Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Monday, May 3, 2010

Menelusuri minggu ini..

by the name of ALLAH

Hari ini, Isnin..
Minggu ini, perlu dihadapi: 3 Test, 2 final report due, 1 presentation, 1 oral test

Terasa agak berat untuk melalui semua ini dalam hanya 1 minggu. Dengan planning untuk sem depan, hal-hal lain, akademik pula..banyak perlu dibaca tambah dengan report dan presentation yang masih belum siap-siap. 

Namun, pada minggu lepas selepas tahu akan adanya satu program akhwat KL, tidak tahu kenapa.. mulut ini, ringan saja menyatakan mahu turut sertakan akhwat-akhwat UTP yang dikasihi. Pasti, diri inilah yang perlu bertanggungjawab mengiringi dan membawa mereka yang disayangi ini jika hasrat diusulkan.

Mengapa?? jawapan masih belum ditemui tika itu. Diri ini juga tidak tahu.. apakah perancangn yang telah ditetapkan ALLAH. Bebanan akademik di hujung semester tahun akhir semester pertama ini, memang parah. Tapi, tinggi juga hasrat hati mahu membawa akhwat ke program ini.

Jadi, kuteruskan juga usulku. Walau tanpa kehadiran jiwa dan rasa, tanpa tahu apa asasnya, tanpa tahu apa yang bakal terjadi minggu ini, kuteruskan langkah. Kubawa juga akhwat-akhwat dari sini ke program akhwat KL.

Ya.. setelah melaluinya.. Alhamdulillah, kini kutahu kenapa. ALLAH memberi peluang untuk kami sama-sama merasai sesuatu yang cukup istimewa, yang jarang benar dalam program integrasi 2 IPT capai dengan jaya, iaitu.. UKHUWAH.

Subhanallah, rata-rata menyatakan rasa yang sama...seperti tidak ada sebarang gap di antara kami. Walau ada yang pertama kali bertemu, walau pada awalnya tidak tahu nama, walau ada yang jarang benar bertemu, ukhuwah yang dirasakan kali ini sepertinya telah digenggam erat sekian lama. Sukar untuk menyatakan perasaan ini sekadar menerusi kata-kata. Indahnya sukar digambarkan.

Walau apa pun yang berlaku.. moga hati-hati dan ikatan yang telah terbina kali ini, menjadi kekuatan bagi jiwa-jiwa kita. InsyaALLAH, jika niat kita 1.. ALLAH akan sentiasa satukan hati-hati kita. Maka, sama-samalah kita supaya sentiasa berdoa buat ikhwah wa akhwat yang disayangi kerana ALLAH. Sama-sama juga doakan agar dakwah ini sentiasa diteruskan dengan iman dan takwa semata-mata menggapai redha dan cinta ALLAH.

Moga ukhuwah ilallah inilah yang menjadi bekal untukku menghadapi minggu ini. InsyaALLAH..

9 comments:

  1. Semoga jalan dakwah terus bersemi dengan ukhuwah-ukhuwah yang mekar indah kerana mencari redha dan maghfirah tuhannya..

    ReplyDelete
  2. herm..
    semoga tawakkal yang diletakkan kepada Allah itu benar..
    kerana Allah sangat suka dan sayang orang yang bertawakal.

    gud luck exam in utp.semoga tidak terhambat dengan ujian
    tuhan, bahkan semakin laju mengalir menulusuri
    titian kehidupan~

    ReplyDelete
  3. insyaallah, perasaan aneh ini. ukhuwah. tidak dpt difahami kecuali bagi yg merasa. kita gembira bersama, sedih bersama, faham perkara yg sama bersama2, dan mengantuk bersama2. hehehe

    i love you insyaallah lillahi ta'ala

    ReplyDelete
  4. ye betul mengantuk bersama-sama yang pasti...mungkin ini daurah yang bagus jadi sayitan yang dihantar juga berpangkat tinggi2..wallahualam. tapi ana sangat setuju memang ini pertama kali ana rasa daurah yang memecahkan benteng kebal antara pesertanya..

    ReplyDelete
  5. Salam.

    To umair: InsyaALLAH. Doakan bersama.

    To ibnu Ghazali: InsyaALLAH, tawakal dengan usaha yang benar. Jazakallah.

    To FRESHIE: InsyaALLAH, ana juga cintakan anti kerana ALLAH. ^_^ moga kebersamaan ini menyimpul rapi ukhuwah antara kita. Termasuklah mengantuk itu.

    To duta_i: wah, powerpuff hijau.. ^_^ huhu. Benar2. Mungkin kerana ikatan kemengantukan yang sejati inilah menyebabkan ukhuwah antara kita semua bersemi dengan baik. Mungkin juga, kita semua berhubung di alam mamai itu. Hihih. Walau apa pun.. alhamdulillah, success!!

    ReplyDelete
  6. salam ukhuwah..walaupun xdpt ikut smpi penghujung program..tp alhamdulillah apa yg ana sempat dan dapat cedok dr situ semoga dpt membawa ana ke anjakan iman yg lebih 'yazid'.. insyaALLAH..jazakallah utk prog tu..

    ReplyDelete
  7. Subhanallah..
    Semoga Allah senantiasa memudahkan perjalanan hidup anti dunia dan akhirat..

    *sedih sbb xdpt ikut,ditambah pula dengan cerita anti..rasa lebih sedih..sob..sob..=(

    ReplyDelete
  8. betul mmg best. nanti kita buat lagi ye. tp xtaula ana layak join tak mase tu. huhu. Moga Allah mudahkan enti utk ujian2 yang akan datang ni. Al-Anfal:60, Persiapkanlah dengan segala kemampuan yang ada!

    ReplyDelete
  9. salam.

    alhamdulillah, rasa sgt beruntung dpt berukhwah dgn akhwat2 utp. walaupun xde la bnyk mana boraknya, tp keberadaan bersama selama 3 hari dua malam d dalam mjlis yg mgharap redhaNya sudah cukup mampu menyemarakkan ukhwah fillah. semoga ketemu lg bila ada jodoh yg dtetapkan, insyaAllah.

    uhibbuki fillah.

    ~akhwat kL yg blur + serius (sometimes only)~

    ReplyDelete

Ada benarnya: