Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Thursday, March 4, 2010

Tertarik, Menarik.

by the name of ALLAH

Subhanallah.. sedar tak sedar, kini kita sudah berada dalam bulan ke-3 tahun ini. March, 2010. Rabiu'l Awal 1431H. Masa yang berlalu terasa amat pantas. Hanya lebih kurang 3 bulan sahaja lagi untuk kita berada di semester ini. Seperti kata Hassan al-Banna dalam buku "Ceramah Jumaat Hassan Al-Banna", MASA adalah KEHIDUPAN.

Kenapa? Kerana..time is priceless. Masa jauh lebih bernilai dari wang ringgit atau emas. Emas boleh-boleh saja dijual beli. Tapi, kehidupan.. kita tidakkan mampu untuk membelinya. Bukan kerana terlalu mahal, kerana ianya tidak dijual. Kita takkan mampu untuk kembali kepada masa yang telah lepas. Walaupun seminit yang lalu, mampukah anda untuk kembali kepada kehidupan seminit yang lepas itu? Sudah pasti tidak kan? Mesin masa? Oh.. cubalah jika anda mampu.

Moga masa yang masih berbaki semester ini, kita gunakan sebaik mungkin dalam membina dan berusaha membersihkan sisi-sisi jahiliyah dalam diri kita, keluarga dan para sahabat sekeliling kita khususnya.

Saya tertarik untuk berkongsi apa yang saya baca di dalam buku "Menjadi Murabbiyah Sukses" karya Cahyadi Takariawan dan Ida Nur Laila. Dalam kita cuba menimbulkan ketertarikan dalam tarbiyah ini, mungkin kadangkala ada perkara-perkara yang kita terlepas pandang atau masih belum mencapai mutu 'terbaik'. Jadi, saya kongsikan point-point penting dari bab "Bagaimana menimbulkan ketertarikan".

Eh, bukan nak 'menarik' apa tau.. Hendak menarik kawan dan sahabat kita, jiran kita, dan mungkin adik-adik kita ke arah kebaikan yang lebih baik. Ke dalam tarbiyah dan mendekatkan diri pada ALLAH. InsyaALLAH.

Antara cara-cara bagaimana menimbulkan ketertarikan ialah:

1--Keihklasan anda
Saya teringat, bagaimana saya boleh memakai tudung labuh. Jarang benar rasanya saya berkongsi kisah ini. Pernah, suatu hari.. ketika saya berjalan pulang dari kelas, saya terlihat sesusuk tubuh dengan berbaju kurung dan bertudung labuh berjalan ke arah village 2. Tika itu, saya menuju ke village 4. Dan, di saat dan detik itu.. mungkin kerana keikhlasannya berpakaian kerana ALLAH.. Alhamdulillah, terdetik dalam diri saya untuk merubah pemakaian. Dari bertudung dengan tudung yang biasa, tetapi agak jarang, kepada sekarang ini. Dan, syukur, saya rasa lebih selesa. Memang pelik.. hanya dengan 'terlihat', mampu merubah seseorang. Ya.. itulah kehebatan KEIKHLASAN.

2--Penampilan anda
Pelajaran dari Hadith ke-2 imam Nawawi, tentang Iman, Islam dan Ihsan. Profil murobiyah ideal juga ada dinyatakan. Lihatlah contoh dari malaikat Jibril yang datang; Pakaiannya sangat putih bersih, rambutnya sangat hitam, tidak nampak tanda-tanda bermusafir. Ya.. ini yang patut kita contohi. Paling minima, kemas dan bersih.

3--Bahasa komunikasi anda
Kurang OK: Wah.. sibuk betul adik ni. Baru semester satu pun dah sibuk macam ni. Apa lah yang nak dicari?
Yang OK: Subhanallah, adik nampak sibuk ya, hari ni. Semoga hari adik dilimpahi keberhasilan dan rahmat ALLAH.

4--Perhatian anda
Tambahkan perhatian anda pada yang lain. Banyak caranya.. Message, YM, Gtalk, ziarah ke bilik, dan sebagainya. Dan prihatin terhadap masalah dan kemusykilan yang lain. Moga ukhuwah yang bertaut tetap bersemi dengan cemerlang.

5--Keramahan dan kehangatan anda
Kita yang seharusnya memulakan sapaan terlebih dahulu. Tika berjabat tangan, hulurlah dengan penuh ramah dan perasaan sayang. Tonjolkan keramahan dan kehangatan anda, dengan cara anda sendiri. Apa macam? boleh kah?

6--Keilmuan anda
Ya.. sudah pasti.. banyakkan menuntut ilmu dan membaca.

7--Posisi anda
Bukan hanya pangkat, tapi.. tunjukkanlah posisi baik anda dengan jujur. Dan, perlu sentiasa ingat.. jaga posisi anda sebagai seorang dai'e. Jangan biarkan orang sekeliling memfitnah dai'e kerana salah dan silap kita seorang. Kena jaga posisi tau..

8--Senyum anda
Mudah aja. ^_^ Senyum Sokmo!!

Ok.. itu sahaja buat kali ini. Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama-sama.
Yuk.. perbaharui langkah-langkah kita ke arah yang lebih baik dan Terbaik!!

5 comments:

  1. wah wah..tertarik menarik ye? ana pun dh terinsipirasi dgn buku tu. Lalu terhasillah satu karya. Memandangkan belum habis baca, jadi baru terinspirasi sikit, hehe. karya lebih kurang--> http://testi.iluvislam.com/1167-mereka-mendoakan-kita/

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, bagus-bagus. Bila freshie terinspirasi ni, boleh la berpeluang dapat melihat hasil-hasil yang menarik ni.

    Dan, moga inspirasi-inspirasi inilah yang akan terus memantap dan membooster freshie untuk terus menyampaikan risalah ALLAH, membina para dai'eyah nun di Puncak Alam tu.

    ReplyDelete
  3. ya..dai'eyah2 yg tak cilik di situ..huhu ameen ya Rabb, kabulkan doa analytical_blue (panjang tol nk taip name budak ni) ^^

    ReplyDelete
  4. eh, nape pulak tak cilik.. X semuanya tak cilik. Kalau tak, takkanla freshie yang cilik dan licik ni boleh terjebak masuk situ. Ye tak?

    Adik ana tu.. kalau nak kata tak cilik, cilik gak la. Die budak PTS tu.. Result SPM pun ok je. Cuma dia yang beriya nak ambil nursing tu. Tapi, kalau rasa dia tak cilik pun, licik pun ok apa untuk ditarbiyah. hehe.

    ReplyDelete
  5. yes. adikmu mmg best. kalaulah budak2 tu licik, ana kne berganda2 licik berbanding mereka. oh analytical blue dah bagi idea baru!

    ReplyDelete

Ada benarnya: