Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Sunday, July 25, 2010

Nak Keluar ke?

by the name of ALLAH

Minggu ini..
Dua tiga empat kali saya terima berita.. menyatakan perkara yang sama, tapi tak serupa. Perkhabaran mahu keluar Halaqah atas sebab yang berbeza. Kebanyakannya disebabkan memilih management lain.. walau ada juga yang keciciran kerana mengikut "mangement event"  ataupun kerana hebatnya management hawa nafsu serta taklimat nasihat percuma dari syaitan yang dilaknat Allah. Naud'zubillah.

Bagi kes-kes kerana memilih management lain..
Ada akhwat yang bertanya, "Kak.. macam mana ye nak jawab?"
"Kak.. tak tau la nak reply macam mana ni..".

Wahai adik-adikku yang disayangi kerana Allah.. Tidak kisahlah management dakwah mana pun yang kamu pilih, asalkan panduannya benar berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, niat benar kerana Allah semata-mata. InsyaAllah tidak ada salahnya.

Maka, akhwat-akhwatku mahupun adik-adikku..
Di saat kamu memilih untuk berkomitmen.. Alhamdulillah. Yang perlu dilakukan kini adalah, menunaikan tanggungjawab dan melaksanakan komitmen yang dijanjikan itu. Komitmen itu, bukanlah terhadap management sebenarnya.. Tapi, komitmen berIslam sebagai seorang yang berIman di jalan Allah.

Moga kita semua meluruskan kembali niat dan membersihkan kembali pemikiran. Saya kongsikan di sini.. warkah ringkas kes-kes yang lebih kurang, buat teladan semua.. insyaAllah.

Salam. Dengan berat hati saya nak bagitahu yang saya nak kluar dari halaqah. Saya tahu akhwat-akhwat akan kecewa dengan saya. Perkara ni memang saya dah fikir lama. Saya tahu sooner or later saya sendiri akan dikeluarkan dari halaqah kerana tidak dapat beri komitmen dan tidak menyumbang. Terima kasih ats ukhuwahfillah selama ini. Semoga Allah redha keputusan saya ini. Teruskan perjuangan anti dlm dakwah. doakan juga saya terus berdakwah walaupun bukan dalam jemaah ni lagi. uhibbukifillah.


Assalamualaikum Ukhti,

InsyaALLAH, ana hormati keputusan anti jika anti telah istikharah terlebih dahulu dan memilih kerana Allah..
Bukan membuat keputusan berdasarkan pemikiran sendiri, hawa nafsu atau bisikan syaitan yang dilaknat Allah mahupun faktor lain.

Cuma, buat pengetahuan anti.. management dakwah tidak pernah mengeluarkan seseorang kerana tidak menyumbang. Seseorang mad'u itu tidak menyumbang mungkin atas beberapa faktor.
1- tidak faham
2- tidak mahu berbuat walau telah faham
Bagi yang tidak faham, murobbilah yang bertanggungjawab memberi kefahaman. Dan, bagi yang tidak mahu berbuat.. dirinya sendiri yang tidak akan meraih pahala berjihad di jalan Allah. Management dakwah tidak akan membuang mereka yang seperti ini. Tetap akan dibawa.. tapi lambat laun, dirinya sendiri yang akan menarik diri dari halaqah kerana rasa tidak yakin atau rendah diri atau atas alasan apa sekalipun kerana sukar berkomitmen untuk Islam.

Ana kongsikan semula 3 faktor utama untuk memilih mahupun membuat keputusan, dan ana yakin ukhti telah gunakan ini untuk memilih dan menzahirkan keputusan ini:
1- Yang mendekatkan diri pada Allah
2- Yang meningkatkan iman
3- Yang membuatkan kita berubah kepada yang lebih baik
Moga semua inilah menjadi panduan utama ukhti membuat keputusan keluar dari halaqah ini. InsyaALLAH, redhaNya akan digapai.

Dan, apabila berkata tentang Redha; insyaAllah.. Allah akan sentiasa Redha pada hambaNya yang selalu melaksanakan segala perintah Allah dan RasulNya, meninggalkan larangan Allah dan RasulNya dengan keikhlasan.

Akhir kata, ingin ana kongsikan ayat ini:

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk" [3:103]

Moga kitalah hamba-hambaNya yang diberi nikmat dipilih dahulu di kala jahil, kemudian mendapat petunjuk dan diselamatkan atas Rahmat Allah dari api neraka. Moga kitalah hamba-hambaNya yang sentiasa melakukan perubahan demi perubahan serta perbaikan demi perbaikan dalam diri, keluarga, kawan sekeliling mahupun masyarakat. Itulah tandanya kita mensyukuri nikmat petunjuk yang Allah berikan pada kita. Maka ukhti, Sentiasalah menjadi hamba Allah yang bersyukur.

Sekadar menunaikan amanah akhir ana sebagai murobbiyah anti..
Terima kasih atas jasa-jasa anti yang turut menjadi perantara atas izin Allah dalam menarbiyah ana secara langsung atau tidak langsung.

Moga ukhuwah terus bersemi kerana Allah.
Ana minta maaf dan minta halalkan jika ada hak-hak anti sebagai mutarobbi ana, tidak dan belum ana tunaikan dengan baik.
Maafkanlah dan halalkan ya.

Jadi, dengan izin Allah.. ana melepaskan anti sepertimana yang anti pinta, dan melepaskan tanggungjawab ana kepada anti.
Moga sentiasa melaksanakan amal dan ibadah, hanya kerana ALLAH. Niatlah semuanya semata-mata kerana Allah.

Wallahua a'lam.
Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
Mad'u bukan seorang, Mutarabbi bukannya satu.
Maka, Yuk.. teruskan saja jalan kita!
Pastikan dakwah Ilallah terus digencarkan. JOM!! ^_^

4 comments:

  1. Ana kongsikan semula 3 faktor utama untuk memilih mahupun membuat keputusan, dan ana yakin ukhti telah gunakan ini untuk memilih dan menzahirkan keputusan ini:
    1- Yang mendekatkan diri pada Allah
    2- Yang meningkatkan iman
    3- Yang membuatkan kita berubah kepada yang lebih baik

    saya sangat suka post akak ni... =)
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Salam, bila dengar banyak senior dakwah kuar dari management, macam impak pada diri. Rasa a bit sedih. Then, kekadang ada hasutan syaitan, management ni macam tak terurus. Yela, mereka kan dah lama dalam dakwah n management ni. Alhamdulillah, Allah berikan ana kesempatan untuk bertanya pada murobbiyah ana. Kenapa perkara ni banyak berlaku. Alhamdulillah, kefahaman sudah ada. Mungkin ini jalan penghijrahan mereka kepada Allah. Insha Allah, berbuat kerana Allah.

    ReplyDelete
  3. Dan, bagi yang tidak mahu berbuat.. dirinya sendiri yang tidak akan meraih pahala berjihad di jalan Allah. Management dakwah tidak akan membuang mereka yang seperti ini. Tetap akan dibawa.. tapi lambat laun, dirinya sendiri yang akan menarik diri dari halaqah kerana rasa tidak yakin atau rendah diri atau atas alasan apa sekalipun kerana sukar berkomitmen untuk Islam.

    betulll...

    ReplyDelete
  4. haah btul. jangan banyak beralasan.

    ReplyDelete

Ada benarnya: