Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Sunday, May 9, 2010

InsyaALLAH nanti..

by the name of ALLAH

Sekali.. 2 kali.. 3, 4 kali..

Dalam beberapa hari ini, banyak pula disebutkan pasal NIKAH.
Fuhh.. final exam pun belum sudah lagi. Tapi, soalan ini jugalah yang kerap kali dilontarkan bila berbicara dengan akhwat mahupun sahabat-sahabat lama sejak akhir-akhir ni. Diusik pun, sentuh pasal nikah. Baca status kawan-kawan pun, baca blog pun, keluar tentang nikah.

"Bila nak nikah?", "Bila nak kawin?"
Tak susah nak menjawab sebenarnya. Jawapan lazim saya, "InsyaALLAH, bila ada jodoh, nikahlah."

Tapi, hakikatnya tak semudah yang disangka. Nikah bukanlah satu solusi atas segalanya. Malah, nikah adalah salah satu langkah menghadapi permasalahan baru dalam kehidupan di Bumi ALLAH ini.

Teringat sewaktu buat taklim bersama keluarga di rumah, April lalu.. sewaktu pulang sebentar mengubat rindu pada keluarga yang disayangi. Dalam taklim, ini.. saya kongsikan tentang tujuan hidup dan pentingnya untuk sama-sama saling ingat-mengingatkan. Saya kongsikan juga, ayat yang penting ini:


"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;.." [surah at-Tahrim, 66 ayat 6]


Kerana inilah, salah satu tanggungjawab saya mengingati ahli keluarga saya sendiri selain menjalankan amanah di UTP ini, dakwah dan study. Waktu taklim ini.. ada juga saya sentuh tentang pergaulan lelaki perempuan dan couple memandangkan isu anak luar nikah yang semakin membanjiri media saban hari.

Jadi, saya pun sarankan supaya abang saya cepat-cepatlah nikah, memandangkan sudah lama ikatannya terjalin dengan seseorang. Abang saya senyap sahaja. Tapi, adik lelaki yang bongsu ini pula yang mencelah. "Alah, dia tu pun sama". Aduhh... saya pula yang dipersoalkan kerana masih juga belum nikah.

Dan belum sempat saya jawab apa-apa, ibu pula menyambung "Ha, ibu ada kenal sorang ustazah ni. Anak dia belum kawin lagi. Selalu bawa orang pergi haji dan umrah. Kalau kamu nak, Bolehlah ibu tanyekan pada ustazah tu".

Aduh.. aduh.. lain pula jadi ni. Tergamam seketika. Tak tahu apa pula nak jawab tika itu. "Eh, takpa-takpa, ain minta ustaz tolong carikan. Nanti redundant pulak. Kan susah", itu sahaja yang mampu saya dalihkan. Taklim ini pun berakhir dengan perasaan haru-biru kerana, saya pula yang dipersoalkan seperti itu.

Hmm.. ya, memang susah. Maaf ya ibu.. bukan tak mahu, tapi mungkin belum mampu. InsyaALLAH, sedang juga diusahakan. Kadang terasa macam dalam drama pula bila ibu sendiri minta nikah awal, dan kalau boleh, hujung tahun ni. Mana la nak cari jodoh macam dalam lagu Wali Band tu.

Tapi, tak apalah.. walau acap kali persoalan ini dilontarkan, tetap saya akan menjawab, "insyaALLAH, bila ada jodoh, nikahlah". Saya yakin dengan ketentuan ALLAH. Biarlah ALLAH yang menetapkan segalanya buat diri ini dan buat kita semua. Pasal jodoh, biar lambat atau cepat, jika itu yang telah ditetapkan ALLAH, saya terima.

Eh, tapi ni bukan promote diri ya. Sekadar berkongsi rasa.. Memandangkan, anak-anak halaqah saya juga memusykilkan, murobbinya berahsia, tak tsiqoh nak bercerita dengan mereka. ^_^
Bukan tak tsiqoh atau apa-apa.. cuma rasanya jika dikongsikan, masih ianya tetap tidak dapat diselesaikan. Semuanya bergantung kepada ketentuan ALLAH.

Wallahua'lam..

1 comment:

  1. isu ini akan sentiasa hangat dan panas sampai bila2...

    selagi ada ikhwah, ada akhwat, begitulah.

    akhwat yg kuat akan menghadapinya dengan sabar dan tabah. mereka tahu dimana posisi mereka dan apa yang harus mereka lakukan dalam berdepan hal2 yg sedemikian.

    Wa la taqrabuzzina, innahu kaa nafaahisyatan wa sa a sabiila...

    ReplyDelete

Ada benarnya: