Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Wednesday, April 21, 2010

Berkorbanlah apa sahaja..

by the name of ALLAH

Kalau tak mampu.. cuba mampukan
Kalau tak mahu.. cuba mahukan
Kalau rasa tak sanggup.. cuba sanggupkan
Kalau rasa tak perlu..
maka, tak perlulah berada di jalan dakwah ini!!

Dalam Dakwah Kerana ALLAH.. pengorbanan adalah suatu perkara yang amat penting. Ya, BERKORBAN. Yang mesti, mahu atau tidak, seorang daie lakukan. Kerana.. jika kita seorang daie, maka kita adalah hak Dakwah.

Jangan sesekali merasakan hidup saya adalah untuk diri saya, harta saya untuk diri saya, masa saya untuk diri saya, maka kesenangan yang ada di sekeliling saya adalah untuk diri saya. ALLAH yang berikannya pada saya. Itu semua hak saya. OH, TIDAK sama sekali!!

Bila kita menyatakan diri kita sebagai seorang daie, maka kita adalah hak ALLAH, kesenangan di sekeliling kita adalah pinjaman ALLAH bagi kita, dan ianya adalah hak guna pakai dalam Dakwah ini.
Kalau kita kedekut atau kikir, sebenarnya kita kikir terhadap diri sendiri. Masakan tidak, cubalah bayangkan.. kita ambil satu contoh. ALLAH memurahkan rezeki Abdurrahman Bin Auf. Kekayaannya tak terkira, Sampaikan, para sahabat lain menyatakan, Abdurrahman Bin Auf ini.. jika diangkatnya sebuah batu, maka dijumpai emas di bawahnya. Begitulah.. nak dinyatakan, betapa murahnya rezeki Abdurrahman Bin Auf. Tapi, pernah tak anda dengar?? beliau ada rumah mewah, unta yang dihias indah, pakaiannya mahal-mahal, Makanannya enak-enak??? Pernah kah? Pastilah tidak! Kerana kekayaannya dan kemurahan rezekinya digunakan sebaiknya di jalan ALLAH. Infak menjadi kebiasaannya.

Jadi, apakah kita yang baru ada sebuah kereta, atau motor, atau sebuah basikal pun.. Rasa kedekut bila ada akhwat yang membutuhkannya? Mungkin perlu ke Liqo' atau ke Syuro. Maka, di sinilah sebenarnya peluang untuk kita turut meraih pahala atas pinjaman ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cuba uji diri sendiri dengan case study ini;

Anda ada sebuah kereta. Satu hari di hujung semester, anda ada final exam subject Math. Exam pukul 2 petang. Anda telah berjanji dengan kawan sekelas untuk ke dewan exam bersama nanti. Sekarang, jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Hujan turun agak lebat sepertinya tidak mahu berhenti. Tiba-tiba, seorang akhwat call;

"Assalamualaikum. Anti, boleh tak nak pinjam kereta sekarang? Kami dah cuba cari transport lain, tapi tak dapat. Ada Liqo' urgent kami perlu hadiri."
"Habis pukul berapa?"
"Mungkin paling awal, lepas asar, dalam pukul 5 petang"

"??" Jadi.. apakah jawapan anda????

Adakah anda sanggup untuk memberi akhwat tersebut meminjam kereta anda, sedangkan anda terpaksa berjalan kaki nanti ke dewan exam yang agak jauh dari asrama anda? Dan, anda telahpun berjanji dengan kawan anda. Plus, jika berjalan.. sudah pasti anda perlu keluar awal dan berbasah-basahan dengan hujan yang tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Dan, jawab exam, mungkin dalam keadaan yang agak sejuk, dengan air-cond dan air hujan yang membasahi baju anda??

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika, sebagai seorang daie, seorang hamba ALLAH yang diberi pinjaman sebentar di dunia ini ragu-ragu dan terselit rasa kikir, sukar untuk berkorban kerana akhwat lain, kerana Dakwah ini.. Maka.. pasti, daie ini tidak akan mampu untuk terus melangkah apatah lagi melangkah jauh di jalan dakwah ini.

Jadi, cubalah didik diri kita kesanggupan untuk berkorban demi akhwat lain. Jika kawan kita, paling last pun dia akan kata.. "Oh, takpa-takpa". Kalau kita dah tumpangkan naik kereta sekali, paling last pun dia akan kata.. "Oh, terima kasih". Tapi, kemungkinan untuk dia sama berjuang dan berdakwah amat tipis bukan?

Kalau kita bantu akhwat, berkorban demi akhwat, satu hari kita susah.. pasti akhwat akan ada di sisi. Jika kita bantu dan pinjamkan kereta, kita akan dapat ucapan terima kasih yang sama seperti yang diberikan rakan kita tadi. Tapi, lainnya.. kita dapat sekali ganjaran pahalanya ke arah kebaikan kerana menggunakan kereta kita untuk tujuan Dakwah.

Dalam kes seperti di atas.. jika masih rasa tidak sanggup untuk berkorban. Just say 'Selamat Tinggal Dakwah'. Dakwah yang berkualiti tak memerlukan daie yang tidak berkualiti. Biarpun sedikit, Tapi.. kualiti tetap nombor 1.

Jika harta sahaja tidak mampu untuk dikorbankan, jauh lebih susahlah sebenarnya untuk berkorban jiwa, perasaan dan sebagainya. Bagaimana pula nak mengorbankan waktu cuti bersenang-lenang di rumah, untuk ke program mahupun Halaqah jika kita masih seperti ini. Selalu beralasan dan terus beralasan. Bagaimana pula jika Dakwah ini memerlukan pengorbanan yang lebih lagi nanti? Mahukah kita tergolong dalam golongan munafik yang selalu beralasan?

Jadi, dari sekarang...Didiklah dirimu untuk sentiasa berkorban, berjihad.. Harta dan Jiwa kerana ALLAH.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada ALLAH dan RasulNYA dan berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu. Itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui [61:10-11]


Bye-bye.... kepada yang tidak mahu menjadi daie berkualiti.. ^_^
Jika kamu rasa berat lakukan untuk Dakwah, maka Dakwah boleh jadi berat untuk kamu. Maka.. good bye to you.


6 comments:

  1. Benar sekali...
    Berkorban...mudah disebut dan diulang-ulang..
    Berbuat sekali sekala mungkin mudah...
    Tetapi berbuat berulang-ulang menuntut kesabaran dan keikhlasan yang kukuh dan jitu..

    Bid farewell to those who weren't tough enough..
    Because if you already have the understanding, no matter what it cause, you'll definitely do it!

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang menarik.

    Ingatlah bahawa hanya Allah yang berhak menilai hamba2Nya. Jangan merasa diri lebih baik maupun berkualiti dr org lain. Sentiasalah bersangka baik pada sesiapa pun. Kita tidak tahu pun amal yg kt buat selama ini diterima Allah atau tidak, maka merasalah amal kt sgt sikit berbanding org lain.

    ReplyDelete
  3. i don't want dakwah saying goodbye to me. don'ttttt..i don't want thaaatt!!!

    ReplyDelete
  4. Salam. ^_^

    To umairzulkefli: Yup.. pengorbanan perlukan kekuatan jiwa, dan kekuatan jiwa boleh wujud hasil dari pengorbanan yang berterusan dan berulang-ulang.

    To zikr: Bye-bye syaitan o/

    To Anonymous: InsyaALLAH. Jazakillah atas peringatannya. Benar sekali apa yang dikatakan.

    To FRESHIE: i don't want that too.. So, let us catch, grab ang hold it tightly. Yuk!!

    ReplyDelete
  5. Ya, jika pengorbanan itu mudah, maka orang banyak akan melakukannya. Namun, ia bukanlah semudah spt yg diucapkan dgn kata-kata, tidak semuadah yg difikirkan dengan akal dan yang diangan-angankan dalam benak.

    Namun, bagi yg benar-benar, jika tidak dikumandangkan ke khalayak juga pasti akan dikerjakan jua. Kerana kebenaran itu bukan terletak pada kata2, namun terletak pada hati yg ikhlas dan tidak takut kepada akibat yang bakal menimpanya.

    Jadi, didiklah hati kita untuk berkorban, kerana akan tiba masanya, akan ditagih segala kata-kata yang pernah kita lantunkan kepada dunia....

    ReplyDelete

Ada benarnya: