Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Monday, December 6, 2010

Tafsir ke tadabbur?

by the name of ALLAH

Seorang pelajar sekolah menengah menghantar message mengutarakan musykillah:
 
Mira: Salam. Kak, apa khabar?
Akak: Salam. Alhamdulillah. Sihat-sihat saja. Mira sihat?
Mira: Kak, nak tanya. Apa pendapat akak bila ada orang kata cara halaqah akak-akak yang menyampaikan ni salah. Maksud Mira, ada pendapat yang menyatakan bahawa tak boleh menafsirkan sendiri daripada tafisr Quran yang kita baca.
Akak: Owh, mungkin sebab orang tu tak baca betul-betul terjemahan Quran dalam surah Al-Imran tu. Cuba tengok surah ke-3, ayat 7. Al-Quran ni pokok ayat-ayatnya memang mudah difahami dan jelas. Akak-akak ni bukan tafsir sendiri, tapi bacakan apa yang ada dalam Quran je. Then, ambil pengajarannya.
Mira: Kak, Mira was-was. Ada sorang member ni. Dia kata cara akak-akak bagi halaqah salah. Sebab buat tafsiran sendiri. Maaflah kalau soalan ni buat akak terasa.
Akak: Owh, tak ada terasa pun. Sebab dia tak tahu kot. Sebelum mengisi, akak-akak pastilah dah belajar, dah rujuk dulu tafsir Fi Zilal ke, tafsir Al-Azhar, tafsir Al-Maghari dan sebagainya. Tapi, rasanya tak perlu la nak bawa semua tafsir besar-besar tu.Cuma, mungkin member Mira tu tak tahu. Tak yakin, sewajarnya dia bertanya.
Mira: Tapi dia ada rujuk ustaz. Ustaz ada cakap pasal mutasyabihat. Mira tak faham la apa yang betul.
Akak: Ha, betul la tu.. Mira dah tengok tak ayat yang akak bagitahu tadi? Surah 3 ayat 7 tu. Apa yang muhkamat dan apa yang mutasyabihat. Dah tengok tak?
Mira: Dah. Kiranya.. kita boleh buat tafisran sendiri tak daripada ayat Quran yang kita baca tu? Setiap orang ada tafsiran tersendiri. Macam mana?
Akak: Kita tak boleh nak tafsirkan ayat Allah sendiri. Tapi, kita boleh ambil pengajaran darinya. Kita ambil contoh, surah 42, ayat 20. Cuba Mira baca dulu ayat tu.
Mira: Ok. dah. So, relationnya apa?
Akak: Tak ada relation. Tu, akak nak bagi contoh je. Ok, dari 42:20 tu, apa yang Mira faham ye?
Mira: Kalau kita kejar akhirat kita akan dapat seluruhnya. Tapi kalau kita kejar dunia Allah akan bagi dunia je tapi tak dapat keuntungannya di akhirat nanti.
Akak: Ok. Ni, sekarang, Mira menafsirkan ayat tu ke ape?
Mira: Tak. Tapi faham dari ayat tu la.
Akak: Ha, betul. Itu bukan menafsirkan. Tapi, itu tadabbur namanya. Yang selama ni akak-akak kongsikan, seperti itulah. Tadabur ni, mengambil pengajaran dari ayat Quran yang dibaca. Bukan menafsirkan. Dan, if nak tahu contoh ayat mutasyabihat: Langit dan bumi dicipta dalam enam masa (surah 57 ayat 4). Ayat-ayat seperti inilah yang sukar difahami atau ditafsir. Akak-akak tak akan share ayat sebegini. Kerana semua pun tidak tahu, apakah yang dimaksudkan dengan enam masa itu. Yang dikongsikan adalah ayat-ayat muhkamat, yang mudah difahami dan ditadabbur.
Mira: Owh, ok. terima kasih kak. Kalau ada apa-apa lagi, nanti Mira tanya lagi ye.
Akak: InsyaAllah ok. Tak ada masalah.

InsyaAllah, sekadar berkongsi. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku lagi. Salah satu cara yang boleh kita aplikasikan adalah seperti cara Hassan Al-Banna menyampaikan. Beliau akan menyatakan hujah-hujah terlebih dahulu kemudiannya barulah disokong dengan sirah dan dalil dari Al-Quran atau Hadith. Seingatnya, saya baca mengenai perkara ini dari buku Ceramah Jumaat Hassan Al-Banna.

Secara logiknya, cara ini dapat mengelakkan kesalahfahaman yang berlaku. Jika kita mengemukakan dalil terlebih dahulu, kemudian baru menghurainya, mungkin yang mendengar boleh merasakan bahawa kita menafsirkan ayat tersebut kerana kita bercerita panjang lebar dan mengemukakan hujah-hujah berkaitan ayat tersebut. Jadi, apabila kita mengemukakan hujah terlebih dahulu, kemudiannya disokong dengan dalil, insyaAllah lebih efektif kerana dalil menjadi sokongan dan pelengkap hujah atau isi-isi yang ingin kita sampaikan.

Dan, sebaiknya. Terangkanlah kepada mad'u di awal-awal ta'lim, apa itu tadabbur, apa itu tafsir, dan apa itu menafsirkan mengikut kepala sendiri. Pastikan surah ke 3 ayat 7 ini dikongsikan terlebih dahulu supaya tiada sarang-sarang di dalam fikiran mereka.

Walau apa pun, yang paling utama dalam menyampaikan adalah: IKHLAS.
Wallahua'lam. Moga kita sama-sama mengaplikasikannya.



5 comments:

  1. salam ukht, alhamdulillah, ni juga yang membingungkan ana satu ketika dahulu, tapi alhamdulillah dah clear
    .. begitu juge dengan term Al-Quran tersebut.. rata2 kite tengok mereka memanggil Al-Quran yang ada maksud as Al-Quran tafsir sedangkan ana merasakan if kite panggil ianya Al-Quran terjemahan itu lagi cocok..

    btw, salam kegencaran ukht..

    ReplyDelete
  2. Tadabbur ialah proses memahami Alquran yang diperintahkan Allah.

    Dan untuk mentadabburi alquran dengan tepat,mestilah merujuk kepada tafsir yang muktabar.

    baca quran -> baca terjemahan (faham)-> baca tafsir (faham dengan tepat) -> tadabbur -> sampaikan kepada yang lain.

    Untuk mengelakkan keraguan dari mad'u, better bawa kitab tafsir sekali.

    p/s: dalam silibus IM,tafsir zhilal sudah tidak digunakan kerana Zhilal bukanlah kitab tafsir. Ia adalah karya yang hebat tetapi bukan kitab tafsir kerana penulisannya tidak menurut disiplin kitab tafsir. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  3. bagus la..
    tula pentingnya kena settlekan sume2 ni..
    fitnah, tafsir ikut kepala otak dll.

    ReplyDelete
  4. Salam.

    to alhanun Nur: Betul2. Panggil terjemahan Quran.

    to Abu Humaira: Jazakallah berkongsi.

    to dr. mujahidah: Betul sangat. Elakkan fitnah. ~~Menunggu SPM habis. Huhu.. ^_^

    ReplyDelete
  5. satu lagi aspek yang sering dilupakan dalam mentadabburi sesuatu ayat ialah asbab nuzul ayat tersebut. sering kali sesuatu ayat disalahfahami kerana tidak mengetahui sebab ayat diturunkan.

    ReplyDelete

Ada benarnya: