Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Wednesday, June 20, 2012

Alhamdulillah.. tamat akhirnya!

by the name of ALLAH

Alhamdulillah..
Allah masih mengizinkan diri ini untuk mencoret sesuatu di laman sesawang ini yang sememangnya sudah teruk bersawang. Kali ini, sebagai ingatan.. saya catatkan antara perjalanan yang dilalui sepanjang saya menjadi student master.

@ March 2012:
-Alhamdulillah, Master in Asset Management & Maintenance by coursework & dissertation berjaya ditamatkan.

Banyak ibrah yang saya pelajari sepanjang setahun lebih ini. Tepatnya: Januari 2011-Mac 2012. Walau rutin yang kadangkala sesak, dan kadangkala lapang tidak menentu, perjalanan tetap diteruskan. Sepanjang saya bergelar student master ini, ada juga tikanya saya lolos dari tujuan asal lebih-lebih lagi bila ada agenda-agenda dakwah diketepikan kerana sibuk dengan master ni.

Pernah beberapa kali, siang.. habis kelas dalam pukul 5 petang, diberi assignment dan esok paginya perlu dihantar, dan ada juga yang perlu di-present dengan slide dan sebagainya. Jika student full-time biasa, malamnya memang senang-senang semuanya boleh disiapkan. Tapi, disebabkan malamnya saya ada halaqah, kadangkala liqo' dan sebagainya.. habis pun lewat, diri menjadi sesak. Sememangnya diri terpaksa tidak tidur seharian. Terus siapkan kerja-kerja sehingga keesokan paginya dan terus perlu present. Siang pula, bila tiada kelas, tidur. Suami yang terpaksa uruskan rumah. Basuh baju, vacuum dan sebagainya. Hidup jadi tunggang-langgang!



Pernah juga rasa berat ke kelas. Beri alasan macam-macam. Malas dan sebagainya. Tika itu.. Alhamdulillah suami mengingatkan tujuan. Saya bangun juga dan menuju ke UTP dengan berat. Dalam kereta, berfikir sejenak.. barulah saya bulatkan tekad semula; "Aku pergi ni kerana Allah!"

Mujur Allah sentiasa ingatkan saya. Allah tetap beri kekuatan. Saya sangat berterima kasih pada suami dan para akhwat wa ikhwah yang sentiasa memberi support pada saya. Alhamdulillah.. akhirnya semua berjaya diharungi. Dan syukurnya.. result saya juga tidak seperti kawan-kawan sekelas yang lain.


Ya.. result saya tidak seperti kawan-kawan sekelas yang lain. Alhamdulillah, dengan Rahmat Allah dan berkat doa semua, saya satu-satunya student yang dapat 1st class, dan CGPA tertinggi secara keseluruhannya. Dan project final sem saya turut terpilih sebagai proceeding paper dalam [ESTCON 2012 link]. Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah, benarlah janji Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" [47:7]

Maka.. ikhwah wa akhwat terutamanya.. teruskanlah langkah kita bersama-sama dalam menggapai redha Allah. Jangan pernah lelah, dan hadapilah semuanya dengan tenang dan sabar.. Sememangnya setiap apa yang kita lakukan, pasti akan ada rintangan yang mesti ditempuhi.

Yang penting adalah: (a) Tetapkan tujuan! Make sure we know clearly what we are heading for (b) Luruskan niat, ikhlaskan dan murnikan kerana Allah SWT semata-mata (c) Lakukan dengan sungguh-sungguh!. InsyaAllah, Allah akan bukakan jalan dan tetapkan yang terbaik buat kita.

Aminn Ya Rabb.

~Doakan pula saya untuk memulakan perjalanan menjadi student PhD. Jazakumullah atas doa semua~

20 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah..

      Moga Sahabat seperjalananku ini sentiasa dicintai Allah. Aminn..

      Delete
  2. Replies
    1. Jazakillahukhair ya ukhti atas doa-doanya.

      Segala puji hanya bagi Allah Rabb seluruh alam.

      Ana doakan yang terbaik juga buat anti dan semua. ^_^

      Delete
  3. tahniah rawaida!!!!!!!!!!!
    lepas ni buat ape plak?
    smbung phd ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillah Ruby.. ^_^
      Lama tak dengar khabar orang bekerja ni.. heheh.

      InsyaAllah, target lepas ni untuk sambung PhD pula.
      Ruby, tak nak sambung ke?

      Delete
  4. mabrouk akak. wpun x msg, tp dalam hati sentiasa teringat kt akak.

    semoga terus tsabat dan diteguhkan hati.

    loving u...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^_^

      Jazakillah ukhti. Moga ingatannya sentiasa berbuahkan redha-Nya.

      Moga ukhti juga sentiasa terus tsabat dan istimrar di jalan Allah. Mayb Allah always be with us.. forever n ever.

      Delete
  5. mabruk kak..opss salah status

    mabruk prof (bakal insyaAllah, dh nk dekat dh nih) (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillah ukhti.. ^_^

      Tapi status tu salah la.. Nak dapat Prof selalunya bertahun-tahun. After phd, baru dapat Dr. je.

      Lecturer kat UTP pun.. ramai yang assosiate Prof baru.. Prof kurang lagi.

      Hmm.. n, akak pun takda letak pun lagi aim untuk dapat Prof. huuhuhu. Aim nak jadi lecturer je.

      Delete
  6. Alhadulillah..tahniah ukhti! saya rasa bersemangat untuk belajar dan berdakwah! x perlu takut masa tak cukup. kita yang mengurus waktu, bukan waktu yang mengurus kita.kan ukhti? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.

      Yup ukhti!
      Itulah tujuannya ana share kan antara pengalaman ana tu.. Alhamdulillah. ^_^

      Chaiyok ukhti!!

      Delete
  7. Replies
    1. anonymous.. nak top up! heheh.. gegurau.

      Moga sentiasa diredhai Allah, ukhti. ^_^

      Delete
  8. tahniah kak, n now bru rase nk buat btol2 walau ape pun jadi.yg penting kene usaha kan,bukn mengharap pertolongan je ,tp x usaha. jzklh cz share pengalamn yg menarik nie.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah , mabrouk alaik akhwati <3
    berkobar kobar nk dpt cgpa tggi pulak pasni XD

    mohon doa !!
    #genggam tangan , hayun ke atas (semangat)

    ReplyDelete
  10. wah.. tahniah. inilah akhwat yang boleh dijadikan ikon.. hehe..teruskan dan jgn pandang belakang. doakan ana supaya tercapai cita2 menjadi doktor untuk umat..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Saya jumpa blog ukhti dari link sinergi .. UTP ye.. dekat dengan uitm sri iskadar :)

    ReplyDelete

Ada benarnya: