by the name of ALLAH
Khamis
"Nanti balik buat halaqah ye..Ibu nak ajak budak-budak kat sini."
"InsyaAllah, OK Bu."
................................................................................
Jumaat
Menyelesaikan urusan-urusan di Specialist dan sebagainya di Bandar Kuantan.
Ambil adik dari asrama.
Setup untuk halaqah UMP.
"Ain, jangan tidur lewat. Halaqah esok pukul 9 pagi tau."
"Hee.. Ok. ok.", saya hanya tersengih melihat ibu yang bersungguh-sungguh mahu Halaqah dibuat di rumah. ^_^
................................................................................
Sabtu
Selesai halaqah pagi itu..
"Ibu dah ajak dah semua budak-budak kat sini sebenarnya. Lina, Mira etc.. Tapi tu je yang nak datang."
"Oh, ye ke? Takpelah Bu.. Yang datang ni pun dah bagus. Memang tak semua orang nak bila diajak kepada kebaikan. Arina, bagus dia tu. Form 1, tapi dah bangun tahajud. Sampai ada orang dengki ibu tau..", saya menukar tajuk perbualan. Ya, memang saya tahu, agak sedih sebenarnya bila perkara kebaikan yang dirancang, kurang mendapat sambutan.
"Ha ah. Ye. Biasa la. Arina tu.. orang dengki macam mana pulak?"
"Tadi, waktu halaqah dia cerita.. Kat asrama dia. Dia bangunlah tahajud dalam pukul 5"
"Ha, betul la tu. Memang sesuailah tahajud waktu tu. Apa masalahnya?"
"Jap la Bu.. nak cerita ni.. Dia bangun tu.. solatlah tahajud 2 rakaat. Tapi, ada kawan dia nampak, pegi mengadu kat senior. Kawan dia cakap, entah dia solat ape. Subuh ke ape. Lepas tu, dia kena panggil. Senior tu tanya, dia solat ape? Dia pun jawab je lah Solat Tahajud. Tapi, senior tu jawab kan.. Mana boleh! Kalau nak tahajud, kena sekali dengan solat taubat, hajat dan lain-lain. Haha.. "
"Lah.. tak betul la tu budak yang tegur dia. Tak belajar. Lepas tu? kamu jawab apa kat Arina?"
"Owh, Ain jawab je lah.. Biasa la tu, setiap kita nak berbuat kebaikan, pasti ada orang akan dengki. Dan Ain share ayat, setiap yang beriman pasti akan diuji. Dalam surah al-Ankabut tu. Pastu, suruh dia teruskan je."
Beginilah situasi pagi itu.. Alhamdulillah, tak sangka ibu berbuat seperti ini.. Mengajak anak-anak jiran datang ke rumah untuk berhalaqah. Saya sangkakan, yang diajak memang seorang dua ni. Tapi, rupanya sudah diajak semua yang di sekeliling. Walau yang datang ke halaqah hanya 2 orang. Dan, kedua-duanya Form 1, tapi saya bersyukur kerana apa yang saya cuba sampaikan selama ini kepada ibu saya, berhasil: Pentingnya Tarbiyah dan Halaqah. Alhamdulillah.
Teringat saya pada beberapa pihak. Bagaimana boleh menyatakan, Halaqah ini memilih mereka yang baik-baik saja? Ibu saya sendiri boleh faham.. Kenapa yang sudah membawa dakwah bertahun-tahun tetapi masih sukar untuk faham? Pastilah tidak semua yang akan hadir walau diajak kepada kebaikan. Bukan masalah ibu saya yang memilih mana satu anak jiran yang baik, baru akan diajak. Tapi, diajak saja semua. Cuma hasilnya.. Allah lah yang menentukan. Kita berusaha, tapi Allah yang menetapkan.
Pastilah yang datang, yang mahukan kebaikan. Emak yang menghantar anaknya ke rumah saya, pastilah mahukan yang terbaik untuk anaknya. Tapi, tak semua orang begini bukan?
Jadi, fikir-fikirkanlah.. Halaqah kah yang memilih, atau manusia sendiri yang memilih untuk Halaqah??