by the name of ALLAH
Kelmarin, dalam perjalanan ke kelas, saya terserempak dengan seseorang.
Dari jauh, saya tersenyum padanya. Kerana memang itulah yang berlaku setiap kali pertemuan kami.
Tapi, sedetik kemudian, saya teringat kembali pertemuan kami sehari sebelumnya.
Pertemuan yang tidak pernah sekalipun dalam hidup saya, saya lalui selain ini.
Itu pertama kali, dan tidak mahu saya laluinya lagi.
Pertemuan itu sangat pahit, walau hadirnya hanya kami bertiga.
Pertemuan yang sangat tidak membahagiakan bagi hati-hati kami.
Pertemuan yang sememangnya telah diletakkan tanda nokhtah dalam perjalanannya bersama kami.
Maaf teramat maaf saya pinta.
Namun, tidak ada apa lagi yang dapat saya bantu.
Saya hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab saya.
Telah saya gunakan bahasa sebaik mungkin agar tiada gurisan hati dalam pertemuan ini.
Tapi, air matanya tetap mengalir kerana kebenaran yang pahit itu memang tidakkan mampu dimaniskan.
Bukan sengaja, tapi inilah hakikat yang mahu atau tidak, diterima.
Ketaatan itu suatu perkara yang teramat penting dalam perjalanan ini.
Jika tiada ketaatan dalam ketegasan, bengkoklah jalan ini.
Bersimpang-siur dengan pendapat dan perasaan masing-masing.
Moga hal ini menjadi pedoman buat kita semua.
Moga perkara ini tidak berulang lagi.
Yang paling penting, teruskanlah langkah dan perjalananmu.
Jangan sesekali mundur dan ragu.
Kita sentiasa tetap bersama jika sama-sama berbuat, niat kerana ALLAH.
Kembali saya tersenyum padanya.
Saya terus melalui jalan itu untuk lebih dekat dan menegur seperti biasa.
Lupakan apa yang telah berlaku sebelumnya, dan lupakan titisan air matamu dalam pertemuan itu.
Walau jalan itu bukanlah jalan yang saya biasa lalui.
Ada jalan yang lebih dekat untuk saya sampai.
Namun, supaya kamu tidak merasakan kita sudah tidak bersama, saya laluinya juga.
Teguran saya disambut baik.
Walau dapat saya rasakan sesuatu yang berbeza.
Dapat saya rasai senyuman balasanmu itu terpaksa kamu berikan.
Senyumanmu tawar, tidak semanis dulu.
Suaramu dan riak wajahmu masih terpancar kesedihan.
Saya faham, saya tahu, dan saya terima.
Sukarnya untuk seseorang tersenyum apabila perkara ini berlaku terhadap diri sendiri.
Jika saya meletakkan diri saya ditempatmu dalam pertemuan itu.
Pasti, sukar juga untuk saya harunginya.
Pasti dengan sangat, air mata saya juga akan mengalir laju.
Moga ketaatan kerana ALLAH dan Rasul, hadir dalam hatimu.
Sentiasa berbuat kerana ALLAH.
InsyaALLAH pasti, ganjaran indah di sisi ALLAH.
Bersabarlah, pertemuan, perpisahan, jodoh dan maut semua Allah yang tentukan. walau sekuat mana, walau sehabis2 cara kita cuba mengikat hati manusia jika Allah tidak izinkan ia takkan berlaku juga. Insyaallah kamu dan dia akan dapat mengharunginya..
ReplyDeletekiasan yang penuh makna,
ReplyDeletepenuh tersirat dan hanya orang2 tertentu yang memahaminya..
saya juga iada faham apa yang enti maksudkan..
wallahua'lam. Allah yang Maha Tahu.
type error..yg betul..
ReplyDeletesaya juga tiada faham apa yang dimaksudkan...
^_^
ReplyDeleteInsyaALLAH, ketetapan ALLAH adalah ketetapan yang terbaik.
Dan, sememangnya.. hanya beberapa pihak saja yang akan faham tentang perkara ini.
Moga yang lain, dapat mengambil teladan dan dijadikan pedoman hidup. {dari sudut ketaatan etc}
saya juga hanya meneka-neka.. cube membuat-buat faham. Buat mnyambut luahan ini..hehe
ReplyDeletepemahaman itu datang utk orang y cuba paham. kalau malas paham, tak akan faham la jadinya..
ReplyDeletewow mujahidah88. sarcastic words. haha
ReplyDeleteKadangkala perpisahan itu penting dalam mempertahankan sebuah keyakinan, apatah lagi keyakinan yg menyangkut soal akidah, keimanan dan kiprah dakwah. Pastinya hanya mereka yg benar-benar berbuat (bersama dan berpisah) kerana Allah akan bisa senyum bila mana yg satu lagi itu ditemukan Allah pada sang Mukhlis. Karena berpisahnya itu juga karena Allah, bukan karena hawa nafsu atau kepentingan diri. Namun bagi yg selain Allah, maka 'ganjaran' buat mu juga tidak akan dikurangi Allah.
ReplyDeleteMaka tersenyumlah kerana Allah pada sesiapa saja yg menyakiti atau yg menyenangi, kerana hanya yg memahami arti "kerana Allah" itulah yg bisa memahaminya.....
Salam.
ReplyDeleteTo FRESHIE:
takpe.. dah faham kan.. Moga sama-sama jadikan pengajaran
To mujahidah88:
Err.. nampak macam ayat kolaris tapi melankolik. Tapi memang betul apa yang dikatakan.
To anonymous:
Iya.. benar2. Jika semuanya "kerana ALLAH" pasti tetap bersatu.
Apa sahaja yang berlaku kepada seseorang mukmin itu adalah baik...
ReplyDeleteJika diberi nikmat dia bersyukur...
Jika diberi ujian dia bersabar...
Bukankan ini kualiti pada seorang mukmin yang dikagumi rasulullah?
Mari menjadi mukmin sejati...