Seorang akhwat yang nun di Johor memberi resepi ini pada saya. ^_^ Jazakillah ukhti shinju. Selama ni saya sekadar makan. Bila dapat saja emel resepi ini, terus saya buat. Memang mudah dan sedap. Selamat mencuba!
KEK BATIK (gambar contoh, dapat dr
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Marjerin setengah buttercup (tapi guna marjerin pelangi la sebab buttercup boikot)
- Susu pekat manis (beli jenama biasa-biasa, pastikan BUKAN F&N atau yang diboikot)
- Serbuk coklat seperti vico, radix koko, serbuk koko Vanhouten etc (note: Milo boikot )
- Biskut marie
- Air
Cara-cara buat:
- Cairkan majerin dalam kuali yang api sederhana
- Lepas dah cair, masukkan serbuk coklat lebih kurang 5 sudu besar
- Kacau rata serbuk koko dengan larutan marjerin tu
- Masukkan susu secukup rasa, lebih kurang 5-10 sudu.
- Masukkan air sikit lebih kurang 100ml
- Kacau adunan sampai rata dan pekat sikit.
- Masukkan biskut marie yg dah di patah-patah kan
- Gaul hingga rata.
- Bila dah rata keluarkan, masukkan dalam mangkuk dan tekan sampai mendak
- Tunggu sejuk dan kemudian potong
- Makan. ^_^
Anda.. Cubalah pula!
Wallahua'lam
ana suka kek batik. tapi tak suka buat.. hehe.. so, ukhti, bleh la pos kan.
ReplyDeleteSalam. pos2 tak boleh.
ReplyDeleteIf nak, meh datang Kuantan. Boleh ana buatkan. Huhuhu..
jauhnye kuantan...hehe...excited ana tgk tajuk post ant kat blog ana..neway, tahniah3....!
ReplyDeletebuatkan ~ hehe.
ReplyDeletesedapnya.....
ReplyDeleteI_T
tq aida. nnt nk try buat :)
ReplyDeletesuke suke.. nak nak .. tlg buat leh ekekeekk
ReplyDelete