurainya, mungkin yang mendengar boleh merasakan bahawa kita menafsirkan ayat tersebut kerana kita bercerita panjang lebar dan mengemukakan hujah-hujah berkaitan ayat tersebut. Jadi, apabila kita mengemukakan hujah terlebih dahulu, kemudiannya disokong dengan dalil, insyaAllah lebih efektif kerana dalil menjadi sokongan dan pelengkap hujah atau isi-isi yang ingin kita sampaikan.

Dan, sebaiknya. Terangkanlah kepada mad'u di awal-awal ta'lim, apa itu tadabbur, apa itu tafsir, dan apa itu menafsirkan mengikut kepala sendiri. Pastikan surah ke 3 ayat 7 ini dikongsikan terlebih dahulu supaya tiada sarang-sarang di dalam fikiran mereka.

Walau apa pun, yang paling utama dalam menyampaikan adalah: IKHLAS.
Wallahua'lam. Moga kita sama-sama mengaplikasikannya.



Friday, December 3, 2010

Mengertilah..

by the name of ALLAH

Kalau benar, katakan..
Kalau ragu, diamkan saja..
Kalau tak tahu, selidik..
Kalaupun tertindas, bersabarlah..

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang" [Al-Hujurat,49:12]

Hanya Allah yang Maha Tahu.


Wednesday, November 24, 2010

Walau aku jauh

by the name of ALLAH

Ya Allah..

Seringkali diri ini alpa dariMu,
Tapi,
Tetap saja Engkau di sisiku,
Tetap saja Engkau menyayangiku,
Tetap saja Engkau mengasihiku..
 

Ya Allah..
Malu aku berdepan denganMu..

Walau aku jauh dariMu,
Engkau tetap memudahkanku,
Engkau tetap menunjukkanku jalan,
Engkau tetap memberiku ruang..

Ya Allah..
Ampuni diri ini..

Aku mahu sentiasa terus dekat denganMu,
Supaya Engkau bertambah-tambah dekat denganku..
Aku mahu sentiasa terus mengingatiMu,
Supaya Engkau tetap mengingati diri yang lemah ini..
Aku tak mahu Engkau hilang dariku..
Malah, aku pasti, aku takkan mampu hidup tanpaMu..

Ya Allah..
Aku cintakanMu,
Jangan biarkan aku menjadi buih-buih,
Yang hilangnya begitu mudah,
Yang hidupnya tanpa amal yang sebaiknya di sisiMu..

Ya Allah..
Cintailah aku..
Redhailah aku..





Monday, November 22, 2010

Sabar je la..

by the name of ALLAH


Kelmarin:

Ibu: Nanti balik, tengoklah.. rumah dah berwajah baru..
Ana: Oh ye ke? Apa yang barunya?
Ibu: Haha.. tak adalah apa yang baru sangat. Dah tebang pokok je kat laman rumah tu.
Ana: Oo.. ingatkan ape tadi.
Ibu: Ye la. Kena bersih-bersihkan rumah. Kot-kotlah ada orang yang nak datang hujung-hujung tahun ni.
Ana: Aaa.. siapa pula yang nak datang?
Ibu: Datang meminang kamu la.
Ana: Haa.. mana ada la. Takda pun.. Takda-takda.
Ibu: Doalah ada, kamu ni.. Takda ke khabar-khabar lagi?
Ana: Tak ada la, ibu ni.. Takda-takda-takda.
Ibu: Doa lah. Hishh.. kamu ni.

Semalam:

Ibu: Adik Mak Usu ada datang rumah. Dia lecturer UMP.
Ana: Oh ye ke? Ajar apa?
Ibu: Tak ingatlah pulak. Sekarang ni dah nak sambung PHD.
Ana: Oo.. bagus. bagus. bagus.
Ibu: Ha, dia pesan suruh kamu jangan sambung belajar dulu. Duduk dulu kat rumah. Kawin dulu, lepas tu.. nak sambung, sambung la.
Ana: Eh, kenapa pulak? Macam lah tak boleh nak nikah waktu sambung master.
Ibu: Adik Mak Usu tu cerita.. ramai yang ambil master bawah dia sekarang masih tak kawin-kawin.
Ana: Ala, boleh je kan kawin time belajar pun. Tu diorang je.. Kenapa diorang yang sambung tu tak kawin lagi pulaknya?
Ibu: Sebabnya.. lelaki takut nak meminang, dah belajar tinggi-tinggi

Dalam hati** Aik, ingatkan dulu-dulu je kes macam ni. Sekarang pun banyak lagi rupanya?? Kenapa lelaki nak takut pulak? Isk.

Ana: Alaa.. boleh je la sebenarnya. Tu, sebab diorang tak ikut halaqah ni. Takda siapa nak carikan kot. Adik Mak Usu tu dah kawin tak?
Ibu: Dia kata, ada jugak halaqah kat UMP ni. Dia dah kawin dah. Dia dengan isteri dia sama-sama belajar dan sambung master. Sebab tu, kena kawin dulu. Nanti dah tua tak kawin-kawin lagi pulak.

Nasib baik dia dah nikah. Wargh.. fatwa apakah yang diberi ni? Masih ada statement-statement sebegini yang berjaya mempengaruhi pemikiran ibuku yang dicintai kerana Allah. Aduhai.. Risau benar ibu ni..

Bukankah sebenarnya.. semuanya telah ditetapkan dalam Lauh Mahfuz?

“Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau kering, yang tidak tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)” [Al-Ana'm, 6:59]

~Kalau dah jodoh, tak ke mana.. Lambat atau cepat, tunggu je la. Kalau memang dah tak ada pulak.. nak buat macam mana Bu.. ~
 
Wallahua’lam.

Sunday, November 21, 2010

Menyunting Hati

by the name of ALLAH

Dulu..
Situasi: Di dalam kereta.

Ana: Jom. Tak nak turun lagi?
.....
Dia: Ana rasa kan.. lebih baik sebenarnya kalau kita pergi time tu.
Ana: Oo.. betul juga. Tapi, ok je rasanya sebab kita melatih mereka.
Dia: Betul. Latih tu betul. Cuma.. bla..bla..bla
Ana: Tu satu kes. Betul juga la kot. Kita mungkin boleh bla..bla..bla..

Dia: Kalau tentang bla..bla..bla..
Ana: Ya. Sama la macam waktu kita dulu.
Dia: A ah.. Waktu dulu tu.. bla..bla..

Ana: Kejap-kejap. Cuba buka dashboard tu.
Dia: Buat apa?
Ana: Takpe. Buka je. Ha, tolong ambilkan pen dengan kertas tu.
Dia: Eh, nak buat apa?
Ana: Nak catitlah.. apa yang kita bincang ni.
Dia: La.. anti, ana cuma nak meluahkan je..
Ana: Erk.. huhu.. ye ke?

Ya.. kadangkala, perempuan pasti akan meluahkan apa yang tersirat. Untuk merasa lebih tenang dan sekadar mahu didengar. Aku kah yang kurang memahami naluri wanita itu sendiri? Oh~

Hm.. mungkin ya dan mungkin tidak. Mungkin kerana memang saya jenis berfikiran direct-to-the-point. Tapi, tidak mengapa. ^_^ Kadang-kadang kita boleh belajar dari pengalaman. Dan, pastilah setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.

Saya akan terus belajar untuk lebih memahami perasaan orang lain. Walaupun ada yang mengatakan saya melankolik (mungkin kerana lebih banyak diam dan memerhati), hakikatnya.. saya selalu berhadapan dengan masalah dan konflik dengan mereka yang sebenarnya melankolik dari sudut perasaan. Sukar benar saya memahami perasaan mereka. Bila saya tegur, sedikit pun saya tidak rasa bahwa teguran itu akan melukakan hati mahupun boleh mengguris hati. Semuanya direct saja. Yang saya tahu, yang silap perlu dibetulkan. Kadang-kadang, gurau saja, tapi orang yang mendengar jadi terguris pula. Aduh..

Bila saya tahu ada yang terasa dengan saya.. puas saya fikir, kenapa dan bagaimanakah cara lembut yang boleh saya sampaikan supaya perkara yang ingin disampaikan itu tersampai. Aduhai.. kurang pekanya hati ini terhadap perasaan orang lain. Moga Allah mempermudahkan untuk saya lebih peka.

Saya seringkali mencuba. Tapi, malangnya.. menyunting hati mereka rupanya seperti.. Erk.Cop! Tak apalah. Tak jadi..


Tapi sebenarnya.. sejak dari dulu, saya akan lebih firm dengan mereka yang rapat dengan saya di alam maya. Kerana, di sini mungkin saya dapat mengenali mereka dari dalam. Dan, mereka juga boleh mengenal saya dari dalam. Malah, ada juga akhwat yang melankolik, memang saya baik dengannya di alam maya. Bila kami bertemu di luar, jarang kami duduk bersama walau jumpa pun sekali-sekala kerana medan berbeza. Dia juga menyatakan keselesaan yang sama sebenarnya. Mungkin kerana di alam maya.. heart to heart. Lebih soft dan lebih menyentuh walaupun saya ni kolarik.


Walau apa pun, kepada mereka yang pernah terasa atau masih terasa dengan saya.. Maafkan saya. InsyaAllah saya akan berusaha memperbaiki diri ini.

**Saya berharap, agar ukhuwah imaniyah kita sentiasa terjaga.. Dalam saya memperbaiki kepekaan perasaan, saya harap agar kita semua tidak mudah terasa dan mudah untuk memaafkan. Jazakumullah.

Monday, November 15, 2010

Hanya kerana Allah

by the name of ALLAH

Khas buat akhwat-akhwatku yang dicintai kerana Allah:

"Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang diajak untuk menginfakkan hartamu di jalan Allah. Lalu di antara kamu ada yang kikir, dan barangsiapa yang kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri..." [47:38]

Sungguh, kesungguhan yang antunna tunjukkan membawa seribu erti dalam diri ini. Walau antunna juga masing-masing punya amanah dan tanggungjawab sendiri. Tapi, usaha yang antunna buat, amat mengagumkan. Antunna buat sungguh-sungguh, tanpa alasan, tanpa jemu dan tanpa putus asa. Moga antunna terus-menerus berbuat hanya kerana Allah.

Walau dalam hujan,
Walau dalam penat,
Walau dalam susah,
Walau dalam sukar,
antunna tetap saja berbuat.
Alhamdulillah..
Teruslah berbuat hanya kerana Allah.


Moga melimpahnya Rahmat, kasih sayang dan ganjaran dari Allah buat antunna. Moga Allah sentiasa terus Mempermudahkan urusan kita, dunia dan akhirat.

Ingatlah, walau kita rasa amanah yang kita pegang sekarang sepertinya loading 3-4 orang yang perlu kita laksanakan.. sedarlah bahawa, sebenarnya itulah kemampuan kita. Ini barulah kualiti namanya, kerana kita mengoptimumkan tenaga dan kebolehan serta kelebihan yang kita miliki, hanya kerana Allah.

Moga kita terus istiqomah dan istimrar di jalanNya.
"Kerana itu, serulah mereka beriman dan tetaplah (beriman dan berdakwah) sebagaimana diperintahkan kepadamu (Muhammad).." [42:15]

"Maka tetaplah engkau (Muhammad) di jalan yang benar, sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan juga orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas" [11:112]

Salam Aidiladha.. ^_^

Wednesday, November 3, 2010

Ku damba cintaMU

by the name of ALLAH

Ya Allah,
Peliharaku dalam damai dan lembutnya kasihMu,
Peliharaku dalam tenang dan luasnya rahmatMu,
Peliharaku dalam tulus dan syahdunya cintaMu,
Dan jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa dekat di sisiMu.

DiredhaiMu selalu.. Ya Rabb ku.



Tuesday, November 2, 2010

Pixel Rendah

by the name of ALLAH


Minggu lepas, minggu yang agak pack kerana menyiapkan kerja-kerja yang memerlukan masa lama di depan laptop. Sampaikan, makan pun.. jadi sehari sekali.

Pagi.. minum air, buat kerja. Kelas pula banyak yang sudah tidak ada. Jadi, bila fokus dengan kerja, tak terfikir untuk membeli makanan. Bila tengok-tengok jam. Oh, dah dekat zohor. After zohor, sambung-sambung kerja. Dan sekali lagi, oh! dah dekat asar. Dan selepas itu, rasalah kelaparan yang sangat. Barulah turun ke bawah membeli makanan. Begitulah yang berlaku untuk beberapa hari. Ada juga akhwat yang menasihati supaya jaga pemakanan. Jazakumullah. Rasanya, seperti lebih baik puasa. Malangnya, setiap malam hanya angan-angan yang tinggal kerana tidak ada bekalan untuk sahur.

Dan, tibalah ke hari Quiz subjek failure analysis. Malam sebelumnya, ada hal. Jadi, tidak sempat untuk review. Hari-hari sebelumnya juga tidak berkesempatan. Paginya, saya ada temujanji dengan Dr Othman untuk siapkan application master. Kemudian, saya breakfast kerana memang alang-alang sudah keluar, teruslah beli makanan walaupun sudah lama rasanya tidak breakfast. Selepas itu, saya pun buat revision untuk quiz.

Malangnya, saya hanya sempat review 1 latihan dan jawapannya. Kepala terasa berat dan badan tidak selesa. Bila saya lihat jam pula, hampir sudah waktu kelas. Saya pun segera siap walau waktunya masih berbaki setengah jam. Saya mungkin memerlukan masa yang agak lama untuk berjalan bila dalam keadaan kurang stabil ini.

PERJALANAN YANG SANGAT JAUH

Saya keluar bilik. Baru berjalan, dari village 4 ke village 3.. saya mula rasa pandangan mata berpinau, berbintik-bintik. Pixel semakin rendah. Dalam hati, berdoa supaya tidak jatuh di tengah jalan. Sudah tidak tahan, saya berhenti di bangku tepi café. Duduk sebentar. Tarik nafas.  Kali ini terasa mual, seperti hendak muntah. Saya terus kuatkan diri untuk bangun dan ke kedai yang paling hampir. Saya beli asam supaya mengurangkan rasa mual.

Saya lihat jam. Masih berbaki 20 minit. Saya teruskan perjalanan ke kelas. Belum lagi sampai di poket D, kali ini lebih teruk rasanya. Pandangan jauh lagi teruk pixelnya. Bintik-bintik semakin besar. Jalan pun, saya nampak tak nampak saja. Tapi, saya usaha juga melangkahkan kaki.

Saya tetap tahan dan berdoa seperti tadi. Jika saya jatuh pun, moga Allah pelihara aurat saya seperti kisah seorang sahabiyah yang disihir. Beliau memohon kepada Rasulullah supaya didoakan penyakitnya disembuhkan Allah. Lalu, Rasulullah bertanya, “Kamu mahu didoakan sembuh, ataupun terus bersabar dalam keadaan ini dan dijanjikan syurga?’ Maka, pastilah sahabiyah ini memilih untuk bersabar kerana ganjaran syurga itu jauh lagi tinggi berbanding hidup senang di dunia. Lalu, sahabiyah ini hanya meminta Rasulullah mendoakan supaya auratnya terjaga sewaktu dia tidak sedarkan diri atau penyakitnya menyerang. Maka, Rasulullah mendoakannya.

Kali ini saya terasa sangat sejuk. Tetapi muka saya berpeluh-peluh. Pandangan semakin sangat kabur. Tapi, saya terus juga kuatkan kaki untuk melangkah. Saya pernah mengalami keadaan seperti ini sewaktu sekolah menengah dulu. Selepas penat bersukan. Kerana kurang darah - anemia. Tapi, bila duduk, keadaan akan jadi lebih baik. Itu kisah lama.

Kemudian, saya ternampak sebuah kerusi di depan. Terus saya pergi ke kerusi dan duduk sebentar. Saya tarik nafas. Kali ini memang saya termuntah terus di rumput. Mujur kerusi tersebut dekat dengan rumput di situ.

Saya masih rasa sejuk. Tapi, saya tak punya banyak masa. Quiz tersebut tetap mahu saya buat. Saya tak mahu tunda-tunda. Mungkin ada keperluan lain lagi nanti perlu saya selesaikan. Saya kuatkan juga semangat. Saya teruskan juga perjalanan ke building 18.

Sampai di kelas, saya tak sabar untuk duduk. Tak tahan berjalan dan sudah sangat kabur penglihatan. Kawan-kawan saya terkejut melihat keadaan saya. Pucat lesi, seperti tiada darah di muka, berpeluh-peluh. Saya terharu melihat kawan saya yang risau melihat keadaan saya. Thank you my friends. ^_^ Siap tolong kipaskan. Tapi, saya minta berhenti sebab saya rasa sangat sejuk walaupun berpeluh-peluh.

Lecturer masih belum sampai. Selepas beberapa ketika saya duduk, saya ke toilet. Rasa sangat tidak selesa. Alhamdulillah, sempat saya sampai ke toilet. 2 kali saya muntah. Selepas itu, rasa lebih selesa. Tapi, kepala masih berat. Ini semua mungkin kerana pemakanan saya yang tidak terjaga dan rehat pun kurang.

Saya kembali ke kelas, lihat semua sedang menjawab soalan quiz. Saya pun, terus duduk di kerusi. Alhamdulillah, soalannya memang sama seperti 1 soalan yang sempat saya review pagi tadi. Walau kepala masih berat, Alhamdulillah.. yang paling beruntungnya, lecturer mengizinkan kami melihat nota. Maka, kami bersama-sama saling bantu-membantu memberi jawapan. Berganding bahu dan berganding jawapan. ^_^

******************************

Dari apa yang berlaku, apa yang saya dapat? Saya dapat tahu.. rupanya kawan baik saya, Nana sayangkan saya ^_^ Anyway, thank you very much atas keprihatinan antunna semua. Saya sayang Nana dan kawan-kawan saya. InsyaAllah saya selalu doakan antunna semua.

Pengajaran lain; yakinlah, Allah pasti akan memberi bantuan pada hamba-hambaNya. Yang penting, usaha dan tawakal. Usahalah semampu yang mungkin, pasti Allah akan memberi ganjaranNya. Jika tidak di dunia, di akhirat nanti.. pasti.

Jadi, di kesempatan ini.. memandangkan exam semakin tiba, saya mengucapkan selamat bermujahadah kepada semua kawan-kawan saya, terutamanya para ikhwah wa akhwat yang dicintai kerana Allah. Buatlah yang terbaik dan jadilah yang terbaik di sisi Allah.

Oh, sebelum terlupa.. pesanan penaja. Jagalah pemakanan anda dan cuba dapatkan rehat secukupnya supaya tidak jadi seperti kisah di atas ini. Tapi, jangan berlebihan pula ya. ^_^

Doakan kita sama-sama semuanya Berjaya dunia dan akhirat nanti. Aminn.

Saturday, October 23, 2010

Master in ??

by the name of ALLAH

Tinggal lebih kurang seminggu saja lagi due untuk pendaftaran Master kemasukan January 2011.


Saya stress mengejar due. Setelah beberapa minggu berpenat lelah mencari tajuk yang sesuai, ditambah pula dengan assignment, projek, test dan lain-lain yang perlu diselesaikan, saya rasa lemas. Lebih buntu kerana masih belum berjaya mencari tajuk yang sesuai untuk proposal master saya. Inilah yang menyebabkan saya down beberapa ketika.

Alhamdulillah, selepas ibu menasihati saya untuk istikharah.. saya temui jawapannya. Memang benar selama ini kita berharap pada Allah, tapi.. tiada pun spesifik usaha untuk solat istikharah ini. Mujur ibu mengingatkan.

Segala puji dan syukur pada Allah, walau Khamis yang lepas saya jumpa lecturer saya yang sangat sibuk itu.. saya dapat satu tajuk yang sesuai. Terima kasih, Dr Faiz. Tapi, malangnya.. bila saya mula mahu mencari jurnal-jurnal berkaitan, saya rasa saya akan menempuh satau perjalanan yang jauh. Bukan seperti apa yang saya rancangkan.

Dan, dalam masa yang sama.. saya survey-survey untuk master by coursework. Inilah jawapan yang saya dapat. Hati saya lebih tenang. Lecturernya, Ir Shiraz, membuatkan saya lebih yakin melangkah. Jumaat lepas, saya bertemu dengannya. Walaupun dia sangat sibuk, berjalan pun.. sangat laju. Mengejar itu dan ini, dia masih sudi meluangkan masa memberi penjelasan dan penerangan yang sangat jelas pada saya.

Alhamdulillah, insyaAllah.. inilah jalannya. Doakan saya berjaya melaluinya dengan success nanti. Selepas dapat satu lagi lecturer sebagai referee, saya akan daftar untuk master by coursework ini.

Msc in Asset Management and Maintenance.


Berdasarkan penerangan dari Ir Shiraz, subject ini sebenarnya demand untuk industry, education masih kurang. But, ada kemungkinan, demandnya juga akan meningkat jika terus mendapat sambutan. Bagi kawan-kawan yang nak masuk kerja terus pangkat lagi tinggi dari graduate engineer biasa, silalah ambil course-course seperti ini. Sediakan duit je. Terus-terang, saya tak berminat nak masuk industry. Saya ada planning lain. "Lecturer on mission".

Di UTP, course ni ada 2 kemungkinan; terus bercambah dan membentuk satu department baru macam Geoscience, atau cut off. Jika course ini bercambah, insyaAllah, peluang untuk menjadi lecturer walau hanya by Msc sangat tinggi. Otherwise, nothing can be done. Tepaksalah saya cari peluang di universiti lain.

Ok. Doakan yang terbaik buat kita semua walau hala tuju berbeza. But, make sure.. hala tuju hidup kita sebenarnya adalah, membuat persiapan dan bersedia menghadapi kehidupan yang sebenar dan kekal abadi iaitu.. yang tak lain dan tak bukan, AKHIRAT.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah dipersiapkan untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan" [Al-Hasyr,59:18]

Doakan.
**Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dan memberi support kepada saya sebelum ini. ^_^ Jazakumullah.

Thursday, October 21, 2010

Sambung asa

by the name of ALLAH

Ya Allah,
Aku lemah,
Tanpamu aku lelah,
Aku sungguh tak berdaya,
Tolongku..
Tolongku, Ya Allah...

Sejak beberapa minggu ini, sangat down. Semangat pun makin merudum jatuh.

Aku mudah putus asa, dan mengalah dengan usaha yang tidak membawa hasil. Adakah ini sikap kolaris yang kuat? Mungkin ya.. kejayaan baginya adalah melalui pencapaian dan hasil. Maka, bila hasil yang diusahakan kurang baik, kecewa akan hadir. Putus Asa! Lemah!

Ini bukanlah sikap seorang mukmin yang menyatakan keimanannya pada Allah! Sedarlah!
Dunia belum berakhir buat kamu. Dan sudah pasti kamu akan peroleh apa yang kamu usahakan. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. [Ar-Ra'du, 13:11]

Ya Allah.. kuatkan aku. Jangan jadikan aku hambaMu yang lemah. Teguhkan hatiku. Dekatkan aku padaMu sedekat-dekatnya. Permudahkanlah aku berbuat keranaMu dan tetapkan aku di jalan yang terbaik di sisiMu.

Aminn..

Tuesday, October 12, 2010

Sorry, Tak sengaja.

by the name of ALLAH

Saya rasa, kes ni simple je sebenarnya. Tapi, tak apalah. Biar saya terangkan apa yang dah berlaku. Sebab, saya tak suka bila kawan-kawan satu course saya bercakap tentang saya tanpa tahu apa yang berlaku sebenarnya. Sebelum apa-apa, saya minta maaf dulu kepada pihak yang telah terlibat. Minta maaf ya atas salah faham ni.

Malam tu, lepas ada discussion di masjid UTP, saya pun balik ke V4. Lebih kurang dalam pukul 3-4 pagi. Ketika itu, saya dan Fatihah yang ada di dalam kereta.

Sesampai di parking V4, kami pun mencari tempat parking. Seperti biasa, saya akan melalui jalan di tepi V4A dan parking di situ. Tapi, malam memang sangat penuh. Saya lalu juga, mana tahu masih ada yang kosong. Tiba-tiba, secara kebetulan ada sebuah kereta di depan sedang mengundur kereta untuk keluar dari parking.

Jadi, terus saja saya tunggu di sebelah dan apabila kereta tersebut betul keluar, terus saya masuk ke parking tersebut. Bila saya matikan enjin kereta, tiba-tiba saya ternampak seperti cahaya lampu dari kereta melalui side mirror kanan kereta.

"Eh, ada kereta ke kat belakang?", dan saya pun terus memalingkan muka ke arah belakang untuk memastikan apakah benar, lampu kereta yang saya lihat dari side mirror kereta.

Bila saya berpaling saja, saya lihat ada seorang lelaki di dalam kereta bersama kawannya. Corsemate saya. Saya amat terkejut bilamana dia menjeling tajam pada saya. Terkedu seketika. Dan terus saya berpaling ke depan semula dan saya berkata pada Fatihah, "Teha, ada orang dah tunggu parking ni kot. Tak perasan pun tadi. Macam mana ye? Takutnye dia jeling macam tu..". "Ha.. ye ke? Tak perasan pun jugak."

Dan dalam waktu yang sama, kereta tadi pergi dari tempat tersebut. Jadi, setelah beberapa ketika, kami berdua yang temangu pun keluarlah dari kereta. Tapi, dalam keadaan bersalah bercampur takut. Ye la.. sangat dasyat rasanya dijeling macam tu.

Persoalan, macam mana kami berdua boleh tak perasan ada kereta dah tunggu? Sebabnya.. inilah kondisi ketika itu.
Saya tak tahu pun ada kereta di sebelah sana sebab jalan tu sebenarnya jalan sehala. Saya tak bajetlah ada kereta dari arah sana. So, minta maaf ye kepada coursemate saya. Cuma satu je, lain kali.. jangan masuk dari direction yang salah ye. Supaya perkara macam ni tak berlaku lagi. Nanti, diri sendiri pulak yang sakit hati.

p/s: Bagi mana-mana coursemate saya yang baca entry ni, dan tahu pasal 'curi parking' ni, minta tolong sampaikan maaf saya pada pihak yang terlibat ye. Saya tak curi, saya tak sengaja je. Takut rasa nak minta maaf direct lepas dijeling semacam. Ok. Tq.

Wednesday, October 6, 2010

TaQwa

by the name of ALLAH

tik.. tok.. tik.. tok..

Tersangat pantas masa berlalu pergi.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan. [Al-Hasyr, 59:18]

Adakah sudah benar kita menjadi hamba Allah yang bertakwa?

Bertaqwalah kamu kepada Allah di manapun kamu berada, iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan nescaya ia dapat menghapuskannya dan pergaulilah semua manusia dengan budi pekerti yang baik. [HR. Tirmidzi, Hadith 18 Arbain Nawawiyah]


**Makna takwa yg paling simple adalah, mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. (tafsiran Al-Baqarah,2:2)