Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Friday, November 13, 2015

Roda 2: The quality among the rights

in the name of ALLAH

Chapter: Be a leader

Roda 2: The quality among the rights

~~Bagaimana memilih yang berkualiti dari yang terbaik~~

Roda berkualiti, punyai kadar ketahanan yang tinggi, namun ringan. Pembuatan dan bahan pula. Oppss. Sekejap. Silap. Yang saya ingin kongsikan sebenarnya adalah mengenai bagaimana memilih “roda” yang tepat, iaitu memilih pimpinan dan pemimpin yang tepat.

Roda yang tepat, dari kaca mata kita sebagai pemimpin adalah mereka yang punyai niat dan tujuan yang jelas, tahu arah dan matlamat hidup. Bukan sekadar tahu matlamat persatuan, organisasi mahupun jabatan kita!

Kenapa? Kan dah cukup bagus kalau dia jelas matlamat persatuan?

Ya, mungkin cukup, tapi ianya tak memadai!

Sebagai seorang mukmin, pilihan yang tepat adalah mereka yang berbuat hanya semata kerana Allah. Bukan atas tujuan mahukan nama, jawatan yang lebih tinggi mahupun ganjaran lain termasuklah dari sudut material. Perkara ini sangat penting sebab keyakinan dan kekuatan dalaman inilah perkara penentu sesuatu organisasi dan persatuan tersebut.

Sama seperti kes roda; setinggi mana kualiti dan ketahanan roda tersebut, tetap tidak mampu menjalankan amanah sebaiknya jika tiada enjinnya tiada support penggunaan dari power steering, steering tak stabil, chasis lari atau yang berkaitan dengan roda ini.

Steering ini temasuklah pemanduan. Pemandu dan steering bagi seorang mukmin adalah keimanannya. Yang menjaga hubungan dengan Allah, dan baik akhlaknya dengan sesama manusia. Jadi, jika steering atau pemandu utama bagi seorang pemimpin adalah keimanan dan ketakwaan pada Allah, dan pimpinannya pula sama jelas tujuan dan matlamat hidup adalah kerana Allah, insyaAllah organisasi dan persatuan tersebut dapat terhindar dari hasutan atau kekangan hawa nafsu sendiri. Dan insyaAllah, keputusan yang dibuat juga jelas, semata untuk kebaikan persatuan dan organisasi.

Bagaimana nak tahu steering dan pemanduan orang tu pula berkualiti? Ye la.. iman bukan senang nak diukur!

Ya. Pasti. Iman sukar untuk diukur. Jadi, kitalah yang perlu letak kayu ukuran. Minima, pilih mereka yang menjaga ibadahnya dengan baik. Yang menjaga solatnya, solat di awal waktu, rutinkan bacaan Al-Quran, rajin bersedekah, baik akhlaknya sesama makhluk Allah dan rutin pula melakukan ibadah sunat lain seperti dhuha, dan sebagainya. Kalau tak jumpa, carilah. Kalau tak tahu dia buat ke tak, bermusafirlah bersama pimpinan kita. InsyaAllah kita akan ketemu bakal pengganti kita yang berkualiti.

Erm.. tapi, tapi.. sebenarnya kita pun tak ada buat ibadah macam tu walau kita memang pemimpin sekarang.


Owh, maka.. lakukanlah! Dare to change! Now! And later you will change the others! Anda akan menjadi roda berkualiti yang menggerakkan yang lain. Ya, memang itu peranan anda! 

Dan jangan lupa, Keep rolling guys!!


No comments:

Post a Comment

Ada benarnya: