Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Sunday, July 25, 2010

Nak Keluar ke?

by the name of ALLAH

Minggu ini..
Dua tiga empat kali saya terima berita.. menyatakan perkara yang sama, tapi tak serupa. Perkhabaran mahu keluar Halaqah atas sebab yang berbeza. Kebanyakannya disebabkan memilih management lain.. walau ada juga yang keciciran kerana mengikut "mangement event"  ataupun kerana hebatnya management hawa nafsu serta taklimat nasihat percuma dari syaitan yang dilaknat Allah. Naud'zubillah.

Bagi kes-kes kerana memilih management lain..
Ada akhwat yang bertanya, "Kak.. macam mana ye nak jawab?"
"Kak.. tak tau la nak reply macam mana ni..".

Wahai adik-adikku yang disayangi kerana Allah.. Tidak kisahlah management dakwah mana pun yang kamu pilih, asalkan panduannya benar berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, niat benar kerana Allah semata-mata. InsyaAllah tidak ada salahnya.

Maka, akhwat-akhwatku mahupun adik-adikku..
Di saat kamu memilih untuk berkomitmen.. Alhamdulillah. Yang perlu dilakukan kini adalah, menunaikan tanggungjawab dan melaksanakan komitmen yang dijanjikan itu. Komitmen itu, bukanlah terhadap management sebenarnya.. Tapi, komitmen berIslam sebagai seorang yang berIman di jalan Allah.

Moga kita semua meluruskan kembali niat dan membersihkan kembali pemikiran. Saya kongsikan di sini.. warkah ringkas kes-kes yang lebih kurang, buat teladan semua.. insyaAllah.

Salam. Dengan berat hati saya nak bagitahu yang saya nak kluar dari halaqah. Saya tahu akhwat-akhwat akan kecewa dengan saya. Perkara ni memang saya dah fikir lama. Saya tahu sooner or later saya sendiri akan dikeluarkan dari halaqah kerana tidak dapat beri komitmen dan tidak menyumbang. Terima kasih ats ukhuwahfillah selama ini. Semoga Allah redha keputusan saya ini. Teruskan perjuangan anti dlm dakwah. doakan juga saya terus berdakwah walaupun bukan dalam jemaah ni lagi. uhibbukifillah.


Assalamualaikum Ukhti,

InsyaALLAH, ana hormati keputusan anti jika anti telah istikharah terlebih dahulu dan memilih kerana Allah..
Bukan membuat keputusan berdasarkan pemikiran sendiri, hawa nafsu atau bisikan syaitan yang dilaknat Allah mahupun faktor lain.

Cuma, buat pengetahuan anti.. management dakwah tidak pernah mengeluarkan seseorang kerana tidak menyumbang. Seseorang mad'u itu tidak menyumbang mungkin atas beberapa faktor.
1- tidak faham
2- tidak mahu berbuat walau telah faham
Bagi yang tidak faham, murobbilah yang bertanggungjawab memberi kefahaman. Dan, bagi yang tidak mahu berbuat.. dirinya sendiri yang tidak akan meraih pahala berjihad di jalan Allah. Management dakwah tidak akan membuang mereka yang seperti ini. Tetap akan dibawa.. tapi lambat laun, dirinya sendiri yang akan menarik diri dari halaqah kerana rasa tidak yakin atau rendah diri atau atas alasan apa sekalipun kerana sukar berkomitmen untuk Islam.

Ana kongsikan semula 3 faktor utama untuk memilih mahupun membuat keputusan, dan ana yakin ukhti telah gunakan ini untuk memilih dan menzahirkan keputusan ini:
1- Yang mendekatkan diri pada Allah
2- Yang meningkatkan iman
3- Yang membuatkan kita berubah kepada yang lebih baik
Moga semua inilah menjadi panduan utama ukhti membuat keputusan keluar dari halaqah ini. InsyaALLAH, redhaNya akan digapai.

Dan, apabila berkata tentang Redha; insyaAllah.. Allah akan sentiasa Redha pada hambaNya yang selalu melaksanakan segala perintah Allah dan RasulNya, meninggalkan larangan Allah dan RasulNya dengan keikhlasan.

Akhir kata, ingin ana kongsikan ayat ini:

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk" [3:103]

Moga kitalah hamba-hambaNya yang diberi nikmat dipilih dahulu di kala jahil, kemudian mendapat petunjuk dan diselamatkan atas Rahmat Allah dari api neraka. Moga kitalah hamba-hambaNya yang sentiasa melakukan perubahan demi perubahan serta perbaikan demi perbaikan dalam diri, keluarga, kawan sekeliling mahupun masyarakat. Itulah tandanya kita mensyukuri nikmat petunjuk yang Allah berikan pada kita. Maka ukhti, Sentiasalah menjadi hamba Allah yang bersyukur.

Sekadar menunaikan amanah akhir ana sebagai murobbiyah anti..
Terima kasih atas jasa-jasa anti yang turut menjadi perantara atas izin Allah dalam menarbiyah ana secara langsung atau tidak langsung.

Moga ukhuwah terus bersemi kerana Allah.
Ana minta maaf dan minta halalkan jika ada hak-hak anti sebagai mutarobbi ana, tidak dan belum ana tunaikan dengan baik.
Maafkanlah dan halalkan ya.

Jadi, dengan izin Allah.. ana melepaskan anti sepertimana yang anti pinta, dan melepaskan tanggungjawab ana kepada anti.
Moga sentiasa melaksanakan amal dan ibadah, hanya kerana ALLAH. Niatlah semuanya semata-mata kerana Allah.

Wallahua a'lam.
Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
Mad'u bukan seorang, Mutarabbi bukannya satu.
Maka, Yuk.. teruskan saja jalan kita!
Pastikan dakwah Ilallah terus digencarkan. JOM!! ^_^

Sunday, July 18, 2010

Pulanglah dengan Iman

by the name of ALLAH

Dalam sehari dua ni, adik akan pulang dari Amerika Syarikat.



Amat sangat berharap, adik masih seperti dulu.. malah jauh lebih baik. Moga suasana di sana tidak mengeruhkan iman, pemikiran, akhlak, mahupun jati diri sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah. Aminn.

Akak ingat lagi waktu adik nak berangkat ke AS.. Adik sedih sebab ayah tak ada di sisi. Tak apa adik.. ingatlah, Allah sentiasa di sisi. Doakanlah selalu supaya ayah tenang dan selamat di alam sana.

Maaf ya adikku Asyraf.. Cadangnya, mahu juga akak pulang sebentar ke rumah sementara kuliah masih belum bermula. Tapi, mungkin Allah tidak mengizinkan. Akak kurang sihat sikit, dan rasanya tak larat untuk drive walau ke KLIA. Walau apa pun.. pasti terkandung seribu hikmah. ^_^

Make sure, kejar balik pelajaran-pelajaran yang tertinggal dalam tempoh Summer Camp ni. Buatlah yang terbaik for your PMR. Moga adik terus maju dan terus berbuat, semuanya kerana Allah.

InsyaAllah akak sentiasa doakan yang terbaik buat adik.

Lastly, reminder.. Jangan jadi seperti Qarun yang lupa diri. Merasakan tinggi ilmunya lah yang menyebabkan hartanya melimpah-ruah.

Jadi, Asyraf.. tingginya IQ tak bermakna tingginya darjat di sisi Allah. Maka, usahalah untuk sentiasa dekat dengan Allah. Itulah yang akan menjamin kehidupan di akhirat kelak.

Wallahua'lam.

Tuesday, July 13, 2010

Dah Sya'ban ni..

by the name of ALLAH

Sya'ban.. kemudian Ramadhan.
Ramadhan = Satu bulan yang amat popular buat kita yang bergelar Muslim. Namun, sejauh mana persiapan kita dalam menempuh Ramadhan ini?

Rasulullah saw telah mempersiapkan dirinya sejak bulan Sya'ban. Tahu tak hari ni berapa haribulan dalam Islam??

Hari ini: 1 Sya'ban 1431 H

Ya.. sedar tak sedar, tinggal sebulan ni sahaja lagi sebelum kita berdepan dengan Ramadhan yang penuh Rahmat dan Keberkatan Allah. Jadi, mari kita siapkan diri kita secara praktikal mahupun mental untuk menempuh bulan Ramadhan nanti. Yuk gunakan Sya'ban ini sebaik mungkin!

Ana kongsikan di sini, antara isi-isi yang terdapat dalam bab 1 {Menyambut Ramadhan dengan Meriah} dari buku yang ana baca ya.


1) Melatih diri Berpuasa:

Usamah bin Zaid berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw, "Wahai Rasulullah, saya tidak melihat anda berpuasa di bulan-bulan lain seperti anda berpuasa di bulan Sya'ban." Rasulullah menjawab, "Sya'ban merupakan bulan di antara Rejab dan Ramadhan yang sering dilupakan manusia, padahal ia adalah bulan di mana amal-amal diangkat kepada Allah Rabbul 'Alamin. Kerana itu, aku ingin amalku diangkat kepada Allah dalam keadaan aku sedang berpuasa." (HR. Imam An-Nasa'i)

Tiga hal menyangkut puasa Sya'ban:

Pertama; Puasa nisfu Sya'ban (Pertengahan Sya'ban). Kita seharusnya tahu bahawa mengkhususkan puasa pada nisfu Sya'ban dengan anggapan lebih utama dari puasa-puasa sunnah lainnya tidak memiliki landasan dalil yang sahih. Namun, berpuasa pada hari-hari itu tetap dibolehkan seperti melaksanakan ayyamul bidh (puasa yang disunnahkan dilakukan tiga hari setiap pertengahan bulan Islam).

Kedua; Berpuasa setelah pertengahan Sya'ban. Hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah ra. yang menyebutkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda,"Apabila telah sampai pertengahan Sya'ban, tidak boleh melaksanakan puasa hingga bulan Ramadhan," dikomentarkan oleh Ibnu Rajab: "Kebanyakan ulama melemahkan hadith tersebut dan ijma para ulama menyuruh untuk tidak mengamalkan hadith itu, kerana bertentangan dengan hadith sahih yang tidak melarang banyak berpuasa di bulan Sya'ban". Wallahu a'lam.

Ketiga; Puasa pada hari syak (Ragu antara Sya'ban dan Ramadhan). Abu Hurairah meriwayatkan dari Nabi saw, "Janganlah salah seorang di antara kalian mendahului puasa Ramadhan dengan puasa satu atau dua hari sebelumnya kecuali jika telah biasa berpuasa; tidak apa-apa jika berpuasa pada hari itu." (HR. Imam Bukhari)


2) Membiasakan tilawah Al-Quran

Orang yang membiasakan diri membaca Al-Quran, insyaAllah akan dapat menjaga kebiasaanya membaca Al-Quran di bulan Ramadhan nanti. Pernah tak anda merasakan berat untuk membaca Al-Quran? Jika ya.. teruskanlah membacanya. Pasti, setelah beberapa muka anda membacanya, akan terasa mahu meneruskan tilawahnya. Kerana Al-Quran itu ubat bagi jiwa. Jika kita melawan perasaan tersebut, pada awal-awal pembacaan.. Al-Quran akan memainkan peranannya membersihkan titik-titik hitam yang kian lama melekat dan mencengkam kuat hati kita. Kemudian, barulah hati kita bersih untuk menerima cahaya petunjuk ayat-ayat Allah. InsyaAllah, jika kita sama-sama rutinkan tilawah Al-Quran mulai dari sekarang, karat-karat dan kekotoran dalam hati kita akan hilang. Jadi, di bulan Ramadhan nanti, hati kita sudah siap menerima petunjuk dan cahaya Al-Quran. Aminn..


3) Perbanyakkan Doa

"dan apabila hamba-hambaKu bertanya padamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" [Al-Baqarah,2:186]


4) Mengingat Keutamaan-keutamaan Ramadhan

5) Membuat Target Ramadhan

6) Mempelajari Fiqh Puasa dan meningkatkan Ilmu dengan Pembacaan dll


Moga kita sama-sama beroleh manfaat dengan mengaplikasikan apa yang telah dikongsikan ini. Sumber dari buku "Indahnya Ramadhan di Rumah Kita, tulisan Dr. Akram Ridha".

Yuk, bersedia dari sekarang bagi menjamin Kualiti Ramadhan yang akan kita lalui. InsyaALLAH..

Tuesday, July 6, 2010

Murobiyah Sempurna? (2)

by the name of ALLAH

Keesokan harinya..

"Ha.. Dira, kata nak bagitahu apa sebab nak tukar murobiyah.. buat-buat lupa ek."

"Takpelah kak.. Takde pape. Saya je yang banyak fikir kot."

"Bagitahu je la. Tak boleh la macam ni.. Bila dah bagitahu akak, kena habiskan bagitahu la. Akak ni jenis solusive. Tak boleh kalau dah tahu satu masalah, tak selesaikan.."

"Menyesal bagitahu akak semalam ni.."

"Hehe.. Takpelah.. dah terlepas. Tak baik menyesal macam tu.. Takpe.. akak tak kisah sebab apa pun. Masalah, patut diselesaikan. Bagitahu je.. Sebab tegas sangat ke?"

"Bukan.. tu saya tak kisah sangat. Tegas tu memang perlu dalam mendidik seorang anak halaqah. Kalau tak, susahlah. Komitmen pun sukar dibentuk. Hmm.. Takpelah kak. Saya tak jadi la.."

"Ala, bagitahu je.."

"Hmm..tak reti la nak terangkan macam mana kak.. Tapi, mungkin sebab saya risau kewibawaan murobiyah saya terjejas. Ye la.. bila dah duduk bersama sebilik, baru kenal perangai sebenar."

Saya menangkap apa yang cuba disampaikan..

"Jadi, sebab sikap?"

"Susahnya nak cakap.. Tapi, lebih kurang macam tu la. Ye la, sikap."

Saya cuba membuka ruang..

"Pagi tadi kan.. macam mana kalau kita sama-sama tak bangun tahajud ye? Siapa yang patut disalahkan agak-agaknya?"

"Diri sendiri la" Terus sahaja Dira menjawab.

"Ha, betul.. Takkan sebab akak lagi senior, nak salahkan akak pula kan. Maaana boleh macam tu. Dan, takkan nak salahkan anti sorang pulak, sebab mas'ul minggu ni. Jadi, yang patut disalahkan adalah diri sendiri, masing-masing. Macam tu juga dengan kondisi anti duduk bersama murobiyah. Sedarlah bahawa setiap manusia punya kekurangan. Walau dia senior, walau dia murobiyah atau apa-apa je. Pasti ada sisi-sisi kelemahan atau kelalaian yang akan kita nampak. Kita patut cuba sama-sama perbaiki."

Dira mengangguk.

"Cuba bayangkan, anti ada suami. Tapi, rupanya suami anti bukanlah sempurna seperti yang anti sangkakan. Kadang-kadang kepenatan, ada la bangun lambat. Ada la salah silap sana-sini. Jadi, takkanlah kita nak tukar suami pulak kan? Jadi, begitulah.. Masalah ni takkan selesai dengan menukar murobiyah. Bila dapat murobiyah baru, mungkin saja ada sisi kelemahan lain pula yang kita nampak. Jadi.. sampai bila pun kita akan selalu rasa nak tukar murobiyah sebab takut kewibawaan murobiyah tu terjejas."

"Hmm.. betul la. Saya ni je yang melankolik sangat kot."

"Hehe.. Jadi, solusinya; dua-dua pihak patut berubah kepada yang lebih baik. Sikap kita sebagai seorang individu muslim, contohi akhlak baginda. Sukakan kebersihan, jauhi malas, sungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu dan banyak lagilah. Bila nampak murobiyah kita tersilap, tegurlah dengan cara berhemah. Dalam masa yang sama, kita cuba jadi murobiyah yang success kepada anak halaqah kita. Ok?"

Dira tersenyum. "InsyaALLAH kak. Murobiyah sempurna sesuatu yang mustahil. Tapi, murobiyah success, insyaALLAH."

Monday, July 5, 2010

Murobiyah Sempurna? (1)

by the name of ALLAH

Sedang kami makan bersama di suatu hari yang indah.

“Kak, boleh ke kalau nak tukar murobiyah?”

Terkedu saya seketika. Walau dia bukanlah anak halaqah saya.. Dalam hati tertanya-tanya, apa yang murobiyahnya lakukan sehingga soalan ini meluncur keluar dari mulutnya? Namun, saya tenangkan diri dan bertanya kembali;

“Maksudnya.. anti nak tukar halaqah ke? atau nak halaqah yang sama, tapi murobiyah yang lain?”

“Eh, mana ada ahli halaqah lain pun.. saya nak masuk macam mana. Nak halaqah yang sama, tapi murobiyah yang lain.”

“Ooo.. Kenapa ya?  Kenapa anti tak nak murobiyah yang sekarang? If nak tukar murobiyah, anti nak siapa? Mana ada dah murobiyah lain.”

Suasana sepi sejenak.

“Ada... Akak kan ada. Kak Lana pun ada.”

Masih meluap rasa ingin tahu saya pada pernyataannya awal tadi. Saya terus bertanya lagi;

“Eh, akak tak boleh.. akak garang. Alaa.. Kenapa Dira? Beritahulah sebabnya..”

“Tak.. akak OK. Hm.. takpelah kak, nanti kita sambung. Kita habiskan makan ni dulu. Nanti lambat pulak kita solat.”

Saya terima alasannya. Tapi, tetap akan saya cungkil apa sebabnya..

 “Ok lah.. Nanti bagitahu ye..”


Keesokan harinya...



Bersambung...