Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Friday, May 7, 2010

Indah perjalanan..

by the name of ALLAH

Alhamdulillah..
Minggu ini dilalui dengan lancar. ^_^
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan pada Rabb yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Dalam menelusuri minggu ini..
3 tests dapat dilalui dengan lancar. InsyaALLAH, target A bagi setiap test. Rasanya, soalan-soalan jauh lebih mudah dari test 1 dahulu. Mungkin tajuk-tajuk separuh sem kedua ini lebih mudah, dan lebih bersedia. Walau apa pun, semuanya adalah kerana rahmat dari ALLAH Subhanahu wa Taa'la.

Presentation juga berjalan baik. Tak banyak halangan. Dan, ahli-ahli group juga amat supportive walau tak pernah sekali pun saya hadiri perjumpaan kerana tiap kali perjumpaan, ada saja hal yang tidak dapat saya elakkan. (Tapi.. kerja saya siapkan tau. dan saya hantar on time..= kalau kerja grouping, insyaALLAH saya akan concern lebih) Lain-lain juga.. Alhamdulillah.

Terasa minggu ini indah, tak seperti apa yang dibayangkan sebelum ini. Maha Suci ALLAH yang mengizinkan hal ini berlaku.


Tiada kata dapat saya gambarkan. Pengasihnya ALLAH, Pemurahnya ALLAH, Penyayangnya ALLAH.

Ya ALLAH.. jadikanlah kami, hamba-hambaMU yang sentiasa mengingatiMU, menyintaiMU, menaatiMU dan mensyukuri nikmat-nikmat pemberianMU dunia wa akhirat. Berkatilah rezeki dan rahmat yang telah Engkau berikan kepada kami, yang sedang Engkau berikan kepada kami, dan yang akan Engkau berikan kepada kami. Ya ALLAH. Hanya kepadaMUlah tempat kami memohon dan bergantung harap. Tetapkanlah yang terbaik bagi kami di sisiMU Ya ALLAH, Ya Rabbal A'lamin.

** Berbuat yang terbaik, dan sungguh-sungguh (jahada) semata-mata kerana ALLAH. InsyaALLAH, semuanya pasti akan mudah. ^_^.

4 comments:

  1. tak pernah sekali pun hadir perjumpaan grup?

    wah, dahsyat sungguh..

    moga ahli grup tak menyimpan apa2 perasaan..ya, yang penting siapkan kerja2...

    tahniah.

    ReplyDelete
  2. Salam.

    To dr mujahidah dan duta_i: jazakillah atas supportnya.

    To zikri:
    inilah antara salah 1 sebab sukanya jadi student mechanical selama hampir 5 tahun ni. Mostly, student mechanical punye style.. bagi siap-siap task, sorang akan compile. Buat slide pun, masing-masing, sorang akan compile. Itupun, hantar through emel je. Waktu nak presentation tu baru la jumpa.

    Mechanical, mostlynya student lelaki. Lelaki jenis tak suka dok lama-lama kot. And, ana suka camni.. tak buang masa bincang benda lama-lama.

    Anyway, terima kasih kepada encik-encik ahli group yang amat bertolak ansur. (Group ni, 4org lelaki, ana sorg perempuan) ^_^

    Moga encik-encik ini tak simpan apa-apa perasaan seperti yang dikatakan la ye. Aminn.

    ReplyDelete

Ada benarnya: