Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Tuesday, July 13, 2010

Dah Sya'ban ni..

by the name of ALLAH

Sya'ban.. kemudian Ramadhan.
Ramadhan = Satu bulan yang amat popular buat kita yang bergelar Muslim. Namun, sejauh mana persiapan kita dalam menempuh Ramadhan ini?

Rasulullah saw telah mempersiapkan dirinya sejak bulan Sya'ban. Tahu tak hari ni berapa haribulan dalam Islam??

Hari ini: 1 Sya'ban 1431 H

Ya.. sedar tak sedar, tinggal sebulan ni sahaja lagi sebelum kita berdepan dengan Ramadhan yang penuh Rahmat dan Keberkatan Allah. Jadi, mari kita siapkan diri kita secara praktikal mahupun mental untuk menempuh bulan Ramadhan nanti. Yuk gunakan Sya'ban ini sebaik mungkin!

Ana kongsikan di sini, antara isi-isi yang terdapat dalam bab 1 {Menyambut Ramadhan dengan Meriah} dari buku yang ana baca ya.


1) Melatih diri Berpuasa:

Usamah bin Zaid berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw, "Wahai Rasulullah, saya tidak melihat anda berpuasa di bulan-bulan lain seperti anda berpuasa di bulan Sya'ban." Rasulullah menjawab, "Sya'ban merupakan bulan di antara Rejab dan Ramadhan yang sering dilupakan manusia, padahal ia adalah bulan di mana amal-amal diangkat kepada Allah Rabbul 'Alamin. Kerana itu, aku ingin amalku diangkat kepada Allah dalam keadaan aku sedang berpuasa." (HR. Imam An-Nasa'i)

Tiga hal menyangkut puasa Sya'ban:

Pertama; Puasa nisfu Sya'ban (Pertengahan Sya'ban). Kita seharusnya tahu bahawa mengkhususkan puasa pada nisfu Sya'ban dengan anggapan lebih utama dari puasa-puasa sunnah lainnya tidak memiliki landasan dalil yang sahih. Namun, berpuasa pada hari-hari itu tetap dibolehkan seperti melaksanakan ayyamul bidh (puasa yang disunnahkan dilakukan tiga hari setiap pertengahan bulan Islam).

Kedua; Berpuasa setelah pertengahan Sya'ban. Hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah ra. yang menyebutkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda,"Apabila telah sampai pertengahan Sya'ban, tidak boleh melaksanakan puasa hingga bulan Ramadhan," dikomentarkan oleh Ibnu Rajab: "Kebanyakan ulama melemahkan hadith tersebut dan ijma para ulama menyuruh untuk tidak mengamalkan hadith itu, kerana bertentangan dengan hadith sahih yang tidak melarang banyak berpuasa di bulan Sya'ban". Wallahu a'lam.

Ketiga; Puasa pada hari syak (Ragu antara Sya'ban dan Ramadhan). Abu Hurairah meriwayatkan dari Nabi saw, "Janganlah salah seorang di antara kalian mendahului puasa Ramadhan dengan puasa satu atau dua hari sebelumnya kecuali jika telah biasa berpuasa; tidak apa-apa jika berpuasa pada hari itu." (HR. Imam Bukhari)


2) Membiasakan tilawah Al-Quran

Orang yang membiasakan diri membaca Al-Quran, insyaAllah akan dapat menjaga kebiasaanya membaca Al-Quran di bulan Ramadhan nanti. Pernah tak anda merasakan berat untuk membaca Al-Quran? Jika ya.. teruskanlah membacanya. Pasti, setelah beberapa muka anda membacanya, akan terasa mahu meneruskan tilawahnya. Kerana Al-Quran itu ubat bagi jiwa. Jika kita melawan perasaan tersebut, pada awal-awal pembacaan.. Al-Quran akan memainkan peranannya membersihkan titik-titik hitam yang kian lama melekat dan mencengkam kuat hati kita. Kemudian, barulah hati kita bersih untuk menerima cahaya petunjuk ayat-ayat Allah. InsyaAllah, jika kita sama-sama rutinkan tilawah Al-Quran mulai dari sekarang, karat-karat dan kekotoran dalam hati kita akan hilang. Jadi, di bulan Ramadhan nanti, hati kita sudah siap menerima petunjuk dan cahaya Al-Quran. Aminn..


3) Perbanyakkan Doa

"dan apabila hamba-hambaKu bertanya padamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" [Al-Baqarah,2:186]


4) Mengingat Keutamaan-keutamaan Ramadhan

5) Membuat Target Ramadhan

6) Mempelajari Fiqh Puasa dan meningkatkan Ilmu dengan Pembacaan dll


Moga kita sama-sama beroleh manfaat dengan mengaplikasikan apa yang telah dikongsikan ini. Sumber dari buku "Indahnya Ramadhan di Rumah Kita, tulisan Dr. Akram Ridha".

Yuk, bersedia dari sekarang bagi menjamin Kualiti Ramadhan yang akan kita lalui. InsyaALLAH..

1 comment:

  1. info yang bagus..^^27hb ni dah nisfu sya'ban.memang tak sabar nak ramdan.banyak benda nak sekat.let's tumpu ibadah

    ReplyDelete

Ada benarnya: