Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Saturday, June 29, 2013

Dia Tak Nak Tanya, Kita Tanya Dia!

by the name of ALLAH

"Kak, macam mana nak buat kalau taklim, mad'u tak ada musykillah pun."

"Anti bagi soalan kat diorang. Diorang tak ada musykillah, anti musykilkan kat diorang dalam masa yang sama, untuk uji kefahaman"

"Nak tanya macam mana?"

"Ok, minggu lepas anti isi taklim tentang apa?"

"Tentang event, jawatan bukan matlamat utama kita sebagai student"

"So, boleh bagi contoh case study kat diorang. Suruh diorang jawab. Contohnya; 'Kalau kita dah termasuk event yang banyak laghonya dari baik, macam mana kita nak mengeluarkan diri?'"

"Owh, tak direct sangat ke kak?"

"Iyup. Salah satu skill murobiyah nak suruh mad'u berfikir. Memang kena direct. Bagi soalan macam tu boleh develop mereka untuk berfikir. Instead of kita cakap 'Anti masuk event lagho tu, baik keluar. Tambah dosa je.'"

"Hurmm"

"Atau soalan lain, anti buat study case >kawan<. Contohnya; 'Kalau kawan kita ajak kita join event, apa kita nak jawab?' Bila dia jawab, kita boleh tengok dia faham sampai mana pengisian kita tu."

"Okeh."

Its time to speak

by the name of ALLAH

~Sekarang dah jadi ummi, kena tulis tentang anak pulak ye. Bagi yang akan nikah dan bagi yang akan punya anak mahupun sudah ada anak, silakan baca supaya mudah nanti~

Alhamdulillah, sedar tak sedar.. kini Safiyah Al-Harith dah mencecah 4 bulan umurnya.

Kalau bulan-bulan sebelum ni, ummi akan baca apa perkembangan sepatutnya seorang bayi berdasarkan umurnya kat http://www.babycenter.com. Alhamdulillah, kebanyakan perkembangan yang dinyatakan sama seperti apa yang ummi perhatikan pada Safiyah.

Tapi, bulan yang ke-4 ni, baru hari ni ummi baca. Oh, rupanya sekarang Safiyah sedang belajar bahasa dengan lebih ligat.

Beginning to understand the role of language

Researchers believe that your baby can now understand all the basic sounds that make up his native language. Between this time and 6 months of age, your baby will develop the ability to make some vocal sounds, which means you may hear the words you've been dreaming about, namely "ma-ma" or "da-da." While child development experts say it's too early for your baby to connect those sounds with you and your partner, that won't make hearing them any less exciting.

You can encourage your baby's attempts at communication by mirroring or imitating his expressions and sounds. He may try to imitate you now, too. Say "baa" and he may try to say it back.

Reacting when your baby makes noises or tries to say something will help your baby learn the importance of language. It'll also help him better understand cause and effect. It's great for his self-esteem, too. He'll begin to realize that what he says makes a difference.

Expand on what your baby says and try to give it meaning. For example, you can say, "Yes, that is a ball!" Soon, his "ba" will become "ball."
Patutlah, minggu sebelum ni, ummi perasan Safiyah sebut "kit" waktu ummi cakap "Safiyah asyik muntah hari ni.. habis badan melekit-lekit". Dan, yang terbaru, Safiyah sebut "ok" waktu ummi tanya pada akhwat, "Anti Ok?"

Ingatkan tak sengaja je safiyah sebut. Rupanya memang tengah belajar bercakap..
Jadi, lepas ni, ummi akan cakap lagi dengan safiyah tau..

Nak ajar sebut Allah!

Thursday, September 20, 2012

Hanya pada-Mu Ya Allah!

by the name of ALLAH

Semalam, suamiku mengejutkanku dan menyuruhku tidur dahulu di bilik memandangkan aku seperti sedar tak sedar tertidur di ruang tamu. Selesema dan beratnya kepalaku lebih membuatkan aku terus akur dan bangun berjalan ke katil di bilik.

Bila kepala sampai ke bantal, terus mata terpejam. Tapi, setelah beberapa ketika, terasa bagai ada sesuatu yang mengganggu..



Pada awalnya, terasa seperti ada seseorang datang dan pergi ke katilku. Tapi, kubiarkan saja. Mungkin perasaanku.

Tiba-tiba tanpa aku tahu dari mana asalnya, muncul 2 orang lelaki di muka pintu menghala ke katilku. Lagaknya seperti mahu menyamun. Terus aku menjerit memanggil suamiku yang kufikir masih di ruang tamu.

"Abang! Abang! Abang!"

Tetap saja tanpa sahutan. Mereka tergelak melihat gelagat aku.

Aku tetap saja terus memanggil suamiku meminta pertolongan.

"Ha.. ha.. suami kau tak datang pun nak selamatkan kau!"

Dengan keras, terus terpacul dari mulutku, "Aku bukan bergantung pada suami aku, tapi aku bergantung pada Allah!"

Dan.. tiba-tiba hilang sama sekali kelibat 2 lelaki itu..
Subhanallah..

Walau singkatnya mimpi itu, kurasa punya seribu makna.
Saatnya aku terjaga dari tidur, tersemat jitu di ingatan peristiwa ini.
Satu peringatan buat diriku..

Moga aku tidak meletakkan kebergantunganku pada manusia atau apa pun selain dariMu Ya Allah..
Hanya padaMu.. Ya Allah!

Ku mohon padaMu selalu, ingatkanlah diriku bila aku lalai, dan lindungilah kami dari segala mara bahaya dan bisikan-bisikan syaitan..

Aminn Ya Rabb!