Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Tuesday, March 23, 2010

Pengiraan Luar Biasa

by the name of ALLAH

Semalam.. dalam kelas Malaysian Studies, lecturer ada menyatakan tentang kes buang bayi.
Statistik agak menakutkan. Dikatakan; setiap hari.. 14 bayi luar nikah akan dihantar ke Hospital Bainun di Ipoh. Ini, 'per day', dan ini, 'per hospital'. 14 unlegitimate baby/day!!

Ok.. hari ni kita cuba congak pula. Asyik membaca je kan..Cuba kira-kira;

>> Berapakah bilangannya jika ditambah dengan bilangan bayi yang dihantar ke hospital-hospital lain sekitar ipoh pula? hmm.. agak-agak untuk sehari je dulu. Berapa??
>> Berapa pula yang dihantar ke Hospital sekitar Manjung, Lumut, Kampar, Bidor, Slim River dan kawasan-kawasan lain sekitar Perak?.
>> Berapa pula untuk hospital-hospital negeri lain? Pahang, Johor, Kedah etc
>> KL?

Wallahua'lam. Itupun, belum lagi kita tambah dengan bilangan yang digugurkan, yang dibakar, yang dicampak, yang dimakan anjing, dan sebagainya.

Ya..Ramai yang memang dah tak takut dengan azab ALLAH. Dah tak tahu, Zina ni HARAM. Zina merata-rata, anak dicampak di mana-mana. Kalau nak kira statistik ZINA pulak macam mana ya? Tadi, dikira mengikut bilangan bayi.. bagaimana pula nak kira, zina yang tak melahirkan bayi pula?? Pasti dasyat bilangnnya.Confirm bilangannya seperti bilangan statistik orang yang datang ke cafe membeli makanan, seperti statistik orang yang datang isi minyak kereta di petrol-petrol station kan??.

Dan, pagi yang sejuk dengan hujan yang agak lebat ni.. membolehkan saya merasai sedikit kesejukan bayi yang ditinggalkan menggigil dalam berita hari ini. Bayangkanlah.. kita berada dalam bilik, hujan pun tak kena. Tapi, still boleh rasa sejuk. Kipas pun kena slowkan. Bayi yang ditinggalkan ni.. ditinggalkan dekat semak kawasan pembuangan sampah, bumbung tak ada... busuk je ada. Dan, kasihan bayi ini.. termasuk la dalam statistik 14 unlegitimate baby per day tu.
Bayi menggigil
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
am@hmetro.com.my
2010/03/22

IPOH: Menyedihkan apabila seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan menggigil kesejukan ketika hujan lebat selepas ditinggalkan dekat kawasan pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh, di sini, petang kelmarin.

Bayi perempuan seberat 2.8 kilogram cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya masih bertali pusat ditinggalkan dalam semak di belakang sebuah pasar raya besar, di sini.

Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, bayi itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 5.30 petang.

“Bayi ini dipercayai baru dilahirkan dan ketika dijumpai berada dalam keadaan pucat dan menggigil kesejukan kerana ditinggalkan dalam hujan lebat.
 
“Bayi ini juga ditemui dalam keadaan lemah akibat ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama sehingga tidak mampu menangis,” katanya.

Katanya, bayi malang itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan untuk rawatan sebelum tindakan lanjut diambil.

Bayi itu dilihat mengalami luka dan calar di muka dan kepalanya mungkin akibat dihurung semut.

Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPB, Dr Rahimi Goon berkata, bayi itu dihantar ke hospital berkenaan kira-kira jam 8 malam.

“Pemeriksaan mendapati bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan dan kini ditempatkan di wad,” katanya selepas melawat bayi berkenaan bersama Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad.
So... apa tindakan kita ya?? Cuba cari-cari dan alert, mungkin ada lagi bayi-bayi yang ditinggalkan tepi tong sampah, kat tandas, bawa ke hospital berdekatan. Haha.. kalau inilah yang kita lakukan... Ya, bagus.. bolehlah meningkatkan lagi statistik bayi yang dihantar ke hospital di Ipoh ini, dari 14 per day kepada 140 per day. Naud'zubillah. Semuanya kerana AKIDAH yang lemah.

Sebenarnya.. apa yang perlu kita lakukan sebelum keadaan menjadi maximum parah adalah, perbaiki diri kita dan rakan-rakan di sekeliling kita termasuklah family kita. Cuba perbanyakkan bahan bacaan, sedarkan diri sendiri tentang masalah umat yang semakin menjadi-jadi ini dengan iman dan takwa. Dan sebar-sebarkanlah.

Paling minimum, hadirkanlah diri di dalam majlis-majlis ilmu supaya kita tahu, mana sisi-sisi jahiliyah dalam diri kita yang perlu kita perbaiki sebelum kita sendiri terjebak dalam suasana masyarakat yang kian hancur ini. Jangan kedekut dengan masa 24 jam yang ALLAH berikan pada kita. Masa adalah salah satu harta yang kita miliki. Spend it wisely.

"Barang siapa kikir, maka sesungguhnya dia kikir terhadap diri sendiri.
Dan ALLAH lah Yang Maha Kaya, dan kamulah yang memerlukan (kurniaanNYA).."
[Surah Muhammad,47 ayat 38]

Moga kita sama-sama refleks diri, perbaiki diri dan akidah agar generasi yang lahir akan datang.. hidup dalam iman dan takwa pada ALLAH. InsyaALLAH.

Melangkahlah ke arah yang lebih baik!

6 comments:

  1. bila banyak mak bapak sudah meminggirkan pernana pernikahan apabila mengutamakan berkawan dahulu ketika belajar dan awal2 bekerja...ia jadi salah satu faktor utama menyumbang kepada perzinaan..

    kepada mak bapak, ubahlah persepsi anda.. nikahkan anak anda ketika umurnya sudah mencecah 20-an..

    ReplyDelete
  2. to imammuda:

    ia.. benar sekali apa yang dikatakan.

    Malah, anak-anak di bangku sekolah juga sejak awal lagi mesti dididik dengan AKIDAH yang BENAR.

    Sebab, tidak saya sebutkan di dalam entry ini {seperti yang dikatakan lecturer saya} penyumbang utama kepada 14 baby/day di Hospital ini adalah adolescene (berumur 15 tahun ke bawah). Dasyat kan?

    Dan, memandangkan jarang agak-agaknya mak bapak yang membaca blog. Lagi-lagi.. blog saya ni, saya mewakili mereka, ^_^;

    wakil pihak mak bapak:
    insyaALLAH. Terima kasih atas pesanannya. Tapi, banyak juga anak-anak pulak yang problem, nak kerja dulu.. nak enjoy life.. tak nak nikah awal.

    ReplyDelete
  3. "Sebab, tidak saya sebutkan di dalam entry ini {seperti yang dikatakan lecturer saya} penyumbang utama kepada 14 baby/day di Hospital ini adalah adolescene (berumur 15 tahun ke bawah). Dasyat kan?",

    asif, ana kurang jelas kenyataan ini, adakah ini bermakna ramai yg berumur 15 tahun ke bawah sudah berzina?

    ReplyDelete
  4. Iya.. tepat sekali.

    Dan mengikut keterangan lecturer ana lg.. tapi ana masih blm berjaya jumpa research paper trsebut..

    tahun 1999, Dr Syed Azman dr UM ada buat survey ttg seks bagi adolescene. Survey dibuat trhadap 200 org pelajar sekitar KL. dari 100 org pelajar perempuan adolescene trsebut, 85 orang menyatakan pernah melakukan seks. yg lelaki, tak tahu pula brapa.

    Dan, klw perasan.. tu tahun 1999. klw 2010 pula? mesti lagi haru kan? wallahua'lam.

    berat amanah kita sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. apa akan jadi nih kalo dh tahap mcm ni? ana risau juga kalau2 Allah murka dgn kita semua. risau..risau..

    ReplyDelete
  6. To FRESHIE:

    Jadinya.. dakwah kita kenalah konsisten dan istimrar. Walau nampak macam lambat dan jauh, teruskan. InsyaALLAH umat ini akan terbaiki sedikit demi sedikit dengan izin ALLAh.

    As conclusion, Dakwah kita kena lebih gencar. gencar..gencar.. ^_^

    ReplyDelete

Ada benarnya: