Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Saturday, October 23, 2010

Master in ??

by the name of ALLAH

Tinggal lebih kurang seminggu saja lagi due untuk pendaftaran Master kemasukan January 2011.


Saya stress mengejar due. Setelah beberapa minggu berpenat lelah mencari tajuk yang sesuai, ditambah pula dengan assignment, projek, test dan lain-lain yang perlu diselesaikan, saya rasa lemas. Lebih buntu kerana masih belum berjaya mencari tajuk yang sesuai untuk proposal master saya. Inilah yang menyebabkan saya down beberapa ketika.

Alhamdulillah, selepas ibu menasihati saya untuk istikharah.. saya temui jawapannya. Memang benar selama ini kita berharap pada Allah, tapi.. tiada pun spesifik usaha untuk solat istikharah ini. Mujur ibu mengingatkan.

Segala puji dan syukur pada Allah, walau Khamis yang lepas saya jumpa lecturer saya yang sangat sibuk itu.. saya dapat satu tajuk yang sesuai. Terima kasih, Dr Faiz. Tapi, malangnya.. bila saya mula mahu mencari jurnal-jurnal berkaitan, saya rasa saya akan menempuh satau perjalanan yang jauh. Bukan seperti apa yang saya rancangkan.

Dan, dalam masa yang sama.. saya survey-survey untuk master by coursework. Inilah jawapan yang saya dapat. Hati saya lebih tenang. Lecturernya, Ir Shiraz, membuatkan saya lebih yakin melangkah. Jumaat lepas, saya bertemu dengannya. Walaupun dia sangat sibuk, berjalan pun.. sangat laju. Mengejar itu dan ini, dia masih sudi meluangkan masa memberi penjelasan dan penerangan yang sangat jelas pada saya.

Alhamdulillah, insyaAllah.. inilah jalannya. Doakan saya berjaya melaluinya dengan success nanti. Selepas dapat satu lagi lecturer sebagai referee, saya akan daftar untuk master by coursework ini.

Msc in Asset Management and Maintenance.


Berdasarkan penerangan dari Ir Shiraz, subject ini sebenarnya demand untuk industry, education masih kurang. But, ada kemungkinan, demandnya juga akan meningkat jika terus mendapat sambutan. Bagi kawan-kawan yang nak masuk kerja terus pangkat lagi tinggi dari graduate engineer biasa, silalah ambil course-course seperti ini. Sediakan duit je. Terus-terang, saya tak berminat nak masuk industry. Saya ada planning lain. "Lecturer on mission".

Di UTP, course ni ada 2 kemungkinan; terus bercambah dan membentuk satu department baru macam Geoscience, atau cut off. Jika course ini bercambah, insyaAllah, peluang untuk menjadi lecturer walau hanya by Msc sangat tinggi. Otherwise, nothing can be done. Tepaksalah saya cari peluang di universiti lain.

Ok. Doakan yang terbaik buat kita semua walau hala tuju berbeza. But, make sure.. hala tuju hidup kita sebenarnya adalah, membuat persiapan dan bersedia menghadapi kehidupan yang sebenar dan kekal abadi iaitu.. yang tak lain dan tak bukan, AKHIRAT.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah dipersiapkan untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan" [Al-Hasyr,59:18]

Doakan.
**Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dan memberi support kepada saya sebelum ini. ^_^ Jazakumullah.

9 comments:

  1. alhamdulillah ukht..
    moga Allah permudahkan segala perancangan!!


    ~pengunjung setia si analyticalblue (",)

    ReplyDelete
  2. to Anonymous

    Salam. Aminn, insyaAllah.
    Moga ada manfaatnya juga buat kamu.

    Siape ye?

    ReplyDelete
  3. dh nama pun anon..mane boleh tye!!klu x, dh lma letak link blog ana la ukht..

    x penting pun ana sape..yg pntg ana knal anti, yg akn terus menyokong perjuangan analyticalblue atau lebih tepat lg yg akan sentiasa menyokong dan membantu sesiapa shj yg ign menegakkan hukum islam dan keadilan di atas muka bumi ini..

    ~(",)

    ReplyDelete
  4. huhu..

    Ok. Baik2. Tanye je.. kot2 boleh buat kunjung balas.
    K, Tak tanye dah. Tak nak bgtahu, nak buat macam mana kan.

    Anyway, Jazakillah ya. ^_^

    ReplyDelete
  5. "Lecturer on mission".

    nk ikut jejak analytical_blue.. (^_^)

    ReplyDelete
  6. Salam to ezan.

    Wah, bestnya. Yuk, ana menunggumu menyertai. ~

    ReplyDelete
  7. "Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk iman analytical blue, sesungguhNya Engkaulah Yang Mengetahui setiap apa yang terbaik buatnya" amin..

    ReplyDelete
  8. Aminn Ya Rabb..

    InsyaAllah.
    Moga Allah menetapkan yang terbaik buatmu juga di dunia dan akhirat. Aminn.

    Jazakillah administrator. ^_^

    ReplyDelete
  9. selamat aida. sy doakan. insyaAllah.

    lecturer. bgs tu. bila mengajar ni, sy teringat cikgu taufik.

    ReplyDelete

Ada benarnya: