Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Saturday, May 22, 2010

Bangkit membara

by the name of ALLAH

Diri...
Bangkitlah,
Terus bangkit dan mara,
Terus berjuang dalam sejuta daya,

Walau mungkin tak tersemat di hati,
Kerja dan pangkat itu nanti,
Tapi, bertahanlah untuk ijazah ini
Ada sesuatu yang perlu digapai,
Ada amanah yang mesti dituntaskan.

Belajarlah kerana ALLAH,
Letakkan segenap usaha untuk ilmu ALLAH ini,
Jangan biarkan bisikan-bisikan menghantui;
Ala, buat jangan tidak je.. bukan nak aim apa sangat pun,
Jangan.. jangan.... jangan biarkan bisikan ini bebas menguasai diri,
Bahang ini harus dipadam lumatkan.

Walau profesi ini bukan pilihan,
Walau makan gaji takkan diamalkan,
Usahamu tetap mesti terus dijuangkan,
Destinasi dan tarbiyah diri mesti diutamakan.

Bangkit dan bersabarlah wahai diri..
Bangkit membara membakar lamunan, 
Pasti himpunan hikmah sedang menanti,
Bangkit, dan teruslah berlari,
Ke arah suatu yang pasti,
iaitu.. Redha Ilahi.



Membina atau menghasilkan sesuatu pasti perlukan perjuangan yang tinggi dalam kesungguhan penuh kecekalan berbekalkan REDHA Yang Maha ESA. Jika bukan diri sendiri yang sudahkan dan langsaikan dengan baik, siapa lagi??


"ALLAH menjanjikan kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan (mendapat) tempat yang baik di syurga 'Adn. Dan keredhaan ALLAH lebih besar. Itulah kemenangan yang agung."  [At-Taubah, 9 ayat 72]


Mengharap senang dalam berjuang, bagai merindu bulan di tengah siang. Jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba. [Tak seindah sentuhan mata: Raihan]

5 comments:

  1. kueh bangkit !! yeah ~

    salam ukht fillah..semoga beroleh semangat untuk kebangkitan demi kebangkitan atas setiap kejatuhan..semangat itu salah satu komponen roh dalam diri..jadi jangan abaikannya dan jangan pula menjadikan ia sebagai asabab tetapi sebagai sokongan kepada kebangkitan..

    ayuh !! bangkitlah mahasiswa !! he he...

    -ke arah pemerintahan mahasiswa-

    ReplyDelete
  2. Salam. pembetulan, adeq..

    -ke arah pemerintahan bertunjangkan keimanan-

    Sebab mahasiswa byk rosak, tak ditarbiyah. ;p

    ReplyDelete
  3. maka oleh itu akhwat dan ikhwah muslimin wa muslimat dipersila untuk mewujudkan fenomena usrah di IPT masing2 .. -ingatan buat IPTku-

    kerana kelak ke hadapan mahasiswa sekalian yang akan meneraju pucuk pimpinan kerajaan kan..

    =)

    hidup hidup !! mahasiswa !!

    -mahasiswa punya hak untuk bersuara-

    p.e.a.c.e for Ummah ~

    ReplyDelete

Ada benarnya: