Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Saturday, September 17, 2011

Red Velvet Cake

by the name of ALLAH

Alhamdulillah, sudah berakhir final exam kelmarin. ^_^
Hari ini, saya dan 2 orang lagi akhwat bersama-sama pergi ke kelas yang agak special, lain dari dunia engineering. Buat pertama kali saya berada di dalam kelas yang menggunakan mixer, dan alatan-alatan membuat kek. Selama ni, selalu bergelumang dengan kelas yang di dalamnya hanya buku, pen, kertas, slide etc. Dan, sememangnya saya sudah lama tidak membuat kek. Dulu je.. waktu masih bujang. Ohh..

So.. di sini saya kongsikan salah satu resepi kek yang kami buat. Ya.. kek Red Velvet yang jarang nak jumpa di kedai.

Red Velvet yang sedapp

Note: Sila abaikan decoration di atas cake yang serabut kerana kami budak baru belajar. Bukan icing ye merah hijau tu.. tu, cream cheese sebab tu macam cair-cair saja.. Yang pentingnya, sedapp.


Resepi Red Velvet Cake.

Bahan-bahan:

Kek:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam halus
2 sudu besar serbuk koko (van houtan boleh, yang penting tak boikot)
1/2 cawan butter
1 1/2 cawan gula prai
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu segar (make sure yang tak boikot ye)
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar pewarna merah

Topping Cream Cheese:
250 gram cream cheese
120 gram butter
120 gram gula icing
1 sudu kecil lemon jus (if tak ada, boleh ganti dengan 1 sudu kecil esen vanila)


Cara-cara:

Kek:
1. Ayak serbuk koko, garam halus, tepung gandum. Ke tepikan.
2. Pukul butter hingga lembut (sampai macam warna-warna krim). Masukkan gula ke dalam butter tadi sehingga adunan ringan. Masukkan pula telur satu per satu dan esen vanila. Pukul kesemuanya hingga sebati.
3. Ke dalam adunan tadi, masukkan susu secara berselang-seli dengan bahan yang diayak tadi (bahan step 1) dan pewarna merah. Pukul sebati.
4. Campurkan cuka dengan baking powder dalam sebuah cawan sehingga berbuih, kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
5. Sediakan loyang (7-8 inch diameter). Ingat, grease dulu loyang dengan merjerin dan alaskan dengan kertas minyak. Kemudian, boleh masukkan adunan yang siap tadi.
6. bakar dalam suhu 170 degree C selama 60 minit. Bergantung kepada oven masing-masing.

Topping:
1. Pukul cream cheese dengan butter hingga lembut dan gebu.
2. Masukkan jus lemon atau esen vanila. Kacau sebati.
3. Asing kepada 3 bahagian kemudian letakkan pewarna pada 2 bahagian (ikut suka: 1-untuk layer kek, 2-decoration warna merah, 3-decoration warna hijau)
3. Bila kek sejuk, potong kek kepada 3 layer.
4. Susun kek secara berselang-seli dengan cream cheese.
5. Hiaskan kek dengan topping cream cheese yang telah diletakkan pewarna tadi.


Ha, dah Siap! Boleh makan dah.. If nak lebih sedap, letakkan dalam peti sejuk dulu.. ^_^

Selamat mencuba! Lebih-lebih lagi buat akhwat-akhwat yang sedang bercuti tu ye. Ni salah satu dakwah family tau. (Ikhwah pun, amat digalakkan untuk mencuba). Gender will not differentiate you to make something special for your family.

All the best!

6 comments:

  1. salaam. guna cream cheese jenama apa?

    ReplyDelete
  2. Selalunya kat pasaran yg boleh kita jumpa, 2 jenis:

    Philadelphia (entah betul tak eja ntah). Tapi, yg ni mahal. selalu 250gram tu je harga belas2. Yang kami buat ni, dan lebih dipercayai, jenama Tatura. Sama berat tapi jauh lebih murah, dalam 7 ringgit tak silapnye. Rasanya, insya-Allah, ok, sedap je.

    ReplyDelete
  3. hai k.diba.philadelphia bukan nama ibu kota ke?huhu.x silap dalam cerita barbie, hehehehehe.abaikan.macam sedap, meh buat kek pada 30 / 10/11.

    ReplyDelete
  4. ye la kotnye siswi. org2 ibu kota tu buat. huhu..

    Ade lagi 1 kek, moist chocolate cake. Lebih simple. Insya-Allah nanti akak sharekan ye. Bolehlah buat juga. Then pos kat akak. hehe.

    Nape buat 30/10/11 ? ade ape2 ke?

    ReplyDelete
  5. 30/10 tu bsday dia... hehe

    ReplyDelete

Ada benarnya: