Visi

Menjadi Khairu Ummah yang professional dalam Dakwah, Akademik dan Bisnes dengan ikatan ukhuwah imaniyah dalam suasana yang ceria. ^_^

Wednesday, May 26, 2010

Rahsia menawan hati Ibu.

by the name of ALLAH

Kali ini, nak berkongsi tentang dakwah family, khusus kepada mendakwahi Ibu.
Wah..  walaupun tengah exam week ni, sempat lagi saya berkongsi ya? huhu.. Tak apalah, kongsi apa yang bermanfaat sementara berehat sebentar dari study.

Buat para ikhwah wa akhwat yang sudah habis paper dan start bercuti:

"Bagaimana memikat hati ibu"

Pada awal saya ditarbiyah; "tak payahlah dakwah-dakwah ni", "Study je betul-betul". Itu kata-kata yang saya dapat dari abang dan ibu saya. Arwah Ayah saya? Alhamdulillah, diam aja.. no problem.

Sejak dari itu.. saya tahu, dakwah ni merupakan satu jalan yang panjang dan luas. Saya sedar, mereka menghalang atau membiarkan sahaja bukan kerana tidak suka dengan kebaikan, tapi kerana kefahaman masih belum sampai. Sentiasalah ingat, keluarga kita juga merupakan mad'u kita. Malah, mad'u yang special.

Jadi, bila pulang ke rumah di kala cuti.. pastikan kita menjadi seorang yang rajin, matang, ditarbiyah dan berakhlak islami (Baca: Dakwah bil akhlak). Ini antara perkara-perkara dan langkah awal penting untuk kita tanamkan fikrah Islam dalam family kita.

Walau terasa agak malas, kadang-kadang bangun pun lewat.. Cuba sedaya upaya untuk berubah. InsyaALLAH, kita boleh sebenarnya. Untuk lebih senang, saya letakkan dalam bentuk point;.

__________________________________________________________

1) JANGAN JADI PEMALAS
            Bangun pagi, terus kemas katil. Elakkan tidur lepas subuh. Bila disuruh sidai kain, sila sidai dengan baik dan teratur. Bila disuruh sapu sampah, mop lantai, sila buat hingga bersih. Bila diminta masak, masaklah apa yang patut. Bagi yang lelaki, bila diminta pergi kedai, sila stop main game yang mengarut dan pergi terus tanpa lupa apa yang perlu dibeli dan baliknya, tak payah la sambung main. Tolong masak pula. Bila diminta buang sampah, buanglah dalam tong sampah depan rumah dengan cermat. Bila diminta itu.. ini.. buat je lah ye. InsyaALLAH, ini antara step pertama yang perlu kita lakukan untuk menawan hati ibu. Dan, dalam masa yang sama; usaha pergi ke point 2.


2) JADI PROAKTIF
            Belum sempat mesin basuh berhenti, letakkan bakul.. nak pergi sidai. Nampak rumput panjang kat laman rumah, cabut petang-petang. Bila nampak slipar berterabur depan pintu, susun. Nampak akuarium ikan penuh lumut, bersihkan. Nampak pinggan mangkuk dalam sinki, ringan-ringankanlah tangan membasuhnya.. jangan berkira sangat dengan adik-beradik lain yang tak nak basuh pinggan sendiri pun. Nampak rumah bersepah, kemaskan. Buka majalah Saji, Rasa dan majalah-majalah yang ibu beli, cari resepi-resepi yang menarik, atau cuba-cuba je yang simple walaupun hanya sosej dililit roti doh dan disalut serbuk roti. Biar tak sedap pun (tapi jangan sampai tak boleh makan, lebih baiklah kalau sedap), asalkan kita berusaha dan bersungguh-sungguh.
            Sambil buat kerja ni semua.. make sure ada 1 benda tambahan ni. Ni, rahsia.. tapi dikongsikan di sini; SENYUM. ^_^ Senyum tau, sambil buat kerja-kerja ni. Minimum, senyum dalam hati. Dan, bila anda tiada di rumah, pasti ibu anda akan terasa kehilangan. Sebab, orang yang proaktif ni tak ada, kerja rumah banyak kena buat.. Dengan ini, hati ibu  telah sedikit tertawan dengan kelakuan proaktif kita. Ibu pula yang akan tersenyum, walau dalam hati. Cubalah try.. K, next point;


3) JAGA MUTABAAH
            Lakukan ibadah wajib dan mutabaah sunnah seperti biasa. Kalau boleh, upgrade lagi. InsyaALLAH, dalam diam-diam.. ibu memerhatikan apa yang anaknya buat. Solatlah dhuha, tilawah, baca mathurat, solat tahajud dan istighfar. Hadirkan keikhlasan dalam beramal dan banyakkan doa. InsyaALLAH, lama-lama.. akan terdetik juga di hati ibu, 'Alhamdulillah, anak aku solat sunat. Aku bila lagi?'.
            Tak mustahil ibu kita akan minta; “Ain, tolong fotostatkan/carikan surah Asy-Syams dengan tulisan yang besar dan tampalkan kat dinding ruang solat bole? Sebab nak baca time solat dhuha tapi tak hafal”. Bila ini berlaku, syukurlah. Pasti akan terpancar kegembiraan di hati anda nanti. Tapi, reminder: kena lulus step 1 dan 2 tu ye, baru ibu kita akan tersibghah dengan kelakuan kita.


4) SEBARKAN FIKRAH dalam KOMUNIKASI
            Dalam step 3 tadi pun, anda dah mula sebarkan fikrah Islam sebenarnya. Cara lain adalah dengan menanam fikrah dalam berkomunikasi. Caranya, waktu menolong ibu memasak di dapur, banyakkan berbual. “Ibu, tahu tak, masalah sosial di Universiti makin teruk, sampaikan pakcik guard kena round malam-malam nak basmi orang couple yang dating tengah malam. Kena keluarkan saman pulak tu, baru nak pergi” Cerita sikit-sikit, pentingnya pengisian rohani, macam ceramah, HALAQAH, program Islam yang bagus dan sebagainya.
            Waktu petang-petang bersama family ke, ceritalah sebanyak-banyaknya, kongsikan kelebihan apa yang anda dapat dalam tarbiyah. “Alhamdulillah, Ain ada ikut halaqah ni. Ada lah reminder. Kalau tak, tak tahulah. Takut je jadi macam kawan-kawan yang pergi club malam sebab takda limit keluar masuk asrama. Study pun entah ke mana..”
            Bagi yang gian sangat tengok TV, takpa.. tengoklah TV tapi, disiplinkan diri untuk memilih siaran yang bagus dalam Islam. Janganlah pergi tengok Akademi Fantasia, cerita Korea, HBO atau siaran yang mengarut dengan khusyuk sorang-sorang pulak tu. Ni, for sure anda yang membuang fikrah Islam dari dalam diri. Dan, make sure waktu tengok TV tu, ada ahli keluarga terutama ibu anda bersama. Sebab, untuk menawan hati ibu sambil menonton tu.. berbual dan berinteraksilah dengan ibu anda. Bila ada yang tak elok dalam siaran tu.. ceritakan, itu juga terjadi di tempat anda belajar. Dan bagi yang nak nikah, boleh juga ceritakan, pentingnya nikah awal di zaman macam ni. Cerita juga, ada kawan sekelas yang dah nikah, makin bagus dan yang sewajarnya.


5) TINGGALKAN BUKU
            Point yang ke-5 ini, saya dapat secara tidak sengaja di kala koleksi buku yang saya ada terlalu banyak untuk disusun di rak bilik asrama university. Jadi, terpaksalah saya tinggalkan jua di rumah. Satu hari saya balik ke rumah, saya lihat ada buku yang dari bilik saya, bertukar tempat di bilik hadapan. Ada juga yang berada di meja ruang tamu. Alhamdulillah, menunjukkan ada yang berminat mengambil dan membacanya. Pastilah, ibu saya. Kerana dialah surirumah sepenuh masa. Jadi, sejak itu.. saya tidak lagi rasa ‘terpaksa’ meninggalkan buku-buku Islam di rumah. Sengaja juga saya beli beberapa buah untuk diletakkan di rumah. Contohnya; Ramadhan di Rumahmu. InsyaALLAH, sedikit sebanyak bermanfaat buat ahli keluarga di rumah. Tak perlu menyuruh mereka baca. Mereka akan baca sendiri. Tapi, berdoalah supaya ALLAH membukakan hati mereka bersama.        
            Dan bagi yang rasa nak lobi tentang nikah, letak la kat rumah tu, buku; Bila Hati Rindu Menikah. Ha, yang ni..Bacalah dulu sebelum ditinggalkan. Mungkin bila ibu anda nampak, terdetik di hatinya ‘Oh, anak aku nak nikah rupanya. Kenapa aku nak halang?’. Ya.. insyaALLAH ini akan berlaku apabila step-step di atas, anda penuhi. Jika dilangkau terus ke step ini, kemungkinan sia-sia aja anda letakkan buku-buku ini di rumah. Niat juga kena betul ya.. dakwah family kerana tanggungjawab sebagai seorang daie, bukan sebab nak nikah. Dan.. lastly;


6) DOA
Dalam usaha yang anda lakukan, pasti takkan berhasil tanpa izin dan pertolongan dari ALLAH. Jadi, banyakkanlah berdoa supaya ALLAH membukakan pintu hati ibu anda kepada Islam yang sebenar. “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu”[2:208]

____________________________________________________________

Ok. Panjang pula menulis. Kalau sambung lagi, boleh buat buku. Jadi, saya berhenti di sini sahaja untuk kali ini. InsyaALLAH, ini antara cara memikat hati ibu berdasarkan pengalaman.

Alhamdulillah, dulu.. pada awalnya dihalang.. tapi kini tidak lagi. Tidak perlu lagi berahsia membuat Halaqah di sekolah, matrik atau di university. Kadang-kadang, bila ibu menelefon saya, saya akan jawab; “Ibu, tengah kat matrik ni. Tengah buat Halaqah. Nanti Ain call balik ye.” “O, ok”. Alhamdulillah. Tapi.. sebenarnya masih banyak belum disampaikan pada Ibu. Usaha mesti diteruskan.

Jadi, kesimpulannya.. Antara Dakwah dan Ibu anda, nak pilih yang mana? pilihlah Dakwah. Kerana Ibu anda adalah sebahagian dari Dakwah. Bila Dakwah dipilih, bermakna anda juga memilih ibu anda untuk didakwahi. Bilamana anda memilih ibu anda berbanding Dakwah, sedarlah bahawa anda merugikan diri dan ibu anda sendiri.
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.."[66:6]

**Reminder: Dakwah family akan memakan masa bertahun-tahun. Boleh jadi 3, 4, mahuoun 10 tahun. Jadi, bersabarlah dan teruskan berusaha. InsyaALLAH pasti ganjaran besar di sisi ALLAH. Yuk dakwah family mulai sekarang!!


“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama ALLAH, nescaya Dia akan menolong dan meneguhkan kedudukanmu”[47:7]

10 comments:

  1. salam...menarik post ni

    tapi tips yang ke-4 tu macam susah je nak buat. lagi2 kalau lelaki. Macam mengada-ngada je nak sembang dengan mak macam tu. Atau mungkin ayat yang lebih sesuai adalah...payah kot kalau anak lelaki nak bukak mulut bersembang dengan family.

    Ada tips cara nak mulakan topik macam tu?

    ReplyDelete
  2. salam..thanx ya.. Insyaallah berusaha utk mempraktik kannya

    ReplyDelete
  3. Ada lagi cara menyebarkan fikrah pd family, tapi ana tak masukkan sekali.. panjang dan banyak sgt plk.

    Untuk lelaki, ana rasa sesuai ajak ikhwah berziarah ke rumah. Makan bersama ke dengan ikhwah di rumah.

    1) waktu nak memasak menyediakan makanan untuk ikhwah yang akan datang.. xsalah seorang lelaki tolong emaknya di dapur. Jadi, time tu boleh cerita sikit-sikit kat ibu tu.. pasal kawan yang nak datang tu. (Sebenarnya kita tanam fikrah) "Dulu, waktu kawan dengan dia.. dia ni tak berapa ok. Couple etc. Tapi, bila dia join halaqah, Alhamdulillah.. banyak perubahan dia buat. Tu yang....." Boleh buat ayat sendiri berdasarkan apa yg benar k.

    2)buat je muka tak malu sembang ngan family.. insyaALLAH, pada awal-awalnya mungkin rasa janggal, tapi lama-lama insyaALLAH menjadi perkara biasa. Boleh start dengan salam dan cium tangan mak setiap kali nak keluar rumah. +, cakap.. mak, doakan ye.

    Hmm.. yang lain, kena tanya ikhwah yang berpengalaman dakwah family kot. Yang diberi ni pun, cadangan la..

    ReplyDelete
  4. dakwah famili, dakwah yang sukar..

    tapi tak mustahil..

    ana pn sedang berusaha dakwah famili,
    tapi masa agak terbatas,

    dari segi fikrah semua, dah ok..
    sebab memang takde halangan langsung nak
    keluar, pergi halaqah semua..

    yang jadi masalah bagi ana, sebab tak dapat
    nak nasihat adik beradik ngan baik..

    selalu mak ana mintak nasihatkan adik beradik..
    herm.. doakan.. insyaAllah~

    ReplyDelete
  5. ayuh melobi dengan cara birrul walidain..

    dakwah melalui keteladanan..InshaAllah ~

    ReplyDelete
  6. ana nak pikat ibu di rumah ( lain macam je ayat)

    ReplyDelete
  7. ana nak ngorat ibu di rumah..hihi..

    ReplyDelete
  8. Salam..

    Perkongsian yang bgs..
    Agak sukar untuk menanamkan fikrah sebenarnya..
    Tapi dengan tip-tip yang diberikan insyaAllah ana akan berusaha..
    Syukran..

    ReplyDelete
  9. nnti ana cube lah melobi gitu, hu2

    ReplyDelete

Ada benarnya: