Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Wednesday, February 10, 2010

Motor oh motor!!

by the name of ALLAH

Berlaku kesilapan terhadap post CAGIVA. Kisah, detail dan jalan cerita adalah benar. Cuma nama motor yang salah. Saya tidak pasti apakah jenis dan nama motor Singapura yang berharga 15 ribu ini. Saya tersilap kerana dalam simpanan gambar dan motor yang dijual, ada beberapa motor yang berwarna merah. Baru saya terjumpa gambar motor Singapura ini. Tapi, gambar kurang clear.

 
  
FY 171 A

Dalam minggu lepas.. Nik datang kembali ke rumah saya dan memberikan road tax yang saya nyatakan sebelum ini. Kuasa ALLAH menggerakkan hatinya. RM700 yang masih belum dilunaskan, diberikan kepada Nik. Jadi, urusan dengan Nik selesai. Alhamdulillah.

Dan berita terbaru mengenai motor ini... DICURI!!
Innalillah.. persoalan saya terhadap motor ini semakin tinggi. Kenapa ia menjadi rebutan?. Mungkin kerana harganya yang tinggi. Kalau motor biasa, harga lebih kurang 1-5ribu sahaja. Kereta yang saya gunakan sekarang pun, nilainya hanya lebih kurang 8ribu. Boleh beli 2 buah kereta second hand dengan harga 1 motor ni.

Ini kisah yang diceritakan ibu saya dari telefon 2 hari lepas. Petang itu.. ada seorang lelaki ingin melihat untuk membeli motor tersebut. Jadi, enjin motor dihidupkan, rantai yang mengikat juga dibuka. Di luar rumah, bersama lelaki tersebut, ada juga kawan baik ayah saya dahulu. Apabila abang saya masuk sebentar ke dalam rumah. Tanpa disangka, tiba-tiba lelaki tadi memandu lari motor ini. Kawan ayah saya yang berada di situ.. tergamam seketika.

Malang, tiada apa yang dapat dilakukan. Report polis telah dibuat. Namun, sehingga kini masih tiada jawapan. Wallahu a'lam.

Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan diwajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:

"Pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangannya sebagai balasan atas perbuatan yang mereka lakukan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana"
(Surah Al- Maidah,5 ayat 38)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas"
(Riwayat Bukhari Muslim)

Detail tentang hukum mencuri, hukuman mencuri boleh dibaca dari: Hukum mencuri dan pelaksanaan hudud

Jadi, sebagai pengajaran kepada kita semua.. berhati-hati dan waspadalah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Masyarakat kita mengalami masalah-masalah seperti ini kerana LEMAHNYA IMAN. Jadi, sama-samalah kita yang masih diberi peluang oleh ALLAH untuk beriman, beramal dan melakukan amal ma'ruf nahi mungkar di bumi ini.. meningkatkan IMAN dan AMAL kita. Orang beriman tidak akan melakukan perkara-perkara haram seperti ini.

Dan, doakanlah kepada si pencuri supaya dibukakan hatinya untuk memulangkan kembali motor ini dalam keadaan asal tanpa menjual part-part nya. Jika tidak dipulangkan kembali motornya pun, paling tidak.. lelaki ini kembali sedar dan bertaubat kepada ALLAH.

"Tetapi barang siapa bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya ALLAH menerima taubatnya. Sungguh, ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang"
(Surah Al- Maidah,5 ayat 39)

Yes... Jadikan ini sebagai pengajaran. Banyak perkara menarik berlaku dalam hidup kita. Life is only a Game. Jom prepare untuk kehidupan sebenar, iaitu AKHIRAT.  ^_^

2 comments:

  1. alhamdulillah, at least hutang ayah sudah selesai..

    maka,bersyukurlah..
    pencuri itu melakukan dosa yang besar, boleh jadi dia bangga menunggang, tapi hatinya resah gelisah jika ditangkap polis atau mati katak disoal malaikat dalam kubur.

    ReplyDelete
  2. betul2 harap pencuri itu kembali ke jalan yang benar

    ReplyDelete

Ada benarnya: