Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Tuesday, July 6, 2010

Murobiyah Sempurna? (2)

by the name of ALLAH

Keesokan harinya..

"Ha.. Dira, kata nak bagitahu apa sebab nak tukar murobiyah.. buat-buat lupa ek."

"Takpelah kak.. Takde pape. Saya je yang banyak fikir kot."

"Bagitahu je la. Tak boleh la macam ni.. Bila dah bagitahu akak, kena habiskan bagitahu la. Akak ni jenis solusive. Tak boleh kalau dah tahu satu masalah, tak selesaikan.."

"Menyesal bagitahu akak semalam ni.."

"Hehe.. Takpelah.. dah terlepas. Tak baik menyesal macam tu.. Takpe.. akak tak kisah sebab apa pun. Masalah, patut diselesaikan. Bagitahu je.. Sebab tegas sangat ke?"

"Bukan.. tu saya tak kisah sangat. Tegas tu memang perlu dalam mendidik seorang anak halaqah. Kalau tak, susahlah. Komitmen pun sukar dibentuk. Hmm.. Takpelah kak. Saya tak jadi la.."

"Ala, bagitahu je.."

"Hmm..tak reti la nak terangkan macam mana kak.. Tapi, mungkin sebab saya risau kewibawaan murobiyah saya terjejas. Ye la.. bila dah duduk bersama sebilik, baru kenal perangai sebenar."

Saya menangkap apa yang cuba disampaikan..

"Jadi, sebab sikap?"

"Susahnya nak cakap.. Tapi, lebih kurang macam tu la. Ye la, sikap."

Saya cuba membuka ruang..

"Pagi tadi kan.. macam mana kalau kita sama-sama tak bangun tahajud ye? Siapa yang patut disalahkan agak-agaknya?"

"Diri sendiri la" Terus sahaja Dira menjawab.

"Ha, betul.. Takkan sebab akak lagi senior, nak salahkan akak pula kan. Maaana boleh macam tu. Dan, takkan nak salahkan anti sorang pulak, sebab mas'ul minggu ni. Jadi, yang patut disalahkan adalah diri sendiri, masing-masing. Macam tu juga dengan kondisi anti duduk bersama murobiyah. Sedarlah bahawa setiap manusia punya kekurangan. Walau dia senior, walau dia murobiyah atau apa-apa je. Pasti ada sisi-sisi kelemahan atau kelalaian yang akan kita nampak. Kita patut cuba sama-sama perbaiki."

Dira mengangguk.

"Cuba bayangkan, anti ada suami. Tapi, rupanya suami anti bukanlah sempurna seperti yang anti sangkakan. Kadang-kadang kepenatan, ada la bangun lambat. Ada la salah silap sana-sini. Jadi, takkanlah kita nak tukar suami pulak kan? Jadi, begitulah.. Masalah ni takkan selesai dengan menukar murobiyah. Bila dapat murobiyah baru, mungkin saja ada sisi kelemahan lain pula yang kita nampak. Jadi.. sampai bila pun kita akan selalu rasa nak tukar murobiyah sebab takut kewibawaan murobiyah tu terjejas."

"Hmm.. betul la. Saya ni je yang melankolik sangat kot."

"Hehe.. Jadi, solusinya; dua-dua pihak patut berubah kepada yang lebih baik. Sikap kita sebagai seorang individu muslim, contohi akhlak baginda. Sukakan kebersihan, jauhi malas, sungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu dan banyak lagilah. Bila nampak murobiyah kita tersilap, tegurlah dengan cara berhemah. Dalam masa yang sama, kita cuba jadi murobiyah yang success kepada anak halaqah kita. Ok?"

Dira tersenyum. "InsyaALLAH kak. Murobiyah sempurna sesuatu yang mustahil. Tapi, murobiyah success, insyaALLAH."

3 comments:

  1. ana bukan murobbiyah sempurna.. cerita ini macam cerita ana..

    ReplyDelete
  2. salam akak yang disayangi

    sya bru baca post ni.terkesima jugak bila part yang dah bersuami tu.bila difikirkan kembali..konfemlah kita akn jmpa lebih byk ketidaksempurnaan dalm dirinya krn lebih byk masa yang akan diluangkan bersama si suami tu.jadi..takkanla sy nak kawenn lain kot..:P

    terima kasih.sya makin nampak.we are completing each other...penyelesaiannya bknlah dgn menukar murobbiyah,sebaliknya masing-masing melihat dan menerima semua ini dengan keindahan di samping sedar yang hanya Allahlah titik kesempurnaan itu.


    satu pelajaran beerti buat sy.tidak diajar dalam mana2 buku, tp telah ditunjukkan oleh Allah melalui percaturanNya yang tersendiri.

    ReplyDelete
  3. Salam. "Dira" ek? Huhuhu..

    Oo.. kalau bagi example suami isteri laju je faham ye. Hehe.. Takpe-takpe..

    Alhamdulillah, yang penting.. faham tu kan.

    Tak jumpa kat mana-mana buku?
    Ni yang rasa nak menulis buku.. Tajuk "Psikologi suami-isteri" dah ada. So, buat "Psikologi murobbi-mutarobbi".
    Ok ke?

    ReplyDelete

Ada benarnya: