Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Tuesday, November 2, 2010

Pixel Rendah

by the name of ALLAH


Minggu lepas, minggu yang agak pack kerana menyiapkan kerja-kerja yang memerlukan masa lama di depan laptop. Sampaikan, makan pun.. jadi sehari sekali.

Pagi.. minum air, buat kerja. Kelas pula banyak yang sudah tidak ada. Jadi, bila fokus dengan kerja, tak terfikir untuk membeli makanan. Bila tengok-tengok jam. Oh, dah dekat zohor. After zohor, sambung-sambung kerja. Dan sekali lagi, oh! dah dekat asar. Dan selepas itu, rasalah kelaparan yang sangat. Barulah turun ke bawah membeli makanan. Begitulah yang berlaku untuk beberapa hari. Ada juga akhwat yang menasihati supaya jaga pemakanan. Jazakumullah. Rasanya, seperti lebih baik puasa. Malangnya, setiap malam hanya angan-angan yang tinggal kerana tidak ada bekalan untuk sahur.

Dan, tibalah ke hari Quiz subjek failure analysis. Malam sebelumnya, ada hal. Jadi, tidak sempat untuk review. Hari-hari sebelumnya juga tidak berkesempatan. Paginya, saya ada temujanji dengan Dr Othman untuk siapkan application master. Kemudian, saya breakfast kerana memang alang-alang sudah keluar, teruslah beli makanan walaupun sudah lama rasanya tidak breakfast. Selepas itu, saya pun buat revision untuk quiz.

Malangnya, saya hanya sempat review 1 latihan dan jawapannya. Kepala terasa berat dan badan tidak selesa. Bila saya lihat jam pula, hampir sudah waktu kelas. Saya pun segera siap walau waktunya masih berbaki setengah jam. Saya mungkin memerlukan masa yang agak lama untuk berjalan bila dalam keadaan kurang stabil ini.

PERJALANAN YANG SANGAT JAUH

Saya keluar bilik. Baru berjalan, dari village 4 ke village 3.. saya mula rasa pandangan mata berpinau, berbintik-bintik. Pixel semakin rendah. Dalam hati, berdoa supaya tidak jatuh di tengah jalan. Sudah tidak tahan, saya berhenti di bangku tepi café. Duduk sebentar. Tarik nafas.  Kali ini terasa mual, seperti hendak muntah. Saya terus kuatkan diri untuk bangun dan ke kedai yang paling hampir. Saya beli asam supaya mengurangkan rasa mual.

Saya lihat jam. Masih berbaki 20 minit. Saya teruskan perjalanan ke kelas. Belum lagi sampai di poket D, kali ini lebih teruk rasanya. Pandangan jauh lagi teruk pixelnya. Bintik-bintik semakin besar. Jalan pun, saya nampak tak nampak saja. Tapi, saya usaha juga melangkahkan kaki.

Saya tetap tahan dan berdoa seperti tadi. Jika saya jatuh pun, moga Allah pelihara aurat saya seperti kisah seorang sahabiyah yang disihir. Beliau memohon kepada Rasulullah supaya didoakan penyakitnya disembuhkan Allah. Lalu, Rasulullah bertanya, “Kamu mahu didoakan sembuh, ataupun terus bersabar dalam keadaan ini dan dijanjikan syurga?’ Maka, pastilah sahabiyah ini memilih untuk bersabar kerana ganjaran syurga itu jauh lagi tinggi berbanding hidup senang di dunia. Lalu, sahabiyah ini hanya meminta Rasulullah mendoakan supaya auratnya terjaga sewaktu dia tidak sedarkan diri atau penyakitnya menyerang. Maka, Rasulullah mendoakannya.

Kali ini saya terasa sangat sejuk. Tetapi muka saya berpeluh-peluh. Pandangan semakin sangat kabur. Tapi, saya terus juga kuatkan kaki untuk melangkah. Saya pernah mengalami keadaan seperti ini sewaktu sekolah menengah dulu. Selepas penat bersukan. Kerana kurang darah - anemia. Tapi, bila duduk, keadaan akan jadi lebih baik. Itu kisah lama.

Kemudian, saya ternampak sebuah kerusi di depan. Terus saya pergi ke kerusi dan duduk sebentar. Saya tarik nafas. Kali ini memang saya termuntah terus di rumput. Mujur kerusi tersebut dekat dengan rumput di situ.

Saya masih rasa sejuk. Tapi, saya tak punya banyak masa. Quiz tersebut tetap mahu saya buat. Saya tak mahu tunda-tunda. Mungkin ada keperluan lain lagi nanti perlu saya selesaikan. Saya kuatkan juga semangat. Saya teruskan juga perjalanan ke building 18.

Sampai di kelas, saya tak sabar untuk duduk. Tak tahan berjalan dan sudah sangat kabur penglihatan. Kawan-kawan saya terkejut melihat keadaan saya. Pucat lesi, seperti tiada darah di muka, berpeluh-peluh. Saya terharu melihat kawan saya yang risau melihat keadaan saya. Thank you my friends. ^_^ Siap tolong kipaskan. Tapi, saya minta berhenti sebab saya rasa sangat sejuk walaupun berpeluh-peluh.

Lecturer masih belum sampai. Selepas beberapa ketika saya duduk, saya ke toilet. Rasa sangat tidak selesa. Alhamdulillah, sempat saya sampai ke toilet. 2 kali saya muntah. Selepas itu, rasa lebih selesa. Tapi, kepala masih berat. Ini semua mungkin kerana pemakanan saya yang tidak terjaga dan rehat pun kurang.

Saya kembali ke kelas, lihat semua sedang menjawab soalan quiz. Saya pun, terus duduk di kerusi. Alhamdulillah, soalannya memang sama seperti 1 soalan yang sempat saya review pagi tadi. Walau kepala masih berat, Alhamdulillah.. yang paling beruntungnya, lecturer mengizinkan kami melihat nota. Maka, kami bersama-sama saling bantu-membantu memberi jawapan. Berganding bahu dan berganding jawapan. ^_^

******************************

Dari apa yang berlaku, apa yang saya dapat? Saya dapat tahu.. rupanya kawan baik saya, Nana sayangkan saya ^_^ Anyway, thank you very much atas keprihatinan antunna semua. Saya sayang Nana dan kawan-kawan saya. InsyaAllah saya selalu doakan antunna semua.

Pengajaran lain; yakinlah, Allah pasti akan memberi bantuan pada hamba-hambaNya. Yang penting, usaha dan tawakal. Usahalah semampu yang mungkin, pasti Allah akan memberi ganjaranNya. Jika tidak di dunia, di akhirat nanti.. pasti.

Jadi, di kesempatan ini.. memandangkan exam semakin tiba, saya mengucapkan selamat bermujahadah kepada semua kawan-kawan saya, terutamanya para ikhwah wa akhwat yang dicintai kerana Allah. Buatlah yang terbaik dan jadilah yang terbaik di sisi Allah.

Oh, sebelum terlupa.. pesanan penaja. Jagalah pemakanan anda dan cuba dapatkan rehat secukupnya supaya tidak jadi seperti kisah di atas ini. Tapi, jangan berlebihan pula ya. ^_^

Doakan kita sama-sama semuanya Berjaya dunia dan akhirat nanti. Aminn.

8 comments:

  1. salam ukhti. jagalah kesihatan ya.. ana risau juga.. hehe

    ReplyDelete
  2. jgn lupa makan tau ukhti...kene jaga qawitul jism...kami akhwat sabah doakan nt cepat sembuh..salam di bawah bayu...rasa xsabar nak jumpa antunna semua...uhibbukifillah

    ReplyDelete
  3. salam.

    dr.mujahidah: insyaAllah.. ana ambil pengajarannya. Ana akan jaga. Anti juga, jangan lupa jaga kesihatan ruhani dan jasmani ya. Buat yang terbaik untuk exam dan semuanya. ^_^

    naelah: InsyaAllah. Jangan risau. Sehari lepas tu, ana dah kembali baik dan terus je aktifkan diri dengan Program Remaja Proaktif Neo Synergy di SBPI. ^_^ Alhamdulillah, success. Hilang semua sakit. Sebab makan kat SBPI terjaga. Huhu..
    Walau tak bertemu lagi, insyaAllah.. doa sentiasa mengiringi. Uhibbuki fillah juga ukhti.

    ReplyDelete
  4. salam ukhti,ana pun rasa risau baca entry ...tapi,alhamdulillah happy ending..(^-^).

    ReplyDelete
  5. IA kita akan bertemu cuti nanti...ana akan naik ke Perak IA...tahun depan IA kita akan bersama2 dakwah di sana...sedih nak tinggalkan Sabah..huhu...jemput ziarah ke blog akhwat2 sabah...http://akhwatsabah.blogspot.com,http://menjadiululalbab.blogspot.com dan yg lain2 ada link di situ...kak mardiyah apa kaba?lama xdengar cite?doakan da'wah n study kami di sini..doakan juga mudah proses nikahnya coz akhwat semakin liat untuk menikah..hehe

    ReplyDelete
  6. subhanallah ukhti ,bergenanga air mata membayangkan apa yang berlaku.ana cukup risau dengan kesihatan anti.ana faham,betapa pun berkali2 akhwat nasihatkan jaga pemakanan ,anti masih agak berlengah dalam urusan tu.ukhti,DEMI Allah dan rasulnya tolonglah jaga pemakanan anti!akak sangat sayangkan anti.

    ReplyDelete
  7. aida, jaga makan. jangan pengsan tengah jalan, naik tangga, bahaya.

    bagus aida rajin buat kerja :)

    ReplyDelete
  8. subhanallah...
    moga Allah meredai dan memudahkan urusan anti. Keazaman dan kesabaran yang cukup kuat sebagai teladan. Jazakillah atas perkongsian yang sangat bermanfaat untuk dicontohi bersama. Doakan ana juga kuat seperti anti.

    ReplyDelete

Ada benarnya: